SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

13 Mac 2008

Dollah batal ke Senegal takut kerajaan BN digulingkan?
Posted on Thursday, March 13 @ 11:24:34 EST by reformis

Kenapa Dollah Badawi, Perdana Menteri yang baru dilantik itu membatalkan program pentingnya untuk menyerahkan jawatan pengerusi OIC di Senegal. Sekadar diwakili oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Mungkin PM takut digulingkan oleh Najib kot memandangkan kedudukan BN agak goncang dan keyakinan Umno terhadapnya kian terhakis. Atau bimbang wakil-wakil BN terutama di Sarawak dan Sabah akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PM in waiting? BA hanya perlukan 30 ahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajana baru!

DAKAR, 12 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh kini berada di ibu negara Senegal ini untuk secara rasminya menyerahkan jawatan pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kepada negara di barat Afrika itu, bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa, Duta Besar Malaysia ke Senegal Datuk Jamaiyah M. Yusuf dan para pegawai Malaysia yang lain.Malaysia akan menyerahkan jawatan pengerusi itu pada upacara perasmian Sidang Kemuncak OIC ke-11 bermula Khamis ini di Hotel Meridien President di sini selepas menjadi pengerusi pertubuhan 57 anggota itu sejak Oktober 2003.
Kerajaan Rakyat Dari Rakyat Untuk Rakyat
KedahLaNie - Laman M@RHAEN

Artikel saya tanggal 5 Januari 2007 bertajuk PRU ke-12: Kedah Milik Pas?, ternyata pada 8 Mac 2007 yang lalu menjadi realiti.
Ramai kawan rakan bertanya, apakah punca tsunami politik yang mengegarkan seluruh negara. Jawapan saya cukup simple dan mudah, BN bercakap bohong dan Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan dan keadilannya bagi menyanggah pembohongan tersebut.
Tsunami politik sehingga Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain Kelantan kekal di tangan kerajaan pilihan rakyat adalah manifestasi tiga perkara:

1) Kuasa rakyat mengatasi kuasa dan kecangihan pihak risikan yang bekerja untuk BN selama ini.
2) Kuasa Allah s.w.t menunjukkan keadilan dan kekuatannya untuk mengajar pemimpin yang angkuh dan sombong
3) Rakyat di negara ini mempraktikan hak demokrasi mereka secara yang wajar.
Ramai juga kawan rakan bertanya lama mana Kerajaan pilihan rakyat di Kedah akan bertahan, saya katakan sekurang-kurangnya tiga penggal, dan jika prestasi memuaskan Kedah bakal menjadi Kelantan ke-2.
Hakikatnya program Islamisasi anjuran PAS diterima baik. Hakikatnya juga rakyat inginkan pengisian rohani yang lebih mendalam sebagai mendepani cabran modenisasi yang indah di permukaan. Islam yang dibawa oleh PAS bukanlah Islam ciptaan PAS, akan tetapi Islam sebenar, PAS hanyalah platform untuk memperkembangkan syiar dan syariat tersebut.
Kegigihan petugas PAS, sikap kesukarelaan, kesabaran selama lebih 5 dekad akhirnya membuahkan hasil.

Apa yang penting PAS di Kedah harus akur kepada 7 perkara :
1) Sokongan dalam PRU ke-12 ini datangnya dari seluruh rakyat dan pengundi di Kedah yang inginkan kerajaan bermanah, telus, bersih dan adil.

2) Pengundi bukan Melayu juga lebih mempercayai amanah dan keikhlasan pimpinan PAS berbanding rekod rasuah dan penyelewengan UMNO.

3) Pengundi dari kalangan ahli UMNO muak dengan calon muka lama yang diketengahkan oleh UMNO sehingga hilang daya dinamisme kepimpinan untuk DUN atau kawasan Parlimen berkenaan.

4) Kakitangan kerajaan, masyarakat peniaga dan NGO berdiri padu di belakang pakatan BA

5) Harapan rakyat dan pengundi Kedah untuk halatuju yang lebih bermakna di bawah kerajaan rakyat ini cukup tinggi

6) Kerajaan rakyat pilihan pengundi di Kedah perlu bertenang, tidak terburu-buru, tidak membalas dendam, adanya pendekatan 'change and continuity dalam merencana polisi negeri. Merancang dasar paling baik demi memenuhi gagasan Manifesto Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua

7) Do the right things dan mengelakkan dari melakukan kesilapan dan menampakkan kelemahan utama dalam mentadbir negeri.
Jika ini berjaya difahami dan dilaksanakan, hakikatnya Kedah akan dinaungi Kerajaan rakyat pimpinan PAS untuk kini dan selamanya. Selamat tinggal BN dan Tahniah pakatan BA. Kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat.

Sheikh Al-Stari
Posted by KedahLaNie at 1:38 AM
"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"

http://kedahlanie.blogspot.com/2008/03/kerajaan-rakyat-dari-rakyat-untuk.html

11 Mac 2008

BUKTI JAWAPAN FITNAH ADUN KUAH

surat kelulusan kenikan tambang feri
KUAH, LANGKAWI 11hb.mac,
Dalam lapuran akhbar harian hari ini ADUN KUAH, Nawawi Ahmad berkata supaya kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak yang baru berusaha 3 hari bagi mengatasi masalah kenaikan harga tambang feri Kuala Kedah ke Langkawi. Dan beliau mengatakan harga RM15.00 adalah harga yang dipersetujui oleh Para Pengusaha feri bersama kerajaan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke 12.
Sebenarnya kenaikan ini adalah ditangguhkan sehingga sebelum PilihanRaya. Untuk makluman kenaikan tambang feri telah diluluskan pada 1 Disember 2007 oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Memang ini membebankan pengguna, dan pengusaha hanya mampu tidak menaikan harga tiket sekiranya diberi susidi disel.
Dan sebenarnya ini diluar bidang kuasa Kerajaan Barisan Rakyat yang hanya menguasai negeri. Dan sekiranya diberi mandat diperingkat Kerajaan Persekutuan tentu tidak menjadi masalah untuk mengawal segala kenaikan tambang pengangkutan di dalam negeri dengan terlaksana janji manifesto Barisan Rakyat.
Kekeliruan rakyat adalah amat ketara di peringkat Langkawi yang menuntut penurunan harga minyak sedangkan kerajaan negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk bertindak. Paling menyedihkan perkara dasar dan polisi juga had kuasa kerajaan negeri masih tidak difahami oleh rakyat bawahan. Dan selama 50 tahun merdeka adakah pencapaian pengetahuan rakyat dapat kita banggakan.

MENTERI PELAJARAN YANG DUNGU


Hisham: 'Misteri' pembangkang menang
Muda Mohd Noor Mar 10, 08 8:47pm

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kemenangan pembangkang merampas lima negeri Sabtu lalu sebagai satu 'misteri'Katanya, ia kerana Barisan Nasional (BN) "sangat kuat dan mantap di semua negeri".Oleh itu, katanya, tidak munasabah empat negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - boleh jatuh ke tangan pembangkang."Jadi saya keliru bagaimana pembangkang menang di negeri-negeri tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan BN di ibunegara hari ini.


Dalam pilihanraya umum kali ini, BN mendapat 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat.Barisan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS berjaya memenangi 82 kerusi parlimen.Barisan pembangkang juga berjaya merampas keempat-empat negeri tersebut manakala PAS mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.Mengulas lanjut mengenainya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, kemenangan pembangkang itu tidak akan menghalang kerajaan melaksana dan meneruskan agenda-agenda negara."Masih banyak lagi yang akan dibuat. Banyak isu perlu ditangani dan didengar," katanya sambil menambah, pemimpin utama Umno dan BN perlu tegas dan lebih mantap lagi.Mengenai mesyuarat MT Umno dan BN hari ini, Hishammuddin berkata, mereka menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

UNTUK MAKLUMAN HISAMUDIN KUASA RAKYAT YANG MENENTUKAN KERAJAAN BUKANYA MT UMNO! BUKAN KELIRU TETAPI SASAU@TAK PERCAYA......???

PROVOKASI @ FITNAH

Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah
Rasanya sudah 3 hari kerajaan Negeri Kedah dibentuk. Selama tiga hari ini sudah 2 isu yang dimainkan untuk menjatuhkan imej kerajaan Negeri. Ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan ini menyerang bertubi-tubi untuk meraih simpati rakyat kekalahan dibeberapa buah negeri.

Mulanya mereka menipu melalui media bahwa Kerajaan Negeri Kedah yang baru dibentuk telah mengarahkan supaya Tadika Kemas di tutup. Entah dari mana khabar angin sebegini diperolehi. Bagi saya sepatutnya berita khabar-khabar angin sebegini perlu diteliti dan dikaji dari mana sumbernya. Mungkin ianya sekadar provokasi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Sedangkah tiada arahan yang dikeluarkan sedemikian rupa.


Kes yang kedua adalah kenaikkan Harga Tambang Feri ke Pulau Langkawi.Daripada RM15 menjadi RM20.Alasannya kerana pengusaha tidak mampu menanggung kos minyak dan penyelenggaraan Feri yang kian naik. Saya sendiri merasakan, ini merupakan rancangan sesetengah pihak yang mahu memburukkan imej Kerajaan dimata penduduk Pulau Langkawi yang dimenangi oleh pembangkang.Nasihat saya, janganlah menunding jari kepada Kerajaan Baru yang dibentuk.Ini kerana apa yang ditanggung oleh pengusaha adalah warisan daripada Kerajaan yang memerintah dahulu. Sudahlah meninggalkan hutang sebanyak 1.8 billion kepada kerajaan sekarang. Betapa beratnya beban amanah yang perlu dipikul oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini.


Sekiranya harga minyak dikatakan punca, salah siapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah salah Kerajaan Pusat yang menaikkan harga minyak tersebut.Kenapa pula Kerajaan Negeri yang disalahkan. Dalam utusan Malaysia 11hb.Mac 08, kenyatan ADUN Kuah, Nawawi Ahmad mengesa Kerajaan negeri pimpinan BR mengatasi masalah tersebut.

Sebenarnya kenaikan tambang feri RM20.00 telahpun dipersetujui sebelum Pilihanraya dan mengikut sumber dari Pengusaha Feri kerajaan BN meminta agar kenaikan harga tiket tersebut selepas Pilhanraya 12, dan kerajaan tidak kisah berapa kenaikan yang akan ditetapkan oleh pengusaha feri. Dan kadar harga tiket bagi bukan penduduk Langkawi adalah RM23.00 bagi satu laluan Langkawi ke Kuala Kedah.

9 Mac 2008

PAK LAH PM YANG TIADA PERINSIP

Ahad 9 Mac 2008 1 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah
Abdullah patut undur - Mahathir

M Khaleel Kas Sun Mar 09, 08 5:20:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam. "Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno pada ketika itu.
"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Tun Mahathir Mohamad seperti dipetik Bernama dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.
"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.
Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.
"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas Perdana Menteri itu.
Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya). "Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Dato' Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.
"Dato' Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.
Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur. Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.
Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu. Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu. Mengenai kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri negara ini.
Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu. "Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.
Mengenai kemenangan anaknya Dato' Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar. - mks.

YB BN LANGKAWI TERKEDU!!!


undi Pos di IPD Langkawi

9HB. MAC 2008

Langkawi- Walaupun keputusan yang mengejutkan berlaku di peringkat Parlimen dan Negeri bagi parlimen dan dun langkawi hanya dapat mengurangkan majoriti lebih 50% ini satu permulaan yang baik semenjak 50 tahun bagi memecahkan kubu BN.

Setelah setahun bertungkus lumus dengan gerakerja siang malam bagi menghadapi PR12 semua ahli-ahli BA dan penyokong amat gembira kerana berjaya menumbangkan kerajaan BN Kedah. Paling manis di Langkawi Bendera dan t'shirt Keadilan amat diminati dan dicari oleh penyokong-penyokong yang satu masa dahulu amat malu untuk memegang bendera Keadilan.

Bagi Mohd.Rawi calon BN dun Ayer Hangat yang pertama kali bertanding begitu seronok kerana memenangi kerusi tersebut dan berangan menjadi EXCO. Dan setelah keputusan tidak rasmi diketahui lebih kurang 9.00malam yang BA mendapat majoriti mudah beliau menjadi glabah biawak kerana terpaksa ke kerusi Pembangkang. Bagi Dato' Nawawi Yb Dun Kuah yang menyandang jawatan EXCO negeri juga terpaksa duduk di Kerusi Pembangkang.

7 Mac 2008

TIP PENGUNDI-PENGUNDI BARU

Tips Untuk Pengundi BaruDalam tempoh kurang 48 jam anda akan membuang undi untuk membuat keputusan muktamad siapakah yang akan berkuasa di Malaysia selepas PRU12.Lantaran itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit tips kepada para pengundi baru [first-timers]. Ini kerana saya bimbang kali ini mereka mungkin akan dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang dituntut oleh demokrasi.

Berikut adalah antara perkara yang wajar anda lakukan dengan seberapa segera:Semak status diri anda sebagai pemilih dengan mengakses http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudiannya anda akan mendapat tahu di mana anda perlu mengundi.Langkah ini perlu dilakukan kerana lazimnya terdapat pengundi baru yang tidak akan keluar mengundi jika tidak menerima “handbill” atau “kad jemputan” daripada mana-mana parti untuk pergi mengundi.Jadi, jangan bergantung kepada soal sama ada anda menerima “handbill” atau tidak. Pergantungan penuh kepada “handbill” agak merbahaya kerana ia mungkin boleh dimanipulasikan jika pihak tertentu mendapati sikap pengundi baru tidak memihak kepada BN.Oleh itu, para pengundi baru jangan sekali-kali menunggu “handbill” diberikan kepada mereka untuk pergi mengundi. Ini tidak penting dan tidak dikehendaki oleh undang-undang.Apa yang perlu dibuat adalah seperti yang terhurai di atas. Semak nama menerusi website SPR atau menerusi tempat anda mendaftar sebagai pengundi. Sesudah itu, terus pergi ke pusat pembuangan undi pada 8 Mac 2008.

Setibanya di pusat mengundi, tidak payah anda singgah di mana-mana “pondok panas” kelolaan parti-parti yang bertanding. Ini juga tidak perlu. Sebaliknya terus tuju ke meja SPR yang terdapat di pusat tersebut.Di meja berkenaan, anda semak nama anda sekali lagi. Sesudah itu anda akan dibantu untuk menuju ke saluran yang dikhaskan untuk anda.Seterusnya, [untuk pengundi di Malaysia Semenanjung dan Sabah sahaja] anda akan diberikan dua set kertas undi – satu untuk kerusi Parlimen, satu lagi untuk kerusi DUN. Pengundi di Sarawak hanya menerima kertas untuk kerusi Parlimen sahaja. Dalam kertas itu hanya terdapat nama calon dan simbol parti. Pangkahlah di ruang kosong di kanan nama dan simbol berkenaan.Sesudah itu, [didahului dengan membaca Bismillah-Hirrahman-Nirrahim bagi pengundi Islam], gunakanlah kebijaksanaan anda untuk memuktamadkan pilihan anda demi agama, bangsa dan tanah air. – Ruhanie Ahmad

1 Mac 2008

KESAH AIRASIA

TAG 2395: Pasang Tali Pinggang Keselamatan Anda – Ini kisah AirAsia, Badawi, Singapura, Kamaludin, tengku Adnan, Kalimullah (Fasten Your Seat Belts : The AirAsia, Badawi, Singapore, Kamaludin, Tg Adnan, Kalimullah Story) Oleh Little Bird- Laman M@RHAEN

Kawan-kawan, pasang tali pinggang anda. Saya ada satu hikayat yang sedang terjalin dalam pentadbiran Abdullah Badawi. Ini baru kisah di permukaan sahaja. Memang panas kisah ini . Mungkin anda mahu menekan butang loncat anda selepas membacanya:
Pertama, pemegang saham yang besar-besar ke atas AirAsia (sama ada secara terus, tidak langsung melalui proksi, dan sebagainya) adalah Kamaludin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (yang turut terlibat dengan Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez dan sebagainya.
Kita memang sudah tahu kisah AirAsia. Saya ingatkan ini kisah si papa kedana naik menjadi kaya-raya. Rupanya kisah papa kedana itu terlalu samar dan kabur kisahnya.
Tiga tahun dahulu ketika MAS melakukan kerja-kerja penyusunan semula organisasi itu, Tony Fernandez dan AirAsia naik angin membuatkan mereka bertindak pantas dan ganas.
Sebelum kita teruskan anda mungkin mahu tahu kenapa MAS terpaksa menanggung kerja-kerja penyusunan sekali lagi? Kisah itu akan kita ceritakan di hari lain tetapi ingatlah bahawasanya adik Badawi yang bernama Ibrahim adalah tua punya syarikat pembekal katering makanan (bernama Skychef?) yang satu ketika dahulu pernah mengenakan harga RM35 bagi satu peti air mineral kepada MAS.
Dengan harga semacam itu sudah pasti MAS perlu disusun semula.
Apa pun, berbalik kepada kisah AirAsia tadi, syarikat itu telah membabitkan kerajaan (gomen) agar diadakan kerja-kerja serasian laluan domestik di Malaysia. AirAsia telah meminta kerajaan memberikannya laluan yang diusahakan oleh MAS di Sabah dan Sarawak. Mereka berhujah bahawa MAS boleh teruskan penerbangan di Semenanjung sahaja. Walaupun MAS membantah, permohonan AsiaAsia telah diberikan perkenan oleh kerajaan.
Akan tetapi itu bukan calang-calang permohonan. Zaki, seorang budak suruhan (Khairy Jamaludin?) di tingkat empat, di Jabatan Perdana Menteri, telah membantu untuk memakbulkan permohonan AirAsia.
Apabila MAS kehilangan laluan Sabah dan Sarawak sudah tentu ia menampung lebihan kakitangan yang perlu ditamatkan perkhidmatannya. Jadi MAS atur rencana VSS (Skim Bersara Secara Sukarela). Dengan itu MAS mengemukakan tuntutan: oleh kerana AirAsia mengambil alih laluan Sabah, Sarawak, menyebabkan MAS memiliki lebihan tenaga kerja, dengan itu MAS mahu AirAsia memberikannya pampasan.
Semua pihak (Gomen, MAS dan juga AirAsia) bersetuju bahawa pampasan dibayar kepada MAS. Tetapi AirAsia tidak mahu membayar apa-apa. Akhirnya Gomen (yakni kita semualah tukang bayar cukai) yang membayarnya. Itulah wang yang digunakan oleh MAS untuk Skim VSS yang merupakan paling mahal dalam sejarah negara ini.
Kalau saudara naik darah, hentikan membaca dulu, dan biarkan badan rasa dingin dahulu kerana kisah ini bukannya boleh bertambah baik jalan ceritanya.
Kemudian itu, dalam tempoh satu tahun sahaja, AirAsia mula sedar bahawa laluan Sabah dan Sarawak itu bukannya menguntungkan. MAS memberikan khidmat negara di Sabah dan Sarawak. Bayangkanlah... bukannya menguntungkan membawa kambing dan ayam di sepanjang laluan itu.
Ini bukannya satu masalah besar. AirAsia merengek lagi. Mereka desak Gomen agar dikembalikan laluan itu semula kepada MAS. Sekali lagi MAS membantah. Sekali lagi MAS kalah kerana kes itu dianggap ‘not relevant’.
Masalah timbul apabila diadakan majlis serah semula laluan bersama pesawat terbangnya. Semasa AirAsia mengambil alih laluan itu dahulu, AirAsia telah mengambil-alih tujuh buah pesawat terbang MAS yang dalam keadaan baik (memang MAS mempunyai rekod cemerlang senggaraan pesawat terbang di dunia ini)
Akan tetapi, semasa AirAsia memulangkan semula pesawat terbang itu kepada MAS, hanya sebuah pesawat dalam keadaan boleh terbang. Enam pesawat lain telah terbengkalai di landasan, dan tidak layak untuk diterbangkan.
Rupa-rupanya, AirAsia telah melakukan kerja-kerja ‘cannibalising’ (yakni tanggalkan alat pesawat untuk dijadikan bahan gantian pesawat terbang yang lain). Enam pesawat terbang dibogelkan untuk membolehkan sebuah pesawat terus terbang. MAS membantah sekali lagi. Sekali lagi bantahan itu ditolak oleh gomen. Ini merupakan satu subsidi memperkayakan AirAsia agar terus meraih keuntungan.
Kemudian AirAsia mula mengendeng laluan KL- Singapura yang mewah itu. Kali ini ketatkan tali keledar anda. Kisah seterusnya akan mengejutkan. Cuma mereka ambil konar sana-sini dahulu. Mereka berhujah mahu mengembangkan sayap di peringkat antarabangsa.
Memang ada laluan yang mereka cuba tetapi ketahuilah bahawa laluan antarabangsa memang amat mencabar. Dalam hal ini Zaki, Khairy, Kalimullah ataupun Kamaludin tidak mampu berbuat apa-apa.
Akan tetapi, laluan KL-Singapura adalah satu laluan yang memberikan keuntungan RM40 juta kepada MAS. Inilah mahkota segala usaha dan AirAsia mengidamkannya.
Mereka pun memasang harapan sekali lagi. Ia telah diperkenan. Beginilah cara mereka lakukan. Usaha Air-Asia mahu memasuki sektor KL-Singapura telah dibincangkan pertama kali oleh Kabinet semasa Abdullah Badawi pergi bercuti. Najib telah mempengerusikan sidang kabinet yang menolak permohonan AirAsia.
Permohonan itu telah ditolak kerana dua alasan:
i. Menjelang 2009, keseluruhan ASEAN akan mengamalkan konsep angkasa terbuka. Pesawat negara ASEAN boleh terbang ke mana sahaja dalam rantau ASEAN tanpa sekatan. Dengan demikian apa perlunya membuka laluan KL-Singapura secara tergesa-gesa?
ii. Kalaulah penerbangan bajet (budget flights) dibenarkan antara KL-Singapura, ia akan menjadikan KLIA sebuah lapangan terbang yang akan pupus secara perlahan-lahan. KLIA akan menjadi satu ‘feeder airport’ yang mengangkut penumpang untuk lapangan terbang Changi. Penumpang akan naik pesawat untuk pergi ke Singapura dan dari sana mereka akan menaiki pesawat lain ke merata dunia. MAS akan mati beragan. Kerana itu permohonan AirAsia telah ditolak.
Apabila Badawi pulang daripada percutiannya, dia minta Tengku Adnan yang merupakan Menteri Pelancongan menyiapkan satu kertas kerja pelancongan, membabitkan MAS, Air Asia, SIA dan sebagainya. Ketika Badawi mempengerusikan sidang Kabinet dia telah meminta Tengku Adnan mengeluarkan Kertas ‘Cabinet Paper’
Orang dalam ada menyebut betapa kertas kabinet itu adalah satu perkara luar biasa – kerana itu semua yang ada telah terkejut beruk. Namun, kumpulan dungu yang menganggotai kabinet telah meluluskannya. Permohonan AirAsia dimakbulkan dan sebagai imbuhan Tengku Adnan dapat bertanding sekali lagi di Putrajaya.
Tetapi di sinilah munculnya perkara yang menyayat hati. Sejurus AirAsia terbang sektor KL-Singapura, mereka telah mengeluarkan tiket ‘percuma’ sebanyak 300,000 keping’ dengan nilai 5 sen sekeping tiket dan bermacam-macam lagi hadiah dan gimiknya. Khabarnya Singapura bertanggungjawab mengeluarkan biaya untuk semua gimik yang mahal harganya.
SIA yang rugi sekitar RM40 juta daripada jangkaan keuntungan sektor KL-Singapura masih mampu menanggungnya. Kerana AirAsia telah menyalurkan penumpang daripada KL ke Changi sebagai penumpang transit bagi SIA. Ini dilakukan dengan mengenakan cuma RM19 untuk menaiki bas daripada KL ke KLIA. Daripada KLIA para penumpang sebenarnya terbang percuma ke Changi. Daripada Changi mereka boleh terbang ke mana sahaja di pelusuk dunia.
Kini AirAsia membuat satu harapan baru - mereka mahu terbang terus daripada Kucing, KK, Penang, Alor Setar, Kota Bharu dan banyak lagi terus ke Changi. Mereka akan menerima lebih banyak subsidi daripada Singapura. KLIA akan mati beragan tidak lama lagi. Tetapi MAS yang akan tersungkur terlebih dahulu.
Demikianlah hikayat si papa kedana menjadi kaya-raya. Selama ini kita anggap Tony Fernandez sebagai manusia hebat. Sedangkan para pemegang saham AirAsia adalah Kamaludin bin Abdullah Badawi, Kalimullah Maseerul Hassan (termasuk Tune Hotels), Khairy Jamaludin, Tony Fernandez, dan sebagainya.
Memanglah kita akur dengan dasar langit terbuka, saingan dan sebagainya. Akan tetapi kisah ini membabitkan Perdana Menteri, anak lelakinya, anak menantunya, dan segala kroni beliau. Bagaimanakah mereka tergamak menggadaikan negara ini. Tetapi inilah yang sebenarnya mereka lakukan.
Kawan-kawan sekelian,
Pada 8 Mac, 2008 anda mempunyai peluang menekan punat loncat di kerusi anda. Tekanlah punat itu dan biarkan semua malaun ini lesap daripada pandangan kita. Jangan berikan mereka sebarang paracut (payung terjun) untuk menyelamatkan diri.
28.02.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR) (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Kempen Pilihanraya

Gerak kerja pemasangan poster Angkatan Muda DM Kg. Kumpulan


Lawatan calun Parlimen Wan salleh ke Pasar Basah, Kuah





Kesibukan dalam menjalankan gerakerja kempen pilhanraya, menyusun jentera-jentera pilhanraya, paca, markas,perayu undi sehingga larut pagi amat mencabar minda dan fizikal. tentu masa untuk update blog amat terhad sedangkan banyak isu-isu yang menarik terjadi pada musim pilihanraya.


Dengan sokongan pengundi-pengundi dari pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat yang sebelum ini PR 2004 dengan mojariti Parlimen langkawi lebih 10,000 akan dapat dinafikan oleh Wakil BA pada kali ini. Indek@petunjuk keputusan pilihanraya 12 yang memihak kepada BA di Langkawi ini akan mengambarkan Kemenangan di peringkat Parlimen keseluruhanya. yang penting fokus diteruskan dan jentera yang tersusun akan menjamin kemenangan pada pilihanraya ini. Ketepikan perkara remeh-temeh dan dengan kuasa rakyat , insyaallah kemenangan dapat dicapai dengan izinnya.