SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

20 Mac 2008

DEB punca Melayu sokong pembangkang...
Mar 20, 08 3:38pm

Seorang pemimpin veteran MCA berkata keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu menunjukkan orang Melayu menyahut seruan reformasi dan menyedari Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi punca utama kronisme dan rasuah.Ketua MCA PJ Utara, Dr Wong Sai Hou berkata, keputusan kali ini juga menunjukkan penyokong Barisan Nasional (BN) semakin kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin parti masing-masing. ...berita lanjut
http://www.malaysiakini.com/news/80158


Pelantikan Wan Farid Satu Penghinaan Kepada Idris dan Rakyat Terengganu

Ditulis oleh MatStringer
Wednesday, 19 March 2008

Kuala Terengganu, 18 Mac - Tanpa bersusah payah mengharungi keperitan pertandingan Pilihanraya Umum ke 12, Wan Farid sekali lagi dilantik sebagai Senator sekaligus menjadi Timbalan Menteri (Foto: kini seorang Timbalan Menteri)
Perlantikan Wan Farid dilihat oleh pemerhati politik sebagai ‘anugerah’ kepadanya yang berjaya mengarahkan drama ‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok’. berita lanjut

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=632&Itemid=1

DEB sebenarnya Telah Tamat pada 1990

March 18th, 2008 at 7:20 pm

Umno Gunakan DEB Untuk Agenda Peribadi

in: Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar pimpinan UMNO Pulau Pinang yang memperalatkan orang Melayu demi kepentingan mereka sendiri dengan menggunakan isu penolakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan pakatan DAP, keADILan dan PAS di Pulau Pinang.

Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

Bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Abdul Rashid Abdullah yang juga merupakan Ketua Pembangkang di Pulau Pinang seharusnya peka terhadap perubahan dasar ini. AMK juga kesal dengan Musa Sheikh Fadzir, yang merupakan bekas senator kerana gagal membezakan DEB dengan Hak Keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

AMK berpendapat Umno P.Pinang sengaja meniup sentimen perkauman bagi menaikkan kemarahan orang Melayu di negeri itu untuk menunjukkan mereka masih mempunyai sokongan selepas tewas dalam PRU 12 untuk kekal memerintah Negeri Pulau Pinang.

AMK berpendirian adalah tidak salah jika kerajaan baru P.Pinang tidak melaksanakan DEB, malahan ianya tidak pernah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya hanyalah satu dasar atau polisi Umno yang diserapkan ke dalam pekeliling kerajaan, dan ianya berubah-ubah mengikut selera Perdana Menteri. Hakikatnya, kedudukan DEB tidak lebih daripada Wawasan 2020 ciptaan Mahathir Mohamad dan Islam Hadhari ciptaan Abdullah Badawi.

Yang menjadikan DEB ‘istimewa’ adalah kerana DEB sering diperalatkan oleh pimpinan Umno untuk meraih sokongan orang Melayu. Ianya hanya digunakan apabila Umno merasakan mereka kehilangan sokongan orang Melayu, dan ketika pemimpin serta kroni mereka menagih tender-tender atau kontrak-kontrak kerajaan. Dengan bermodalkan DEB, pemimpin Umno dan kroni mereka mampu mendapat tender atau kontrak kerajaan sekalipun mereka tidak berkelayakan untuk mendapat tender atau kontrak tersebut.

Yang sering mereka laungkan ialah tanpa Umno yang mempertahankan DEB, maka orang Melayu akan ketinggalan. Hakikatnya, yang mendapat faedah hasil dari DEB adalah pemimpin Umno dan kroni sahaja, sedangkan ahli Umno di peringkat bawahan hanya menikmati cebisan-cebisan kecil faedah-faedah DEB yang ditinggalkan oleh pemimpin Umno serta kroni mereka. Kejayaan terbesar yang dicapai oleh DEB selepas hampir 40 tahun ditubuhkan ialah mengayakan pimpinan Umno dan kroni, manakala matlamat asal DEB iaitu 30 peratus penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayu tidak tercapai.

AMK bertegas bahawa Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang ditawarkan keADILan adalah lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira agama dan bangsa mereka. Dalam masa yang sama, kepentingan orang Melayu dan Agama Islam akan kekal terpelihara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasmuzair Hassan
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Ku Li mahu cabar presiden Umno
Mar 19, 08 6:01pm
kemaskini 10:45pm

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno."Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya. berita lanjut

http://www.malaysiakini.com/news/80114
Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri

Oleh Helme Hanafi
Khamis, 20 Mac 2008

Halaman 1 terhadap 2
DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.

Berita lanjutan :

http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=751&Itemid=70

19 Mac 2008

Kabinet Khairy Jamaluddin:

Dua orang tolak jawatan Timbalan Menteri!Posted on Wednesday, March 19 @ 09:23:38
Oleh Amin Iskandar @ BlackSebenarnya,
Khairy Jamaluddin mahu menjadi Menteri Penuh. Kenyataan yang beliau tiada niat untuk menjadi menteri selagi Pak Lah masih berkuasa adalah penipuan semata-mata. Beliau mahu laluan yang cepat dan selamat selagi Pak Lah berkuasa.KJ sepatutnya mahu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini didalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat. Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz adalah penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah Aziz yang paling marah sehinggakan menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy Jamaluddin perosak Umno. Akhirnya Rafidah dikorbankan daripada dilantik kembali menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Muhyiddin tidak dapat dikorbankan kerana Pak Lah bergantung kepada Naib Presiden Umno itu untuk terus kuat dalam Umno. Pak Lah yang pasti akan dilawan oleh Rafidah dan Wanita Umno tidak mampu untuk berlawan dengan banyak pihak. Sebab itulah Pak Lah harus memilih salah satu dan Muhyiddin dipilih kerana “ranking”nya yang paling kanan berbanding Rafidah.
Jika anda lihat senarai kebinet baru, anda boleh melihat kemaraan orang-orang Khairy. Wan Farid yang tidak bertanding didalam pilihanraya dilantik menjadi Senator sekaligus memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Apakah insiden Batu Burok akan berulang?)
Sepupu menantu PM Shaziman Mansor telah diangkat menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kata orang kementerian ini diantara lubuk duit)
Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang rapat dengan Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya. (Ini usaha untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya umum akan datang)

Walaupun tidak menjadi Menteri Kabinet, Khairy masih lagi menguasai kerajaan Malaysia. Apa tidaknya, dengan menguasai bapa mertuanya sahaja, beliau telah menguasai negara. Semua jawatan penting seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain tetap dikuasainya.
Orang-orang Najib telah disekat.

Jamaluddin Jarjis diantara senarai yang terkeluar. Jika masih terus “play safe”, Najib pasti akan digulaikan dalam pemilihan agung Umno akan datang.“Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.
Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: “Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.
“Anda yang bertanya mengenainya… orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara.” (Malaysiakini).
Maklumat terbaru diterima, Dua Timbalan Menteri yang baru dilantik tadi enggan menerima jawatan. Klik disini. Mungkin kerana mereka tidak sanggup untuk bersama dengan “Kabinet Khairy”.

Cara menonton satellite TV percuma tanpa sewa bulanan.

Selamat Datang Ke Program Reseller Redzone4u Dot Com !!

Kini anda boleh menonton satellite TV secara percuma tanpa sewa bulanan!! Kenapa anda bayar RM80 sebulan untuk menyewa Astro??

Dapatkan lebih 3,000++ channel sekarang dengan hanya RM40 one-time fee sekarang!!!

Layari:

http://www.redzone4u.com/?id=emudah

Dengan pembelian tersebut, anda juga secara tidak langsung
menjadi RESELLER (agen)
kami dan berpeluang
MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
secara sambilan atau SEPENUH MASA.
Dengan setiap penjualan anda,
anda akan mendapat 50% daripada harga produk dalam hari yang sama juga!

http://www.Redzone4u.com/?id=emudah

18 Mac 2008

Azizan Minta Semua JKKK Bekerja Seperti Biasa
- Laman M@RHAEN


ALOR STAR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta majlis kerajaan tempatan supaya bekerja seperti biasa dan terus memberi khidmat kepada rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri yang kini dipimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini tidak memecat sesiapapun dan mereka masih boleh terus berkhidmat sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Kami dengar ada JKKK tidak mahu tandatangan borang murid sekolah dan sebagainya sedangkan mereka masih boleh berkhidmat. Jangan rasa takut kerana kami akan beritahu tempoh perkhidmatan mereka pada satu tarikh yang akan ditentukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan di pejabatnya di sini.

Azizan berkata kerajaan tidak mahu membuat perubahan drastik sebaliknya akan dilakukan secara beransur-ansur.

Beliau berkata semua pegawai kerajaan juga diminta untuk meneruskan projek yang telah dirancang kerana kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membatalkan mana-mana projek malah akan mempertingkatkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat.
Mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan menutup semua kedai perjudian, beliau berkata perkara itu akan dilaksana secara berperingkat.
--BERNAMA
Kerajaan PAS Kedah umum turun cukai tanah


Oleh Bernama
Isnin, 17 Mac 2008

ALOR SETAR: Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.
"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.

Azizan juga mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.Perlawanan terbaik itu antara lain akan melibatkan pasukan Kedah dengan Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac ini.Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.Mengenai ura-ura akan berlaku rombakan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Azizan berkata ia akan diusulkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini.Jawatan presiden KFA kini disandang oleh mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid."Saya tidak kisah untuk memegang jawatan presiden KFA. Jawatan menteri besar lagi besar untuk dipegang, lagipun saya juga ahli sukan. Saya pemain (bekas) bola sepak dan golf," kata Azizan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.Azizan juga berkata kerajaan negeri akan merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan termasuk menumpukan usaha menarik pelancong dari negara Timur Tengah."Kita akan menawarkan kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab," kata beliau.

Beliau berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau berkenaan dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.
Eksklusif: "Jalan ke Putrajaya semakin dekat" Anwar


Oleh Helme Hanafi
Selasa, 18 Mac 2008
Halaman 1 terhadap 3

ADA nada optimis apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO agar "jalan ke Putrajaya semakin dekat". Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu 'macam tidak masuk akal' namun beliau memberikan bandingan, "Dulu saya kata PKR akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga," katanya.
Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, 'tidak ramai yang percaya,".
Bahkan seorang pemimpin kanan PKR memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihanraya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

"Saya tidak percaya waktu itu," katanya.
Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

"Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi," katanya.
Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.
"Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin PKR dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti," kata beliau.
Jelas beliau, Anwar juga memberi amaran bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.
"Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri," kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.
Namun syaratnya jelas, "Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita," kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.
"Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti," kata Anwar.