SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

1 Nov 2008

PAKATAN RAKYAT DAHULUI BANTUAN MANGSA RIBUT.

BENCANA RIBUT MEMUSNAHKAN LEBIH 60 BUAH RUMAH DAN KEDAI

Padang Lalang, Langkawi , 31hb. Oktober 2008

Kejadian ribut yang melanda di Kawasan pekan Padang lalang dan Kg.Pasir Hitam telah memusnahkan lebih 60 buah rumah dan bangunan kedai. Dalam kejadian pada pukul 5.00 petang angin yang datang dari laut sebelah Pasir hitam dan menghala ke pekan Pdg.Lalang. Menurut penduduk sekitar bunyi angin yang kuat telah menyebabkan mereka lari untuk menyelamatkan diri dan tiada kecederaan yang dilapurkan sehingga kini dan telah mencabut kebanyakan struktur bumbung rumah-rumah mereka.


Wakil khas Adun Angkat DUN Kuah Hj.Wan Salleh Wan Isa, yang ditemui ditempat kejadian telah memaklum kejadian tersebut kepada EXCO kerajaan negeri dan menurutnya kerajaan akan membantu dengan kadar segera setelah mendapat lapuran mangsa-mangsa yang terlibat dari pejabat daerah. Bagi meringankan mangsa-mangsa tersebut Pakatan Rakyat (PR) telah menyerahkan bantuan awal merupakan hamper berisi beras, gula ,kopi, dan sebagainya kepada 54 keluarga pada 10.30pagi di Dewan Orang Ramai Pdg.Lalang. Turut membantu ahli-ahli dan jawatankuasa PR dalam kerja gotong royong serta ketua-ketua kampung mukim Air Hangat. Pakatan Rakyat Langkawi juga berterima kasih kepada penghulu mukim Air hangat yang banyak membantu dalam mengendalikan urusan pendaftaran dan penerangan kapada mangsa-mangsa yang terlibat.


Untuk makluman Parti Keadilan Rakyat bahagian Langkawi telah melancarkan satu Tabung Bencana Alam yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah pada 25hb.Oktober yang lalu. Tujuan tabung itu bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana alam pada masa hadapan dengan kadarsegera dan kita mengalukan sumbangan dari mana-mana pihak baik individu, NGO atau syarikat.

4 Okt 2008

Ribuan pengguna FERI terkandas di Hari Raya
Oct 3, 08 1:38pm

Puluhan pengunjung yang ingin menyambut Aidilfitri di Pulau Langkawi terkandas berjam-jam di jeti Kuala Kedah sejak petang semalam apabila perjalanan feri tidak mengikut jadual.Mereka juga tidak diberi penjelasan oleh syarikat pengendali feri mengenai sebab-sebab jadual perkhidmatan feri itu ditunda, lapor Bernama.

Daripada lapan syarikat feri, hanya separuh beroperasi semasa cuti raya menyebabkan kekerapan perjalanan berkurang sedangkan ramai mahu ke pulau itu untuk bercuti atau berziarah.Seorang penumpang Abdul Rashid Osman, 50, dari Kota Kuala Muda berkata beliau terkandas lebih empat jam di jeti itu, sementara jurutera awam dari Kuala Lumpur, Azhari Shaari, 37, bosan menunggu hampir 5 jam.Azhari berkata, lapor agensi berita itu lagi, tiada seorangpun wakil syarikat feri memberi penjelasan atas kelewatan sedangkan ramai penumpang yang membawa kaum keluarga begitu letih dan dalam keadaan lapar dan dahaga.

Adalah perlu Jabatan Laut harus bertindak bagi mengatasi masalah yang berulang setiap kali musim perayaan dan cuti. Tanpa uruselia dengan pengusaha Feri dan keadaan jeti yang sempit kelewatan jadual feri tidak dapat dielakan bagi menampung jumlah pengguna yang banyak. Satu tindakan segera dari Kementerian pengangkutan bagi menangani permasalah tersebut.
Perutusan DSAI Sempena Eidulfitri 1429 Hijrah

Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! - DSAI

Perutusan Eidulfitri 1429 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.
Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.
Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulaskan oleh para ulama, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:
Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.
Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.
Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.
Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.
Rakan-rakan sekalian,
Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”
Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.
Rakan-rakan sekalian,
Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”
Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.Minal ‘aidil wal faiziin.Maaf zahir dan batin.
ANWAR IBRAHIMKetua PembangkangKetua Umum Parti Keadilan Rakyat

30 Sep 2008



SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI AL-MUBARAK
KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI DAN AHLI PKR
JUGA PENDUDUK LANGKAWI


DARI JAWATANKUASA BAHAGIAN

29 Sep 2008
















PROGRAM SUMBANGAN HARIRAYA & MAJLIS BERBUKA PUASA

oleh:arssb


Pada 26hb.Sept.2008 satu program pemberian sumbangan Hamper sebanyak 28o kepada warga Langkawi iaitu ibutunggal ,warga mas dan anak yatim telah diatur oleh Pusat khidmat masyarakat ADUN Angkat DUN Kuah di Pengerusikan oleh Hj.Wan Salleh Wan Isa merangkap Ketua bahagian PKR Langkawi.

Termasuk majlis berbuka puasa kepada jemputan dari pelbagai kaum, sumbangan juga diberikan kepada kaum cina dan india di Langkawi sempena bulan Ramadhan. Lebihkurang 1000 orang tetamu yang hadir termasuk YB ir.Zamri Yusuf merangkap pengerusi perhubungan negeri, YB Exco Radzi Saleh dan YB Ahmad Kasim.


Sebelum ini PKM Langkawi telah menjalankan aktiviti yang sama diperingkat Mukim dan Kampung sepanjang ramadhan dan menurut Hj.Wan Salleh lebih 400 hamper telah diserahkan kepada yang layak dan memerlukan. Juga ini merupakan aktivti tahunan yang dibuat semenjak tahun lalu.

17 Sep 2008




KE ARAH MANA PEMBINAAN PUSAT LATIHAN POLIS ( PULAPOL) KUALA MUDA, LANGKAWI.


Langkawi, 18hb. September 2008
Lapuran Oleh : Warekganal



Satu projek pembinaan Pusat Latihan Polis ( PULAPOL) telah di jalankan Oleh Kementerian Keselamatan dalam Negeri pada awal Febuari 2008 dan sehingga kini 50% siap. Kawasan tersebut adalah bekas Hotel Delima yang telah ditutup yang di miliki oleh EKRAN Berhad. Dan kawasan tersebut adalah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan Industri berteraskan Pelancongan ( Rancangan Tempatan (RT) Pdg. Matsirat dizonkan untuk Resort/Hotel ataupun Pelancungan ) di bawah Penguatkuasaan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah juga Unit OSC Majlis Perbandaran Langkawi .

Persoalannya bagaimana sesebuah kementerian dengan mudah melanggar Syarat-syarat tersebut dan dibenarkan Pembinaannya oleh Pihak Majlis Perbandaran Langkawi tanpa sekatan sehingga kini. Ini bermakna pembinaan tersebut telah mencanggah Perancang Struktur yang telah diwartakan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua Jabatan-jabatan kerajaan dan juga semua Pemaju-pemaju.


Dan masyarakat setempat masih tertanya-tanya dengan pemasahalahan tersebut disamping kita tidak menolak kemajuan dan pembangunan satu penjelasan hendaklah diberikan dengan segera oleh pihak-pihak yang berkenaaan.

4 Ogo 2008


Sayfool calon UMNO Permatang Pauh
Kiriman Muramatsu - Laman M@RHAEN


Memandangkan pengorbanan yang amat besar Sayfool, maka eloklah UMNO pilih Sayfool sebagai calon UMNO di Permatang Pauh. Walaupun tulisan ini agak nakal sedikit. Namun atas asas moral seperti kata Ezam, maka tidak ada lagi calon lain UMNO yang sesuai, selain Sayfool.
Sayfool mempunyai banyak kelebihan berbanding semua ahli UMNO yang ada. Lihat blog Sayfool yang dibina dari dalam ‘tempat perlindungan polis’. Temanya hebat iaitu Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara.

Atas sifat keadilan yang hendak ditegakkan itu dan maklumat ‘rahsia’ yang banyak diperoleh waktu menjadi tukang kopi DSAI, maka maklumat terbaru berkenaan boleh dijadikan oleh Sayfool untuk menang di Permatang Pauh.
Selain dari maklumat, Sayfool melebihi orang lain kerana membiarkan lubang punggungnya menjadi bahan bacaan penyampai berita, menjadi bahan tulisan media utama negara. Cuma pihak istana saja diam pasal lubang taik Sayfool tu. Tidak mungkin ada orang UMNO lain seberani Sayfool membiarkan lubang taiknya dibualkan oleh seluruh manusia yang hidup di dunia ini. Mungkin orang mati Mokhtar Abdullah, Dr.Rostina, dan Khalid Jefri pun sedang berbual-bual pasal lubang dubur Sayfool itu.
Gandingan mat tempur Ezam dengan Sayfool bolehlah dikira sudah cukup untuk memenangkan UMNO di Permatang Pauh. Ezam dan Sayfool amat penting dalam kestabilan politik UMNO mutakhir ini.

Kenyataan Annuar Musa ( yang datang shopping di Chesire Oaks Designer Outlets di Chester UK pada musim sejuk tahun 2006/2007 itu kononnya UMNO perlu boikot pilihanraya Permatang Pauh adalah salah. Apabila dikata sebagai pembaziran lagi tidak tepat. Kerana sebelum ini mana ada pemimpin UMNO mengaku pernah membazir wang Negara dalam semua tindak tanduknya.
Peluang yang ada di Permatang Pauh terbuka luas seluas lubang najis Sayfool yang dikorek oleh doktor di PUSRAWI untuk Sayfool menerangkan betapa tindakannya tidak ada lain selain dari Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara.
Kehebatan yang ada pada Sayfool yang pendek akal dalam mengaji di Uniten sehingga ditendang itu juga tidak terbandingkan, dalam kes lubang taiknya itu dia berjaya membawa semua orang menjadi cerdik dan menjadi bodoh belaka.
Lihat Pengurus Besar hospital PUSRAWI yang bergelar doktor itu pun terkial-kial berputar putar berbelit belit mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai laporan lubang najis Sayfool yang dibocorkan keluar dari peti besi PUSRAWI.

Disamping itu lihat Dr. Novandri Hassan Basri (pemimpin UMNO pulau pinang yang didokong oleh tauke-tauke nasi kandar – Melayu ke depa tu?) pun terheret menjadi bijak lebih bijak dari doktor yang bertugas memeriksa dubur Sayfool itu, sedangkan doktor itu lebih lama bertugas serta lebih berumur dari Dr Novandri sendiri.
Sayfool mempunyai kelebihan berbanding Dr.Novandri kerana Sayfool rakyat Malaysia asal sedangkan Dr. Novandri cuma anak seorang tutor dari indon yang bertugas/pernah bertugas di USM satu masa dulu. Lihatlah orang seperti Dr.Novandri dan tauke-tauke nasi kandar sajalah yang sangat sayangkan UMNO kerana mereka asalnya adalah papa kedana di tanah air datuk nenek mereka sendiri. Mereka ini tidak pernah ada rasa ‘melayu’ Malaysia yang kebanyakkannya hidup di kampung-kampung di seluruh Malaysia yang jauh lebih selesa berbanding mereka ini di Negara asal masing-masing.
Yang lebih penting untuk diingati dan dikenang Sayfool ini adalah pencipta sejarah Negara yang berkonsepkan Malaysia Boleh yang didokong UMNO melalui Institut Pemikiran Mahathir dan Nordin Kardi birotatanegara. Sayfool seorang pencipta sejarah Negara Malaysia kerana kes lubang duburnya itulah menyebabkan Perdana Menteri PakLah melarang Peguam Negara (Gani Patail – nama tak jauh dari Tamby (Rahim Tamby Chik – Pegerusi GABEM yang mendapat projek memajukan Kampung Baru) ) dan Ketua Polis Negara (Musa Hassan) dari menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Adakah orang lain selain dari Sayfool yang berjaya membikinkan keadaan ini? Cuba cerita? Tidak ada. Inilah contoh manusia (Sayfool umurnya 23 tahun) yang dihasilkan dari pemerintahan UMNO Mahathir selama 22 tahun itu.

Bahkan Angkasawan Negara yang mencipta sejarah Negara serta baru mendapat pingat dari istana itu pun tidak sehebat Sayfool itu, kalau ada pun dia senyap begitu saja. Kalau Angkasawan Negara berjaya menyebabkan JJ gagal menjadi menteri kabinet PakLah dan menyebabkan pemecatan Prof Dr Mazlan dalam projek angkasawan itu, pergaduhan hampir berlaku antara Kazastan dengan Russia adalah semata-amat akibat kedangkalan menteri menteri sains ketika itu (JJ), tetapi Sayfool pula hebat kerana kes lubang duburnya itu sudah melibatkan satu Negara kecoh. Ini sudah dikira bersejarah!.

Oleh yang demikian, UMNO mempunyai Sayfool untuk menjadi calon di Permatang Pauh. UMNO juga mempunyai pendekar tulen, Ezam boleh membantu Sayfool di situ. Biarkan mereka berdua saja ke Permatang Pauh dalam pilihan raya berkenaan. Pembesar-pembesar UMNO dan media tidak perlu ke sana dan mereka pula tidak perlu membuat laporan mengenai pilihan raya Permatang Pauh itu nanti kerana dikhuatiri akan berlaku pembaziran wang rakyat dan Negara kerana pemimpin UMNO nampaknya mulai kenal apa itu pembaziran.

muramatsu United Kingdom

21 Jul 2008

Tahniah Shabery?

16 07 2008

Job well done oleh Presiden Kelab Sejarah, ooops tersasol pulak, sebenarnya Shabery adalah Menteri Penerangan Malaysia. Menteri Penerangan Malaysia telah berjaya di dalam debat berhubung sejarah peribadi ahli politik negara, eh, tersilap lagi.
Sebenarnya debat malam tadi pasal Minyak atau pasal sejarah peribadi Anwar Ibrahim. Kalau pasal Minyak, rasanya Shabery telah terpesong jauh dari tajuk. Kalau pasal sejarah peribadi Anwar pulak, ummm, rasanya Shabery belum berapa matang lagi.
Bagaimanapun, secara keseluruhan Shabery telah berjaya mengangkat Kerajaan Barisan Nasional ke satu era baru. Era apa saya pun tak tahu.


Secara keseluruhan, saya berpendapat, Anwar Ibrahim masih di gear satu. Ataupun baru bagi 20% sahaja dari kemampuan sebenarnya. Anwar masih boleh beri jauh lebih baik tetapi berdasarkan prestasi lawannya, Anwar tak perlulah membazir minyak nak pergi jauh-jauh.
Hakikatnya, semalam adalah malam Anwar. Setelah sepuluh tahun disisih dari siaran televisyen arus perdana, semalam Anwar mendapat 1 jam untuk bersama rakyat Malaysia dikaca TV.

Anwar walaupun masih belum memberi yang terbaik, tetapi ternyata prestasinya semalam adalah yang terbaik dari seorang ahli politik di Televisyen Malaysia semenjak Amanat terakhir Tun Dr. Mahathir di persidangan agung UMNO sebelum beliau bersara pada tahun 2003. Malangnya, apa yang kita saksikan semalam, mungkin kali terakhir dapat kita tatap wajah Anwar kerana mungkin esok, kerajaan lebih suka memenjarakan Anwar sebagai hadiah kepada Menteri Penerangannya yang hebat itu.

sebelum Mac 2008, Malaysia memiliki tokoh wartawan yang setiap kali ingatkan pilihanraya akan pasti teringatkan erection sebagai Menteri Penerangan, kali ini nampaknya tahta raja badut itu sudah diwarisi oleh tokoh sejarah yang tak empuk direbus.


Berdasarkan prestasi Shabery didalam debat itu, adalah wajar bagi Abdullah mengekalkannya sebagai Menteri Penerangan Malaysia. Bahkan saya mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat supaya mengesyorkan satu usul Percaya di Parlimen sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Sejarah, ooops, Menteri Penerangan Malaysia itu.
Ternyata Shabery telah berjaya menandingi kehebatan lawak Menteri-Menteri Penerangan sebelumnya, seperti Mat Bulat, Kadir BowTie dan Zam Erection. Syabas.
Saturday, July 19, 2008

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?A Kadir Jasin


KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?Mari kita pertimbangkan fakta berikut:

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot;

dan9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi.

(Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Kuantan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora?Pembetulan[21 Julai]: Cawangan Umno yang dimaksudkan adalah di dalam bahagian Pekan dan bukan Kuantan

30 Jun 2008

Monday, June 30, 2008
malaysiakini - Najib denies involvement in 'conspiracy' [part 2]

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh seorang pembantu Anwar Sabtu lalu. Timbalan Perdana Menteri turut menafikan dakwaan yang beliau turut terbabit dalam mengancam keselamatan Anwar. berita penuh di akhir artikel.


heleconia : Tiga pemimpin yang pernah bersahabat baik, kini saling jatuh menjatuhkan. Sebuah negara yang mengamalkan sistem sekular boleh jatuh apabila berlakunya kombinasi kehancuran tiga sistem berikut :-

Gejala sosial

Politik

Ekonomi

Gejala Sosial :
Kini kita sedang melihat jatuhnya moral masyarakat iaitu penyakit gejala sosial yang semakin dahsyat. Sudah sekian lama ia menjangkiti. Kini ia sampai ke peringkat hingga jenayah dan maksiat hampir sudah tidak terbendungkan lagi. Jika lebih 30 tahun lalu, bila ada kes bayi dibuang atau pembunuhan, ia boleh menyebabkan kegemparan, dan dijadikan bahan terbaik untuk melariskan jualan akhbar.


Sekarang ia perkara biasa, tidak perlu lagi di letak di muka depan. Pembaca sudah sampai ke peringkat muak dengan berita-berita sebegini. Malah dalam akhbar2 tabloid harian, isi sensasinya adalah perihal KEROSAKAN MASYARAKAT, dipapar hebat untuk menarik pembaca, tanpa diiringi tulisan2 yang menyarankan solusinya. Semua orang semacam muak juga untuk bercakap soal Islam dan Tuhan. Masyarakat sudah merasa tidak selamat. Penculikan, rogol, zina, rompakan, ragut, pecah rumah, sindrom along dan jenayah yang berkaitan dengannya, semakin menjadi-jadi.

CCTV laris sekali, ia dipasang di mana-mana, kecuali di lorong-lorong gelap di mana kejadian jenayah lebih kerap berlaku, permintaan terhadap sistem penggera elektronik juga semakin meningkat. Penjara dibanyakkan, kekebalannya sangat diutamakan supaya banduan tak lolos, teknologi forensik dicanggihkan, makmal forensik dibesarkan, bilangan polis diperbanyakkan, gaji polis dinaikkan, peruntukannya dilipatgandakan, kosnya pula melibatkan jutaan ringgit. Ini sahajalah yang dapat dijanjikan para pemimpin untuk mengurangkan kejadian jenayah (konon) dan melegakan ketakutan rakyat.



Politik :
Tuhan dan Islam juga tidak lagi menjadi relevan dalam janji2 mereka, tidak lagi hadhari. Keduanya, penyakit yang boleh meranapkan sebuah sistem negara sekular adalah apabila jatuhnya sistem politik. Jangkitan penyakit politik ini sudah hanyir dan busuk. Ia bagai tumour malignant kronik yang menghampiri peringkat ke empat. Sekarang hanya menunggu ajal sahaja.

Politik yang penuh kepalsuan ini mengganas, hampir semuanya terlibat, pemimpin besar, kecil tidak terkecuali. Kejatuhan sistem politik sekular berdasarkan demokrasi sudah sangat hampir. Merujuk kepada artikel Politik Lakonan sekurang-kurangnya ia dapat menjelaskan mengapa ia berlaku demikian.

Dalam mempertahankan diri para pemimpin, rakyat bawahan sudah tidak relevan lagi, Yang penting AKU, EGO AKU, PANGKAT AKU, MEDIA AKU, GAJI AKU, DUIT AKU, PROJEK AKU, DENDAM AKU! Artikel penuh Bangsaku bukan Melayu / Bila Melayu Terbela?


Hari ini kita melihat semula akan kebejatan politik yang begitu hina. Hina kerana menjadikan kebejatan nafsu dan pendakwaan tanapa sebarang saksi yang syar'ie. Manusia menjadi hilang malu. Terkini seperti diberitakan di malaysiakini :


kemaskini 3:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR. Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.


Mengapa wacana dan helah begini harus diambil bagi menculas seteru dan lawan politik. Apakah kegagalan memulih senario yang kian panas maka terdorong agenda buruk dan hina ini digunapakai semula ? Ohh! pemimpinku.


Pemimpin Malaysia khususnya Pak Lah telah pun punya jauh lebih dari tujuh puluh sebab untuk beliau meletakkan jawatan. Segala usahanya untuk menguatkan kerajaan gagal dan tidak boleh dipertahanan. Untuk menampung lubang sana, lubang sini pula terbuka. Jalan yang sepatutnya lurus kelihatan bengkang bengkok, malah berlubang-lubang. Keputusannya sudah tidak konsisten. Rakyat sudah masak dengan agendanya. Tiada siapa yang kelihatan mampu dan layak untuk memulihkan kerosakan semua sistem yang ada, kecuali angan-angan belaka. Artikel berkaitan rujuk Peringatan utk Pemimpin…menunggu pemimpin SUPER-SOLEH…

Sistem ekonomi :
Kejatuhan sistem ekonomi boleh menjadi punca utama : peranapan sebuah sistem negara sekular. Nah, tiba-tiba ia menyerang dengan acute sekali. Dalam masa negara tenat dengan pertelagahan politik, kelumpuhan ini tiba-tiba menyerang dari segala sudut. Inilah penyakit yang mengakibatkan semua kelas rakyat merana. Ketepurukan ekonomi Malaysia dikatakan bakal berlaku bagai retak menanti belah. Pakar2 ekonomi sudah mempredikkannya, bahananya sudah dirasai sedikit demi sedikit tetapi pantas. Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi ! Tunggulah !

artikel ini telah diedit semula.
Posted by Adam Trade at 4:32 PM 0 comments Links to this post

14 Jun 2008

Wednesday, June 11, 2008

EKONOMI MALAYSIA MEREDUM SEPTEMBER 2008?

Info di bawah ini adalah daripada seorang pelayar blog ini yang enggan disiarkan namanya. Info sepenuhnya adalah seperti berikut:Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008.Saya yakin pengirim info di atas adalah seorang yang prihatin terhadap bangsa dan tanahairnya. Sebab itulah beliau meminta blog ini menyiarkan info kirimannya. Beliau juga meminta bloggers Malaysia supaya mulai prihatin terhadap berita-berita kemelesetan ekonomi global, serantau dan di Malaysia.Di bawah ini pula adalah berita mengenai ramalan kemelesetan ekonomi yang teruk di Britain dan AS yang saya petik daripada


:http://www.telegraph.co.uk/money/main.jhtml?view=DETAILS&grid=A1YourView&xml=/money/2008/05/26/ccsoros126.xmlhttp://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?ID=8672Antaranya, berita tersebut menyatakan bahawa “the United States and Britain are facing a recession of a scale greater than the early-1990s, greater even than the 1970s” atau AS dan Britain sedang mengalami zaman meleset yang teruk daripada yang berlaku pada awal 1990-an dan lebih teruk daripada yang berlaku pada awal 1970-an. [untuk membaca berita ini sepenuhnya sila akses links di atas.]Oleh itu, dengan kemelut kenaikan harga minyak yang sedang kita alami pada hari ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah-langkah pro-aktif, menyeluruh dan berkesan mengenai seluruh ramalan di atas demi kesejahteraan seluruh rakyat jelata.


Jika kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak prihatin dan tidak serius terhadap seluruh kemungkinan ini, seperti apa yang telah disuarakan oleh banyak warga siber Malaysia menerusi blog-blog tempatan, lebih wajar jika beliau dengan hormatnya mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara serta-merta.
Posted by puteramaya at 12:00 PM 3 comments Links to this
Pak Lah mencabar negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak

PM Sedang Berucap Di Hadapan Rakyat Di Kota Bharu Pada Hari ini - 13 Jun 2008
.
CAKAP MINDA KELAS PERTAMA TAPI BODOH BERTINGKAT-TINGKAT
.
Buletin TV 3 sebentar tadi ( 13 Jun 08 ) melaporkan sidang akhbar Pak Lah di Kelantan. Pak Lah mencabar negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak.
Katanya
.
“Sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat janji nak turunkan harga minyak. Sekarang Turunkanlah harga minyak di Selangor, turunkanlah minyak di Perak dan negeri yang di kuasai oleh mereka.”
.
Inilah mentaliti pemimpin Malaysia. Dalam ucapan beliau sering kali menyebut minda kelas pertama tapi rupanya bodoh Pak Lah bertingkat-tingkat. Apalah malangnya rakyat Malaysia yang punya PM yang sebangang itu.
Apalah sangat bidang kuasa Kerajaan negeri. Masihkah kita ingat, bila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak kenakan levi RM10 sebulan ataupun RM100 setahun bagi setiap pekerja asing.Hasrat murni MB Selangor ialah untuk mengutip dana bagi mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan bagi melatih belia-belia Selangor. Tanpa latihan, belia Selangor akan tidak dapat bersaing dengan limpahan buruh asing yang dikategorikan sebagai ‘murah’ dan bersedia untuk bekerja tanpa had. Ini mewujudkan keadaan yang kurang sihat untuk perkembangan dan kemajuan Malaysia. Tambahan pula, kebanjiran pendatang asing yang sesetengahnya tanpa permit mengakibatkan peningkatan kadar jenayah di kawasan setempat. Justeru, usaha mengadakan latihan ini wajar di sokong.
.
Usaha itu di halang dengan alasan, itu bukan bidang kuasa kerajaan negeri.Hari ni Pak Lah buat cabaran supaya kerajaan negeri pakatan rakyat turunkan harga minyak, sedangkan itu juga bukan bidang kuasa kerajaan negeri. Wahai Pak Lah kalau sememangnya dah bodoh, jangan tunjukkan kebodohan itu pada rakyat.
.
Moralnya, selagi orang bodoh memerintah kita selagi itulah kita tak akan maju. Negara dan Bangsa yang maju tak akan merelakan diri mereka dipimpin oleh orang yang bodoh.

31 Mei 2008

31May
Strategi Memperkemas Pakatan Rakyat
By Anwar Ibrahim 14 Comments
Categories: Anwar, Pakatan Rakyat and Politik

Selain dari kerjasama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan), terdapat beberapa langkah tambahan bagi memantapkan lagi hubungan di antara ketiga parti.
Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chem Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas. Pertemuan terakhir adalah petang Isnin lalu yang turut memutuskan agar :

1–Membentuk sekretariat bersama membicang semua isu berkaitan dan diketuai bersama Dr Syed Husin, Tan Kok Wai dan Kamaruddin Jaafar (Mereka juga ditugaskan menyiapkan deraf kerangka dasar bersama Pakatan);

2–Melantik Jawatankuasa Penyelaras Parlimen di antara Azmin Ali, Dr. Tan Seng Giaw dan Sallahuddin Ayub bersama beberapa ahli parlimen lainnya untuk mempastikan wujudnya kerjasama erat dalam semua tindakan di Parlimen;

3–Memboikot akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Dengan ini Kerajaan Negeri Pakatan juga tidak akan membeli atau mengiklan di akhbar tersebut.ANWAR IBRAHIM

25 Mei 2008

Tian Chua saran penduduk pertahankan tanah rizab Melayu
Adnan Ibrahim Sun May 25, 08 3:04:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyeru penduduk Kampung Padang Balang, Gombak, di sini supaya mewujudkan satu mekanisme bertujuan mendapatkan keputusan terbaik apabila kerajaan mengambil tanah mereka nanti. -->-->
Bercakap dalam satu majlis dialog bersama penduduk di situ, beliau menasihatkan penduduk mempertahankan tanah rizab Melayu dan tradisi serta budaya kampung supaya tidak mudah diambil kesempatan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka.
Menurut beliau, Kampung Padang Balang termasuk dalam laluan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam draf pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun penduduk diberi masa sehingga Ogos ini bagi menyatakan masalah mereka terutama tanah yang akan diambil untuk projek tersebut. "Kita harap penduduk boleh buat satu jawatankuasa yang diwakili pelbagai pihak terutama tuan punya tanah terlibat. Kita harap pada Jun ini kita boleh bincang dengan jawatankuasa tersebut," ujarnya yang juga terkenal sebagai aktivis perjuang tanah rizab Melayu sebelum menjadi ahli Parlimen lagi.
Dalam perjumpaan tersebut, beliau juga menerima banyak aduan terutama kawasan kampung yang disenarai hitam denggi, banjir setiap tahun, pengurusan sampah kurang sempurna, penagih dadah, penduduk asing dan keselamatan kampung.

Perkara ini disuarakan Iman Masjid Kampung Padang Balang, Muhammad Besar dan Ketua PAS Cawangan Padang Balang, Shamsudin Yaakob.
Mengenai permintaan agar pihak polis mengadakan rondaan kampung, beliau berkata ia boleh dilakukan dan pihak polis kebiasaannya membuat kawalan tersebut apabila ada permintaan tetapi selepas itu ia akan kembali seperti biasa.
"Perlu ada perbincangan bagaimana bentuk yang lebih sesuai supaya soal keselamatan itu boleh ditangani secara berterusan," ujarnya dalam majlis itu semalam di Pasti Kampung Badang Balang yang dihadiri lebih 100 orang.
Mengenai denggi beliau berkata, penyemburan asap yang sering dilakukan di kawasan yang dikenal pasti denggi tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya perlu ada perubahan mentaliti bagaimana mewujudkan kampung yang bersih dan selamat.
"Ini soal perparitan dan saliran. Jika parit sempurna secara tidak langsung kampung bersih. Saliran yang baik juga dapat mengatasi masalah banjir," katanya.

Bagaimanapun dalam soal banjir itu beliau menyifatkan kerajaan tidak serius menangani masalah rakyat sebaliknya apa yang diambil kira kerajaan projek yang menguntungkan mereka.
"Bukan tidak ada cadangan projek atasi banjir dikemukakan kepada kerajaan tetapi yang mereka lulus projek yang mereka fikir boleh dapat wang. Seperti lorong smart kerana lorong itu boleh buat tol, dapat duit," ujarnya.
Dalam lawatannya ke kawasan parlimen, beliau juga menerima banyak cadangan terutama mewujudkan kemudahan perubatan seperti klinik desa dan mengadakan sistem pengurusan sampah yang sempurna.
"Tanggapan pembangunan hanya bangunan besar dan tinggi perlu dihapus. Pembangunan juga meliputi infrastruktur seperti parit saliran yang baik, perkampungan bersih serta kemudahan kelas pertama. Pembangunan inilah yang boleh mengatasi masalah banjir dan denggi," ujarnya menjawab pertanyaan penduduk.
25 May 2008

Nelayan Kedah Bakal Dilindungi Skim Insuran


SUNGAI PETANI, 25 Mei (Bernama) -- Seramai 8,000 nelayan di Kedah akan menjadi kumpulan nelayan pertama di negara ini yang dilindungi skim insuran bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.Kesemua mereka, yang merupakan anggota Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), akan mendapat manfaat perlindungan kecederaan dan kematian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan NEKAD di sini Sabtu malam.

Butiran terperinci perlindungan insurans itu bagaimanapun masih dibincangkan, katanya.Terdahulu, Mustapa semasa berucap berkata berbagai usaha akan dilakukan kerajaan bagi membantu masyarakat nelayan meningkatkan pendapatan mereka termasuk menumpukan kepada usaha ternakan ikan air tawar secara besar-besaran."Pencerobohan nelayan luar di kawasan tangkapan nelayan tempatan juga satu ancaman kepada nelayan tempatan dan pendekataan baru seperti memperkenalkan ternakan ikan air tawar melalui ternakan ladang darat akan dipertingkatkan di kawasan yang sesuai", katanya.Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata masalah kekurangan beras di negara ini akan berakhir sebelum hujung bulan ini apabila bekalan beras dari Thailand tiba.-- BERNAMA
:: Ada Lagi ::

28 Apr 2008

PKR: Azizah bukan ketua pembangkang lemah
Apr 28, 08 1:07pm
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail - dengan gayanya yang lemah lembut dan tidak agresif - tidak akan menjadi ketua pembangkang yang lemah di Dewan Rakyat, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali. "Walaupun dalam kelembutannya tetapi mesej yang akan disampaikan itu cukup tegas untuk memastikan agenda reformasi diteruskan. "Dan saya percaya beliau sedang menyiapkan ucapan sulungnya yang akan disampaikan pada pertengahan minggu depan," kata Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, dalam wawancara dengan Malaysiakini, Jumaat lepas.

Wan Azizah, ahli parlimen Permatang Pauh, terpilih sebagai ketua pembangkang selepas partinya menguasai 31 kerusi, manakala DAP 28 dan PAS 23.Beliau mencipta sejarah sebagai ketua pembangkang wanita pertama di parlimen. Ketua pembangkang sebelum ini Lim Kit Siang, seorang tokoh utama DAP yang lantang, memegang jawatan itu hampir tiga dekad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memegang jawatan itu selepas menggantikan allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor antara 1999 hingga 2004.Sesi pertama sidang parlimen ke-12 bermula hari ini dengan upacara angkat sumpah semua anggota Dewan Rakyat dengan dimulakan dengan yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan diikuti perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Seramai 222 ahli, termasuk 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat, menyertai upacara itu di depan yang dipertuanya pagi ini.Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Penggal pertama akan berlangsung sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember. Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang. Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.
KERAJAAN KEDAH MANSUHKAN PERANAN JKKK

Oleh: Tun Telanai- Laman M@RHAEN

Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan memansuhkan peranaan yang dimainkan oleh JKKK sebelum ini. Peranan JKKK akan diambilalih oleh Penghulu Mukim. Oleh itu, tidak ada sebarang perlantikan JKKK baru yang akan dibuat oleh Kerajaan negeri, tetapi sistem pemilihan [bukan melalui perlantikan] Ketua Kampung akan dilaksanakan semula. Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan Negeri. Demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Padang Terap pada 26 April lalu.
Dalam majlis yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk menambahbaikan Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang terdapat di seluruh negeri Kedah. Kerajaan Negeri juga kata beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan gaji kakitangan SAR setaraf gaji mengikut Skim Saraan Baru [SSM] bagi meningkatkan prestasi pendidikan di SAR serta menjaga kebajikan kakitangannya. Guru-guru Lembaga juga akan turut menikmatinya sedikit masa lagi.
Ustaz Azizan juga memberitahu, sebaik sahaja Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, tindakan pertamanya ialah membatalkan MoU dengan sebuah syarikat luar negeri yang merancang membina sebuah projek Zon Industri Petroleum Yan [ZIPY] di atas tanah sawah orang Melayu yang subur seluas 3,000 hektar. Sebaliknya,Kerajaan Negeri memindahkan projek tersebut ke kawasan laut yang ditambak agar tanah rakyat dapat diselamatkan dan in membuktikan bahawa kerajaan tidak anti kepada pembangunan yang membawa keuntungan kepada rakyat.
Kerajaan katanya akan berusaha menambah tanah sawah sebagai satu peluang pekerjaan, menambah pendapatan rakyat serta meningkatkan pengeluaran padi bagi menampung kekurangan bekalan beras dunia. Beliau telah mengarahkan MADA mencari jalan supaya para petani dapat menanam padi sebanyak 5 kali dalam tempoh 2 tahun.
Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Pertanian Kedah yang fungsinya ialah memasarkan buah-buah tempatan yang dianggapnya berpontensi untuk dieksport ke luar negara.
Gambar-gambar disekitar Majlis Kesyukuran Pas Kawasan Padang Terap:
Tanda awal DSAI ambil alih kepimpinan negara :

terbit pada Monday, April 28 @ 11:58:12 MYT oleh greenboc Oleh ning

"Akhir akhir ini, sudah semakin bising dengan isu isu yang membabitkan DSAI dan isterinya DSWA. Dijangkakan suara suara kebisingan (yang sebenarnya senyap sebab ianya dilemparkan dalam bentuk tulisan) akan berterusan samada di media arus perdana atau media alternatif. Timbul persoalan kenapa baru sekarang isu yang melibatkan DSAI dan DSWA diberi perhatian? Kenapa selama ini kesibukan DSAI ditemuramah olih stesyen tv dan akhbar luar tidak diberi liputan meluas sebaliknya, akhir akhir ini, tetiba sahaja kenyataan yang melibatkan kedua dua pemimpin yang sudah banyak menderita ini menjadi tumpuan? Apakah itu merupakan petanda baik bagi PR? Apakah itu petanda DSAI menghampiri jawatan nombor satu negara? Dan satu lagi persoalan timbul siapakah mereka yang sibuk dengan kenyataan kedua pemimpin ini?
Yang pasti dan sahih pihak yang menyibuk ini bukan dari kalangan pemimpin atasan PR.tidak kedengaran kenyataan olih TGNA dan TGHH serta LKT serta lain lain pemimpin utama PR lain. Jadi siapakah golongan yang buat sibuk ini?
Terdapat 2 isu utama yang melibatkan DSAI dan DSWA. Pertama isu perlantikan DSWA sebagai PM "sementara" dan satu lagi isu "NEGARA ISLAM".disamping itu ada juga pihak yang memainkan isu peminggiran PAS dalam PR.serta ada juga meragui dasar perjuangan DAP.
Semenjak pengumuman DSAI mengenai perlantikan DSWA dan kenyataan kesedian DSWA untuk menerima jawatan PM ,maka timbul kekecohan yang seolah negara berada dalam huru hara dan kelam kabut. Ada yang menyatakan bantahan terbuka dengan berbagai bagai alasan.meneliti semua hujjah yang menyokong dan menentang ana dapati ada satu yang tertingal dalam polimik ini ia itu ulasan dan komen dari 2 TOK GURU serta pemimpin tinggi PAS yang lain juga tiada kata kata yang keluar dari mulut LKT dan pemimpin DAP yang lain.kenapa bolih jadi begini.yang berpakat adalah pemimpin ketiga tiga parti tetapi bila DSAI dan DSWA mengeluarkan kenyataan ini kenapa semua mereka diam membisu?Apakah mereka sudah hilang arah dalam perjuangan ini dan membiarkan pengikut (yang belum dapat dikenalpasti) melatah?Untuk mencari jawapannya adalah lebih baik kita sorok kembali malam black 14 dimalam DSAI menyatakan demikian. Kita tahu bagaimana sambutan kepada program yang diadakan serentak dengan ceramah MB di stadium perak itu.
Tidak ada bangkangan yang ditimbulkan olih hadirin di malam tersebut bila DSAI menyatakan demikian(pada ana ianya merupakan plan B) sekiranya PR mahu mengambil alih kerajaan sebelum DSAI menjadi MP.
Jadi ada sebab untuk percaya bahawa semua yang berlaku itu telah dipersetujui di kalangan pemimpin PR.mereka telah membincangkan dan mengambil keputusan yang dipersetujui olih semua pemimpin yang terbabit.sebab itu bila DSAI menyebut perkara ini tiada kedengaran bantahan dari mana mana kepimpinan parti PAS dan DAP.satu petanda PR sudah semakin kukuh dan mula digeruni olih beberapa pihak yang bimbang kepenting mereka tergugat sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara.siapakah mereka? Nanti kita cuba soroti.
Isu kedua lebih hebat dan hangat. Bila mana DSAI dan DSWA ditemuramah olih media "bukan islam" dan bertanya tentang negara islam.sebelum ana meneruskan suka ana bertanya semua yang membaca artikal ana ini , seandainya soalan soalan itu yang ditanya kepada anta semua bagaimana agaknya anta menjawabnya?Ingat soalan soalan itu datang dari orang bukan islam.sama juga kalau ada orang bukan islam bertanya kenapa orang islam tak makan babi?Bagaimana nak jawab? Apakah nak jawab macam TDM pernah jawab soalan ini? Begitu juga soalan kenapa ramai orang arab islam dari arab saudi begitu hebat minum arak?Macam mana nak jawab? Ini sebenarnya persoalan yang mudah tetapi soalan yang dikemukakan kepada DSAI dan DSWA lebih sukar dan ianya melibatkan kefahaman yang perlu diberi kepada yang bertanya(kerana mereka bukan islam dan tidak faham islam sebenarnya).bayangkanlan kesukaran yang dihadapi olih DSAI dan DSWA dalam menjawab soalan dari mereka yang penuh minat untuk mengetahui bagaimana negara atau hukum islam nak dilaksanakan dalam negara.
Pun begitu ianya adalah satu lagi kelebihan PR. Satu dunia tahu bahawa BN dan UMNO tidak berminat dengan islam apatah lagi nak melaksanakan dalam pentabdiran tetapi bilamana datang arus perubahan yang semakin kuat maka timbul minat dari orang bukan islam untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara islam.apatah lagi PAS merupakan satu dari 3 parti yang semakin diketahui olih orang bukan islam bertunjangkan paksi negara islam.
Bukan tujuan untuk ana mengulas lanjut dan bukan tujuan ana nak bela DSAI atau DSWA tetapi sekadar mencari keadilan untuk mereka dan untuk semua ingin ana bertanya kepada semua siapakah manusia dibumi malaysia yang sanggup dimalukan demikian rupa dan sanggup meringkuk dalam penjara selama 6 tahun dengan berbagai bagai tekanan sedangkan dia berkedudukan baik untuk menjadi PM dan siapakah isteri yang sanggup menerima aib kerana suaminya serta bertungkus lumus bergerak berjuang dalam suasana tekanan yang begitu hebat? Siapa kah mereka kalau bukan DSAI dan DSWA dan selain mereka sanggupkah kita semua melalui apa yang mereka lalui? Tidak sedarkah kita pengalaman yang dimiliki olih mereka berdua jauh mengatasi pengalaman pemimpin lain apatah lagi kita semua yang hanya pandai bercakap ini? Tidakkah ada rasa hormat walau sedikit kepada mereka sehingga kita sanggup memperlekehkan mereka?
Sekali lagi dalam isu negara islam yang menjadi begitu heboh ini, tidak kedengaran suara TGNA dan TTHH? Dimana mereka? Apakah mereka sudah menikus dengan semua ini? Sekali lagi jawabannya tidak.kedua dua tok guru ini masih lagi memberi tazkirah mingguan mereka dan masih memimpin.tidak sedikitpun mereka menikus dengan isu negara islam yang melibatkan DSWA dan DSAI ini. Jadi apa sebenarnya berlaku? Untuk mendapat jawabannya memerlukan kematangan dan memerlukan keyakinan serta kepercayaan kepada pemimpin.kalau tok guru diam secara matangnya lebih baik kita AHLI PAS dan yang mengaku menyokong perjuangan PAS juga diam.dalam setiap isu yang dibangkitkan kita terlebih dulu merujuk apa kata tok guru sesuai dengan pengakuan bai'ah kita sewaktu mengisi borang keahlian.bertindak matang dan memberi sedikit ruang kepada DSAI dan DSWA kerana fakta bahawa mereka ditanya olih orang bukan islam adalah satu langkah bijak.namun masih ada yang memilih untuk mengkritik. Kenapa? Siapakah mereka ? Insyaalah kita soroti nanti.
Ada 2 lagi isu yang suka ana sebut iaitu suara mempersoalkan kejujuran DSAI dan PKR terhadap PAS.ada yang mempersoalkan di mana PAS sekiranya PR berkuasa.dan yang menyatakan pakatan PKR dan DAP akan meminggirkan PAS? Satu lagi ialah persoalan dasar DAP yang dikatakan tidak jelas serta sikap alergik karpal kepada gagasan negara islam.semua isu yang dibangkitkan ini mengandungi unsur tidak mempercayai PKR dan DAP.PKR dikatakan serpihan UMNO dan tidak harus dipercayai sementara DAP dikatakan sah tolak islam jadi kenapa nak berpakat dengan mereka.
Kalau ketidakpercayaan ini di kalangan AHLI PAS maka kita ada sebab untuk bimbang kerana kemungkinan PR akan dimusnahkan olih AHLI PAS sendiri bukannya ketidakbolihpercayaan PKR dan DAP.untuk itu AHLI PAS diseru memberi komitmen tidak berbelah bagi kepada kepimpinan TOK GURU untuk merancang apa jua rancangan bersama PR dan kita seharusnya peka dengan apa jua tindakan TOK GURU.
Kita tegaskan setegas tegasnya bahawa "KITA BERSAMA TOK GURU"walaubagaimanapun tidak banyak dapat kita buat kalau ianya datang dari penyokong atau mereka yang mendakwa mpenyokong ,tetapi AHLI PAS tidak sepatutnya meragui PR.
Berbalik kepada pihak yang kepanasan dengan langkah PR yang semakin melangkah maju ini, sudah tentu pihak yang paling terjejas ialah orang BN dan UMNO.pihak ini merupakan pihak yang jelas terasa hangat kepanasan kerana dikalangan mereka ialah pelobi yang tidak tahu nak cari makan sendiri.jatuhnya BN bermakan mereka juga tidak ada peluang untuk melobi lagi dan mereka mungkin akan kehilangan banyak keistimewaan.di kalangan mereka juga perasuah yang melihat lubang rasuah akan tertutup bila PR mengambil alih.inilah golongan yang paling nyata cuba untuk memburukkan DSAI dan DSWA dan taktik mereka tidak sukar kita kesan kalaupun mereka cuba menyamar.lagipun mereka kehabisan modal dan memusing musing modal lama yang disebut berulangkali dalam semua isu yang melibatkan DSAI dan DSWA.jadi rengkasnya golongan UMNO/BN ini tidak perlu diberi perhatian sangat selain kita menyeru mereka supaya berubah dan bersedia dengan perubahan yang akan berlaku agar mereka tidak terjerat dengan perangkap yang mereka buat sendiri.Ingat wahai orang UMNO masa untuk melobi, mencacai atau merasuah sudah hampir kehujung. Berubahlah untuk kebaikan anda semua.
Ana lebih tertarik dengan kalangan yang berada dalam ruang lingkup PR yang kelihatan kegelisahan dengan kehadiran DSAI dan DSWA serta PKR. Ada beberapa artikal dalam TKO yang menyebut seolah PAS akan terpinggir olih PRK dan DAP. Sebenarnya PR masih belum berkuasa dan masih belum buat apa apapun jadi kenapa kerisauan ini perlu timbul? Setakat ini ana tidak mahu menyebut golongan golongan yang terjejas dengan kemaraan PR ini yang berselindung dalam PR. Insyaallah satu hari nanti wajah mereka akan terdedah juga cuma ana ingin mengingatkan ahli dan penyokong PR yang sebenarnya agar tidak terpengaruh dengan segala huraian dan analisa yang terdapat dalam mana mana tulisan berkaitan isu isu yang dibangkitkan yang melibatkan keharmonian PR. Mungkin ada provokasi dan sekaligus ana ingin nasihat ahli dan penyokong PR agar sentiasa mempercayai pemimpin dan tidak mengguriskan kekawan dari parti lain.Untuk AHLI DAN PENYOKONG SEBENAR PAS, berilah kepercayaan penuh kepada TOK GURU dan jaga hati kawan kawan, walau seberat manapun rasa tidak puas hati yang timbul.
Itupun kalau kita mahukan PR berjaya dan sebaliknya UMNO /BN akan bertepuk tangan kalau PR bertelagah sesama sendiri."

31 Mac 2008

Saturday, March 29, 2008 Kilasan Nurani
Mengapa Pas seakan terlupa Subky Latif

(kemaskini) SEBELUM saya terbaca tulisan yang mencadangkan agar Muhammad Sabu dilantik sebagai Senator, cadangan itu juga sudah terpeta di dalam kepala saya. Apa lagi nama Muhammad Sabu antara 10 nama yang saya senaraikan patut berada dalam Parlimen pada penggal ini. Apabila beliau kalah tipis di Kuala Terengganu dengan kekurangan 628 undi, ia benar-benar mengecewakan saya. Ada beberapa sebab kenapa Muhammad Sabu harus dan perlu berada dalam Parlimen bersama sembilan nama lain yang saya senaraikan itu. lagi.......http://msomelayu.blogspot.com/2008/03/kilasan-nurani.html

25 Mac 2008

Riong Kali: Agenda ‘Bunuh’ Boss untuk Singapura?
Posted by Erin
Tuesday, 25 March 2008


Dilemma perlantikan MB Terengganu kebelakangan ini dan kemungkinan akan merebak menjadi krisis perlembagaan ini sebenarnya permasalahan politik, yang ada peluang diselesaikan dengan berunding. Malangnya, media menjadi dalang dan membawa isu ini menjadi keruh dan rumit.
Jika dikaji, perlantikan MB Terengganu dan seterusnya Exco Kerajaan Negeri sebenarnya mempunyai banyak masa lagi (iaitu tempoh maksima 60 hari selepas Pilihanraya). Namun begitu, isu ini diberikan liputan media begitu luas dan seolah olah ‘memalu gendang’ (drumming up supports) untuk membangkitkan emosi rakyat, dengan bertopengkan segala sudut sudut universal seperti ‘demokrasi’ dan sistem ‘Raja Berperlembagaan’
.
lagi http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4952/1/

24 Mac 2008







PENIAGA DI LANGKAWI TIDAK PUAS HATI TERHADAP MPL
Kuah, Langkawi
24hb.Mac 08

Dalam keadaan dimana peniaga-peniaga di Langkawi dalam hidup segan mati tidak mahu kerana bahana kelembabpan ekonomi. Tambahan pula dengan kekurangan pelancung tempatan yang datang ke Langkawi pada masa ini yang menjana kegiatan perniagaan-perniagaan setempat. Kebelakangan ini telah bayak primes perniagaan yang telah ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian berterusan.

Pada hari semalam banyak opretor kereta sewa yang merungut kerana operasi JPJ yang terlalu kerap dan menyusahkan mereka mencari makan. Mereka menyarankan agar permudahkan pemberian permit kereta sewa pandu sendiri bagi mereka meneruskan perniagaan secara sah.

Dalam kejadian pagi tadi, berapa orang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kerajaan Tempatan (Bandaraya Pelancungan) telah menjalankan operasi di premis pernigaan Kelibang. Mereka telah mengambil dan mengangkut wakaf-wakaf buluh yang terletak di depan restoran tersebut. Mengikut pengadu dan tuan punya restoran tersebut mereka tiada sebarang notis dikeluarkan dan paling mengecewakan kerana wakaf tersebut telah di musnahkan dan sepatutnya ianya disimpan dengan baik dan ianya boleh dituntut kembali oleh pemiliknya.

Pengadu tersebut telah bertanya dari arahan siapa operasi tersebut , pegawai tersebut menyatakan dari arahan Ketua Polis Daerah langkawi. Juga kononya arahan dari kerajaan baru yang memerintah kerajaan negeri kedah. Ini satu kemuskilan dan provakasi kerana operasi tersebut tiada seorang pun pegawai polis yang hadir semasa kejadian itu. Selepas itu pengadu telah membuat satu lapuran polis yang langsung tidak berpuas hati dengan tindakan melulu Jabatan tersebut. Dan Beliau akan menyaman jabatan tersebut kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut kerana menganggu operasi perniagaannya.

Lapuran dari: ybmat.






23 Mac 2008

TERENGGANU TERUS BERGOLAK

Posted by Haniza Talha
Sunday, 23 March 2008

Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri Terengganu kelmarin menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar bakal mencetuskan krisis perlembagaan cukup parah apabila pelantikan tersebut mengetepikan watikah Abdullah Ahmad Badawi mahukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh menerajui negeri tersebut bagi penggal kedua seusai musim Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu
KAMAL AMIR MENULIS

LAGI : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4842/84/

BR KUASI TERENGGANU?

Terengganu akan tubuh kerajaan Bebas ( bekas umno) dan PAS

Posted on Sunday, March 23 @ 08:17:33 MYT by greenboc



Sebelas dari 23 Adun umno di beritakan telah mengikrarkan sokongan kepada perlantikan Mat Said sebagai MB baru dan apabila mereka di ambil tindakan tatatertib oleh UMNO kerana membelakangi Dollah , kemungkinan besar satu kerajaan campuran BEBAS ( bekas umno) dan PAS akan di dirikan di Terengganu Darul Iman. Inshaaallah perkara ini akan berjalan lancar..


Mengikut berita dari sumber yang di percayaai , sebelas ADUN umno telah memberi sokongan kepada perlantikan Mat Said menggantikan Idris anak emas Dollah Badawi. Mengikut SU umno Mamak adnan, mereka akan di buang parti . Di jangkakan apabila di buang oleh umno adun ini akan bergabung dengan adun PAS dan membentuk sebuah kerajaan gabungan antara adun bekas umno yang di kategori BEBAS dengan adun PAS dan membentuk kerajaan yang valid di sisi pelembagaan negara. Perundingan di jangka akan di laksanakan melalui wakil masing masing bagi menjayakan proses penubuhan kerajaan baru terengganu bagi memberi kesahjahteraan kepada rakyat terengganu.


Ini adalah untuk memecahkan kebuntuan yang sengaja di cipta oleh UMNO untuk menunjukkan monopoli kuasa mereka terhadap orang melayu. Dari segi pelembagaan mereka yang di buang parti bertukar menjadi BEBAS dan boleh bergabung dengan mana mana parti yang lain untuk membentuk kerajaan.


Perkara ini telah lama berlaku di Canada dan eropah di mana parti bebas boleh menentukan bentuk kerajaaan campuran yang baru kerana ideologi tidak penting dalam sistem demokrasi. Istiadat perlantikan MB akan di laksana pada pukul 8.30 am dan mengikut sumber di percayai , instiadat ini di laksanakan secara DALAMAN dengan BAKAL MB SAJA YANG HADIR. Ini pun masih sah di sisi undang undang kerana kehadiran 23 adun yang lain hanya ATAS JEMPUTAN ISTANA"

21 Mac 2008

NEGARA TERLEPAS PANDANG

setinggan yang perlu diberi Perhatian

Projek PKB yang sakit dan TERLEPAS PANDANG

Kuah, Langkawi
22hb.mac, oleh: ybmat
Dalam lawatan saya ke sebuah Kampung Tepi Laut, Kuah lebih kurang 200 meter daripada Jalan Utama Kuah ke Kelibang yang dalam Kawasan Bandaraya Pelancungan saya amat terkejut dengan keadaan rumah-rumah di kampung tersebut. Dengan tiada sistem peparitan dan kemudahan jalan yang sesuai juga mereka terpaksa membayar RM50.00 untuk bekalan air, RM50.00 bekalan letrik sebulan. Itupun belas ihksan dari pendunduk kampung sebelah, dari maklum balas penduduk tersebut mereka telah duduk di kampung tersebut lebih dari 15 tahun.
Dan mereka hanya memohon jasa baik kepada Pihak yang berkenaan supaya dapat menguruskan dalam menyediakan kemudahan asas setahap dengan status Bandaraya. Dan mereka berharap agar dengan Kerajaan Negeri yang baru tidak memberi alasan yang sama dengan kerajaan yang lalu dengan alasan ` terlepas pandang ' .
Berhampiran dengan Kampung tersebut satu projek perumahan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri (Permodalan Kedah Berhad) yang telah ditinggalkan usang lebihkurang 4 tahun yang lepas tiada berita. Mengikut bakal pembeli yang terinaya beliau telah membayar sebanyak RM800.00 untuk mendapatkan borang rumah tersebut, dan sehingga hari ini tiada sebarang berita dari Pemaju tersebut. Mungkin ini juga mereka Terlepas Pandang.
Dan cuba anda perhatikan sebagai rakyat malaysia segala permasalahan yang berlaku hari ini apa yang diperkatakan dengan alasan terlepas pandang. Biarpun dengan perkara-perkara besar menglibatkan dasar-dasar negara dan sebaginya.

20 Mac 2008

Kemarahan rakyat terus mendidih

Posted by Raja Petra
Thursday, 20 March 2008

SEGERALAH BERUNDUR DOLAH !!!
Tengku Razaleigh telahpun menyuarakan kesanggupannya untuk melakukan koreksi serta reformasi seperti yang dikehendaki oleh rakyat untuk seketika sebelum diserahkan pacuannya kepada pimpinan berwibawa di masa mendatang.

KAMAL AMIR MENULIS
BELUM pernah terjadi dalam sejarah tanah air sejak kemerdekaan diraih dari tangan penjajah, tawaran seorang pemimpin ditolak dengan begitu mengaibkan. Di mana mahu Abdullah Ahmad Badawi meletakkan mukanya apabila dua orang Timbalan menteri yang dicadangkan olehnya enggan menerima pelawaan untuk menjadi sebahagian daripada sidang wazirnya.
BERITA LANJUT: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4691/84/

AKSI KAK PIDAH......???







DEB punca Melayu sokong pembangkang...
Mar 20, 08 3:38pm

Seorang pemimpin veteran MCA berkata keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu menunjukkan orang Melayu menyahut seruan reformasi dan menyedari Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi punca utama kronisme dan rasuah.Ketua MCA PJ Utara, Dr Wong Sai Hou berkata, keputusan kali ini juga menunjukkan penyokong Barisan Nasional (BN) semakin kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin parti masing-masing. ...berita lanjut
http://www.malaysiakini.com/news/80158


Pelantikan Wan Farid Satu Penghinaan Kepada Idris dan Rakyat Terengganu

Ditulis oleh MatStringer
Wednesday, 19 March 2008

Kuala Terengganu, 18 Mac - Tanpa bersusah payah mengharungi keperitan pertandingan Pilihanraya Umum ke 12, Wan Farid sekali lagi dilantik sebagai Senator sekaligus menjadi Timbalan Menteri (Foto: kini seorang Timbalan Menteri)
Perlantikan Wan Farid dilihat oleh pemerhati politik sebagai ‘anugerah’ kepadanya yang berjaya mengarahkan drama ‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok’. berita lanjut

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=632&Itemid=1

DEB sebenarnya Telah Tamat pada 1990

March 18th, 2008 at 7:20 pm

Umno Gunakan DEB Untuk Agenda Peribadi

in: Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar pimpinan UMNO Pulau Pinang yang memperalatkan orang Melayu demi kepentingan mereka sendiri dengan menggunakan isu penolakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan pakatan DAP, keADILan dan PAS di Pulau Pinang.

Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

Bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Abdul Rashid Abdullah yang juga merupakan Ketua Pembangkang di Pulau Pinang seharusnya peka terhadap perubahan dasar ini. AMK juga kesal dengan Musa Sheikh Fadzir, yang merupakan bekas senator kerana gagal membezakan DEB dengan Hak Keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

AMK berpendapat Umno P.Pinang sengaja meniup sentimen perkauman bagi menaikkan kemarahan orang Melayu di negeri itu untuk menunjukkan mereka masih mempunyai sokongan selepas tewas dalam PRU 12 untuk kekal memerintah Negeri Pulau Pinang.

AMK berpendirian adalah tidak salah jika kerajaan baru P.Pinang tidak melaksanakan DEB, malahan ianya tidak pernah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya hanyalah satu dasar atau polisi Umno yang diserapkan ke dalam pekeliling kerajaan, dan ianya berubah-ubah mengikut selera Perdana Menteri. Hakikatnya, kedudukan DEB tidak lebih daripada Wawasan 2020 ciptaan Mahathir Mohamad dan Islam Hadhari ciptaan Abdullah Badawi.

Yang menjadikan DEB ‘istimewa’ adalah kerana DEB sering diperalatkan oleh pimpinan Umno untuk meraih sokongan orang Melayu. Ianya hanya digunakan apabila Umno merasakan mereka kehilangan sokongan orang Melayu, dan ketika pemimpin serta kroni mereka menagih tender-tender atau kontrak-kontrak kerajaan. Dengan bermodalkan DEB, pemimpin Umno dan kroni mereka mampu mendapat tender atau kontrak kerajaan sekalipun mereka tidak berkelayakan untuk mendapat tender atau kontrak tersebut.

Yang sering mereka laungkan ialah tanpa Umno yang mempertahankan DEB, maka orang Melayu akan ketinggalan. Hakikatnya, yang mendapat faedah hasil dari DEB adalah pemimpin Umno dan kroni sahaja, sedangkan ahli Umno di peringkat bawahan hanya menikmati cebisan-cebisan kecil faedah-faedah DEB yang ditinggalkan oleh pemimpin Umno serta kroni mereka. Kejayaan terbesar yang dicapai oleh DEB selepas hampir 40 tahun ditubuhkan ialah mengayakan pimpinan Umno dan kroni, manakala matlamat asal DEB iaitu 30 peratus penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayu tidak tercapai.

AMK bertegas bahawa Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang ditawarkan keADILan adalah lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira agama dan bangsa mereka. Dalam masa yang sama, kepentingan orang Melayu dan Agama Islam akan kekal terpelihara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasmuzair Hassan
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Ku Li mahu cabar presiden Umno
Mar 19, 08 6:01pm
kemaskini 10:45pm

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno."Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya. berita lanjut

http://www.malaysiakini.com/news/80114
Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri

Oleh Helme Hanafi
Khamis, 20 Mac 2008

Halaman 1 terhadap 2
DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.

Berita lanjutan :

http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=751&Itemid=70

19 Mac 2008

Kabinet Khairy Jamaluddin:

Dua orang tolak jawatan Timbalan Menteri!Posted on Wednesday, March 19 @ 09:23:38
Oleh Amin Iskandar @ BlackSebenarnya,
Khairy Jamaluddin mahu menjadi Menteri Penuh. Kenyataan yang beliau tiada niat untuk menjadi menteri selagi Pak Lah masih berkuasa adalah penipuan semata-mata. Beliau mahu laluan yang cepat dan selamat selagi Pak Lah berkuasa.KJ sepatutnya mahu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini didalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat. Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz adalah penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah Aziz yang paling marah sehinggakan menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy Jamaluddin perosak Umno. Akhirnya Rafidah dikorbankan daripada dilantik kembali menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Muhyiddin tidak dapat dikorbankan kerana Pak Lah bergantung kepada Naib Presiden Umno itu untuk terus kuat dalam Umno. Pak Lah yang pasti akan dilawan oleh Rafidah dan Wanita Umno tidak mampu untuk berlawan dengan banyak pihak. Sebab itulah Pak Lah harus memilih salah satu dan Muhyiddin dipilih kerana “ranking”nya yang paling kanan berbanding Rafidah.
Jika anda lihat senarai kebinet baru, anda boleh melihat kemaraan orang-orang Khairy. Wan Farid yang tidak bertanding didalam pilihanraya dilantik menjadi Senator sekaligus memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Apakah insiden Batu Burok akan berulang?)
Sepupu menantu PM Shaziman Mansor telah diangkat menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kata orang kementerian ini diantara lubuk duit)
Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang rapat dengan Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya. (Ini usaha untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya umum akan datang)

Walaupun tidak menjadi Menteri Kabinet, Khairy masih lagi menguasai kerajaan Malaysia. Apa tidaknya, dengan menguasai bapa mertuanya sahaja, beliau telah menguasai negara. Semua jawatan penting seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain tetap dikuasainya.
Orang-orang Najib telah disekat.

Jamaluddin Jarjis diantara senarai yang terkeluar. Jika masih terus “play safe”, Najib pasti akan digulaikan dalam pemilihan agung Umno akan datang.“Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.
Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: “Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.
“Anda yang bertanya mengenainya… orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara.” (Malaysiakini).
Maklumat terbaru diterima, Dua Timbalan Menteri yang baru dilantik tadi enggan menerima jawatan. Klik disini. Mungkin kerana mereka tidak sanggup untuk bersama dengan “Kabinet Khairy”.

Cara menonton satellite TV percuma tanpa sewa bulanan.

Selamat Datang Ke Program Reseller Redzone4u Dot Com !!

Kini anda boleh menonton satellite TV secara percuma tanpa sewa bulanan!! Kenapa anda bayar RM80 sebulan untuk menyewa Astro??

Dapatkan lebih 3,000++ channel sekarang dengan hanya RM40 one-time fee sekarang!!!

Layari:

http://www.redzone4u.com/?id=emudah

Dengan pembelian tersebut, anda juga secara tidak langsung
menjadi RESELLER (agen)
kami dan berpeluang
MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
secara sambilan atau SEPENUH MASA.
Dengan setiap penjualan anda,
anda akan mendapat 50% daripada harga produk dalam hari yang sama juga!

http://www.Redzone4u.com/?id=emudah

18 Mac 2008

Azizan Minta Semua JKKK Bekerja Seperti Biasa
- Laman M@RHAEN


ALOR STAR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta majlis kerajaan tempatan supaya bekerja seperti biasa dan terus memberi khidmat kepada rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri yang kini dipimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini tidak memecat sesiapapun dan mereka masih boleh terus berkhidmat sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Kami dengar ada JKKK tidak mahu tandatangan borang murid sekolah dan sebagainya sedangkan mereka masih boleh berkhidmat. Jangan rasa takut kerana kami akan beritahu tempoh perkhidmatan mereka pada satu tarikh yang akan ditentukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan di pejabatnya di sini.

Azizan berkata kerajaan tidak mahu membuat perubahan drastik sebaliknya akan dilakukan secara beransur-ansur.

Beliau berkata semua pegawai kerajaan juga diminta untuk meneruskan projek yang telah dirancang kerana kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membatalkan mana-mana projek malah akan mempertingkatkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat.
Mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan menutup semua kedai perjudian, beliau berkata perkara itu akan dilaksana secara berperingkat.
--BERNAMA
Kerajaan PAS Kedah umum turun cukai tanah


Oleh Bernama
Isnin, 17 Mac 2008

ALOR SETAR: Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.
"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.

Azizan juga mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.Perlawanan terbaik itu antara lain akan melibatkan pasukan Kedah dengan Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac ini.Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.Mengenai ura-ura akan berlaku rombakan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Azizan berkata ia akan diusulkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini.Jawatan presiden KFA kini disandang oleh mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid."Saya tidak kisah untuk memegang jawatan presiden KFA. Jawatan menteri besar lagi besar untuk dipegang, lagipun saya juga ahli sukan. Saya pemain (bekas) bola sepak dan golf," kata Azizan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.Azizan juga berkata kerajaan negeri akan merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan termasuk menumpukan usaha menarik pelancong dari negara Timur Tengah."Kita akan menawarkan kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab," kata beliau.

Beliau berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau berkenaan dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.
Eksklusif: "Jalan ke Putrajaya semakin dekat" Anwar


Oleh Helme Hanafi
Selasa, 18 Mac 2008
Halaman 1 terhadap 3

ADA nada optimis apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO agar "jalan ke Putrajaya semakin dekat". Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu 'macam tidak masuk akal' namun beliau memberikan bandingan, "Dulu saya kata PKR akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga," katanya.
Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, 'tidak ramai yang percaya,".
Bahkan seorang pemimpin kanan PKR memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihanraya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

"Saya tidak percaya waktu itu," katanya.
Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

"Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi," katanya.
Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.
"Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin PKR dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti," kata beliau.
Jelas beliau, Anwar juga memberi amaran bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.
"Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri," kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.
Namun syaratnya jelas, "Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita," kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.
"Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti," kata Anwar.

17 Mac 2008

AMARAN KEPADA PAK LAH

Satu email diterima oleh www.umno-reform.com :

Bahawa ada MP dan ADUN Barisan Nasional akan melompat ke Barisan Rakyat khususnya ke Parti Keadilan Rakyat Malaysia sekiranya Pak Lah tetap dengan keputusan untuk enggan meletak jawatan.
Ini adalah protes terakhir yang akan mereka lakukan sekiranya Pak Lah tidak mengambil tanggungjawab atas pencapaian buruk PRU 12 oleh Barisan Nasional. Keadaan ini boleh menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional terkubur.
Email tersebut turut menetapkan bahawa sehingga ke saat ini sudah ada komitmen dari beberapa Ketua Bahagian UMNO untuk menyeberang ke PKR atas dasar protes terhadap Pak Lah.
Mereka juga sedang menunggu lantikan kabinet Pak Lah untuk melihat bentuk perubahan yang akan dilakukan oleh beliau tetapi – desakan utama mereka adalah supaya Pak Lah meletak jawatan.

RAKYAT KEDAH KENA TANGGUNG HUTANG BN!

Rakyat Selangor dapat 20 m3 air percuma sebulan mulai april, Rakyat Kedah kena tanggung hutang lebih RM1.8 bilion. Belumpun MB Selangor membentuk exco beliau yakin untuk melaksanakan manifesto PKR peringkat pusat kepada rakyat selangor dan akan menilai semula pejanjian pengswastaan bekalan air. Dan kita harap perjanjian dinilai semula agar betul-betul telus dan tidak membebankan kerajaan negeri dan rakyat.


Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April

Oleh: ARSHAD KHAN KUALA LUMPUR 16 Mac -

Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). "Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma. "Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40. Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta. Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12. Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.

SUMBER : Utusan