SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

19 Mei 2009



Jawatankuasa tangani masalah sosial

KUAH - Satu jawatankuasa menangani masalah sosial diwujudkan berikutan peningkatan kes di Kedah semakin membimbangkan. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, jawatankuasa itu diwakili oleh pihak polis, Imigresen, jabatan agama Islam dan majlis perbandaran serta dipengerusikan beliau sendiri. Menurutnya, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana pusat-pusat hiburan khususnya di Langkawi, tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.
“Kami di kerajaan negeri membenarkan hiburan, tetapi premis perniagaan dan kakitangan yang menjalankan perniagaan tersebut mestilah mematuhi undang-undang. “Kami akan membuat kajian keperluan seperti pelesenan, had waktu operasi iaitu sehingga jam 1 pagi dan penjualan minuman keras,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Exco di Majlis Perbandaran Langkawi di Kuah dan melakukan lawatan ke kawasan pelupusan sampah di Belangga Pecha. Phahrolrazi berkata, penguatkuasaan akan dikenakan kepada peniaga beragama Islam yang menjual atau yang memberikan perkhidmatan penjualan arak kepada orang Islam atau sebaliknya.
Menurutnya, pemantauan juga akan dilakukan bagi mengelakkan salah guna kuasa atau lesen yang diberikan. “Kami akan mengambil tindakan tegas dan kini di peringkat awal, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan kajian terperinci ke atas lesen premis," katanya.
Beliau berkata, jenis tindakan itu akan ditentukan mengikut akta perundangan yang bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan. “Tindakan bersepadu ini juga adalah sebahagian daripada persediaan penganjuran LIMA pada Disember nanti. “Ketika kehadiran LIMA, Langkawi bakal menerima kunjungan pelancong domestik dan luar negara dalam jumlah yang besar, maka persediaan dari segi kebersihan, restoran dan landskap mula diberikan perhatian penuh,” katanya.

16 Mei 2009

RISDA BUAT APA???

Penduduk dakwa Risda gagal salur bantuan


NYIOR CHABANG - Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, penduduk kampung di Nyior Chabang sanggup bergadai bagi memulakan projek penanaman getah secara tanam semula di bawah Projek Rancangan Tanam Pinggir yang disarankan. Namun, hasilnya menghampakan, apabila pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, gagal menyalurkan bantuan seperti yang dijanjikan kepada 21 penduduk di Kampung Nyior Chabang dan Lubuk Setol. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Nyior Chabang, Mahmud Hasan berkata, pada 2007 Risda memberikan bantuan sebanyak RM1,500 ke RM3,000 kepada setiap pekebun.
Namun menurutnya, mulai 2008 sehingga kini, bantuan yang dijanjikan masih belum diterima dan status projek tersebut juga tidak diketahui. “Kami mahukan hitam dan putih mengenai projek ini, kami gunakan wang sendiri untuk membeli baja dan benih dan penanaman pokok telah dilakukan sejak 2007. :“Namun pulangan wang yang digunakan sendiri untuk dibayar semula oleh RISDA masih belum diterima,” katanya ketika ditemui wakil :Sinar Harian:.
Mahmud berkata, pegawai Risda yang datang pernah berjanji, peruntukan itu akan diberikan di antara Januari hingga Februari, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan. Menurutnya, secara purata penduduk telah menggunakan wang persendirian sehingga mencecah RM1,100 kerana minat mendalam dalam bidang perladangan. “Kami mengikut seruan kerajaan untuk memulakan projek pertanian dan bakal dikomersialkan bagi menjana pendapatan tetapi masalah ini yang kami hadapi," katanya. Dakwanya, bayaran bantuan rancangan pemulihan kebun sepatutnya dibayar secara tahunan kepada pekebun yang terlibat tetapi tiada seorang pun pegawai daripada Risda yang datang menguruskan perkara terbabit.
“Jika berlaku penyelewengan atau masalah diharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera kerana kami telah hilang sumber pendapatan. “Kami berharap segala tunggakan atau bayaran yang sepatutnya dibayar kepada kami disalurkan kepada pejabat wakil rakyat bagi membolehkan kami berurusan dengan mereka berbanding pihak Risda yang tidak langsung prihatin dengan masalah kami,” katanya. Mahmud kesal kerana tiada seorang pun daripada pegawai Risda yang datang meninjau kawasan penanaman getah yang diusahakan mereka selama ini.

KERAJAAN NEGERI WAJAR BENARKAN!!!

Pembinaan jalan Kampung Baru Batu Asah diteruskan

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata kerja pembinaan jalan di Kampung Baru Batu Asah, Sungai Menghulu, Langkawi yang terbabit dengan insiden rampasan jentera dan peralatan binaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri kerana disyaki menceroboh, boleh diteruskan untuk kepentingan dan kemudahan rakyat.Katanya, isu rampasan jentera dan alatan pembinaan itu sudah diselesaikan dengan baik antara pihak terbabit kerana ia berpunca daripada salah faham antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan Jabatan Perhutanan Negeri hingga membawa kepada berlakunya insiden itu.
"Saya difahamkan ada pihak yang membuat laporan mengenai pencerobohan tanah rizab hutan dan bertindak atas laporan itu Jabatan Perhutanan mengambil keputusan untuk merampas jentera berkenaan sekali gus memberhentikan projek berkenaan."Pihak Kerajaan Pusat sudah mengadakan rundingan dan ia sebenarnya tidak ada apa-apa. Ia adalah isu kecil yang sudah diselesaikan dan pembinaan itu akan terus dilaksanakan kerana ia diperlukan rakyat di kampung itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
bagi projek membina laluan bertar kepada penduduk Kampung baru Batu Asah, Langkawi yang dikatakan tidak mendapat izin pihak berkaitan.Beliau bagaimanapun akur jika ada keperluan bagi pembinaan itu tetapi mahu pihak terbabit menghormati bidang kuasa kerajaan negeri.Kampung Baru Batu Asah menempatkan 40 rumah yang didiami oleh kira-kira 200 penduduk tidak mempunyai laluan keluar masuk yang baik selain hanya bergantung kepada air bukit sebagai bekalan dan tidak mempunyai bekalan elektrik.Difahamkan permohonan untuk pembinaan jalan itu sudah dikemukakan sejak lima tahun lalu.

14 Mei 2009




BEKALAN ELETRIK DI PULAU TUBA DICATU KEMBALI

Oleh:ARS

KUAH- Mulai 8hb.mei 2009 penduduk sekitar Pulau tuba dan Selat Bagan Nyior ,Tasik Dayang Bunting mengalami ganguan bekalan Eletrik terutama diwaktu malam dan sehingga sekarang. Meraka begitu kecewa dengan masalah yang berterusan. Dalam tiga bulan lalu hampir 3 minggu masalah yang sama berlaku.


Daripada lapuran penduduk yang bernama Sdr.Abd Hamid bin Osman , 56 tahun kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Angkat Kuah dan dua wakil PKM telah meninjau keadaan sebenar ke Pulau Tuba untuk dapat maklumat bagi menyelasaikan permasalah tersebut pada 12hb.Mei 2009.

Setelah bertemu dengan pegawai yang menjaga Rumah Janakuasa TNB En. Shaari bin Mat Isa, beliau menyatakan masalah Genarator Set yang rosak sebanyak 2 unit dan hanya tinggal 2 unit yang berfungsi. Dan terpaksa menggunakan 1 unit sahaja dalam satu masa yang mana tidak cukup kuasa apabila penggunaan waktu puncak pada 8.00malam hingga 12.00 malam. Bagi mengatasi masalah tersebut bekalan terpaksa dicatu disetengah kampong mengikut giliran.

“ Kietika ditanya tentang penggunaan kuasa maksimum di Pulau ini lebih dari 400 kVA ketika ini dengan hanya 1 unit generator ianya tidak mampu lagi menampung . Beliau berharap pihak TNB dapat memperbaiki dengan segera Genarator yang rosak dan sekiranya generator yang ada akan rosak tentu penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktivti perniagaan dan kegunaan harian.

Setiausaha PKR Bahagian Langkawi, Ramli Shaarani yang berharap pihak TNB dan kementerian luar Bandar dapat mempercepatkan pemasang kabel dasar laut dari Pulau Langkawi ke pulau tuba dengan anggaran kos RM20juta seperti yang dimaklumkan oleh pihak TNB. Ini memandangkan jumlah penggunaan eletrik yang kian bertambah dengan pembanguanan pesat seperti chalet-chalet dan sekolah-sekolah disana. Tanpa kemudahan eletrik yang mencukupi kita amat risau kepada pihak penduduk dan pengusaha-pengusaha hotel yang mana untuk merancang pembinaan projek mereka di pulau tuba.


Dan menurut seorang penduduk En.Mohamad Ratu seorang pengusaha kedai runcit , beliau amat kesal dengan keadaan ini berterusan dan seringkali mengalami kerugian apabila bekalan eletrik yang tidak stabil pembekalannya. Dan beliau berharap ini dapat diatasai dengan serious dan segera kepada pihak berkenaan.

Turut serta Timbalan ketua bahagaian PKR langkawi, En Radzali Abas setelah meninjau keadaan tersebut beliau akan menghantar lapuran tentang perkara ini kepada Pengerusi PKM Langkawi juga pihak Pegawai Daerah Langkawi.



10 Mei 2009

Langkawi Sudah Dapat 'BOT AMBULANS' Setelah menanti bertahun..

Bot ambulans mula beroperasi (sinar harian)



PANTAI KOK - Penduduk Langkawi kini boleh menarik nafas lega apabila kehadiran bot kecemasan Jabatan Laut Malaysia M V Suhail yang menjadi penantian sejak bertahun kini diperoleh.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, bot itu diberi bagi memastikan kebajikan, perkhidmatan bantuan kecemasan dan perubatan di Langkawi berada pada tahap baik.

Menurutnya, Jabatan Laut Malaysia (JLM) melalui Rancangan Malaysia ke lapan dan sembilan mengambil langkah membina tujuh bot perkhidmatan pemindahan perubatan kecemasan dengan peruntukan RM56 juta.

“Daripada tujuh buah bot itu, sebuah ditempatkan di Langkawi, baki enam buah bot ditempatkan di Pelabuhan Klang, Mersing, Pulau Tioman, Pangkor, Kuala Terengganu dan Labuan yang mana masih dalam proses.

“Bot di Langkawi ini adalah permuafakatan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengangkutan," katanya pada majlis pelancaran bot perkhidmatan pemindahan perubatan kecemasan Jabatan Laut Malaysia M V Suhail di Telaga Harbour, Pantai Kok.

Tee Keat berkata, bot kecema- san pertama itu akan ditempatkan secara tetap di Tanjung Lembung, di Langkawi.

Menurutnya, bot berkenaan lengkap dengan bilik khas bagi menempatkan paramedik, rua- ngan dek terbuka bertujuan pemindahan beramai-ramai (mass evacuation) dan bilik pengasingan lengkap dengan alat bantuan perubatan.

“Kehadiran bot ini juga adalah tepat pada masanya, apabila Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga ketika penularan wabak A H1N1 biarpun pada ketika ini Malaysia bebas dari jangkitan itu,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan bot ini mampu memberi keyakinan kepada penduduk Langkawi dan pelancong terhadap keupayaan pihak berwajib dalam menangani sebarang kejadian kecemasan.

Pada majlis itu, kehadiran bot itu dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Jabatan Laut Malaysia Datuk Kapten Ahmad Othman.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Azmi Shafie dan Pengarah Hospital Langkawi, Dr Serlahuddeen Abd Aziz dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib.

9 Mei 2009

Krisis Dun PERAK : Dah Pie Tanya Peguam UMNO

Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih SpeakerDebra Chong Sat May 09, 09 5:00:15 am

SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah."Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.Prosidur diraguiDia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui."Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker."Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan

Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.Versi bercanggahKata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan."Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.Polis bukan agen parti politik"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang."Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah."Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis

untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"Bila sidang bermula?"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.Beliau menekankan,

Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.Terus buntu"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa."Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut.

"Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".Cara salah pilih Speaker"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.Seperti juga Malik Imtiaz,

Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.Undang-undang tak boleh selesai masalah"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya."Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak.

Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?""Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan."Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.Tulisan dari The Malaysian

Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat
Langkawi bakal keluar kereta ringan

LANGKAWI: The Island Car Company Sdn Bhd, syarikat pelaburan asing dari British, bercadang untuk mengeluarkan kenderaan ringan bagi tujuan pelancongan di Langkawi tidak lama lagi. Kenderaan ringan yang dinamakan "Helang" itu adalah kereta empat tempat duduk dan boleh digunakan untuk berekreasi dan bersiar-siar membawa pelancong mengelilingi Langkawi. Pengarah operasinya, Richard Boggon, berkata kereta ringan itu akan menggunakan beberapa komponen Perodua Kancil termasuk enjin kuasa kuda 660cc manakala badannya menggunakan gentian kaca.

25 Mac 2009

MB dedah dalang rompak hasil Kedah
Mar 25, 09 5:49pm

Golongan kaya dan berada mendalangi kerja menceroboh tanah haram dan mencuri hasil bumi di Kedah, kata menteri besar.Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pandangannya berdasarkan banyak jentera berat bernilai jutaan ringgit yang dirampas pihak berkuasa dalam operasi membanteras aktiviti pencerobohan haram, lapor Bernama."Ini membuktikan golongan ini memiliki banyak wang. Orang kaya sahaja yang mampu beli semua ini dan beroperasi dengan cekap, sementara orang kampung hanya guna kapak dan parang sahaja," beliau dipetik berkata selepas mesyuarat exco kerajaan negeri.

Azizan tidak menolak kemungkinan sindiket tersebut mempunyai kaitan dengan orang politik, namun Jabatan Hutan sedang mengenal pasti golongan itu.Beliau berkata dalam kes terbaru malam tadi, sebuah pontun - yang membawa 4,200 kilogram pasir hitam bernilai lebih RM330,000 yang dicuri di Langkawi - telah ditahan.Tambahnya, pencerobohan tanah secara haram membabitkan beribu hektar dipercayai telah lama berlaku dan menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian besar.
Menurut agensi berita itu lagi, lebih 800 hektar kawasan hutan di Bukit Kachi di daerah Kubang Pasu yang mengandungi kayu bermutu tinggi seperti cengal dan meranti, manakala beribu hektar di Padang Terap telah dicerobohi."Kerajaan negeri mendapat hasil sebanyak RM16,000 bagi setiap satu hektar kawasan balak yang ditender dan jumlahnya itu boleh mencecah puluhan juta ringgit sekiranya beribu hektar yang diceroboh secara haram dapat dibanteras," kata Azizan lagi.
Pengkalan Wilayah 3 sedia beroperasi


BUKIT MALUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah apabila Pengkalan Wilayah 3 di Bukit Malut bersedia menampung kapal frigat dan anggota mulai hari ini. Panglima Wilayah Laut Tiga, Laksamana Pertama Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kapal frigat dan korvet TLDM seperti kapal korvet misil KD Laksamana Tun Abdil Jamil dan KD Inderapura boleh menggunakan pangkalan itu yang berharga keseluruhannya mencecah RM160 juta. Menurutnya, jeti sepanjang 200 meter memulakan projek pembinaan pada Disember 2006 dan telah diserahkan kepada TLDM pada 4 Mac lalu.
“Kawasan keseluruhan pangkalan ini adalah 32.5 hektar dan terdapat 102 meter jambatan yang menghubungkan pangkalan ke jeti. “Manakala fasa kedua iaitu projek perumahan yang menempatkan 122 keluarga masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada Mac tahun depan,” katanya ketika merasmikan operasi jeti tersebut. Abdul Ghani berkata, dengan kemampuan kapal frigat dan korvet TLDM ke pangkalan ini, maka urusan melaksanakan tugas keselamatan perairan di negara ini lebih efisien. Menurutnya, pangkalan TLDM ini adalah kedua terpenting selepas Lumut bagi menjaga kapal pedagang yang menggunakan laluan dari lautan Hindi ke Selat Melaka. “Kapal frigat dan korvet TLDM juga beroperasi sejauh 7,000 batu nautika dari tanah air untuk menjaga kapal dagang dari syarikat perkapalan negara dari tawanan lanun yang menggunakan laluan dari Teluk Aden.
Beliau berkata, TLDM sentiasa membantu agensi maritim yang lain untuk penguatkuasaan undang-undang maritim, selain tugas-tugas teras dan sekunder lain. Sementara itu, kapal korvet misil KD Laksamana Tun Abdul Jamil akan berlabuh di pangkalan itu selama 24 jam. Menurut pegawai pemerintahnya, Laksamana Mohd Taufik Sabikis berkata, KD Laksamana Tun Abdul Jamil ditauliahkan ke perkhidmatan TLDM pada Julai 1997 dan Julai 1999 setelah radar Navigasi Kelvin Hughes baru ditambah. “Kapal ini membawa enam peluru berpandu Otomat Teseo Mark2 yang mempunyai jangkauan sehingga 120 kilometer untuk memusnahkan sasaran permukaan. “Torpedo anti kapal selam pula dilancarkan dari dua pelancar Alenia ILAS-3 di kedua-dua sisi kapal, reka bentuk kapal Itali ini mem:punyai kelajuan maksima 36 knot,” katanya.

13 Mac 2009

Masjid Bukit Malut 21 tahun tanpa pembaikan



BUKIT MALUT - Selama 21 tahun penduduk di Bukit Malut menunaikan solat jemaah harian dan solat Jumaat dalam keadaan berpanas dan ada ketikanya terkena tempias hujan. Imam Masjid Bukit Malut, Abdullah Muhammad, 38, berkata, masjid tersebut hanya mampu menampung seramai kira-kira 1,000 jemaah dalam satu masa. Menurutnya, masjid ini juga adalah markas tabligh utama di Langkawi, sejak ditubuhkan pada 1988. “Semakin hari semakin ramai jemaah yang hadir, selain dari kalangan penduduk tempatan, terdapat orang luar juga yang menggunakannya. “Kami jadikan masjid ini sebagai tempat berdakwah sambil mengukuhkan iman, selain berjemaah, ada juga jemaah yang mengaji dan menunaikan solat sunat tanpa mengira waktu,” katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Abdullah yang menjadi imam selama enam tahun di masjid itu berkata, masjid ini uzur dan memerlukan beberapa bahagian untuk diganti seperti siling zink, dinding, jalan menuju ke masjid dan tandas. Menurutnya, jika hujan, keadaan semakin parah apabila tempias memasuki perkarangan masjid menyebabkan lantai basah dan terpaksa dibersihkan. “Namun demi menunaikan tanggungjawab kami sentiasa bergotong-royong membersihkan setiap hari bagi memastikan rumah Allah sentiasa terpelihara,” katanya.

:Sementara itu, ketua kampungnya Dahaman Ahmad, 52, berkata, masalah ini akan dirujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memohon peruntukan membaik pulih. “Kawasan masjid ini seluas 28x24 meter, jika waktu tengah hari jemaah akan bersolat dalam keadaan panas, kerana silingnya zink dan kipas terhad. “Tetapi jemaah tidak pernah bersungut cuma kami memohon tandas dan jika ada peruntukan kami memerlukan karpet, di masjid ini hana beralaskan tikar getah dan sebahagian sejadah,” katanya. Abdullah berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mana-mana pihak tampil menyalurkan keperluan sebagai pelengkap rumah Allah ini.