SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

28 Apr 2008

PKR: Azizah bukan ketua pembangkang lemah
Apr 28, 08 1:07pm
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail - dengan gayanya yang lemah lembut dan tidak agresif - tidak akan menjadi ketua pembangkang yang lemah di Dewan Rakyat, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali. "Walaupun dalam kelembutannya tetapi mesej yang akan disampaikan itu cukup tegas untuk memastikan agenda reformasi diteruskan. "Dan saya percaya beliau sedang menyiapkan ucapan sulungnya yang akan disampaikan pada pertengahan minggu depan," kata Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Jumaat lepas.

Wan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh, terpilih sebagai ketua pembangkang selepas partinya menguasai 31 kerusi, manakala DAP 28 dan PAS 23.Beliau mencipta sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen. Ketua pembangkang sebelum ini Lim Kit Siang, seorang tokoh utama DAP yang lantang, memegang jawatan itu hampir tiga dekad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memegang jawatan itu selepas menggantikan allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor antara 1999 hingga 2004.Sesi pertama sidang parlimen ke-12 bermula hari ini dengan upacara angkat sumpah semua anggota Dewan Rakyat dengan dimulakan dengan yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan diikuti perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Seramai 222 ahli, termasuk 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat, menyertai upacara itu di depan yang dipertuanya pagi ini.Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Penggal pertama akan berlangsung sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember. Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang. Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.
KERAJAAN KEDAH MANSUHKAN PERANAN JKKK

Oleh: Tun Telanai- Laman M@RHAEN

Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan memansuhkan peranaan yang dimainkan oleh JKKK sebelum ini. Peranan JKKK akan diambilalih oleh Penghulu Mukim. Oleh itu, tidak ada sebarang perlantikan JKKK baru yang akan dibuat oleh Kerajaan negeri, tetapi sistem pemilihan [bukan melalui perlantikan] Ketua Kampung akan dilaksanakan semula. Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan Negeri. Demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Padang Terap pada 26 April lalu.
Dalam majlis yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk menambahbaikan Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang terdapat di seluruh negeri Kedah. Kerajaan Negeri juga kata beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan gaji kakitangan SAR setaraf gaji mengikut Skim Saraan Baru [SSM] bagi meningkatkan prestasi pendidikan di SAR serta menjaga kebajikan kakitangannya. Guru-guru Lembaga juga akan turut menikmatinya sedikit masa lagi.
Ustaz Azizan juga memberitahu, sebaik sahaja Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, tindakan pertamanya ialah membatalkan MoU dengan sebuah syarikat luar negeri yang merancang membina sebuah projek Zon Industri Petroleum Yan [ZIPY] di atas tanah sawah orang Melayu yang subur seluas 3,000 hektar. Sebaliknya,Kerajaan Negeri memindahkan projek tersebut ke kawasan laut yang ditambak agar tanah rakyat dapat diselamatkan dan in membuktikan bahawa kerajaan tidak anti kepada pembangunan yang membawa keuntungan kepada rakyat.
Kerajaan katanya akan berusaha menambah tanah sawah sebagai satu peluang pekerjaan, menambah pendapatan rakyat serta meningkatkan pengeluaran padi bagi menampung kekurangan bekalan beras dunia. Beliau telah mengarahkan MADA mencari jalan supaya para petani dapat menanam padi sebanyak 5 kali dalam tempoh 2 tahun.
Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Pertanian Kedah yang fungsinya ialah memasarkan buah-buah tempatan yang dianggapnya berpontensi untuk dieksport ke luar negara.
Gambar-gambar disekitar Majlis Kesyukuran Pas Kawasan Padang Terap:
Tanda awal DSAI ambil alih kepimpinan negara :

terbit pada Monday, April 28 @ 11:58:12 MYT oleh greenboc Oleh ning

"Akhir akhir ini, sudah semakin bising dengan isu isu yang membabitkan DSAI dan isterinya DSWA. Dijangkakan suara suara kebisingan (yang sebenarnya senyap sebab ianya dilemparkan dalam bentuk tulisan) akan berterusan samada di media arus perdana atau media alternatif. Timbul persoalan kenapa baru sekarang isu yang melibatkan DSAI dan DSWA diberi perhatian? Kenapa selama ini kesibukan DSAI ditemuramah olih stesyen tv dan akhbar luar tidak diberi liputan meluas sebaliknya, akhir akhir ini, tetiba sahaja kenyataan yang melibatkan kedua dua pemimpin yang sudah banyak menderita ini menjadi tumpuan? Apakah itu merupakan petanda baik bagi PR? Apakah itu petanda DSAI menghampiri jawatan nombor satu negara? Dan satu lagi persoalan timbul siapakah mereka yang sibuk dengan kenyataan kedua pemimpin ini?
Yang pasti dan sahih pihak yang menyibuk ini bukan dari kalangan pemimpin atasan PR.tidak kedengaran kenyataan olih TGNA dan TGHH serta LKT serta lain lain pemimpin utama PR lain. Jadi siapakah golongan yang buat sibuk ini?
Terdapat 2 isu utama yang melibatkan DSAI dan DSWA. Pertama isu perlantikan DSWA sebagai PM "sementara" dan satu lagi isu "NEGARA ISLAM".disamping itu ada juga pihak yang memainkan isu peminggiran PAS dalam PR.serta ada juga meragui dasar perjuangan DAP.
Semenjak pengumuman DSAI mengenai perlantikan DSWA dan kenyataan kesedian DSWA untuk menerima jawatan PM ,maka timbul kekecohan yang seolah negara berada dalam huru hara dan kelam kabut. Ada yang menyatakan bantahan terbuka dengan berbagai bagai alasan.meneliti semua hujjah yang menyokong dan menentang ana dapati ada satu yang tertingal dalam polimik ini ia itu ulasan dan komen dari 2 TOK GURU serta pemimpin tinggi PAS yang lain juga tiada kata kata yang keluar dari mulut LKT dan pemimpin DAP yang lain.kenapa bolih jadi begini.yang berpakat adalah pemimpin ketiga tiga parti tetapi bila DSAI dan DSWA mengeluarkan kenyataan ini kenapa semua mereka diam membisu?Apakah mereka sudah hilang arah dalam perjuangan ini dan membiarkan pengikut (yang belum dapat dikenalpasti) melatah?Untuk mencari jawapannya adalah lebih baik kita sorok kembali malam black 14 dimalam DSAI menyatakan demikian. Kita tahu bagaimana sambutan kepada program yang diadakan serentak dengan ceramah MB di stadium perak itu.
Tidak ada bangkangan yang ditimbulkan olih hadirin di malam tersebut bila DSAI menyatakan demikian(pada ana ianya merupakan plan B) sekiranya PR mahu mengambil alih kerajaan sebelum DSAI menjadi MP.
Jadi ada sebab untuk percaya bahawa semua yang berlaku itu telah dipersetujui di kalangan pemimpin PR.mereka telah membincangkan dan mengambil keputusan yang dipersetujui olih semua pemimpin yang terbabit.sebab itu bila DSAI menyebut perkara ini tiada kedengaran bantahan dari mana mana kepimpinan parti PAS dan DAP.satu petanda PR sudah semakin kukuh dan mula digeruni olih beberapa pihak yang bimbang kepenting mereka tergugat sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara.siapakah mereka? Nanti kita cuba soroti.
Isu kedua lebih hebat dan hangat. Bila mana DSAI dan DSWA ditemuramah olih media "bukan islam" dan bertanya tentang negara islam.sebelum ana meneruskan suka ana bertanya semua yang membaca artikal ana ini , seandainya soalan soalan itu yang ditanya kepada anta semua bagaimana agaknya anta menjawabnya?Ingat soalan soalan itu datang dari orang bukan islam.sama juga kalau ada orang bukan islam bertanya kenapa orang islam tak makan babi?Bagaimana nak jawab? Apakah nak jawab macam TDM pernah jawab soalan ini? Begitu juga soalan kenapa ramai orang arab islam dari arab saudi begitu hebat minum arak?Macam mana nak jawab? Ini sebenarnya persoalan yang mudah tetapi soalan yang dikemukakan kepada DSAI dan DSWA lebih sukar dan ianya melibatkan kefahaman yang perlu diberi kepada yang bertanya(kerana mereka bukan islam dan tidak faham islam sebenarnya).bayangkanlan kesukaran yang dihadapi olih DSAI dan DSWA dalam menjawab soalan dari mereka yang penuh minat untuk mengetahui bagaimana negara atau hukum islam nak dilaksanakan dalam negara.
Pun begitu ianya adalah satu lagi kelebihan PR. Satu dunia tahu bahawa BN dan UMNO tidak berminat dengan islam apatah lagi nak melaksanakan dalam pentabdiran tetapi bilamana datang arus perubahan yang semakin kuat maka timbul minat dari orang bukan islam untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara islam.apatah lagi PAS merupakan satu dari 3 parti yang semakin diketahui olih orang bukan islam bertunjangkan paksi negara islam.
Bukan tujuan untuk ana mengulas lanjut dan bukan tujuan ana nak bela DSAI atau DSWA tetapi sekadar mencari keadilan untuk mereka dan untuk semua ingin ana bertanya kepada semua siapakah manusia dibumi malaysia yang sanggup dimalukan demikian rupa dan sanggup meringkuk dalam penjara selama 6 tahun dengan berbagai bagai tekanan sedangkan dia berkedudukan baik untuk menjadi PM dan siapakah isteri yang sanggup menerima aib kerana suaminya serta bertungkus lumus bergerak berjuang dalam suasana tekanan yang begitu hebat? Siapa kah mereka kalau bukan DSAI dan DSWA dan selain mereka sanggupkah kita semua melalui apa yang mereka lalui? Tidak sedarkah kita pengalaman yang dimiliki olih mereka berdua jauh mengatasi pengalaman pemimpin lain apatah lagi kita semua yang hanya pandai bercakap ini? Tidakkah ada rasa hormat walau sedikit kepada mereka sehingga kita sanggup memperlekehkan mereka?
Sekali lagi dalam isu negara islam yang menjadi begitu heboh ini, tidak kedengaran suara TGNA dan TTHH? Dimana mereka? Apakah mereka sudah menikus dengan semua ini? Sekali lagi jawabannya tidak.kedua dua tok guru ini masih lagi memberi tazkirah mingguan mereka dan masih memimpin.tidak sedikitpun mereka menikus dengan isu negara islam yang melibatkan DSWA dan DSAI ini. Jadi apa sebenarnya berlaku? Untuk mendapat jawabannya memerlukan kematangan dan memerlukan keyakinan serta kepercayaan kepada pemimpin.kalau tok guru diam secara matangnya lebih baik kita AHLI PAS dan yang mengaku menyokong perjuangan PAS juga diam.dalam setiap isu yang dibangkitkan kita terlebih dulu merujuk apa kata tok guru sesuai dengan pengakuan bai'ah kita sewaktu mengisi borang keahlian.bertindak matang dan memberi sedikit ruang kepada DSAI dan DSWA kerana fakta bahawa mereka ditanya olih orang bukan islam adalah satu langkah bijak.namun masih ada yang memilih untuk mengkritik. Kenapa? Siapakah mereka ? Insyaalah kita soroti nanti.
Ada 2 lagi isu yang suka ana sebut iaitu suara mempersoalkan kejujuran DSAI dan PKR terhadap PAS.ada yang mempersoalkan di mana PAS sekiranya PR berkuasa.dan yang menyatakan pakatan PKR dan DAP akan meminggirkan PAS? Satu lagi ialah persoalan dasar DAP yang dikatakan tidak jelas serta sikap alergik karpal kepada gagasan negara islam.semua isu yang dibangkitkan ini mengandungi unsur tidak mempercayai PKR dan DAP.PKR dikatakan serpihan UMNO dan tidak harus dipercayai sementara DAP dikatakan sah tolak islam jadi kenapa nak berpakat dengan mereka.
Kalau ketidakpercayaan ini di kalangan AHLI PAS maka kita ada sebab untuk bimbang kerana kemungkinan PR akan dimusnahkan olih AHLI PAS sendiri bukannya ketidakbolihpercayaan PKR dan DAP.untuk itu AHLI PAS diseru memberi komitmen tidak berbelah bagi kepada kepimpinan TOK GURU untuk merancang apa jua rancangan bersama PR dan kita seharusnya peka dengan apa jua tindakan TOK GURU.
Kita tegaskan setegas tegasnya bahawa "KITA BERSAMA TOK GURU"walaubagaimanapun tidak banyak dapat kita buat kalau ianya datang dari penyokong atau mereka yang mendakwa mpenyokong ,tetapi AHLI PAS tidak sepatutnya meragui PR.
Berbalik kepada pihak yang kepanasan dengan langkah PR yang semakin melangkah maju ini, sudah tentu pihak yang paling terjejas ialah orang BN dan UMNO.pihak ini merupakan pihak yang jelas terasa hangat kepanasan kerana dikalangan mereka ialah pelobi yang tidak tahu nak cari makan sendiri.jatuhnya BN bermakan mereka juga tidak ada peluang untuk melobi lagi dan mereka mungkin akan kehilangan banyak keistimewaan.di kalangan mereka juga perasuah yang melihat lubang rasuah akan tertutup bila PR mengambil alih.inilah golongan yang paling nyata cuba untuk memburukkan DSAI dan DSWA dan taktik mereka tidak sukar kita kesan kalaupun mereka cuba menyamar.lagipun mereka kehabisan modal dan memusing musing modal lama yang disebut berulangkali dalam semua isu yang melibatkan DSAI dan DSWA.jadi rengkasnya golongan UMNO/BN ini tidak perlu diberi perhatian sangat selain kita menyeru mereka supaya berubah dan bersedia dengan perubahan yang akan berlaku agar mereka tidak terjerat dengan perangkap yang mereka buat sendiri.Ingat wahai orang UMNO masa untuk melobi, mencacai atau merasuah sudah hampir kehujung. Berubahlah untuk kebaikan anda semua.
Ana lebih tertarik dengan kalangan yang berada dalam ruang lingkup PR yang kelihatan kegelisahan dengan kehadiran DSAI dan DSWA serta PKR. Ada beberapa artikal dalam TKO yang menyebut seolah PAS akan terpinggir olih PRK dan DAP. Sebenarnya PR masih belum berkuasa dan masih belum buat apa apapun jadi kenapa kerisauan ini perlu timbul? Setakat ini ana tidak mahu menyebut golongan golongan yang terjejas dengan kemaraan PR ini yang berselindung dalam PR. Insyaallah satu hari nanti wajah mereka akan terdedah juga cuma ana ingin mengingatkan ahli dan penyokong PR yang sebenarnya agar tidak terpengaruh dengan segala huraian dan analisa yang terdapat dalam mana mana tulisan berkaitan isu isu yang dibangkitkan yang melibatkan keharmonian PR. Mungkin ada provokasi dan sekaligus ana ingin nasihat ahli dan penyokong PR agar sentiasa mempercayai pemimpin dan tidak mengguriskan kekawan dari parti lain.Untuk AHLI DAN PENYOKONG SEBENAR PAS, berilah kepercayaan penuh kepada TOK GURU dan jaga hati kawan kawan, walau seberat manapun rasa tidak puas hati yang timbul.
Itupun kalau kita mahukan PR berjaya dan sebaliknya UMNO /BN akan bertepuk tangan kalau PR bertelagah sesama sendiri."

31 Mac 2008

Saturday, March 29, 2008 Kilasan Nurani
Mengapa Pas seakan terlupa Subky Latif

(kemaskini) SEBELUM saya terbaca tulisan yang mencadangkan agar Muhammad Sabu dilantik sebagai Senator, cadangan itu juga sudah terpeta di dalam kepala saya. Apa lagi nama Muhammad Sabu antara 10 nama yang saya senaraikan patut berada dalam Parlimen pada penggal ini. Apabila beliau kalah tipis di Kuala Terengganu dengan kekurangan 628 undi, ia benar-benar mengecewakan saya. Ada beberapa sebab kenapa Muhammad Sabu harus dan perlu berada dalam Parlimen bersama sembilan nama lain yang saya senaraikan itu. lagi.......http://msomelayu.blogspot.com/2008/03/kilasan-nurani.html

25 Mac 2008

Riong Kali: Agenda ‘Bunuh’ Boss untuk Singapura?
Posted by Erin
Tuesday, 25 March 2008


Dilemma perlantikan MB Terengganu kebelakangan ini dan kemungkinan akan merebak menjadi krisis perlembagaan ini sebenarnya permasalahan politik, yang ada peluang diselesaikan dengan berunding. Malangnya, media menjadi dalang dan membawa isu ini menjadi keruh dan rumit.
Jika dikaji, perlantikan MB Terengganu dan seterusnya Exco Kerajaan Negeri sebenarnya mempunyai banyak masa lagi (iaitu tempoh maksima 60 hari selepas Pilihanraya). Namun begitu, isu ini diberikan liputan media begitu luas dan seolah olah ‘memalu gendang’ (drumming up supports) untuk membangkitkan emosi rakyat, dengan bertopengkan segala sudut sudut universal seperti ‘demokrasi’ dan sistem ‘Raja Berperlembagaan’
.
lagi http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4952/1/

24 Mac 2008







PENIAGA DI LANGKAWI TIDAK PUAS HATI TERHADAP MPL
Kuah, Langkawi
24hb.Mac 08

Dalam keadaan dimana peniaga-peniaga di Langkawi dalam hidup segan mati tidak mahu kerana bahana kelembabpan ekonomi. Tambahan pula dengan kekurangan pelancung tempatan yang datang ke Langkawi pada masa ini yang menjana kegiatan perniagaan-perniagaan setempat. Kebelakangan ini telah bayak primes perniagaan yang telah ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian berterusan.

Pada hari semalam banyak opretor kereta sewa yang merungut kerana operasi JPJ yang terlalu kerap dan menyusahkan mereka mencari makan. Mereka menyarankan agar permudahkan pemberian permit kereta sewa pandu sendiri bagi mereka meneruskan perniagaan secara sah.

Dalam kejadian pagi tadi, berapa orang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kerajaan Tempatan (Bandaraya Pelancungan) telah menjalankan operasi di premis pernigaan Kelibang. Mereka telah mengambil dan mengangkut wakaf-wakaf buluh yang terletak di depan restoran tersebut. Mengikut pengadu dan tuan punya restoran tersebut mereka tiada sebarang notis dikeluarkan dan paling mengecewakan kerana wakaf tersebut telah di musnahkan dan sepatutnya ianya disimpan dengan baik dan ianya boleh dituntut kembali oleh pemiliknya.

Pengadu tersebut telah bertanya dari arahan siapa operasi tersebut , pegawai tersebut menyatakan dari arahan Ketua Polis Daerah langkawi. Juga kononya arahan dari kerajaan baru yang memerintah kerajaan negeri kedah. Ini satu kemuskilan dan provakasi kerana operasi tersebut tiada seorang pun pegawai polis yang hadir semasa kejadian itu. Selepas itu pengadu telah membuat satu lapuran polis yang langsung tidak berpuas hati dengan tindakan melulu Jabatan tersebut. Dan Beliau akan menyaman jabatan tersebut kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut kerana menganggu operasi perniagaannya.

Lapuran dari: ybmat.






23 Mac 2008

TERENGGANU TERUS BERGOLAK

Posted by Haniza Talha
Sunday, 23 March 2008

Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri Terengganu kelmarin menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar bakal mencetuskan krisis perlembagaan cukup parah apabila pelantikan tersebut mengetepikan watikah Abdullah Ahmad Badawi mahukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh menerajui negeri tersebut bagi penggal kedua seusai musim Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu
KAMAL AMIR MENULIS

LAGI : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4842/84/

BR KUASI TERENGGANU?

Terengganu akan tubuh kerajaan Bebas ( bekas umno) dan PAS

Posted on Sunday, March 23 @ 08:17:33 MYT by greenboc



Sebelas dari 23 Adun umno di beritakan telah mengikrarkan sokongan kepada perlantikan Mat Said sebagai MB baru dan apabila mereka di ambil tindakan tatatertib oleh UMNO kerana membelakangi Dollah , kemungkinan besar satu kerajaan campuran BEBAS ( bekas umno) dan PAS akan di dirikan di Terengganu Darul Iman. Inshaaallah perkara ini akan berjalan lancar..


Mengikut berita dari sumber yang di percayaai , sebelas ADUN umno telah memberi sokongan kepada perlantikan Mat Said menggantikan Idris anak emas Dollah Badawi. Mengikut SU umno Mamak adnan, mereka akan di buang parti . Di jangkakan apabila di buang oleh umno adun ini akan bergabung dengan adun PAS dan membentuk sebuah kerajaan gabungan antara adun bekas umno yang di kategori BEBAS dengan adun PAS dan membentuk kerajaan yang valid di sisi pelembagaan negara. Perundingan di jangka akan di laksanakan melalui wakil masing masing bagi menjayakan proses penubuhan kerajaan baru terengganu bagi memberi kesahjahteraan kepada rakyat terengganu.


Ini adalah untuk memecahkan kebuntuan yang sengaja di cipta oleh UMNO untuk menunjukkan monopoli kuasa mereka terhadap orang melayu. Dari segi pelembagaan mereka yang di buang parti bertukar menjadi BEBAS dan boleh bergabung dengan mana mana parti yang lain untuk membentuk kerajaan.


Perkara ini telah lama berlaku di Canada dan eropah di mana parti bebas boleh menentukan bentuk kerajaaan campuran yang baru kerana ideologi tidak penting dalam sistem demokrasi. Istiadat perlantikan MB akan di laksana pada pukul 8.30 am dan mengikut sumber di percayai , instiadat ini di laksanakan secara DALAMAN dengan BAKAL MB SAJA YANG HADIR. Ini pun masih sah di sisi undang undang kerana kehadiran 23 adun yang lain hanya ATAS JEMPUTAN ISTANA"

21 Mac 2008

NEGARA TERLEPAS PANDANG

setinggan yang perlu diberi Perhatian

Projek PKB yang sakit dan TERLEPAS PANDANG

Kuah, Langkawi
22hb.mac, oleh: ybmat
Dalam lawatan saya ke sebuah Kampung Tepi Laut, Kuah lebih kurang 200 meter daripada Jalan Utama Kuah ke Kelibang yang dalam Kawasan Bandaraya Pelancungan saya amat terkejut dengan keadaan rumah-rumah di kampung tersebut. Dengan tiada sistem peparitan dan kemudahan jalan yang sesuai juga mereka terpaksa membayar RM50.00 untuk bekalan air, RM50.00 bekalan letrik sebulan. Itupun belas ihksan dari pendunduk kampung sebelah, dari maklum balas penduduk tersebut mereka telah duduk di kampung tersebut lebih dari 15 tahun.
Dan mereka hanya memohon jasa baik kepada Pihak yang berkenaan supaya dapat menguruskan dalam menyediakan kemudahan asas setahap dengan status Bandaraya. Dan mereka berharap agar dengan Kerajaan Negeri yang baru tidak memberi alasan yang sama dengan kerajaan yang lalu dengan alasan ` terlepas pandang ' .
Berhampiran dengan Kampung tersebut satu projek perumahan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri (Permodalan Kedah Berhad) yang telah ditinggalkan usang lebihkurang 4 tahun yang lepas tiada berita. Mengikut bakal pembeli yang terinaya beliau telah membayar sebanyak RM800.00 untuk mendapatkan borang rumah tersebut, dan sehingga hari ini tiada sebarang berita dari Pemaju tersebut. Mungkin ini juga mereka Terlepas Pandang.
Dan cuba anda perhatikan sebagai rakyat malaysia segala permasalahan yang berlaku hari ini apa yang diperkatakan dengan alasan terlepas pandang. Biarpun dengan perkara-perkara besar menglibatkan dasar-dasar negara dan sebaginya.

20 Mac 2008

Kemarahan rakyat terus mendidih

Posted by Raja Petra
Thursday, 20 March 2008

SEGERALAH BERUNDUR DOLAH !!!
Tengku Razaleigh telahpun menyuarakan kesanggupannya untuk melakukan koreksi serta reformasi seperti yang dikehendaki oleh rakyat untuk seketika sebelum diserahkan pacuannya kepada pimpinan berwibawa di masa mendatang.

KAMAL AMIR MENULIS
BELUM pernah terjadi dalam sejarah tanah air sejak kemerdekaan diraih dari tangan penjajah, tawaran seorang pemimpin ditolak dengan begitu mengaibkan. Di mana mahu Abdullah Ahmad Badawi meletakkan mukanya apabila dua orang Timbalan menteri yang dicadangkan olehnya enggan menerima pelawaan untuk menjadi sebahagian daripada sidang wazirnya.
BERITA LANJUT: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4691/84/