SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

1 Nov 2008

PAKATAN RAKYAT DAHULUI BANTUAN MANGSA RIBUT.

BENCANA RIBUT MEMUSNAHKAN LEBIH 60 BUAH RUMAH DAN KEDAI

Padang Lalang, Langkawi , 31hb. Oktober 2008

Kejadian ribut yang melanda di Kawasan pekan Padang lalang dan Kg.Pasir Hitam telah memusnahkan lebih 60 buah rumah dan bangunan kedai. Dalam kejadian pada pukul 5.00 petang angin yang datang dari laut sebelah Pasir hitam dan menghala ke pekan Pdg.Lalang. Menurut penduduk sekitar bunyi angin yang kuat telah menyebabkan mereka lari untuk menyelamatkan diri dan tiada kecederaan yang dilapurkan sehingga kini dan telah mencabut kebanyakan struktur bumbung rumah-rumah mereka.


Wakil khas Adun Angkat DUN Kuah Hj.Wan Salleh Wan Isa, yang ditemui ditempat kejadian telah memaklum kejadian tersebut kepada EXCO kerajaan negeri dan menurutnya kerajaan akan membantu dengan kadar segera setelah mendapat lapuran mangsa-mangsa yang terlibat dari pejabat daerah. Bagi meringankan mangsa-mangsa tersebut Pakatan Rakyat (PR) telah menyerahkan bantuan awal merupakan hamper berisi beras, gula ,kopi, dan sebagainya kepada 54 keluarga pada 10.30pagi di Dewan Orang Ramai Pdg.Lalang. Turut membantu ahli-ahli dan jawatankuasa PR dalam kerja gotong royong serta ketua-ketua kampung mukim Air Hangat. Pakatan Rakyat Langkawi juga berterima kasih kepada penghulu mukim Air hangat yang banyak membantu dalam mengendalikan urusan pendaftaran dan penerangan kapada mangsa-mangsa yang terlibat.


Untuk makluman Parti Keadilan Rakyat bahagian Langkawi telah melancarkan satu Tabung Bencana Alam yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah pada 25hb.Oktober yang lalu. Tujuan tabung itu bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana alam pada masa hadapan dengan kadarsegera dan kita mengalukan sumbangan dari mana-mana pihak baik individu, NGO atau syarikat.