SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

31 Jul 2009

Ucapan Takziah


ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari sms seorang kenalan sebentar tadi.

Malumat ini juga telah disahkan oleh ahli keluarganya.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji... Al Fatihah..

Pakatan Rakyat Langkawi mengucapkan takziah
kepada ahli keluarga Arwah.

18 Jul 2009

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN

Siasatan Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor Mesti Menyeluruh dan Telus
16 Julai 2009

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merasa amat sedih dan terkejut dengan berita bahawa Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) semalam untuk siasatan, didapati mati di Ibu Pejabat SPRM tengahari ini.

Memandangkan bahawa beliau jatuh dan mati dari pejabat SPRM hari ini setelah penyelesaian interogasi oleh mereka pada 3:45 pagi ini, KEADILAN menuntut bahawa siasatan segera dan menyeluruh dilakukan oleh pihak polis dan SPRM. Selanjutnya, hasil siasatan itu mesti telus dan tindakan serta-merta mesti diambil untuk memastikan keadilan dalam hal ini, memandangkan beliau mati dalam keadaan yang sangat mencurigakan.

Saya juga memanjangkan ucapan takziah bagi pihak KEADILAN kepada keluarga Teoh Beng Hock, yang meninggal dalam keadaan tragik ini. Kami juga menawarkan bantuan seboleh mungkin dalam waktu kesedihan mereka ini.

Akhirnya, kami berharap pihak berkuasa, media dan semua pihak berkenaan akan menghormati dan mendukung keluarga beliau pada masa gelap ini, yang pasti sangat menekan dan menyedihkan bagi mereka.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat




5 Jul 2009

Liputan Luas Perjelas Pertuduhan Palsu Anwar

Angkatan Muda Keadilan akan memberi penjelasan secara meluas menerusi rangkaian Facebook, Twitter, blog dan pelbagai lagi media alternatif lain bagi menyampaikan fakta sebenar berhubung konspirasi pucuk pimpinan UMNO mendalangi pertuduhan palsu liwat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai informasi yang selama ini tidak disiarkan oleh media arus perdana kawalan BN akan disebarkan kepada orang ramai melalui media alternatif mengenai perbicaraan Datuk Seri Anwar yang dijadualkan bermula pada Rabu depan.
Segala hebahan itu akan diselaraskan oleh Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Anwar atau KEJAM.
" Kita akan menggunakan pelbagai pendekatan tetapi yang paling utama ialah pendekatan secara konvensional dan new media. konvensional adalah melalui penggunaan penedaran maklumat, pentas anak muda, ceramah umum, sebaran di masjid dan strategi paling penting ialah menggunakan sepenuhnya media baru seperti facebook, twitter, blog. Kita bertujuan memberikan maklumat sejauh mungkin kepada rakyat"
Samsul berkata keputusan Mahkamah Rayuan menerima keputusan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi adalah sebahagian daripada konspirasi untuk memintas perjuangan politik Anwar dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
" Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan kes Anwar di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan UMNO dan Barisan Nasional untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat ini terhalang"
Gani telah mengarahkan kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi sungguhpun diarahkan oleh perdana menteri ketika itu Abdullah ahmad Badawi supaya tidak campur tangan kerana disiasat berhubung pemalsuan bukti dalam insiden mata lebam anwar pada tahun 1998.
Samsul menggesa rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta sebagai tanda sokongan kepada Anwar.
" Dengan nada yang sama kita menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin kepada prinsip keadilan agar turun beramai-ramai pada 8 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta"
Sementara itu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menegaskan, perhimpunan yang bakal diadakan bukan untuk menimbulkan huru hara tetapi hanya sebagai tanda sokongan untuk ketua umum PKR itu.
" Kita hendak maklumkan kepada pihak polis supaya jangan melakukan perkara yang sama seperti 10 tahun lalu. Bagi pihak Angkatan Muda Keadilan, kita tidak ada rasa ragu-ragu untuk menyeru rakyat turun pada 8 Julai nanti. Ini adalah hak rayat. Dan ini adalah hak yang dijamin di dalam perlembagaan"
Setakat ini 10 NGO telah memberikan sokongan kepada Kejam. Penyokong Anwar akan berpakaian hitam pada hari tersebut untuk menunjukkan tanda sokongan kepada mantan timbalan perdana menteri itu.
BN Marah Pengerusi Suhakam Mahu Pilihanraya Di Perak

Kerajaan Umno-Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Abu Talib Othman yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di negeri Darul Ridzuan.

Pada Mei lalu, Abu Talib dipetik sebagai berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka.
“Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib.

Abu Talib berkata demikian ketika dimitna mengulas perlantikan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri atas arahan Umno-BN.
Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak.

"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa membahaskan Rang Undang-Undang Suhakam (Pindaan) 2009.
"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.
Beliau seterusnya mengingatkan para persuruhjaya Suhakan harus neutral dan tidak dilihat menyebelahi mana-mana pihak.
Menjawab peringatan Nazri itu, ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) menarik perhatian Dewan Rakyat kepada keputusan kerajaan melantik peguam Umno, Muhammad Shafee Abdullah sebagai persuruhjaya Suhakam.
Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang terbabit sepenuh masa dalam politik sebagai penasihat dan peguam kepada Umno dilantik sebagai persuruhjaya.
Tian menambah dwi-peranan Shafee ini satu percanggahan serius kerana dalam pada dia dituntut supaya bersifat neutral sebagai seorang persuruhjaya, dia juga perlu memastikan kemenangan undang-undang berpihak kepada Umno-BN.
Abu Talib, mengeluarkan kenyataan berdasarkan interpretasi beliau keatas hak asasi manusia. Ini adalah berbeza dari kes seorang peguam yang dilantik untuk mewakili sebuah parti politik,” tegas Tian.
“Bukan sahaja beliau aktif dalam politik, tetapi juga dia dilantik dan masih seorang persuruhajaya. Ini amat mengelirukan – bagaimana boleh seorang persuruhajaya Suhakam mengambil bahagian dalam kes-kes politik?” kata Tian.
Nazri menjawab Abu Talib tidak perlu mengulas mengenai isu Perak kerana kes tersebut tidak termasuk dibawah bidang kuasa Suhakam.
Sementara Shafee pula, kata Nazri lagi, bergerak atas asas profesionalisma sebaik sahaja dia dilantik mewakili anak guam.

3 Jul 2009

Meriahnya Langkawi..

Langkawi maju penduduk mesra

SEBAGAI warga yang berkhidmat di Kuala Lumpur lebih daripada 10 tahun, saya sentiasa menunggu peluang untuk bercuti bersama keluarga di musim cuti sekolah. Kesempatan cuti sekolah baru-baru ini membawa saya berehat bersama keluarga di Pulau Langkawi selama empat hari.

Langkawi sentiasa berubah wajah setiap kali saya berkunjung ke sana. Tahniah kepada pelbagai pihak yang membangunkan Langkawi. Apa yang membanggakan saya, walau pun wujud perubahan dari segi pembangunan dan prasarana, sikap warga Langkawi tetap sama dan tidak banyak bezanya.

Tiba di Jeti Kuah sudah meriah dengan pelbagai tawaran istimewa penyewa kereta, perkhidmatan teksi, malah ada yang bersikap ramah menawarkan perkhidmatan rekreasi dan tempat tinggal. Sungguh mudah urusan saya dari jeti hingga ke hotel tempat tinggal saya dengan bayaran teksi yang berpatutan.

Saya tidak ketinggalan menyewa sebuah kereta Proton Wira yang hanya RM70 untuk satu hari yang pada saya sungguh berbaloi dengan keadaan kereta yang bersih dan berkeadaan baik. Harga makanan juga sungguh berpatutan dan saya masih boleh membeli kuih dan nasi lemak dengan harga seolah-olah seperti dua atau tiga tahun yang lepas.

Tidak nampak di mata saya warga Langkawi cuba mengambil kesempatan menaikkan harga makanan di musim cuti sekolah walaupun sedar saya ‘orang luar’ yang berkunjung ke tempat mereka. Saya sungguh terharu mendapat layanan ramah mesra mak cik-mak cik dan kakak-kakak yang menjual kuih-muih bertanyakan itu dan ini kepada saya.

Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Langkawi dan berharap Langkawi terus kekal sebagai destinasi yang menjadi pilihan pelancong. Ingatlah, kekalkan kualiti Langkawi, pasti pengunjung akan datang lagi.

Kuala Lumpur

27 Jun 2009

JETI SEMENTARA PUN NAK TENGGELAM!!!







JETI PENUMPANG TUBA MASIH BELUM DIBAIKI

oleh: ARS@wg
Setelah lebih enam bulan lepas Jeti penumpang Pulau Tuba yang tenggelam di bahagian ponton yang bocor akibat dari ketebalan yang tidak sesuai semasa pembinaannya, tiada nampak usaha-usaha untuk diperbiaiki oleh pihak Jabatan yang bertanggungjawab. Dan lebih malang lagi jeti sementara yang dibuat oleh Syarikat swasta juga kini hampir tenggelam.

Mungkin pulau Tuba ini berada dalam wilayah Thailand kerana begitu lambat dan lengaiya pihak Jabatan dari Kementerian@persekutuan dan bantuan dari kerajaan negeri untuk membuat sesuatu dengan pasarana sediada.

Hanya penduduk pulau Tuba yang harus berfikir dimana keperhatinan kerajaan terhadap pembangunan di kawasan mereka.

PPSMI DIAKUI PENDEKATAN YG. BODOH!!!

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Jimadie Shah Othman Jun 27, 09 1:03pm
Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia.

"Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi. Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin. Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. "Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. "Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

21 Jun 2009

13 Jun 2009


di hotel Palm garden Hotel, Putra Jaya

KE KONGRES KHAS PKR DI KIUS, KAJANG SELANGOR

Seramai 12 orang perwakilan dan 4 Orang pemerhati akan menyertai Kongres tersebut yang akan berlansung selama sehari pada 13hb.Jun 2009.




12 Jun 2009

PROGRAM BAHAGIAN TERKINI!!!







PROGRAM PKR BAHAGIAN LANGKAWI

Untuk menjawab tomahan dari email antikusut pada 12hb jun dalam blog kedahlanie yang menyatakan Jawatankuasa Bahagian Langkawi yang bercelaru untuk makluman beliau kita baru menyusun AJK dengan 34 orang dan sentiasa mengadakan mesyuarat Bahagian 2 kali sebulan.

2/3 AJK adalah amat aktif bagi menjalankan 14 Biro untuk pengurusan dan pemantapan parti

Juga Biro Politik & Pengurusan sentiasa bermesyuarat secara tetap setiap bulan juga bagi merancang penabahan ahli,cawangan juga program pusat khidmat masyarakat. Pusat khidmat masyarakat DUN angkat Kuah menerima sekurangnya permasalahan dari penduduk Langkawi.

Semalam BIRO Aduan & Kebajikan telah menjalankan program Makan Malam Amal di Barnthai Restoren bagi tujuan mencari tabung juga berdailog dengan 3 Exco Kedah dari PKR dengan penduduk Langkawi. 140 orang hadir yang telah dirasmikan oleh YB Manikumar juga penyerahan 250 borang ahli baru kebanyakan berbangsa India & Cina juga dapat menubuhkan 3 Cawangan Baru.


oleh S.U bahagian