SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

27 Jun 2009

JETI SEMENTARA PUN NAK TENGGELAM!!!







JETI PENUMPANG TUBA MASIH BELUM DIBAIKI

oleh: ARS@wg
Setelah lebih enam bulan lepas Jeti penumpang Pulau Tuba yang tenggelam di bahagian ponton yang bocor akibat dari ketebalan yang tidak sesuai semasa pembinaannya, tiada nampak usaha-usaha untuk diperbiaiki oleh pihak Jabatan yang bertanggungjawab. Dan lebih malang lagi jeti sementara yang dibuat oleh Syarikat swasta juga kini hampir tenggelam.

Mungkin pulau Tuba ini berada dalam wilayah Thailand kerana begitu lambat dan lengaiya pihak Jabatan dari Kementerian@persekutuan dan bantuan dari kerajaan negeri untuk membuat sesuatu dengan pasarana sediada.

Hanya penduduk pulau Tuba yang harus berfikir dimana keperhatinan kerajaan terhadap pembangunan di kawasan mereka.

PPSMI DIAKUI PENDEKATAN YG. BODOH!!!

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Jimadie Shah Othman Jun 27, 09 1:03pm
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia.

"Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi. Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin. Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. "Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. "Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

21 Jun 2009

13 Jun 2009


di hotel Palm garden Hotel, Putra Jaya

KE KONGRES KHAS PKR DI KIUS, KAJANG SELANGOR

Seramai 12 orang perwakilan dan 4 Orang pemerhati akan menyertai Kongres tersebut yang akan berlansung selama sehari pada 13hb.Jun 2009.




12 Jun 2009

PROGRAM BAHAGIAN TERKINI!!!







PROGRAM PKR BAHAGIAN LANGKAWI

Untuk menjawab tomahan dari email antikusut pada 12hb jun dalam blog kedahlanie yang menyatakan Jawatankuasa Bahagian Langkawi yang bercelaru untuk makluman beliau kita baru menyusun AJK dengan 34 orang dan sentiasa mengadakan mesyuarat Bahagian 2 kali sebulan.

2/3 AJK adalah amat aktif bagi menjalankan 14 Biro untuk pengurusan dan pemantapan parti

Juga Biro Politik & Pengurusan sentiasa bermesyuarat secara tetap setiap bulan juga bagi merancang penabahan ahli,cawangan juga program pusat khidmat masyarakat. Pusat khidmat masyarakat DUN angkat Kuah menerima sekurangnya permasalahan dari penduduk Langkawi.

Semalam BIRO Aduan & Kebajikan telah menjalankan program Makan Malam Amal di Barnthai Restoren bagi tujuan mencari tabung juga berdailog dengan 3 Exco Kedah dari PKR dengan penduduk Langkawi. 140 orang hadir yang telah dirasmikan oleh YB Manikumar juga penyerahan 250 borang ahli baru kebanyakan berbangsa India & Cina juga dapat menubuhkan 3 Cawangan Baru.


oleh S.U bahagian


MACAM ORANG GILA TALAK JEE!!!

PKR Kedah Jangan Tersalah Langkah

oleh antiKusut (pkrantikusut@gmail.com)

Salam Perjuangan dan Kesejahteraan..Hangat.. semakin hangat.. El-Nino melanda lagi !! Kala dan tika iniramai yang mula demam-demam, sakit kepala, sakit sendi, sakit tekakdan bermacam-macam sakit lagi yang mai menjengah ...Namun segala kesakitan tersebut ada cara dan kaedah untuk dielak...ada ubat untuk merawat dan bermacam-macam doa boleh diamal agarkesejahteraan dalam kehidupan tidak terjejas.Duk tak duk mai pulak penyakit yang susah nampaknya nak diubat..penyakit keturunan.. yang digelar PHD .. ramai sungguh yang terseretdan diseret oleh juak-juak yang nak menjadi hero tapi tak sesuaidengan kaedah dan tempat..Mai la jalan-jalan atau kalau malas sangat hantaq la perisik ke Kedah!!

pasang-pasang telinga.. buka mata sikit-sikit pun tak pa... nantihangpa akan dengaq dan nampak gelagat-gelagat manusia PHD ini...Dulu sebelum menang... hangpa selalu duk sebut-sebut.. kita lahpejuang.. kita akan bersama-sama menentukan halatuju dan bersama-samameningkatkan kesajahteraan rakyat... tapi la ni... depa-depa yang dukataih kerusi empuk .. semakin tak reti bahasa !! lupa daratan... !!lupa asal usul !! dan lupa siapa yang dulu tolong bawak hangpa pi maipi mai... untuk diperkenalkan kepada rakyat !!Kedah Sejahtera.... ahli PKR masih teraba-raba !!! masih tercari-caridimanakah sinar yang mampu dibawa oleh pentadbiran tertinggi peringkatnegeri.... masih cuba memahami apa yang dicanang-canangkan denganmaksud “kita adalah kerajaan”.

Apa yang kita dapat hari ini ialah... pentadbiran tertinggiseolah-olah cuba menjadi jaguh dimata Presiden.. semua yang dilaporkanadalah yang terbaik dan segala-galanya adalah atas kepandaian dankecekapan depa-depa sahaja. Segala-galanya seolah-olah keluar atauterzahir dari otak-otak mereka yang dikatakan orang-orang atasanterpintar dan tercerdik...Hari ini aku rasa semakin jauh dan tersisih.. suara bawahan hanyalahpencacai yang perlu diketepikan !!! orang-orang bawahan selayaknyamenjadi tukang pasang poster, gantung bendera dan selebihnya hanyadisuruh jerit kuat-kuat perkataan keramat..... REFORMASI !!!!REFORMASI !!!..

PPN PKR Kedah... hang cuba la tengok sekeliling hang... apa yang hangnampak dan hang rasa ? Layakkah hang duduk dikerusi empuk itu ?Pernahkah hang fikir dan buat penilaian keseluruhan tentang nasibahli-ahli PKR Kedah ? Hang ikut kepala otak hang atau hang dan dibasuholeh orang-orang sekeliling hang yang masing-masing ada kepentingansendiri...Kita adalah kerajaan... apa yang ahli-ahli PKR Kedah dapat ??...adakah perlu digunakan kanta pembesar untuk mencari dan melihat“debuan-debuan emas” yang ditabur sebagai rahmat !!!Antara cakap-cakap dan khabar-khabar angin ...adakah ianya satu rahmat ?... :-

a) Baling – Ketua Bahagian Sah dan Tidak Sah... yang masuk mesyuaratPerhubungan Negeri ialah berstatus penaja (tak tau sah ke tidak)... lani memegang status Ketua Penerangan PKR Kedah.

b) Langkawi – Ketua Bahagian hebat... tapi tak tahu la macamana denganAJK depa... dengau-dengau bercelaru juga.

c) Kuala Kedah... – Ketua Bahagian ada lagi tak ? katanya dah berundur.

d) Padang Serai – Kata-katanya akan digantung... atas perancangan danstrategi tertentu... ada orang bercita-cita nak bertanding sebagaiADUN kalau ADUN sekarang kena di”gugur”kan. Dengaq-dengaq kata “playerimport” juga.

e) Perhubungan PKR Kedah dimonopoli oleh mereka-mereka yang bukannyamemegang jawatan tertinggi dari PKR Bahagian... hebat-hebat depa-depani... orang lain susah-susah dan jaga bahagian .. hangpabersenang-senang susun strategi dan pegang jawatan besaq-besaq...hampeh... berlagak pandai dan cerdik... tak sedaq diri ..

.f) Pemilihan Ahli Majlis... mana pi keistimewaan Ketua Bahagian untukmembuat keputusan.... dengaq2 kata pasai Kulim Hi-Tech... DSAI 4-5kali telefon masih hari interview nak pastikan kelayakkan seseorangyang betul-betul layak untuk duduk dikerusi tersebut.. okay la... fairand square... tapi apsal yang terpilih bukan yang disokong dan dipiliholeh PKR Bahagian yang diberi kuota...

g) Ahli Majlis Perbandaran Kulim.... dengaq-dengaq jugalah... kuotaPKR Padang Serai dan dirampas dan diisi oleh makhluk dari Kulim BandarBharu... dan juga seorang pejuang wanita yang betul-betul hebat masaPRU12... dan pernah terlibat dalam perancangan untuk menjatuhkan KetuaBahagian selepas gagal untuk memastikan kekalahan calon-calon PKR diPadang Serai.

h) Kehebatan PKR Kedah tidak terhenti disitu sahaja... denganterpilihnya seorang doktor yang sekejap ahli PAS... sekajap PKR...masuk balik PAS dan terbaru adalah AHLI PKR... mai kot mana ? MasaKulim Bandar Bharu havoc dengan cerita Zulkifli Nordin ... DR ni pisana... mungkin ada harapan.. kot kalau-kalau lah... then bila PadangSerai hendak dipersetankan... DR ni dengau-dengau kata dah jadi ahliPKR Padang Serai... ishhh kuat sungguh latah mu.... dan yang palinghebat la nieeee.... DR tu Ahli Majlis Perbandaran Kulim... tup-tupdapat pulak satu lagi jawatan Ahli Majlis Kulim Hi-Tech... jadi ataskebijaksanaan dan kepekaan PKR Kedah... maka DR yang benar-benarprofesional ini dan menepati segala kelayakkan yang diperincikan olehDSAI telah terpilih dengan bergaya sambil dibantu oleh hantu-hantuserta jin-jin yang MAHA RAKUS...

i) Sungai Petani... katanya juga... hebat... yang terpilih sebagaiAhli Majlis... katanya dulu dulu dari sebuah pulau... masa dia keluardari pulau... geng-geng kat pulau seronok tak terhingga...j) Sik.... sama lah malangnya nasib hangpa....

k) Cikgu Shamsul tu sapa ? wakil bahagian mana ? Ketua Bahagian mana ?

l) Hafiz tu sapa ? Ketua Bahagian mana ?Kalau tidak ada angin.. masakan pokok boleh bergoyang... takut-takutnanti tak cukup waras untuk menilai...

sedaq-sedaq buah nyoq jatuihataih kepala....Sebelum terlupa... kepada yang bergelar “DATUK” PKR Kedah...ingat-ingatlah sama... pandai-pandailah menjaga diri... cita-cita lamanak jadik menteri penerangan tuh mungkin boleh dilupakan... kerana nakkasik datuk kat hang lah... pingat-pingat kecil yang dikuotakan kepadaPKR Kedah terpaksa digalang ganti !!!La ni .... heboh pasai DATUK BABI..... ishhhhh..................macam-macam cerita dok mai.. janganlah hangpa-hangpa yang duk katPerhubungan PKR Negeri Kedah masih nak berkomplot dan hidupberkhayal-khayalan.... sedaq-sedaqlah kepada mereka-mereka yang takpegang jawatan tertinggi kat PKR Bahagian... keluarlah secaraterhormat dari Perhubungan PKR Negeri Kedah...Akhir kata.... hangpa-hangpa semua.. renung-renung dan fikir-fikirsejenak... adakah hangpa cukup CERDIK dan WARAS !!!856761912543");

dipetik dari ADMIN - KedahLaNie TIME

Komen: Dengar cerita ada orang yang gila talak nak masuk PKR balik semenjak keluar parti dah dapat habuan dari si Zamil masa pilihanraya kecil Bukit selambau lalu...

24 Mei 2009

TANPANYA KITA AKAN AMAN!!!!

Malaysia aman tanpa Umno
Oleh: MSK

Penamaan calon semalam memang memboringkan..sebab tak ada jeritan–tak ada sorakan. Tengok bola kat TV pun lagi meriah.
Lebih memboringkan apabila pusat penamaan calon dikawal oleh polis..seolah-olah orang yang datang …macam nak bergaduh.

Apa pun..setelah selesai Penamaan Calon..Penanti kembali seperti biasa.Aman dan harmoni. Jalan-jalan tak sesak macam PRK Permatang Pauh dulu..cuma nasi kandar tepi masjid kehabisan lauk lebih awal dari biasa.

Disebelah petang..tak ada apa-apa program..dari Guar Perahu hingga Berapit keaadaan macam biasa. Berdekatan Kg. Pelet terdapat satu SUBTEK…satu nama baru dalam pilihanraya kecil. Biasanya terdapat MASTEK…iaitu khemah-khemah nomadic kepunyaan PDRM yang digunakan semasa pilihanraya.

Kehadiran SUBTEK menunjukkan..polis tidak begitu diperlukan dalam pilihanraya ini. Tetapi mengapa SUBTEK hanya diwujudkan bila UMNO tidak bertanding? Jawapan yang diberikan oleh polis-polis tersebut ialah…bila UMNO bertanding..kena jaga sebab takut berlaku keganasan. Tapi bila Umno tak bertanding…tak perlu jaga.

Ha..ha. kalau macam tu…UMNO toksah bertanding dalam pilihanraya lagi. Dan memang tak perlu pun…kerana setiap kali Umno bertanding…jutaan ringgit wang rakyat hangus hanya untuk menjaga keselamatan.
Sebelah malam, kami pergi ke Berapit…satu kawasan majoriti orang Cina..tetapi ceramah dipenuhi oleh orang Melayu. Tak ada FRU..tak ada PGA…mungkin ada dua tiga orang SB dan hanya ada 3 orang polis trafik yang hanya memerhatikan keaadaan…kerana lalulintas dikendalikan Angkatan Muda PKR.

Tak ada kekacauan..tak ada Mat Rempit..tak ada pergaduhan. Walaupun ceramah malam tadi dihadiri oleh lebih lima ribu orang…lebih meriah dari Penamaan Calon!
Dan pagi tadi..sebelum meneruskan jelajah Penanti..kami sempat singgah makan tempek kelapa kat Padang Ibu…ada orang panggil lempeng, tepek dan macam-macam istilah lagi.
Bila adik yang menggoreng tempek ni bagitau..sehari dia boleh jual 50-60 keping tempek…itu perkara biasa.
Tapi bila dia kata..pilihanraya Penanti ini macam biasa saja..itu luar biasa. Sebab kebiasaannya…pilihanraya kecil mesti ramai orang.

Umno tak payah bertanding dalam pilihanraya lagi la.
Kehidupan rakyat tidak terganggu…perbelanjaan polis dapat dijimatkan. Duit kerajaan pun selamat dari pembaziran Umno..dan tak ada kekacauan!
Kalau nak lebih selamat..tolak Umno terus. Sebab walaupun di Penanti depa tak kacau…tapi depa kacau tempat lain. Orang pakai baju hitam depa tangkap. Orang pasang lilin depa tangkap. Orang bawa kek pun depa tangkap!!. Mungkin lepas ni orang bawa Pizza pun depa tangkap.
Kalau rakyat mahukan keamanan..hidup tanpa kekacauan..tolak terus Umno.
Anda akan berbahagia tanpanya.

23 Mei 2009

JANGAN JANJI KOSONG LAGI????

Lanjutan daripada keluhan daripada penduduk Pulau Tuba tempoh hari yang disuarakan melalui pusat Khidmat Masyarakat Dun angkat Kuah tempoh hari. Maka hari ini telah mendapat perhatian dari Kementerian Luar bandar untuk mencadangankan projek pemasangan kabel dasar laut tersebut bagi menggantikan genarator yang sering rosak.

Adakah ini hanya janji kosong dari mereka lagi... dan berharap pihak penduduk disana dapat mendesak untuk kelancaran pembangunan di Pulau Tuba amnya.

lanjutan lapuran sinar harian 23/5/09

Tuba bakal nikmati kabel elektrik


KUAH - Kekusutan 3,000 masyarakat di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting yang sering berhadapan dengan masalah catuan elektrik berakhir apabila jalinan kabel elektrik bawah tanah akan dilakukan tidak lama lagi. Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, tiga pilihan kabel dasar laut dikenal pasti untuk dijalin bagi kegunaan masyarakat di kepulauan itu.

Menurutnya, pilihan pertama adalah kabel sepanjang 2.5 kilometer (km) dari Jeti Kuah ke Tasik Dayang Bunting, pilihan kedua adalah sepanjang empat kilometer dari Hotel The Westin Spa & Resort ke Pulau Tuba dan ketiga sepanjang 15 km dari Jeti Penarak ke Pulau Tuba. “Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneliti pilihan yang bersesuaian dari segi teknikal dan kesenangan operasi sebelum mendapatkan dana daripada Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar.

Projek ini menelan belanja tinggi, pengkhususan dan kepakaran turut menjadi aspek utama bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari,” katanya ketika ditemui selepas mengenal pasti jalan jalinan terbaik untuk pemasangan kabel tersebut. Ir Nawawi berkata, seramai tujuh jurutera berkaitan dari Bahagian Pembahagian TNB dari Kuala Lumpur didatangkan khas bagi meneliti projek tersebut. Menurutnya, penduduk di kepulauan digesa bersabar terhadap kerja pemasangan termasuk sepanjang projek perlaksanaan dilakukan. “Kami sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk penduduk di sini dan masalah mereka sebenarnya diambil berat sehingga ke peringkat kementerian,” katanya.


Beliau yang juga Setiausaha UMNO Badan Perhubungan Kedah yang baru dilantik berkata, projek tersebut akan dimulakan serta merta selepas mendapat pilihan yang tepat termasuk dari segi kewangan. “Kami terpaksa mengenal pasti geografi kawasan di dua pulau ini, jenis tenaga yang sesuai disalurkan malah kapasiti penggunaan seharian,” katanya. Ir Nawawi berharap dengan wujudnya kabel elektrik bawah tanah ini, masyarakat di sini dapat menikmati bekalan elektrik tanpa gangguan lagi. Sementara itu, jana kuasa elektrik yang rosak di Pulau Tuba beberapa bulan lalu diganti yang baru oleh TNB

21 Mei 2009

UMNO DITALKINKAN.....BETULKE????


Talkinkan UMNO ? Sapa punya kerja ni ? (update)
Astaghfirrullah..MasyaAllah..!! Ni kat mana ni ? Terkedu wak lihat foto ni, Patut ker hangpa buat macam tu ?

(wak) OD kek mano kau dopek gambo ni ? Kau cito kat wak..!
Sumber tak sohih mengatakan bahawa, (rujuk komen) ..kejadian ini berlaku di Semporna Sabah, kerana depa tidak puas hati pasal tanah, dan KM depa (baca siapa ?), kawasan ni kawasan Naib Pengerusi UMNO yang bangap tu, saper ? itu..menteri apdal tuh laaa kalau nak tau, depa bukan mati pun, ni hanya protes jer wak, dan masih hard core umno, duit duit, dimana ko duit....UMNO talkinkan UMNO di Sabah lah yer !

19 Mei 2009

Umno/BN hilang maruah diteraju pemimpin dayus

Tuesday, 19 May 2009 • Kategori: Eksklusif, Nasional, Rencana
Oleh Mat Zahari Ali
KEPUTUSAN jamaah kabinet yang diterajui Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk tidak menyertai Pilihanraya Kecil N.12 Penanti bukan sekadar mencipta satu sejarah sejak 63 tahun Umno bertapak dinegara ini malah menjadi penanda aras yang membuktikan umno/BN telah kehilangan kepemimpinan serta maruahnya.


Dalam dimensi yang sama, kepimpinan parti yang menerajui negara ini sejak lebih 52 tahun itu seolah-olah telah direntap oleh suatu kuasa ketakutan sehingga menghilangkan jati diri dan keperkasaannya . Ini sekali gus meletakkan segala harapan dan sandaran yang menjadi tunjang kepada keyakinan rakyat selama ini terhadap parti dan pemimpin-pemimpinnya hilang dan hancur hanya disebabkan oleh sebuah keputusan dari kepimpinan yang tidak sanggup merempuh cabaran, tidak punya semangat juang dan bersikap dayus.

Cerminan yang dapat disimpulkan dari keputusan dayus itu adalah suatu pengiktirafan yang tidak dapat disangkal lagi bahawa lawan Umno/BN iaitu Pakatan Rakyat terlalu kuat sehingga tidak sanggup ditentang oleh Umno ataupun mana-mana komponen BN pun.Pengiktirafan ini tidak pernah diperoleh oleh Pembangkang sebelum ini. Ini juga merupakan sejarah baru yang memihak kepada musuh BN itu.

Inilah yang nyata dapat disedari dan lihat oleh rakyat sejak Najib memegang tampuk kepimpinan negara dari Tun Abdullah pada Mac lalu.
Berdasarkan personalitinya, Najib adalah seorang pemimpin yang lahir dalam keluarga bangsawan yang mana perjalanan politiknya sentiasa dihampari permaidani merah.Najib tidak pernah dicabar ketika dalam Umno.Pengaruh Anwar Ibrahim yang mana Najib juga tergolong dalam team wawasan pimpinan Anwar ketika Anwar didalam Umno dahulu meletakkan beliau lebih bernasib baik dalam mencipta nama dalam Umno.

Najib yang terkenal dengan sikap ‘play safe’ yang pernah disindir oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno termasuk timbalan beliau Muhyiddin Yassin, memperlihatkan imej kepimpinan beliau hanya sekadar menumpang ‘aura’ bapa beliau, Tun Razak.
Kegagalan Najib untuk meletakkan calon BN di penanti bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Umno/BN yang membenarkan kenyataan bahawa Umno semakin daif malah semua komponen dibawah BN juga semakin longlai walhal menang dan kalah adalah adat bertanding.
Pakatan Rakyat yang dibarisi PAS, DAP dan KeADILan telah mengalami detik-detik keperitan akibat tewas dalam pilihanraya hampir 50 tahun sebelum mencatat kebanggaan pada Pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

Kesan dari kesabaran, keperkasaan dalam mempertahan maruah parti serta dipimpin oleh pemimpin yang berani menghadapi pelbagai halangan dan fitnah seperti Anwar Ibrahim, Lim kit Siang dan Hadi Awang serta berpulluh-puluh lagi pemimpinan yang pernah meringkuk dipenjara serta di aniaya akhirnya PR berjaya meyakinkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Bekas Setiausaha Amerika, Hendry Kissingger berkata kekuatan sesebuah parti politik itu 85 peratusnya terletak pada ketahanan jiwa pemimpinnya, 10 peratus terletak pada orang bawahannya dan lima peratus lagi terletak pada lambang partinya.

Tindakan Najib mengaku kalah sebelum bersabung secara jangka panjangnya akan melibatkan krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau melebihi dari situasi parti pimpinanya sering kalah dalam pilihanraya.
Rakyat menyedari bahawa seorang pemimpin yang tulin adalah mereka yang berani dan sanggup menghadapi kesukaran, keiaban, fitnah dan pelbagai resam cabaran. Kebanyakan negara di dunia sedang bergelut menghadapi tekanan ekonomi akibat krisis ekonomi dunia tetapi Malaysia sedang berada dalam indeks yang lebih merbahawa kerana selain krisis ekonomi, krisis politik dan perlembagaan dinegara ini sedang meniti saat yang amat menakutkan.


Krisis perlembagaan di Perak telah meletakkan negara ini sebaris dengan Zimbabwe dan beberapa negara Afrika lain kata Lim Kit Siang. Institusi polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara serta memelihara keluhuran perlembagaan di negara ini telah menodai amanah tersebut dengan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei lalu. Pada 3 Mac lalu pula bertindak menghalang Adun dari mengadakan persidangan sehingga sejarah tercipta bila Adun terpaksa bersidang di bawah pokok.


Ketidak stabilan ekonomi yang disertai oleh kemelut perlembagaan serta salah guna pihak polis meletakkan negara dan rakyat sedang berada diambang yang terlalu takut untuk dibayangkan.Pemimpin yang tidak bermaruah dan bersikap dayus mampu dan akan bertindak melarikan diri sekiranya apa-apa berlaku terhadap negara ini. malah pemimpin dayus sebegitu akan sanggup mempergunbakan apa sahaja termasuk polis, tentera dan istana untuk dijadikan benteng pertahanan.

Ini tidak menghairankan setelah RM67 billion wang rakyat dan wang negara telah berjaya diperoleh mandat untuk dikuasai. Kuasa wang tersebut juga akan mampu dibeli untuk memujuk, menyogok dan mengugut bagi mendapatkan kuasa kembali walaupun itu bukan restu dari rakyat.

Saidina Ali berkata pemimpin atau orang yang dayus ibarat orang yang hampir karam dan akan mengapai apa sahaja yang ada untuk menyelamatkan diri. Menurut Saidina Ali lagi, pemimpin yang dayus tidak lagi mempertikaikan pertimbangan baik dan buruk serta haram dan halalnya kerana matlamatnya hanya satu aiatu untuk menyelamatkan diri.Apa yang lebih menakutkan kata Saidina Ali, Pemimpin yang dayus tidak akan mencium syurga.Mat Zahari Ali ialah Editor Berita Akhbar Mingguan, Suara Keadilan