SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

31 Jan 2009







KENDURI KESYUKURAN KEMENANGAN PRK P44 & P36


oleh: YB-ARS

31Jan.2009 - Langkawi


Cawangan PKR Kg.Lubuk Setul telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena kemenangan pada PRU 12 juga PRK , menurut Pengerusi penganjuran sdr.Rahim Pin bersama jawatankuasa
kampung progam ini telah lama dirancangan tetapi disebabkan oleh kesibukan program Bahagian PKR Langkawi baru sekarang dapat dilaksanakan.

Beliau merasakan kegembiraan kerana mendapat sambutan penduduk kampung beliau dan dihadiri oleh seluruh penduduk Langkawi. Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Zamri Yusof. Kehadiran adalah sebanyak 3000 orang turut bersama Ketua Bahagian PKR Hj.Wan Salleh wan Isa, YDP Pas Kawasan Sdr.Zubir Ahmad .
7 cawangan UMNO di Langkawi kecewa
oleh Sinar Harian

LANGKAWI - Tujuh cawangan UMNO dalam Bahagian Langkawi melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian mereka Datuk Nawawi Ahmad berhubung dakwaan salah laku dan politik wang pada pemilihan peringkat bahagianOktober lepas.Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua, Mansor Hashim berkata, tujuh cawangan itu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan lembaga itu yang melepaskan Nawawi tetapi mengenakan amaran terhadap seorang anggota bahagian itu, Shaidan Hashim, kerana menjadi ejen Nawawi.“Shaidan menjadi ejen atau pelobi bagi pihak Datuk Nawawi Ahmad dan kenapaShaidan seorang sahaja yang dikenakantindakan sebaliknya Nawawi dikecualikan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mansor, yang mewakili jawatankuasa bertindak itu berkata, sebelum ini mereka telah membuat aduan rasmi menerusi sepucuksurat kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai kegiatan politik wang yang berlaku di Langkawi.Mansor berkata antara dakwaan mereka ialah Nawawi memberi telefon bimbit, pukat dan sumbangan untuk lawatan sambil belajar kepada perwakilan dan anggota cawangan supaya mencalonkannya bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Pada pemilihan itu, Nawawi mengalahkan penyandang jawatan itu Datuk Abu Bakar Taib.“Kami berharap Lembaga Disiplin masih membuka pintu siasatan kerana keputusan yang dibuat oleh lembaga itu menimbulkansoalan di manakah konsepbersih, cekap dan amanah yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin atasan UMNO,” kata beliau.Kelmarin Pengerusi Lembaga Disiplin itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Shaidan adalah antara anggota parti yang dikenakan tindakan amaran kerana bersalah melanggar tataetika parti.

28 Jan 2009

Eksklusif: UMNO Pahang Kini Semakin Terpinggir, Misi Tawan Felda Kian Berjaya, 160 Ahli Mereka Di Felda Lepar Hilir 1 Dan 4 Mula Menyertai PKR !!


PAYA BESAR - Parti Keadilan Rakyat bahagian Paya Besar semakin bertambah kuat dan utuh lagi dengan kemasukan semakin ramai warga felda ke dalam parti itu mutakhir ini. Kebanyakkan daripada mereka adalah bekas ahli-ahli dan pemimin UMNO setempat yang sudah kecewa dengan parti karat itu selama ini. Mungkin sebelum ini, mereka takut untuk bersuara akibat ditekan oleh pihak-pihak tertentu. Namun, setelah melihat Pakatan Rakyat terus dijulang dan Barisan Nasional terus tenggelam, maka akhirnya mereka semua berani membuat keputusan.



Terbaru, seramai 160 ahli UMNO di Felda Lepar Hilir 1 dan Felda Lepar Hilir 4 dekat sini menyertai Parti Keadilan Rakyat. Majlis penyerahan borang keahlian dan pembukaan cawangan baru telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Fauzi Abd.Rahman, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Majlis telah dipengerusikan oleh Tuan Hj.Zahari selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Paya Besar. Dalam majlis itu beliau turut memperkenalkan Saudara Sufian Abd Jalil, seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar yang turut meninggalkan parti karat itu untuk menyertai PKR. Sementara itu turut hadir ialah Saudara Anuar iaitu Ketua Pemuda Felda Lepar Hilir 4 yang turut keluar dari UMNO dan kini bersemangat bersama Parti Keadilan Rakyat.Menurut Saudara Suffian "UMNO sudah hilang arah tuju perjuangannya. Didalam pemilihan peringkat Bahagian Paya Besar baru-baru ini semakin jelas sikap mengenepikan perjuangan telah berlaku. Pemilihan yang berlangsung menyaksikan pertandingan Orang Aku dan Orang Kamu dan bukan lagi pertandingan UMNO. Perwakilan dihidangkan dengan pemilihan secara berkelik" katanya. Beliau turut membangkitkan isu rumah-rumah yang dibina oleh Felda untuk Generasi Kedua. "Hanya anak-anak peneroka yang ada "pay slip" sahaja yang layak membeli rumah-rumah itu, dan oleh kerana kebanyakan anak-anak peneroka ramai yang bekerja sendiri, tidak ada pay slip, dan mereka tidak layak membeli. Walhasilnya, rumah-rumah itu dijualkan kepada pegawai-pegawai Felda dan anak-anak pegawai Felda. Maka skim perumahan untuk Generasi Kedua itu menjadi milik pegawai-pegawai dan anak-anak mereka" tambah beliau lagi. Beliau turut mempersoalkan potongan sebanyak RM45.00 sebulan oleh Felda daripada pendapatan peneroka-peneroka Felda, dan mengeciwakan kerana potongan itu dibuat secara selonggok didalam bulan Disember ketika mana peneroka-peneroka memerlukan wang untuk persediaan bagi persekolahan anak-anak mereka. Sufian berjanji bahawa beliau dan rakan-rakannya yang keluar dari UMNO akan memperkasakan PKR Paya Besar dan akan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO akan keluar dari parti itu.

Sementara itu dalam ucapannya Dato' Fauzi menyatakan bahawa Felda bukan dibuat oleh UMNO dan peneroka-peneroka tidak perlu mengenang budi kepada UMNO. Felda diwujudkan oleh Kerajaan dengan wang rakyat, bukan wang dari UMNO. Beliau membawakan kisah usaha-usaha yang dibuat oleh Ibrahim Fikri, bekas Menteri Besar Trengganu, yang merancangkan untuk menyediakan tanah seluas 10 ekar kepada setiap peserta di Sg Tong Terengganu.

Beliau memohon bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat, tetapi bantuan itu tidak diperolehi kerana mendapat tentangan dari Tan Siew Sin, Menteri Kewangan pada waktu itu. Ibrahim Fikri telah dijatuhkan di Terengganu diatas alasan bahawa beliau membina sebuah istana untuk dirinya. Ini adalah satu penghinaan kepada Ibrahim Fikri oleh UMNO. Rumah yang dikatakan Istana itu hanyalah rumah banglo biasa tetapi oleh kerana Ibrahim membinanya di kampongnya sendiri di pekampungan nelayan, maka nampaklah rumah itu besar dibandingkan dengan rumah-rumah nelayan. Fauzi juga mengimbau kembali kisah Aziz Ishak, seorang Menteri Kabinet semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Beliau sebagai Menteri Pertanian mencadangkan supaya Kerajaan membina kilang baja untuk membantu petani-petani, tetapi cadangan itu ditentang oleh puak-puak MCA kerana merekalah yang mempunyai kilang baja pada waktu itu.

Aziz Ishak dipecat daripada Kabinet Tunku Abdul Rahman diatas desakan pemimpin-pemimpin MCA. Dato' Fauzi juga mengimbau kembali peranan pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman, misalnya, memilikki 18 buah rumah sebelum menjadi Perdana Menteri. Tetapi semua rumah itu dijualnya untuk membiayai pilihanraya. Tunku bersara dengan tidak mempunyai harta dan terpaksa menyewa bilik hotel. Kerajaan membelikan untuk Tunku sebuah rumah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Pulau Pinang. Bezakanlah dengan Menteri-Menteri sekarang yang apabila bersara menjadi Jutawan. Fauzi seterusnya menyatakan bahawa semasa berlaku fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah dipanggil oleh Mahathir Mohamed yang memintanya menyatakan bahawa Anwar memang melakukan liwat.Dr.Mahathir membandingkan kedudukan Dato' Fauzi yang sepatutnya sudah menjadi Menteri Kabinet seperti Timbalan-Timbalan Menteri yang lain. Dato' Fauzi faham tetapi menolak kehendak Mahathir supaya Fauzi menyatakan bahawa Anwar melakukan liwat. Fauzi menyatakan bahawa beliau kenal Anwar dari zaman persekolahan lagi sebagai sahabat dan tahu pembawaan Anwar. Pembelaan Fauzi terhadap Anwar menyebabkan terlucutnya apa-apa jawatan didalam Kerajaan.


Kematian Kugan didalam tahanan polis juga turut disentuh oleh beliau, katanya Kugan mati disebabkan "excessive internal bleeding" hasil siksaan polis, PKR menuntut supaya mereka yang melakukan perbuatan ini dibawakan kemuka keadilan dengan segera. YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang turut berucap didalam Majlis tersebut. Majlis ditangguhkan sekitar jam 5.00 petang.

komen: Sedarlah rakyat malaysia anda menentukan hidup mati di negara ini?

27 Jan 2009

SIK - Rakyat ada masalah ADUN & MP pie mana..?

Assalamualikum

Saya berharap pihak editor KEDAHLANIE dapat dipanjangkan email ini kepada YB ADUN JENERI (Cikgu Ya) dan YB SIK (Che Uda). ini penting kerana saya sudah puas mencuba mencari blog or web yg boleh menghubungkan kedua dua pemimpin tempatan ini. Hasilnya zero, yg ada pun tak diupdatenya..Aduanya begini. saya merupakan salah sorang pengundi saluran 3 bagi ADUN jeneri yg telah memberikan undi kepada jemaah islam PAS dlm PRU12 yg lepas. Setelah hampir 11 bulan memerintah, saya rasakan ada beberapa isu tempatan yg berlegar dikawasan sy ini yg masih belum diselesaikan.

jika benar PAS komited untuk mengekalkan kemenangan dikwsan ini, YB jeneri dan YB Sik harus memandang serius isu2 ini. ini kerana majoriti penduduk disini agak tinggi jurang digitalnya dan punyai akses yg terhad kepada media alternatif/blog/web dsbg. sudah pasti apa yg dibaca,dilihat dan didengar di media arus perdana yg banyak menghentam kepimpinan PAS kedah boleh mengubah persepsi mereka terhadap kerajaan PAS kedah. ditambah lg masalah tempatan yg dilihat still tidak diberi tumpuan oleh YB Jeneri & YB Sik ini.

CONTOHNYA :1. kg saya, Kg Betong Sik Kedah. majoriti disini ialah hardcore UMNO. namun ada juga yg mengundi PAS pada PRU yg dulu. namun dengan masalah tempatan, ditambah dgn asakan propaganda media arus perdana, kemungkinan besar undi boleh berubah pada PRU13 nanti. Masalah tempatan disini, ialah masalah asas. masalah bekalan air yg kerap terputus. if sekejap tak pe, ini kekadang sampai 3,4 hari. masalah ini sudah lama, namun kebelakangan ini makin teruk jadinya. bayagkan tiap kali hari cuti jumaat sabtu, bekalan air tiada langsung. Apatah lagi bila tiba hari Raya, dan cuti sekolah. hampir setiap minggu masalah ini terjadi.


sehinggakan saya ada dengar seorang penduduk kg yg berkata ' baik aku pangkah dacing kalau lagu ni, pangkah bulan pun dia tak mai tolong langsung masalah air kita ni, MB pun orang PAS dah, apa dia buat?' bayangkan jika ada majlis kenduri dan sebagainya..susah dibuatnya...Dari sudut politiknya, kredit akan dapat kepada PAS sekiranya YB2 dapat menyelesaikan masalah ini. cadangan saya mudah. peruntukkan satu hari sahaja untuk turun padang. bukak khemah, naikkan banner 'hari bersama rakyat'. bukak kaunter aduan... n than analisa, atur gerak kerja untuk selesaikan masalah tempatan ini. saya berkeyakinan penuh jika YB mengambil langkah ini, for sure kawasan saya ini yg majoritinya UMNO ortadoks, akan beralih 360 darjah menjadi penyokong PAS.

inilah peluang dan ruang untuk berdakwah... for me, no hal...selagi PAS dengan dasar Islam nya. selagi itu saya memberikan sokongan penuh.Maaf terpaksa menggunakan saluran ini, segala tumpuan dan ruang yg diberikan pada email ini amat2 saya hargai. Hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya. Assalamuaikum..Fuad Abd RahimKg Betong, Sik, Kedah

7 Jan 2009

MB Kedah - PERCEPATKAN PROSES TANAH

Perhimpunan Bulanan (Januari 2009)
TINGKATKAN PRESTASI KERJA.
Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR,

5 Januari: Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru kakitangan kerajaan negeri ini supaya membuat perancangan yang sempurna dalam urusan pentadbiran agar setiap urusan diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan.

Beliau mengambil contoh, proses menyelesaikan masalah tanah di Thailand hanya mengambil masa selama dua hari sahaja.

Bagaimanapun, katanya, proses menyelesaikan tanah di negeri Kedah jauh lebih baik berbanding negeri lain kerana mengambil masa selama 30 hari sahaja, sedangkan di negeri lain ia mengambil masa selama 140 hari.“Dalam hal ini, kita perlulah mempunyai perancangan yang sempurna dan pentadbiran perlulah dipercepatkan agar setiap tugas yang diberikan itu berjalan dengan baik,” jelasnya.

berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Wisma Darul Aman di pekarangan Wisma Darul Aman, di sini.Sementara itu, dalam isu yang lain beliau turut mengingatkan agar keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaik mungkin agar kehidupan yang dilalui itu berada dalam keadaan selamat.

Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin atas kezaliman rejim Israel perlu dijadikan pengajaran dan iktibar kepada rakyat di negeri ini untuk terus memelihara keamanan dan kemakmuran agar ianya tidak disalahgunakan.Sebagai rakyat, katanya, kita perlu menginsafi atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin atas penindasan dan kekejaman rejim Israel.“Kita sebagai manusia perlu mempunyai dua sifat iaitu simpati kita kepada golongan yang lemah seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak di samping bersyukur kepada Allah S.W.T kerana negara kita
Kita dan mereka…apa bezanya?
Posted by matsamankati
January 7, 2009
Bila aku ke Kuala, aku selalu lepak kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Chandan.
Lebih kurang dua minggu dulu, ramai la orang kampung yang datang minta bantuan sekolah. Ada yang nak bayar yuran, baju sekolah anak belum beli, macam-macam.
Mau tak mau, Penyelia DUN kena cari sponsor untuk bagi bantuan ini. Kalau takat sorang berdua boleh tahan juga. Tapi kalau dah sampai berpuluh..mana nak cari duit? Dan bila bagi tau sepuluh orang akan dapat bantuan, lagi dua puluh datang mintak. Tak garu kepala dibuatnya?
Lepas tu, bila dibuka permohonan untuk mendapatkan bantuan…ada kontraktor yang pakai Mercedes pun datang mintak bantuan kesekolah yang bernilai RM100.00! Ada akai ka? Tu pun nasib baik kita kenai, boleh jugak kita potong nama dia…kalau tak kenai?
Cari punya cari, dapatlah sponsor. Nasib baik WIRDA Perak sedia bantu Selesai masaalah. Tapi tak jugak!
Semalam ada sorang lagi perempuan datang mintak bantuan. Laki dia dah lari dengan perempuan lain. Tinggal dia dengan lima anak yang masih bersekolah. yang tua nak masuk Politeknik, dua disekolah menengah, dua lagi disekolah rendah. Menangis merayu, barang kemas dah habis kena gadai.
Tapi macam mana nama dia tak termasuk dalam senarai penerima bantuan yang dah diberi? Bila tanya kenai ka Ketua Kampung? Dia kata kenai..tapi tak pernah bercakap dengan dia.Bila tanya Ketua Kampung lama, dia pun kata kenai..tapi sombong. Bila aku tanya, pernah tak tengok muka aku kat ceramah..dia kata dia tak pernah pergi tengok ceramah.
Apa moral of the story?
Masa Umno dulu, bila ada bantuan, ada projek, ada peruntukan…depa bagi kat kaum kerabat depa. Yang lain melopong. Bila kita memerintah..kita pun macam tu..bila ada bantuan…kita pilih mana yang kenai dengan kita saja. Yang kita tak kenai…lantak la.
Tu pasai dari dulu aku suruh Ketua Kampung dapatkan maklumat penduduk kampung. kenali semua penduduk kampung..tak kira apa fahaman politik depa, supaya bila ada bantuan yang kita boleh bagi…kita boleh bagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Bukan takat tengok keliling kita saja.