SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

21 Jul 2008

Tahniah Shabery?

16 07 2008

Job well done oleh Presiden Kelab Sejarah, ooops tersasol pulak, sebenarnya Shabery adalah Menteri Penerangan Malaysia. Menteri Penerangan Malaysia telah berjaya di dalam debat berhubung sejarah peribadi ahli politik negara, eh, tersilap lagi.
Sebenarnya debat malam tadi pasal Minyak atau pasal sejarah peribadi Anwar Ibrahim. Kalau pasal Minyak, rasanya Shabery telah terpesong jauh dari tajuk. Kalau pasal sejarah peribadi Anwar pulak, ummm, rasanya Shabery belum berapa matang lagi.
Bagaimanapun, secara keseluruhan Shabery telah berjaya mengangkat Kerajaan Barisan Nasional ke satu era baru. Era apa saya pun tak tahu.


Secara keseluruhan, saya berpendapat, Anwar Ibrahim masih di gear satu. Ataupun baru bagi 20% sahaja dari kemampuan sebenarnya. Anwar masih boleh beri jauh lebih baik tetapi berdasarkan prestasi lawannya, Anwar tak perlulah membazir minyak nak pergi jauh-jauh.
Hakikatnya, semalam adalah malam Anwar. Setelah sepuluh tahun disisih dari siaran televisyen arus perdana, semalam Anwar mendapat 1 jam untuk bersama rakyat Malaysia dikaca TV.

Anwar walaupun masih belum memberi yang terbaik, tetapi ternyata prestasinya semalam adalah yang terbaik dari seorang ahli politik di Televisyen Malaysia semenjak Amanat terakhir Tun Dr. Mahathir di persidangan agung UMNO sebelum beliau bersara pada tahun 2003. Malangnya, apa yang kita saksikan semalam, mungkin kali terakhir dapat kita tatap wajah Anwar kerana mungkin esok, kerajaan lebih suka memenjarakan Anwar sebagai hadiah kepada Menteri Penerangannya yang hebat itu.

sebelum Mac 2008, Malaysia memiliki tokoh wartawan yang setiap kali ingatkan pilihanraya akan pasti teringatkan erection sebagai Menteri Penerangan, kali ini nampaknya tahta raja badut itu sudah diwarisi oleh tokoh sejarah yang tak empuk direbus.


Berdasarkan prestasi Shabery didalam debat itu, adalah wajar bagi Abdullah mengekalkannya sebagai Menteri Penerangan Malaysia. Bahkan saya mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat supaya mengesyorkan satu usul Percaya di Parlimen sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Sejarah, ooops, Menteri Penerangan Malaysia itu.
Ternyata Shabery telah berjaya menandingi kehebatan lawak Menteri-Menteri Penerangan sebelumnya, seperti Mat Bulat, Kadir BowTie dan Zam Erection. Syabas.
Saturday, July 19, 2008

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?A Kadir Jasin


KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?Mari kita pertimbangkan fakta berikut:

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot;

dan9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi.

(Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Kuantan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora?Pembetulan[21 Julai]: Cawangan Umno yang dimaksudkan adalah di dalam bahagian Pekan dan bukan Kuantan

30 Jun 2008

Monday, June 30, 2008
malaysiakini - Najib denies involvement in 'conspiracy' [part 2]

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh seorang pembantu Anwar Sabtu lalu. Timbalan Perdana Menteri turut menafikan dakwaan yang beliau turut terbabit dalam mengancam keselamatan Anwar. berita penuh di akhir artikel.


heleconia : Tiga pemimpin yang pernah bersahabat baik, kini saling jatuh menjatuhkan. Sebuah negara yang mengamalkan sistem sekular boleh jatuh apabila berlakunya kombinasi kehancuran tiga sistem berikut :-

Gejala sosial

Politik

Ekonomi

Gejala Sosial :
Kini kita sedang melihat jatuhnya moral masyarakat iaitu penyakit gejala sosial yang semakin dahsyat. Sudah sekian lama ia menjangkiti. Kini ia sampai ke peringkat hingga jenayah dan maksiat hampir sudah tidak terbendungkan lagi. Jika lebih 30 tahun lalu, bila ada kes bayi dibuang atau pembunuhan, ia boleh menyebabkan kegemparan, dan dijadikan bahan terbaik untuk melariskan jualan akhbar.


Sekarang ia perkara biasa, tidak perlu lagi di letak di muka depan. Pembaca sudah sampai ke peringkat muak dengan berita-berita sebegini. Malah dalam akhbar2 tabloid harian, isi sensasinya adalah perihal KEROSAKAN MASYARAKAT, dipapar hebat untuk menarik pembaca, tanpa diiringi tulisan2 yang menyarankan solusinya. Semua orang semacam muak juga untuk bercakap soal Islam dan Tuhan. Masyarakat sudah merasa tidak selamat. Penculikan, rogol, zina, rompakan, ragut, pecah rumah, sindrom along dan jenayah yang berkaitan dengannya, semakin menjadi-jadi.

CCTV laris sekali, ia dipasang di mana-mana, kecuali di lorong-lorong gelap di mana kejadian jenayah lebih kerap berlaku, permintaan terhadap sistem penggera elektronik juga semakin meningkat. Penjara dibanyakkan, kekebalannya sangat diutamakan supaya banduan tak lolos, teknologi forensik dicanggihkan, makmal forensik dibesarkan, bilangan polis diperbanyakkan, gaji polis dinaikkan, peruntukannya dilipatgandakan, kosnya pula melibatkan jutaan ringgit. Ini sahajalah yang dapat dijanjikan para pemimpin untuk mengurangkan kejadian jenayah (konon) dan melegakan ketakutan rakyat.



Politik :
Tuhan dan Islam juga tidak lagi menjadi relevan dalam janji2 mereka, tidak lagi hadhari. Keduanya, penyakit yang boleh meranapkan sebuah sistem negara sekular adalah apabila jatuhnya sistem politik. Jangkitan penyakit politik ini sudah hanyir dan busuk. Ia bagai tumour malignant kronik yang menghampiri peringkat ke empat. Sekarang hanya menunggu ajal sahaja.

Politik yang penuh kepalsuan ini mengganas, hampir semuanya terlibat, pemimpin besar, kecil tidak terkecuali. Kejatuhan sistem politik sekular berdasarkan demokrasi sudah sangat hampir. Merujuk kepada artikel Politik Lakonan sekurang-kurangnya ia dapat menjelaskan mengapa ia berlaku demikian.

Dalam mempertahankan diri para pemimpin, rakyat bawahan sudah tidak relevan lagi, Yang penting AKU, EGO AKU, PANGKAT AKU, MEDIA AKU, GAJI AKU, DUIT AKU, PROJEK AKU, DENDAM AKU! Artikel penuh Bangsaku bukan Melayu / Bila Melayu Terbela?


Hari ini kita melihat semula akan kebejatan politik yang begitu hina. Hina kerana menjadikan kebejatan nafsu dan pendakwaan tanapa sebarang saksi yang syar'ie. Manusia menjadi hilang malu. Terkini seperti diberitakan di malaysiakini :


kemaskini 3:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR. Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.


Mengapa wacana dan helah begini harus diambil bagi menculas seteru dan lawan politik. Apakah kegagalan memulih senario yang kian panas maka terdorong agenda buruk dan hina ini digunapakai semula ? Ohh! pemimpinku.


Pemimpin Malaysia khususnya Pak Lah telah pun punya jauh lebih dari tujuh puluh sebab untuk beliau meletakkan jawatan. Segala usahanya untuk menguatkan kerajaan gagal dan tidak boleh dipertahanan. Untuk menampung lubang sana, lubang sini pula terbuka. Jalan yang sepatutnya lurus kelihatan bengkang bengkok, malah berlubang-lubang. Keputusannya sudah tidak konsisten. Rakyat sudah masak dengan agendanya. Tiada siapa yang kelihatan mampu dan layak untuk memulihkan kerosakan semua sistem yang ada, kecuali angan-angan belaka. Artikel berkaitan rujuk Peringatan utk Pemimpin…menunggu pemimpin SUPER-SOLEH…

Sistem ekonomi :
Kejatuhan sistem ekonomi boleh menjadi punca utama : peranapan sebuah sistem negara sekular. Nah, tiba-tiba ia menyerang dengan acute sekali. Dalam masa negara tenat dengan pertelagahan politik, kelumpuhan ini tiba-tiba menyerang dari segala sudut. Inilah penyakit yang mengakibatkan semua kelas rakyat merana. Ketepurukan ekonomi Malaysia dikatakan bakal berlaku bagai retak menanti belah. Pakar2 ekonomi sudah mempredikkannya, bahananya sudah dirasai sedikit demi sedikit tetapi pantas. Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi ! Tunggulah !

artikel ini telah diedit semula.
Posted by Adam Trade at 4:32 PM 0 comments Links to this post

14 Jun 2008

Wednesday, June 11, 2008

EKONOMI MALAYSIA MEREDUM SEPTEMBER 2008?

Info di bawah ini adalah daripada seorang pelayar blog ini yang enggan disiarkan namanya. Info sepenuhnya adalah seperti berikut:Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008.Saya yakin pengirim info di atas adalah seorang yang prihatin terhadap bangsa dan tanahairnya. Sebab itulah beliau meminta blog ini menyiarkan info kirimannya. Beliau juga meminta bloggers Malaysia supaya mulai prihatin terhadap berita-berita kemelesetan ekonomi global, serantau dan di Malaysia.Di bawah ini pula adalah berita mengenai ramalan kemelesetan ekonomi yang teruk di Britain dan AS yang saya petik daripada


:http://www.telegraph.co.uk/money/main.jhtml?view=DETAILS&grid=A1YourView&xml=/money/2008/05/26/ccsoros126.xmlhttp://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=8672Antaranya, berita tersebut menyatakan bahawa “the United States and Britain are facing a recession of a scale greater than the early-1990s, greater even than the 1970s” atau AS dan Britain sedang mengalami zaman meleset yang teruk daripada yang berlaku pada awal 1990-an dan lebih teruk daripada yang berlaku pada awal 1970-an. [untuk membaca berita ini sepenuhnya sila akses links di atas.]Oleh itu, dengan kemelut kenaikan harga minyak yang sedang kita alami pada hari ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah-langkah pro-aktif, menyeluruh dan berkesan mengenai seluruh ramalan di atas demi kesejahteraan seluruh rakyat jelata.


Jika kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak prihatin dan tidak serius terhadap seluruh kemungkinan ini, seperti apa yang telah disuarakan oleh banyak warga siber Malaysia menerusi blog-blog tempatan, lebih wajar jika beliau dengan hormatnya mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara serta-merta.
Posted by puteramaya at 12:00 PM 3 comments Links to this
Pak Lah mencabar negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak

PM Sedang Berucap Di Hadapan Rakyat Di Kota Bharu Pada Hari ini - 13 Jun 2008
.
CAKAP MINDA KELAS PERTAMA TAPI BODOH BERTINGKAT-TINGKAT
.
Buletin TV 3 sebentar tadi ( 13 Jun 08 ) melaporkan sidang akhbar Pak Lah di Kelantan. Pak Lah mencabar negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak.
Katanya
.
“Sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat janji nak turunkan harga minyak. Sekarang Turunkanlah harga minyak di Selangor, turunkanlah minyak di Perak dan negeri yang di kuasai oleh mereka.”
.
Inilah mentaliti pemimpin Malaysia. Dalam ucapan beliau sering kali menyebut minda kelas pertama tapi rupanya bodoh Pak Lah bertingkat-tingkat. Apalah malangnya rakyat Malaysia yang punya PM yang sebangang itu.
Apalah sangat bidang kuasa Kerajaan negeri. Masihkah kita ingat, bila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak kenakan levi RM10 sebulan ataupun RM100 setahun bagi setiap pekerja asing.Hasrat murni MB Selangor ialah untuk mengutip dana bagi mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan bagi melatih belia-belia Selangor. Tanpa latihan, belia Selangor akan tidak dapat bersaing dengan limpahan buruh asing yang dikategorikan sebagai ‘murah’ dan bersedia untuk bekerja tanpa had. Ini mewujudkan keadaan yang kurang sihat untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia. Tambahan pula, kebanjiran pendatang asing yang sesetengahnya tanpa permit mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di kawasan setempat. Justeru, usaha mengadakan latihan ini wajar di sokong.
.
Usaha itu di halang dengan alasan, itu bukan bidang kuasa kerajaan negeri.Hari ni Pak Lah buat cabaran supaya kerajaan negeri pakatan rakyat turunkan harga minyak, sedangkan itu juga bukan bidang kuasa kerajaan negeri. Wahai Pak Lah kalau sememangnya dah bodoh, jangan tunjukkan kebodohan itu pada rakyat.
.
Moralnya, selagi orang bodoh memerintah kita selagi itulah kita tak akan maju. Negara dan Bangsa yang maju tak akan merelakan diri mereka dipimpin oleh orang yang bodoh.

31 Mei 2008

31May
Strategi Memperkemas Pakatan Rakyat
By Anwar Ibrahim 14 Comments
Categories: Anwar, Pakatan Rakyat and Politik

Selain dari kerjasama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan), terdapat beberapa langkah tambahan bagi memantapkan lagi hubungan di antara ketiga parti.
Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chem Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas. Pertemuan terakhir adalah petang Isnin lalu yang turut memutuskan agar :

1–Membentuk sekretariat bersama membicang semua isu berkaitan dan diketuai bersama Dr Syed Husin, Tan Kok Wai dan Kamaruddin Jaafar (Mereka juga ditugaskan menyiapkan deraf kerangka dasar bersama Pakatan);

2–Melantik Jawatankuasa Penyelaras Parlimen di antara Azmin Ali, Dr. Tan Seng Giaw dan Sallahuddin Ayub bersama beberapa ahli parlimen lainnya untuk mempastikan wujudnya kerjasama erat dalam semua tindakan di Parlimen;

3–Memboikot akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Dengan ini Kerajaan Negeri Pakatan juga tidak akan membeli atau mengiklan di akhbar tersebut.ANWAR IBRAHIM

25 Mei 2008

Tian Chua saran penduduk pertahankan tanah rizab Melayu
Adnan Ibrahim Sun May 25, 08 3:04:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyeru penduduk Kampung Padang Balang, Gombak, di sini supaya mewujudkan satu mekanisme bertujuan mendapatkan keputusan terbaik apabila kerajaan mengambil tanah mereka nanti. -->-->
Bercakap dalam satu majlis dialog bersama penduduk di situ, beliau menasihatkan penduduk mempertahankan tanah rizab Melayu dan tradisi serta budaya kampung supaya tidak mudah diambil kesempatan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka.
Menurut beliau, Kampung Padang Balang termasuk dalam laluan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam draf pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun penduduk diberi masa sehingga Ogos ini bagi menyatakan masalah mereka terutama tanah yang akan diambil untuk projek tersebut. "Kita harap penduduk boleh buat satu jawatankuasa yang diwakili pelbagai pihak terutama tuan punya tanah terlibat. Kita harap pada Jun ini kita boleh bincang dengan jawatankuasa tersebut," ujarnya yang juga terkenal sebagai aktivis perjuang tanah rizab Melayu sebelum menjadi ahli Parlimen lagi.
Dalam perjumpaan tersebut, beliau juga menerima banyak aduan terutama kawasan kampung yang disenarai hitam denggi, banjir setiap tahun, pengurusan sampah kurang sempurna, penagih dadah, penduduk asing dan keselamatan kampung.

Perkara ini disuarakan Iman Masjid Kampung Padang Balang, Muhammad Besar dan Ketua PAS Cawangan Padang Balang, Shamsudin Yaakob.
Mengenai permintaan agar pihak polis mengadakan rondaan kampung, beliau berkata ia boleh dilakukan dan pihak polis kebiasaannya membuat kawalan tersebut apabila ada permintaan tetapi selepas itu ia akan kembali seperti biasa.
"Perlu ada perbincangan bagaimana bentuk yang lebih sesuai supaya soal keselamatan itu boleh ditangani secara berterusan," ujarnya dalam majlis itu semalam di Pasti Kampung Badang Balang yang dihadiri lebih 100 orang.
Mengenai denggi beliau berkata, penyemburan asap yang sering dilakukan di kawasan yang dikenal pasti denggi tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya perlu ada perubahan mentaliti bagaimana mewujudkan kampung yang bersih dan selamat.
"Ini soal perparitan dan saliran. Jika parit sempurna secara tidak langsung kampung bersih. Saliran yang baik juga dapat mengatasi masalah banjir," katanya.

Bagaimanapun dalam soal banjir itu beliau menyifatkan kerajaan tidak serius menangani masalah rakyat sebaliknya apa yang diambil kira kerajaan projek yang menguntungkan mereka.
"Bukan tidak ada cadangan projek atasi banjir dikemukakan kepada kerajaan tetapi yang mereka lulus projek yang mereka fikir boleh dapat wang. Seperti lorong smart kerana lorong itu boleh buat tol, dapat duit," ujarnya.
Dalam lawatannya ke kawasan parlimen, beliau juga menerima banyak cadangan terutama mewujudkan kemudahan perubatan seperti klinik desa dan mengadakan sistem pengurusan sampah yang sempurna.
"Tanggapan pembangunan hanya bangunan besar dan tinggi perlu dihapus. Pembangunan juga meliputi infrastruktur seperti parit saliran yang baik, perkampungan bersih serta kemudahan kelas pertama. Pembangunan inilah yang boleh mengatasi masalah banjir dan denggi," ujarnya menjawab pertanyaan penduduk.
25 May 2008

Nelayan Kedah Bakal Dilindungi Skim Insuran


SUNGAI PETANI, 25 Mei (Bernama) -- Seramai 8,000 nelayan di Kedah akan menjadi kumpulan nelayan pertama di negara ini yang dilindungi skim insuran bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.Kesemua mereka, yang merupakan anggota Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), akan mendapat manfaat perlindungan kecederaan dan kematian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan NEKAD di sini Sabtu malam.

Butiran terperinci perlindungan insurans itu bagaimanapun masih dibincangkan, katanya.Terdahulu, Mustapa semasa berucap berkata berbagai usaha akan dilakukan kerajaan bagi membantu masyarakat nelayan meningkatkan pendapatan mereka termasuk menumpukan kepada usaha ternakan ikan air tawar secara besar-besaran."Pencerobohan nelayan luar di kawasan tangkapan nelayan tempatan juga satu ancaman kepada nelayan tempatan dan pendekataan baru seperti memperkenalkan ternakan ikan air tawar melalui ternakan ladang darat akan dipertingkatkan di kawasan yang sesuai", katanya.Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata masalah kekurangan beras di negara ini akan berakhir sebelum hujung bulan ini apabila bekalan beras dari Thailand tiba.-- BERNAMA
:: Ada Lagi ::

28 Apr 2008

PKR: Azizah bukan ketua pembangkang lemah
Apr 28, 08 1:07pm
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail - dengan gayanya yang lemah lembut dan tidak agresif - tidak akan menjadi ketua pembangkang yang lemah di Dewan Rakyat, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali. "Walaupun dalam kelembutannya tetapi mesej yang akan disampaikan itu cukup tegas untuk memastikan agenda reformasi diteruskan. "Dan saya percaya beliau sedang menyiapkan ucapan sulungnya yang akan disampaikan pada pertengahan minggu depan," kata Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Jumaat lepas.

Wan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh, terpilih sebagai ketua pembangkang selepas partinya menguasai 31 kerusi, manakala DAP 28 dan PAS 23.Beliau mencipta sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen. Ketua pembangkang sebelum ini Lim Kit Siang, seorang tokoh utama DAP yang lantang, memegang jawatan itu hampir tiga dekad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memegang jawatan itu selepas menggantikan allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor antara 1999 hingga 2004.Sesi pertama sidang parlimen ke-12 bermula hari ini dengan upacara angkat sumpah semua anggota Dewan Rakyat dengan dimulakan dengan yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan diikuti perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Seramai 222 ahli, termasuk 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat, menyertai upacara itu di depan yang dipertuanya pagi ini.Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Penggal pertama akan berlangsung sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember. Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang. Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.
KERAJAAN KEDAH MANSUHKAN PERANAN JKKK

Oleh: Tun Telanai- Laman M@RHAEN

Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan memansuhkan peranaan yang dimainkan oleh JKKK sebelum ini. Peranan JKKK akan diambilalih oleh Penghulu Mukim. Oleh itu, tidak ada sebarang perlantikan JKKK baru yang akan dibuat oleh Kerajaan negeri, tetapi sistem pemilihan [bukan melalui perlantikan] Ketua Kampung akan dilaksanakan semula. Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan Negeri. Demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Padang Terap pada 26 April lalu.
Dalam majlis yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk menambahbaikan Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang terdapat di seluruh negeri Kedah. Kerajaan Negeri juga kata beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan gaji kakitangan SAR setaraf gaji mengikut Skim Saraan Baru [SSM] bagi meningkatkan prestasi pendidikan di SAR serta menjaga kebajikan kakitangannya. Guru-guru Lembaga juga akan turut menikmatinya sedikit masa lagi.
Ustaz Azizan juga memberitahu, sebaik sahaja Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, tindakan pertamanya ialah membatalkan MoU dengan sebuah syarikat luar negeri yang merancang membina sebuah projek Zon Industri Petroleum Yan [ZIPY] di atas tanah sawah orang Melayu yang subur seluas 3,000 hektar. Sebaliknya,Kerajaan Negeri memindahkan projek tersebut ke kawasan laut yang ditambak agar tanah rakyat dapat diselamatkan dan in membuktikan bahawa kerajaan tidak anti kepada pembangunan yang membawa keuntungan kepada rakyat.
Kerajaan katanya akan berusaha menambah tanah sawah sebagai satu peluang pekerjaan, menambah pendapatan rakyat serta meningkatkan pengeluaran padi bagi menampung kekurangan bekalan beras dunia. Beliau telah mengarahkan MADA mencari jalan supaya para petani dapat menanam padi sebanyak 5 kali dalam tempoh 2 tahun.
Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Pertanian Kedah yang fungsinya ialah memasarkan buah-buah tempatan yang dianggapnya berpontensi untuk dieksport ke luar negara.
Gambar-gambar disekitar Majlis Kesyukuran Pas Kawasan Padang Terap: