SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

1 Jan 2011

Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar

Oleh G Manimaran dan Shazwan Mustafa Kamal
December 31, 2010

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan telah mempersembahkan tiga nama untuk pertimbangan Sultan Selangor
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual untuk diadakan 6 Januari ini, diteruskan, kata pakar-pakar perundangan dan perlembagaan.

Pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar bukannya Sultan Selangor.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga dikatakan telah mempersembahkan tiga nama untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengetuai perkhidmatan negeri yang paling kaya itu.

Sedangkan Khalid menganggap pelantikan itu belum muktamad tetapi Istana Selangor menegaskan, keputusan melantik Khusrin yang akan berkuat kuasa esok adalah muktamad.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Difahamkan Datuk Ramli Mahmud yang akan bersara sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Mac depan juga pernah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mac 2006 ketika negeri itu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Ini kali pertama seorang Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Mac 2008.

Peguam veteran Karpal Singh berkata, perkembangan ini boleh membawa kepada krisis perlembagaan kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.

“Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan.

“Dalam perkara-perkara macam ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian.

“Perkara yang dikhuatiri ialah jika majlis itu diadakan, ia boleh diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, langkah tersebut bercanggah dengan perlembagaan negeri memandangkan ia tidak tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Selangor.

“Perlembagaan negeri tidak membenarkan perkara ini . . . tetapi saya berharap ini tidak berlaku, itu sebabnya Sultan perlu berhati-hati sebelum meneruskan perkara ini,” kata beliau lagi.

Karpal juga berkata, beliau juga secara peribadi telah diminta oleh Khalid agar melihat aspek itu dari sudut kesahihan perundangan.

“Saya sebenarnya sedang lihat pada aspek perundangan sekarang. Saya diminta membantu bagi pihak Menteri Besar,” kata wakil rakyat DAP itu.

“Tindakan Sultan (menyempurnakan majlis angkat sumpah) boleh dibawa ke mahkamah,” kata Karpal.

Artikel 52(4) perlembagaan negeri Selangor menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri perlu menyempurnakan majlis angkat sumpah kerahsiaan tugas di hadapan Menteri Besar.

Tiada sebutan mengenai majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari juga menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai “amalan baru” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Pada pengetahuan dan pengalaman saya ini kali pertama majlis angkat seumpama diadakan, walaupun saya berpendapat ia hanya satu majlis rasmi semata-mata dan tidak diperlukan,” kata beliau.

Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

Sehubungan itu beliau juga melihat perkembangan tersebut akan membawa implikasi baru dalam politik negara ini dan kesan ke atas negeri-negeri lain.

“Ia seolah-olah sesuatu yang tidak dibolehkan mula diguna pakai dalam keadaan tertentu, macam Speaker DUN tiada kuasa mengambil tindakan ke atas ahli dewan sebagaimana disaksikan di Perak dulu, tetapi di Parlimen Speaker dikatakan boleh,” katanya yang melahirkan rasa hairan dengan perkembangan semasa.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin mengesahkan Pejabat Menteri Besar menerima jemputan majlis angkat sumpah tiga hari lalu.

“Surat undangan diterima dua tiga hari yang lalu,” kata beliau ketika dihubungi, yang turut mengesahkan majlis angkat sumpah kerahsian tugas perlu disempurnakan oleh seseorang Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar.

Khalid juga membayangkan beliau tidak akan menerima Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

“Itu peruntukan dalam perlembagaan negeri,” katanya lagi.

Ketika majlis solat hajat di kediamannya di Shah Alam malam tadi, Menteri Besar Selangor menekankan, beliau ada opsyen untuk tidak menerima Khusrin dengan tidak memberikan persetujuan bagi majlis angkat kerahsiaan.

“Jika Khusrin tidak mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar, maka beliau tidak boleh menyempurnakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sepenuhnya.

“Beliau tidak boleh hadir mesyuarat Exco Kerajaan Negeri atau ada kuasa untuk akses dokumen-dokumen rahsia kerajaan. Sudah pasti beliau akan bertindak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri atas nama bukan dari segi tugas dan tanggungjawab.

“Menteri Besar membayangkan ini opsyen yang Selangor ada, tidak membenarkan Setiausaha Kerajaan Negeri angkat sumpah,” kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau antara mereka yang hadir pada majlis malam tadi di mana Menteri Besar Selangor membuat kenyataan terbuka buat kali pertama.

Kelmarin, kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bahawa ia lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Faekah berkata tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut pada 27 November lepas dengan menubuhkan sebuah panel temu duga sejajar dengan nota amalan.

“Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon (bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan) dan Menteri Besar pada 17 Disember lepas mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor.

“Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Selangor mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

“Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata Faekah.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa esok oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Kami ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011

Semoga tahun baru kita dapat melakukan perubahan
segala tindakan kedepan juga fokus tanpa melalui
politik sempit.

LangkawiFM tingkatkan kandungan pelancongan

LangkawiFM melangkah tahun baru 2011 dengan membawa imej baru bagi menjadikan siaran itu radio pelancongan yang digemari ramai, kata Pengarah LangkawiFM Zainal Abidin Asri Abdul Wahid.

Beliau berkata ini akan dilakukan menerusi beberapa perubahan, antaranya jadual siaran, pengisian rancangan dan segmen yang lebih relevan dengan cita rasa pendengar.

LangkawiFM menjadi pilihan terbaik untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan oleh orang ramai di pulau pelancongan dan bebas cukai ini, katanya menerusi satu kenyataan di Langkawi hari ini.

Zainal Abidin berkata berdasarkan kajian sebuah firma penyelidikan media baru-baru ini, lebih 50,000 orang atau kira-kira 50 peratus penduduk Langkawi menjadi pendengar LangkawiFM, satu jumlah yang membanggakan bagi sebuah stesen daerah dengan kekuatan pemancaran satu kilowatt.

Siaran LangkawFM juga boleh diikuti sebahagian penduduk di Perlis, pantai barat tanah besar Kedah dan bahagian utara Pulau Pinang, katanya

31 Dis 2010

KEMELUT GLC KEDAH

Satu perbincangan dijangka diadakan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak malam ini berhubung isu peletakan jawatan pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd, Datuk Mahfuz Omar ekoran pemberian tender yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Ahli lembaga pengarah eksekutif bebas Bina Darulaman Berhad (BDB) Senator Ir. Zamri Yusuf berkata perbincangan itu melibatkan beberapa pegawai dilantik dibawah pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berkaitan anak syarikat. BDB merupakan syarikat induk kepada Kedah Sato.

"Mungkin mereka akan meneliti dan menyemak semula surat peletakan jawatan Datuk Mahfuz bersama menteri besar untuk menyelesaikan isu berkenaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Menurutnya, perbincangan itu hanya melibatkan pegawai dan menteri besar sahaja tanpa kehadiran Mahfuz, yang juga merupakan ahli parlimen Pokok Sena.

Mengulas lanjut, Zamri tidak menolak berlaku berlaku salah faham mengenai maklumat berhubung pemberian tender oleh Kedah Sato kepada IJM Berhad.

Menurutnya, tender itu adalah untuk pembinaan Kolej Universiti Insaniah berjumlah kira-kira RM180 juta.

"Rugi kalau kita kehilangan orang seperti beliau (Mahfuz) - seorang yang berprinsip," katanya.

"Saya berharap pihak pengurusan peringkat tertinggi dan kumpulan berbincang bersama Mahfuz bagi menyelesaikan isu tersebut.

Semalam, Mahfuz yang juga naib presiden PAS, mengesahkan telah meletak jawatan tetapi enggan mengulas sebab-sebab beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun, sejak kelmarin, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Difahamkan Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

29 Dis 2010

Kebakaran Di Bukit Malut

LANGKAWI: Kerajaan Kedah sedia membina rumah transit kepada mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut di sini semalam sekiranya mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita tiada masalah untuk membina pada bila-bila masa sekiranya mendapat persetujuan MKN kerana penduduk kawasan Bukit Malut adalah di bawah pengawasan MKN," katanya kepada pemberita selepas manyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada mangsa terbabit di Bukit Malut di sini, Rabu. Kebakaran 59 buah rumah di sini menyebabkan 260 orang kehilangan tempat tinggal.

Azizan berkata kerajaan negeri akan menyediakan sebidang tanah di Langkawi untuk pembinaan rumah transit itu kerana kawasan yang mereka duduki sekarang dimiliki tiga pemilik termasuk Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Pada masa ini, mangsa-mangsa itu ditempatkan di khemah sementara dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makan minum mereka. Sebelum ini, mereka ditempatkan di surau dan rumah keluarga.

27 Dis 2010


Tolak Tawaran Jawatan, Chegubard Kini Akhirnya Terpaksa Pertahankan Prinsip Dan Keadilan Yang Di Tuntut Terhadap Aduan Dalam Pemilihan 2010!

Seperti yang sudah dijangka oleh ramai pihak, akhirnya Calon ketua Angkatan Muda Keadilan iaitu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan Timbalan Setiausaha Agung yang ditawarkan parti. Keputusan beliau ini jelas sekali tidak mengejutkan, kerana sebelum ini pun beliau sudah bersedia untuk tidak menerima sebarang jawatan yang ditawarkan oleh parti itu. berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu. Menurut Chegubard beliau menolak jawatan yang diberikan kerana apa juga jawatan yang diberikan dianggap merupakan amanah besar.

Beliau menegaskan dia bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat. Beliau turut menegaskan penolakan yang buat terpaksa buat itu adalah atas prinsip dan pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepadanya.


Chegubard bersama rakannya dalam sidang media pagi tadi
Sidang media telah diadakan pagi tadi dirumah calon Pengerusi Tetap AMK dalam pemilihan lalu iaitu Amizudin Ahmat (Din Binjai) di Pulau Pinang. "Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung", kata Chegubard.
Sumbangan BolehTetap Di Buat Tanpa Jawatan

Namun dalam masa yang sama Chegubard juga menegakan bahawa dia akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadualnya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak perubahan. "Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya. Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN subur mekar maka kita perlu keberanian mendesak", katanya. Beliau turut menegaskan bahawa bukan persoalan kewangan atau jawatan dalam perjuangannya. Sebab itulah beliau sanggup tolak semua lantikan. "Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu. Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu. Mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam gerakan perubahan, mereka mahu kita lakukan sesuatu diluar batasan untuk memudahkan mereka cari alasan singkirkan kita", katanya lagi.

Budaya Pemilihan Kotor Perlulah Diperbetulkan

Dalam masa yang sama beliau turut mengintakan bahawa KEADILAN adalah parti rakyat, ia parti bagi tiap rakyat yang memahukan perubahan kerana itu beliau dan rakan-rakannya berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat. Dalam konteks nasional juga katanya memang memerlukan kumpulan muda yang sentiasa mendesak perubahan dan penambahbaikan negara. Sesuatu negara akan mudah berada dalam zon krisis apabila anak muda hilang roh mendesak ini. "Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain. Apabila individu itu diistiharkan memang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka. Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet. Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelangsungan nafas semangat reformasi", katanya.

[Ramai yang gusar dengan keputusan Chegubard ini sebenarnya. Ini kerana beliau adalah antara tokoh anak muda yang cukup berkarisma dan lantang bersuara dalam menjuarai isu-isu rakyat sejak sekian lama. Ramai yang menganggap keputusannya untuk menolak jawatan itu memang tepat sekali, namun hakikatnya ia jelas mengecewakan pucuk pimpinan parti itu terutamanya Anwar Ibrahim. Bahkan, kengganan Chegubard tidak mahu menerima kenyataan dan mahu pertahankan prinsipnya itu dilihat sebagai satu tekanan buat parti sebenarnya. Apa tidaknya, mana mungkin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mahu melaporkan hasil sebenar segala aduan yang telah disiasat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) seperti yang dibangkitkan oleh Chegubard. Ini kerana terdapat asas dan bukti-bukti kukuh memang ada unsur penyelewengan dan penipuan semasa proses itu berlangsung dulu. Bahkan, jika siasatan ini diteruskan maka kita khuatir akhirnya yang akan mendapat impaknya ialah Ketua Umum PKR itu sendiri. Ia bersandarkan kepada memang banyak laporan mengatakan Anwar yang telah menghubungiu pihak-pihak tertentu diperingkat negeri dan cabang agar memberikan sokongan padu untuk memastikan kemenangan Azmin Ali dalam pemilihan itu. Soalnya, mampukah semua ini didedahkan andai kebenaran itu terbongkar?. Makanya, kemungkinan besar "Chegubard" bakal dihambat keluar dari parti akibat terus menanamkan "virus kebencian" atas nama keadilan kepada parti. Apakah beliau juga akan dituduh sebagai "pengkhianat" dan "penderhaka" seperti Datuk Zaid Ibrahim itu agaknya?]

25 Dis 2010

PENDEDAHAN: Isu "Kalimah Allah" Dirancang Oleh UMNO Sejak Awal Lagi Baru-baru ini Yusri Mohammad menuduh bahawa membenarkan bukan Islam menggunakan k

Baru-baru ini Yusri Mohammad menuduh bahawa membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah salah satu contoh amalan pluralisme. Di sini, Tulang Besi bercadang mahu mendedahkan bukti betapa isu Kalimah Allah ini dirancang menjadi isu SEBELUM isunya menjadi isu besar di media dan masyarakat.

Sebelum Tulang Besi dibuang secara kejam dari "Muslim Blogger Alliance"(MBA) pimpinan seorang yang bernama Zainol Abideen@Mahaguru58, Tulang Besi telah mendapat satu emel dari beliau berkaitan dialog MBA bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, yakni Zahid Hamidi.

Emel tersebut ada dalam simpanan Tulang Besi dan Tulang Besi bersedia memberikannya kepada sesiapa sahaja yang mahu.

Emel Mahaguru58 itu mendedahkan:

1.0 Dialog itu juga dihadiri oleh Rocky Bru dan Nuraina Samad serta dua orang lagii blogger yang tidak mahu dikenali

2.0 Dialog tertutup tersebut diadakan pada 13 February 2009 di Shangrila Putrajaya

3.0 Turut menghadiri dialog tertutup itu adalah:
3.1 Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, PEngarah JAKIM
3.2 Dato' Hj Ibrahim bin Lembut, Pengarah dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
3.3 Datuk Dr. Syed Ali Tawfik, Pengarah IKIM
3.4 beberapa pegawai-pegawai tinggi yang lain

4.0 Di dalam pertemuan itu, Mahaguru58 melaporkan, Zahid Hamidi telah meminta blogger-blogger membantu pihak beliau untuk mmbersihkan salahfaham terhadap Islam yang disebabkan oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menentang Islam dengan mengedepankan agenda yang belum pernah didengari sebelum ini seperti penggunaan nama Allah untuk penerbitan mereka yang bukan Islam itu.

Mahaguru58 melaporkan:

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim
Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru
join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM,
IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the
misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those
who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by
creating this wave of controversy by pushing for such unheard of
demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic
publications, etc.


Kesimpulannya, usaha menentang permintaan Gereja Katolik Sabah dan Sarawak menggunakan nama Allah ini telah diketahui dan dirancang penentangannya oleh UMNO (melalui Zahid Hamidi) lama sebelum kes mahkamah majalah "The Herald" mendapat keputusannya.

Sepatutnya Zahid berbincang dan mencari jalan tengah untuk menyelesaikan masaalah sensitif ini. Namun, Zahid menggunakan blogger-blogger "penjilat" seperti Mahaguru58, Rocky Bru, Nuraina Samad untuk mengeruhkan lagi suasana.

Ini bertujuan untuk menaikkan kemarahan umat Islam kepada bukan Islam seterusnya membolehkan UMNO memainkan sensitiviti orang Melayu dan Islam. Hasilnya kelak adalah peningkatan sokongan orang Melayu dan Islam kepada UMNO.

Itu sahaja. Persoalan samada ianya berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah tidak menjadi hal kepada Zahid Hamidi dan UMNO.

Yang penting isu ini memberi laba kepada UMNO dan BArisan Nasional.

Tak heranlah Yusri Mohammad juga menyokong usaha ini dengsan mengeluarkan "fahaman baru" dalam Islam yang mengharamkan pengunaan nama Allah oleh pengikut agama Samawi.

Saya gelarkan orang seperti Yusri Mohammad ini "Khawarij Moden" kerana mereka lebih suka mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul SAW.

Kalau betul hendak bertindak, kenapa JAKIM tidak bertindak ke atas Mahaguru58 yang mengikut Tariqat yang telah difatwakan sesat oleh Jakim?

Tulang Besi

(Keseluruhan emal Mahaguru58 boleh dibaca dibawah)

Kerajaan BN lantik swasta rompak poket Rakyat dengan sehelai kertas!

Selagi BN mencengkam kuasa, mereka tidak akan berhenti mencipta pelbagai 'lubuk emas' yang membolehkan mereka mengaut kekayaan mudah sebanyak yang boleh. Setelah segala hasil mahsul perut bumi difaraidkan kepada para kroni, kini mereka mencipta kaedah 'merompak poket rakyat'. Ini memang betul-betul rompakan di siang hari kerana tiada perkhidmatan yang diberikan kepada Rakyat melainkan sehelai kertas yang perlu dibayar dengan harga ratusan ringgit sekeping!

Tugas penguatkuasaan yang selama ini dijalankan oleh pihak JPJ dan Polis Trafik kini hendak ditambah dengan melibatkan pihak swasta. Apabila melibatkan swasta, ia lebih menjurus kepada matlamat meraih kekayaan dan keuntungan dan tidak lagi berkonsep kepada mendidik masyarakat. (video di akhir artikel)


Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

NONE"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

NONE"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.

"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.

"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.

MP Gobi: Kecam Anwar, Azmin tidak bermakna saya akan keluar PKR

Oleh G Manimaran
December 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan “berjanji” tidak akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun dilihat mengkritik keras ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi ‘Twitter’ sejak dua tiga hari lalu.

Mesej mengecam kepimpinan kedua-dua Anwar dan Azmin memuncak sejak petang semalam.

Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak sejak awal pagi ini.

Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.

Ini bukan kali pertama andaian sedemikian dibuat membabitkan pemimpin itu.

“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.

“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” kata wakil rakyat penggal pertama ini ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan orang perseorangan mengulas pandangan Gobalakrishnan yang turut dikenali sebagai “Gobi” sejak semalam.

Antara yang mengulas ialah Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC T Mohan.

Seorang pemegang akaun bernama “RaymondJim” berkata, “Ngobalakrishnan, anda seharusnya membawa (perkara) ini kepada parti anda dan bukannya membazir ruang pencetus berita di sini hanya kerana keluhan peribadi anda.”

Menjawab komen itu, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini berkata, “apa yang saya sampaikan menerusi Twitter, sebenarnya sudah lama saya bangkit dalam parti, Anwar pun tahu, Azmin pun tahu.”

“Malangnya Anwar tidak melakukan apa-apa,” kata beliau yang sekali lagi menolak tanggapan pihak luar PKR bahawa akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat sebagaimana persekitaran disaksikan awal tahun ini.

“Saya sangat pasti, Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor akan bersetuju jika ekuiti ekonomi masyarakat India Malaysia perlu dipertingkatkan,” kata salah satu mesej Gobalakrishnan hari ini.

Katanya, Azmin, salah seorang pemimpin pengasas PKR tidak pernah memihak kepentingan masyarakat India sejak 2002 lagi meskipun “saya menderita, saya bersabar.”

“Ini masanya ahli-ahli politik semasa tampil bersama demi kebaikan masyarakat India Malaysia yang sudah dilupakan,” kata Gobalakrishnan yang juga ketua PKR Padang Serai.

“Masyarakat India seperti juga masyarakat Cina telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara,” tulis Gobalakrishnan lagi, yang turut mengecam layanan tidak adil dan tidak memadai bagi pembangunan sekolah rendah Tamil dan kuil di Selangor.

“Kerajaan-kerajaan negeri ada kuasa untuk pembangunan dan akta berkaitan dengan tanah adalah alat yang TKS (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) dan kesemua Menteri Besar perlu gunakan untuk mempertingkatkan rakyat Malaysia yang miskin,” kata Gobalakrishnan dalam mesej susulan.

Khalid merupakan pemimpin PKR dan mengetuai kepimpinan negeri sejak Mac 2008.

“Tiada sekolah Tamil dan kuil harus ditutup atau dipindahkan jika pembangunan diadakan,” katanya dalam mesej tambahan sambil menambah, “komuniti lebih penting daripada cinta saya kepada pemimpin parti.”

Masyarakat India merupakan ahli kedua terbesar dalam PKR yang ditubuhkan pada 1999, setahun selepas Anwar dipecat oleh Umno dan Tun Dr Mahathir Mohamad setahun sebelum itu.

Awal tahun ini PKR telah kehilangan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Melainkan Zulkifli yang dipecat, wakil rakyat lain memutuskan untuk keluar PKR.

Mereka kemudian membentuk Konsensus Bebas.

Sebelum kelima-lima keluar dan dipecat, mereka memulakan kritikan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat dengan mengecam keras kepimpinan Anwar, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

Gobalakrishnan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan yang baru berlalu tetapi tewas.

Malah ketika proses pemilihan sedang berjalan, Gobalakrishnan pernah mempertikaikan perjalanan proses pengundian dan memberi kata dua kepada jawatankuasa pemilihan pusat agar memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang wujud.

Dalam salah satu mesej Twitter, Gobalakrishnan berkata, “saya sudah lama bertolak ansur.”

“Parti perlu menuju ke arah yang betul, parti perlu menghormati suara-suara (yang dibangkitkan), tetapi kita tidak seharusnya mensabotaj parti,” katanya.

Malah ada pandangan yang meminta Gobalakrishnan agar kembali ke pangkuan MIC dan membuat keputusan sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor, yang akan diadakan akhir bulan depan.

“Cakap berapi! Esok lusa Anwar bagi jawatan terus senyap? Bukan boleh percaya PKR ini! Drama lebih!,” demikian seorang pemegang akaun bernama “YuseriYusoff”.

Seolah-olah mengandaikan parti kemungkinan mengambil tindakan disiplin sebagaimana kes Zulkifli, Gobalakrishnan menulis, beliau sewajarnya diberikan ruang untuk menjawab jika dikenakan tuduhan disiplin.

“Keterangan saya perlu didengar jika mahu dipecat dan dibenarkan bercakap, jika tidak ia akan seperti Anwar dinafikan pembelaan dalam perbicaraan APCO,” kata Gobalakrishnan yang mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PKR nasional ada kuasa untuk mengambil tindakan.

“Tetapi mereka mesti jawab mengapa mahu mengambil tindakan (disiplin),” kata beliau.

Pada 8 Mac 2008, Gobalakrishnan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi. Beliau menewaskan Boey Chin Gan (MCA-BN).

18 Dis 2010

BLOG INI UNTUK DI JUAL

BLOG INI UNTUK DIJUAL
TAWARAN TERBUKA

SILA EMEL KAN KE e.mudah@gmail.com