SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

31 Mac 2008

Saturday, March 29, 2008 Kilasan Nurani
Mengapa Pas seakan terlupa Subky Latif

(kemaskini) SEBELUM saya terbaca tulisan yang mencadangkan agar Muhammad Sabu dilantik sebagai Senator, cadangan itu juga sudah terpeta di dalam kepala saya. Apa lagi nama Muhammad Sabu antara 10 nama yang saya senaraikan patut berada dalam Parlimen pada penggal ini. Apabila beliau kalah tipis di Kuala Terengganu dengan kekurangan 628 undi, ia benar-benar mengecewakan saya. Ada beberapa sebab kenapa Muhammad Sabu harus dan perlu berada dalam Parlimen bersama sembilan nama lain yang saya senaraikan itu. lagi.......http://msomelayu.blogspot.com/2008/03/kilasan-nurani.html

25 Mac 2008

Riong Kali: Agenda ‘Bunuh’ Boss untuk Singapura?
Posted by Erin
Tuesday, 25 March 2008


Dilemma perlantikan MB Terengganu kebelakangan ini dan kemungkinan akan merebak menjadi krisis perlembagaan ini sebenarnya permasalahan politik, yang ada peluang diselesaikan dengan berunding. Malangnya, media menjadi dalang dan membawa isu ini menjadi keruh dan rumit.
Jika dikaji, perlantikan MB Terengganu dan seterusnya Exco Kerajaan Negeri sebenarnya mempunyai banyak masa lagi (iaitu tempoh maksima 60 hari selepas Pilihanraya). Namun begitu, isu ini diberikan liputan media begitu luas dan seolah olah ‘memalu gendang’ (drumming up supports) untuk membangkitkan emosi rakyat, dengan bertopengkan segala sudut sudut universal seperti ‘demokrasi’ dan sistem ‘Raja Berperlembagaan’
.
lagi http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4952/1/

24 Mac 2008







PENIAGA DI LANGKAWI TIDAK PUAS HATI TERHADAP MPL
Kuah, Langkawi
24hb.Mac 08

Dalam keadaan dimana peniaga-peniaga di Langkawi dalam hidup segan mati tidak mahu kerana bahana kelembabpan ekonomi. Tambahan pula dengan kekurangan pelancung tempatan yang datang ke Langkawi pada masa ini yang menjana kegiatan perniagaan-perniagaan setempat. Kebelakangan ini telah bayak primes perniagaan yang telah ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian berterusan.

Pada hari semalam banyak opretor kereta sewa yang merungut kerana operasi JPJ yang terlalu kerap dan menyusahkan mereka mencari makan. Mereka menyarankan agar permudahkan pemberian permit kereta sewa pandu sendiri bagi mereka meneruskan perniagaan secara sah.

Dalam kejadian pagi tadi, berapa orang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kerajaan Tempatan (Bandaraya Pelancungan) telah menjalankan operasi di premis pernigaan Kelibang. Mereka telah mengambil dan mengangkut wakaf-wakaf buluh yang terletak di depan restoran tersebut. Mengikut pengadu dan tuan punya restoran tersebut mereka tiada sebarang notis dikeluarkan dan paling mengecewakan kerana wakaf tersebut telah di musnahkan dan sepatutnya ianya disimpan dengan baik dan ianya boleh dituntut kembali oleh pemiliknya.

Pengadu tersebut telah bertanya dari arahan siapa operasi tersebut , pegawai tersebut menyatakan dari arahan Ketua Polis Daerah langkawi. Juga kononya arahan dari kerajaan baru yang memerintah kerajaan negeri kedah. Ini satu kemuskilan dan provakasi kerana operasi tersebut tiada seorang pun pegawai polis yang hadir semasa kejadian itu. Selepas itu pengadu telah membuat satu lapuran polis yang langsung tidak berpuas hati dengan tindakan melulu Jabatan tersebut. Dan Beliau akan menyaman jabatan tersebut kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut kerana menganggu operasi perniagaannya.

Lapuran dari: ybmat.






23 Mac 2008

TERENGGANU TERUS BERGOLAK

Posted by Haniza Talha
Sunday, 23 March 2008

Keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri Terengganu kelmarin menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar bakal mencetuskan krisis perlembagaan cukup parah apabila pelantikan tersebut mengetepikan watikah Abdullah Ahmad Badawi mahukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh menerajui negeri tersebut bagi penggal kedua seusai musim Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu
KAMAL AMIR MENULIS

LAGI : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4842/84/

BR KUASI TERENGGANU?

Terengganu akan tubuh kerajaan Bebas ( bekas umno) dan PAS

Posted on Sunday, March 23 @ 08:17:33 MYT by greenboc



Sebelas dari 23 Adun umno di beritakan telah mengikrarkan sokongan kepada perlantikan Mat Said sebagai MB baru dan apabila mereka di ambil tindakan tatatertib oleh UMNO kerana membelakangi Dollah , kemungkinan besar satu kerajaan campuran BEBAS ( bekas umno) dan PAS akan di dirikan di Terengganu Darul Iman. Inshaaallah perkara ini akan berjalan lancar..


Mengikut berita dari sumber yang di percayaai , sebelas ADUN umno telah memberi sokongan kepada perlantikan Mat Said menggantikan Idris anak emas Dollah Badawi. Mengikut SU umno Mamak adnan, mereka akan di buang parti . Di jangkakan apabila di buang oleh umno adun ini akan bergabung dengan adun PAS dan membentuk sebuah kerajaan gabungan antara adun bekas umno yang di kategori BEBAS dengan adun PAS dan membentuk kerajaan yang valid di sisi pelembagaan negara. Perundingan di jangka akan di laksanakan melalui wakil masing masing bagi menjayakan proses penubuhan kerajaan baru terengganu bagi memberi kesahjahteraan kepada rakyat terengganu.


Ini adalah untuk memecahkan kebuntuan yang sengaja di cipta oleh UMNO untuk menunjukkan monopoli kuasa mereka terhadap orang melayu. Dari segi pelembagaan mereka yang di buang parti bertukar menjadi BEBAS dan boleh bergabung dengan mana mana parti yang lain untuk membentuk kerajaan.


Perkara ini telah lama berlaku di Canada dan eropah di mana parti bebas boleh menentukan bentuk kerajaaan campuran yang baru kerana ideologi tidak penting dalam sistem demokrasi. Istiadat perlantikan MB akan di laksana pada pukul 8.30 am dan mengikut sumber di percayai , instiadat ini di laksanakan secara DALAMAN dengan BAKAL MB SAJA YANG HADIR. Ini pun masih sah di sisi undang undang kerana kehadiran 23 adun yang lain hanya ATAS JEMPUTAN ISTANA"

21 Mac 2008

NEGARA TERLEPAS PANDANG

setinggan yang perlu diberi Perhatian

Projek PKB yang sakit dan TERLEPAS PANDANG

Kuah, Langkawi
22hb.mac, oleh: ybmat
Dalam lawatan saya ke sebuah Kampung Tepi Laut, Kuah lebih kurang 200 meter daripada Jalan Utama Kuah ke Kelibang yang dalam Kawasan Bandaraya Pelancungan saya amat terkejut dengan keadaan rumah-rumah di kampung tersebut. Dengan tiada sistem peparitan dan kemudahan jalan yang sesuai juga mereka terpaksa membayar RM50.00 untuk bekalan air, RM50.00 bekalan letrik sebulan. Itupun belas ihksan dari pendunduk kampung sebelah, dari maklum balas penduduk tersebut mereka telah duduk di kampung tersebut lebih dari 15 tahun.
Dan mereka hanya memohon jasa baik kepada Pihak yang berkenaan supaya dapat menguruskan dalam menyediakan kemudahan asas setahap dengan status Bandaraya. Dan mereka berharap agar dengan Kerajaan Negeri yang baru tidak memberi alasan yang sama dengan kerajaan yang lalu dengan alasan ` terlepas pandang ' .
Berhampiran dengan Kampung tersebut satu projek perumahan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri (Permodalan Kedah Berhad) yang telah ditinggalkan usang lebihkurang 4 tahun yang lepas tiada berita. Mengikut bakal pembeli yang terinaya beliau telah membayar sebanyak RM800.00 untuk mendapatkan borang rumah tersebut, dan sehingga hari ini tiada sebarang berita dari Pemaju tersebut. Mungkin ini juga mereka Terlepas Pandang.
Dan cuba anda perhatikan sebagai rakyat malaysia segala permasalahan yang berlaku hari ini apa yang diperkatakan dengan alasan terlepas pandang. Biarpun dengan perkara-perkara besar menglibatkan dasar-dasar negara dan sebaginya.

20 Mac 2008

Kemarahan rakyat terus mendidih

Posted by Raja Petra
Thursday, 20 March 2008

SEGERALAH BERUNDUR DOLAH !!!
Tengku Razaleigh telahpun menyuarakan kesanggupannya untuk melakukan koreksi serta reformasi seperti yang dikehendaki oleh rakyat untuk seketika sebelum diserahkan pacuannya kepada pimpinan berwibawa di masa mendatang.

KAMAL AMIR MENULIS
BELUM pernah terjadi dalam sejarah tanah air sejak kemerdekaan diraih dari tangan penjajah, tawaran seorang pemimpin ditolak dengan begitu mengaibkan. Di mana mahu Abdullah Ahmad Badawi meletakkan mukanya apabila dua orang Timbalan menteri yang dicadangkan olehnya enggan menerima pelawaan untuk menjadi sebahagian daripada sidang wazirnya.
BERITA LANJUT: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4691/84/

AKSI KAK PIDAH......???







DEB punca Melayu sokong pembangkang...
Mar 20, 08 3:38pm

Seorang pemimpin veteran MCA berkata keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu menunjukkan orang Melayu menyahut seruan reformasi dan menyedari Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi punca utama kronisme dan rasuah.Ketua MCA PJ Utara, Dr Wong Sai Hou berkata, keputusan kali ini juga menunjukkan penyokong Barisan Nasional (BN) semakin kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin parti masing-masing. ...berita lanjut
http://www.malaysiakini.com/news/80158


Pelantikan Wan Farid Satu Penghinaan Kepada Idris dan Rakyat Terengganu

Ditulis oleh MatStringer
Wednesday, 19 March 2008

Kuala Terengganu, 18 Mac - Tanpa bersusah payah mengharungi keperitan pertandingan Pilihanraya Umum ke 12, Wan Farid sekali lagi dilantik sebagai Senator sekaligus menjadi Timbalan Menteri (Foto: kini seorang Timbalan Menteri)
Perlantikan Wan Farid dilihat oleh pemerhati politik sebagai ‘anugerah’ kepadanya yang berjaya mengarahkan drama ‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok’. berita lanjut

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=632&Itemid=1

DEB sebenarnya Telah Tamat pada 1990

March 18th, 2008 at 7:20 pm

Umno Gunakan DEB Untuk Agenda Peribadi

in: Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar pimpinan UMNO Pulau Pinang yang memperalatkan orang Melayu demi kepentingan mereka sendiri dengan menggunakan isu penolakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan pakatan DAP, keADILan dan PAS di Pulau Pinang.

Hakikatnya, DEB yang diperkenalkan pada tahun 1971 telah tamat tempoh perlaksanaannya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) serta Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

Bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Abdul Rashid Abdullah yang juga merupakan Ketua Pembangkang di Pulau Pinang seharusnya peka terhadap perubahan dasar ini. AMK juga kesal dengan Musa Sheikh Fadzir, yang merupakan bekas senator kerana gagal membezakan DEB dengan Hak Keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

AMK berpendapat Umno P.Pinang sengaja meniup sentimen perkauman bagi menaikkan kemarahan orang Melayu di negeri itu untuk menunjukkan mereka masih mempunyai sokongan selepas tewas dalam PRU 12 untuk kekal memerintah Negeri Pulau Pinang.

AMK berpendirian adalah tidak salah jika kerajaan baru P.Pinang tidak melaksanakan DEB, malahan ianya tidak pernah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya hanyalah satu dasar atau polisi Umno yang diserapkan ke dalam pekeliling kerajaan, dan ianya berubah-ubah mengikut selera Perdana Menteri. Hakikatnya, kedudukan DEB tidak lebih daripada Wawasan 2020 ciptaan Mahathir Mohamad dan Islam Hadhari ciptaan Abdullah Badawi.

Yang menjadikan DEB ‘istimewa’ adalah kerana DEB sering diperalatkan oleh pimpinan Umno untuk meraih sokongan orang Melayu. Ianya hanya digunakan apabila Umno merasakan mereka kehilangan sokongan orang Melayu, dan ketika pemimpin serta kroni mereka menagih tender-tender atau kontrak-kontrak kerajaan. Dengan bermodalkan DEB, pemimpin Umno dan kroni mereka mampu mendapat tender atau kontrak kerajaan sekalipun mereka tidak berkelayakan untuk mendapat tender atau kontrak tersebut.

Yang sering mereka laungkan ialah tanpa Umno yang mempertahankan DEB, maka orang Melayu akan ketinggalan. Hakikatnya, yang mendapat faedah hasil dari DEB adalah pemimpin Umno dan kroni sahaja, sedangkan ahli Umno di peringkat bawahan hanya menikmati cebisan-cebisan kecil faedah-faedah DEB yang ditinggalkan oleh pemimpin Umno serta kroni mereka. Kejayaan terbesar yang dicapai oleh DEB selepas hampir 40 tahun ditubuhkan ialah mengayakan pimpinan Umno dan kroni, manakala matlamat asal DEB iaitu 30 peratus penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayu tidak tercapai.

AMK bertegas bahawa Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang ditawarkan keADILan adalah lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira agama dan bangsa mereka. Dalam masa yang sama, kepentingan orang Melayu dan Agama Islam akan kekal terpelihara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasmuzair Hassan
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Ku Li mahu cabar presiden Umno
Mar 19, 08 6:01pm
kemaskini 10:45pm

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno."Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya. berita lanjut

http://www.malaysiakini.com/news/80114
Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri

Oleh Helme Hanafi
Khamis, 20 Mac 2008

Halaman 1 terhadap 2
DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.

Berita lanjutan :

http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=751&Itemid=70

19 Mac 2008

Kabinet Khairy Jamaluddin:

Dua orang tolak jawatan Timbalan Menteri!Posted on Wednesday, March 19 @ 09:23:38
Oleh Amin Iskandar @ BlackSebenarnya,
Khairy Jamaluddin mahu menjadi Menteri Penuh. Kenyataan yang beliau tiada niat untuk menjadi menteri selagi Pak Lah masih berkuasa adalah penipuan semata-mata. Beliau mahu laluan yang cepat dan selamat selagi Pak Lah berkuasa.KJ sepatutnya mahu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini didalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat. Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz adalah penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah Aziz yang paling marah sehinggakan menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy Jamaluddin perosak Umno. Akhirnya Rafidah dikorbankan daripada dilantik kembali menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Muhyiddin tidak dapat dikorbankan kerana Pak Lah bergantung kepada Naib Presiden Umno itu untuk terus kuat dalam Umno. Pak Lah yang pasti akan dilawan oleh Rafidah dan Wanita Umno tidak mampu untuk berlawan dengan banyak pihak. Sebab itulah Pak Lah harus memilih salah satu dan Muhyiddin dipilih kerana “ranking”nya yang paling kanan berbanding Rafidah.
Jika anda lihat senarai kebinet baru, anda boleh melihat kemaraan orang-orang Khairy. Wan Farid yang tidak bertanding didalam pilihanraya dilantik menjadi Senator sekaligus memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Apakah insiden Batu Burok akan berulang?)
Sepupu menantu PM Shaziman Mansor telah diangkat menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kata orang kementerian ini diantara lubuk duit)
Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang rapat dengan Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya. (Ini usaha untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya umum akan datang)

Walaupun tidak menjadi Menteri Kabinet, Khairy masih lagi menguasai kerajaan Malaysia. Apa tidaknya, dengan menguasai bapa mertuanya sahaja, beliau telah menguasai negara. Semua jawatan penting seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain tetap dikuasainya.
Orang-orang Najib telah disekat.

Jamaluddin Jarjis diantara senarai yang terkeluar. Jika masih terus “play safe”, Najib pasti akan digulaikan dalam pemilihan agung Umno akan datang.“Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.
Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: “Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.
“Anda yang bertanya mengenainya… orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara.” (Malaysiakini).
Maklumat terbaru diterima, Dua Timbalan Menteri yang baru dilantik tadi enggan menerima jawatan. Klik disini. Mungkin kerana mereka tidak sanggup untuk bersama dengan “Kabinet Khairy”.

Cara menonton satellite TV percuma tanpa sewa bulanan.

Selamat Datang Ke Program Reseller Redzone4u Dot Com !!

Kini anda boleh menonton satellite TV secara percuma tanpa sewa bulanan!! Kenapa anda bayar RM80 sebulan untuk menyewa Astro??

Dapatkan lebih 3,000++ channel sekarang dengan hanya RM40 one-time fee sekarang!!!

Layari:

http://www.redzone4u.com/?id=emudah

Dengan pembelian tersebut, anda juga secara tidak langsung
menjadi RESELLER (agen)
kami dan berpeluang
MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
secara sambilan atau SEPENUH MASA.
Dengan setiap penjualan anda,
anda akan mendapat 50% daripada harga produk dalam hari yang sama juga!

http://www.Redzone4u.com/?id=emudah

18 Mac 2008

Azizan Minta Semua JKKK Bekerja Seperti Biasa
- Laman M@RHAEN


ALOR STAR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta majlis kerajaan tempatan supaya bekerja seperti biasa dan terus memberi khidmat kepada rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri yang kini dipimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini tidak memecat sesiapapun dan mereka masih boleh terus berkhidmat sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Kami dengar ada JKKK tidak mahu tandatangan borang murid sekolah dan sebagainya sedangkan mereka masih boleh berkhidmat. Jangan rasa takut kerana kami akan beritahu tempoh perkhidmatan mereka pada satu tarikh yang akan ditentukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan di pejabatnya di sini.

Azizan berkata kerajaan tidak mahu membuat perubahan drastik sebaliknya akan dilakukan secara beransur-ansur.

Beliau berkata semua pegawai kerajaan juga diminta untuk meneruskan projek yang telah dirancang kerana kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membatalkan mana-mana projek malah akan mempertingkatkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat.
Mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan menutup semua kedai perjudian, beliau berkata perkara itu akan dilaksana secara berperingkat.
--BERNAMA
Kerajaan PAS Kedah umum turun cukai tanah


Oleh Bernama
Isnin, 17 Mac 2008

ALOR SETAR: Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.
"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.

Azizan juga mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.Perlawanan terbaik itu antara lain akan melibatkan pasukan Kedah dengan Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac ini.Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.Mengenai ura-ura akan berlaku rombakan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Azizan berkata ia akan diusulkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini.Jawatan presiden KFA kini disandang oleh mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid."Saya tidak kisah untuk memegang jawatan presiden KFA. Jawatan menteri besar lagi besar untuk dipegang, lagipun saya juga ahli sukan. Saya pemain (bekas) bola sepak dan golf," kata Azizan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.Azizan juga berkata kerajaan negeri akan merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan termasuk menumpukan usaha menarik pelancong dari negara Timur Tengah."Kita akan menawarkan kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab," kata beliau.

Beliau berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau berkenaan dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.
Eksklusif: "Jalan ke Putrajaya semakin dekat" Anwar


Oleh Helme Hanafi
Selasa, 18 Mac 2008
Halaman 1 terhadap 3

ADA nada optimis apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu puluhan pemimpin kanan parti itu serta beberapa tokoh NGO agar "jalan ke Putrajaya semakin dekat". Beliau berkata demikian dalam perjumpaan tertutup di rumah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam.

Menurut Anwar, biarpun apa yang dikatakan beliau itu 'macam tidak masuk akal' namun beliau memberikan bandingan, "Dulu saya kata PKR akan menang, orang tak percaya, pemimpin parti sendiri tidak percaya, tapi alhamdulilah kita menang juga," katanya.
Sebelum ini, Anwar pernah memberitahu bahawa parti itu mensasarkan 30 kawasan parlimen tumpuan, tetapi seperti kata Anwar sendiri, 'tidak ramai yang percaya,".
Bahkan seorang pemimpin kanan PKR memberitahu penulis, tiga hari sebelum pilihanraya lalu, Anwar memberitahu beliau Barisan Rakyat akan menang sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen.

"Saya tidak percaya waktu itu," katanya.
Bahkan, menurut pemimpin yang tidak mahu namanya disebutkan itu, Anwar sendiri pada hari-hari akhir sebelum pembuangan undi mengatakan pembangkang boleh menawan Selangor dan Pulau Pinang.

"Ketika itu Perak dan Kedah tidak termasuk dalam perkiraan kita lagi," katanya.
Berbalik kepada pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR, kata sumber, Anwar menekankan bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat mesti balik ke kawasan masing-masing dan menubuhkan Pusat Khidmat secepat mungkin.
"Anwar menekankan peri pentingnya pemimpin PKR dilihat berkerja untuk rakyat jika mahu mengekalkan kemenangan besar parti," kata beliau.
Jelas beliau, Anwar juga memberi amaran bahawa parti tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.
"Tiada kompromi dan kita akan pecat jika terbukti bersalah biarpun dia ahli Parlimen kita sendiri," kata Anwar tegas.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga memberitahu bahawa beliau ada berunding dengan ahli-ahli Parlimen BN yang ingin meloncat parti.
Namun syaratnya jelas, "Tiada bayaran dan mereka mesti menerima agenda kita," kata Anwar.

Sementara mengenai, kedudukan ahli majlis, lembaga pengarah syarikat di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, Anwar membayangkan bahawa, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melobi kedudukan tersebut.
"Kita pilih berdasarkan merit, kalau layak, layaklah, kalau tidak kita akan pilih orang yang layak biarpun bukan pemimpin parti," kata Anwar.

17 Mac 2008

AMARAN KEPADA PAK LAH

Satu email diterima oleh www.umno-reform.com :

Bahawa ada MP dan ADUN Barisan Nasional akan melompat ke Barisan Rakyat khususnya ke Parti Keadilan Rakyat Malaysia sekiranya Pak Lah tetap dengan keputusan untuk enggan meletak jawatan.
Ini adalah protes terakhir yang akan mereka lakukan sekiranya Pak Lah tidak mengambil tanggungjawab atas pencapaian buruk PRU 12 oleh Barisan Nasional. Keadaan ini boleh menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional terkubur.
Email tersebut turut menetapkan bahawa sehingga ke saat ini sudah ada komitmen dari beberapa Ketua Bahagian UMNO untuk menyeberang ke PKR atas dasar protes terhadap Pak Lah.
Mereka juga sedang menunggu lantikan kabinet Pak Lah untuk melihat bentuk perubahan yang akan dilakukan oleh beliau tetapi – desakan utama mereka adalah supaya Pak Lah meletak jawatan.

RAKYAT KEDAH KENA TANGGUNG HUTANG BN!

Rakyat Selangor dapat 20 m3 air percuma sebulan mulai april, Rakyat Kedah kena tanggung hutang lebih RM1.8 bilion. Belumpun MB Selangor membentuk exco beliau yakin untuk melaksanakan manifesto PKR peringkat pusat kepada rakyat selangor dan akan menilai semula pejanjian pengswastaan bekalan air. Dan kita harap perjanjian dinilai semula agar betul-betul telus dan tidak membebankan kerajaan negeri dan rakyat.


Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April

Oleh: ARSHAD KHAN KUALA LUMPUR 16 Mac -

Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). "Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma. "Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40. Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta. Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12. Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.

SUMBER : Utusan
SIAPA SEBENARNYA Lim Guan Eng

Abdul Halim Mohd Rashid Mon Mar 17, 08 5:59:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya. -->-->
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.
"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.
Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.
Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.
"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'
"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.
Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu.
"Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.
"Saya yakin, Menteri-Menteri Besar kita yang lain (dari PAS dan KeADILan) juag akan memilih jalan kehidupan yang sederhana yang sama seperti dua Tok Guru kita, jauh lagilah menyalahgunakan harta kerajaan," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, kata-kata pertama Lim semasa mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 Komtar ialah: "Saya rasa seperti melangkah masuk ke kandang singa".
"Saya tidak menyangka dapat duduk di kerusi ketua menteri ini kerana pernah dipenjarakan. Ia merupakan transformasi sebenarnya dan pengalaman baru bagi saya," Bernama memetik Lim.
Sebelum mengangkat sumpah, Lim berkata beliau dapati lebih ramai pemberita menghadiri sidang akhbarnya sekarang dan "saya diterangi lampu-lampu kamera".
Dalam kenyataan kemenangannya, Lim berkata, "Kami gembira dengan kemenangan ini dan berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Pulau Pinang.
"Kami mahu menegaskan bahawa kerajaan baru adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum. Kami ada bersikap adil, saksama dan tidak mendiskriminasikan mana-mana kumpulan - memberi bantuan kepada semua yang memerlukan.
"Penduduk Pulau Pinang yang berbakat akan mendapat peluang saksama daripada gabungan parti pembangkang itu yang disatukan menerusi kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kekaksamaan politik dan keadilan sosioekonomi," katanya sambil mengesa orang ramai supaya "menghormati hasrat rakyat".

16 Mac 2008

Ugut Mukhriz bukti Umno tidak demokratik

Abdul Halim Mohd Rashid Sun Mar 16, 08 5:21:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Hrkh) - Tindakan Datuk Seri Abdullah Badawi mengarahkan Pemuda Umno yang turut dipimpin menantunya mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Mahathir adalah bukti bahawa Umno adalah parti yang sangat tidak demokratik. -->-->
"Arahan Abdullah itu adalah satu ugutan terhadap Mukhriz. Menuduh orang yang menyampaikan suara hati ahli-ahli Umno sebagai tidak bertanggungjawab adalah satu lagi bukti bahawa Umno adalah parti yang sangat tidak demokratik," katanya.

Kebengisan Abdullah terhadap anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga membuktikan Abdullah sedang diancam ketakutan akan hilang jawatannya, kata beliau lagi.
"Beliau bukan sahaja enggan mengkaji dan memuhasabahkan dirinya apabila Mukhriz menuntut beliau berundur, malah menuduh anak Dr Mahathir itu tidak bertaggungjawab dan mengarahkan Pemuda Umno mengambil tindakan pula," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sepatutnya, katanya, Abdullah menjadikan teguran anak kepada orang yang mengangkatnya sebagai Perdana Menteri itu sebagai cermin untuk "menyemak dirinya".
"Tetapi, Abdullah tetap berkeras untuk meneruskan keangkuhannya yang sudah sampai ke peringkat tidak mahu menerima teguran," katanya.

Mahfuz juga menyatakan sokongan, penghargaan serta rasa hormatnya kepada Mukhriz yang mengulangi keberanian bapanya.
"Dr Mahathir pernah menulis surat mendesak (Allahyarham) Tunku (Abdul Rahman Putra al-Haj) mengundur diri selepas kemerosotan sokongan kepada Perikatan dalam tahun 1969.
"Mukhriz bukan sahaja mengulangi sejarah yang bapanya, malah, jika beliau dipecat, beliau juga akan mengulangi sejarah bapanya yang dipecat dari Umno," kata beliau.
Abdullah menyifatkan tindakan Mukhriz meminta beliau berundur sebagai tidak bertanggungjawab dan mengarahkan Pemuda Umno mengambil tindakan.

Mematuhi arahan Abdullah, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan lantang mengugut akan mengambil tindakan terhadap Mukhriz sambil menyifatkannya sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pemuda Umno Selangor pula menyifatkan tindakan Mukhriz sebagai perbuatan biadab manakala Umno Pulau Pinang meminta supaya Pemuda Umno memecat Mukhriz.
"Apakah jenis manusia ini, adakah ini pemimpin Pemuda yang bakal mewarisi pucuk pimpinan?" Setiausaha Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Azhar Ibrahim mempersoalkan Mukhriz.


Ku Li desak perhimpunan khas Umno 11 Mei ini

Posted by Raja Petra
Sunday, 16 March 2008


(Harakah) - Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuntut beliau berundur sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu Exco Pemuda Umno itu diambil tindakan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mendesak diadakan Perhimpunan Agung Khas parti itu.
Dalam suratnya kepada semua 193 Ketua Umno Bahagian, Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat itu menggesa diadakan perhimpunan agung khas itu untuk membincangkan masa depan parti itu berikutan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu dan masa hadapan orang-orang Melayu.
Tengku Razaleigh mencadangkan perhimpunan agung khas Umno itu diadakan pada 11 Mei ini.
"Saya mencadangkan tarikh tersebut kerana ia adalah hari ulang tahun (penubuhan) Umno," The Malaysian Insider memetik beliau.
Tokoh veteran Umno itu menyifatkan keputusan pilihan raya baru-baru ini "bukan sahaja memeranjatkan malah menakutkan".
"Dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi Parlimen. Hari ini, kita adalah suara minoriti di Parlimen. Di peringkat persekutuan, Umno bukan lagi kuasa politik yang kuat. Saya hampir menitiskan air mata memikirkan senario ini," kata bekas Menteri Kewangan itu.
Beliau meminta di cari sebab mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon MCA dan MIC.
"Mengapa calon-calon Umno yang mempertahankan jawatan ditewaskan oleh calon-calon PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS? Kita mesti mencari sebab mengapa...

"Jika tidak, di dalam pilihan raya akan datang, jika kita tidak mengubah polisi, budaya dan semangat kita di dalam BN (Barisan Nasional) dan Umno serta berubah dengan radikal, BN dan Umno mungkin tidak akan memerintah lagi," katanya.

Razaleigh dianggap oleh sebahagian pengkritik Abdullah sebagai tokoh yang boleh menyatukan Umno dan mendapatkan semula sokongan kaum Cina dan India.
Zaid: Hapuskan kuota pencalonan

Nash Rahman & Chan Kok Leong Mar 16, 08 9:44am

Kembalikan suara ahli akar Umno. Untuk itu, langkah pertama yang mesti dilakukan antaranya menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk jawatan tinggi dalam Umno.Mengikut sistem kuota pencalonan yang ditetapkan, calon presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan, timbalan 20 peratus, naib presiden 10 manakala ahli majlis tertinggi 5 peratus. Selain itu, sistem kuota ini terus-menerus menjadi polemik kerana ia dikaitkan dengan demokrasi dalam Umno dan menjadi salah satu punca berlakunya politik wang dalam parti tersebut.

Di samping itu, amalan MT Umno membuat keputusan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, juga mesti dihentikan.“Lagi pun, tanpa kuota tersebut pun, bukan ada yang berminat untuk bertanding jawatan presiden dan timblan presiden."Tapi tanpa sekatan kouta seperti itu, akan terserlah demokrasi dalam Umno dan ahli akar umbi lebih bebas bersuara dan membuat pilihan,” demikian pandangan bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.Pada masa ini, katanya, corak kepimpinan Umno bersifat 'dari atas ke bawah', menyebabkan ahli dan penyokong Umno merasakan suara mereka tidak didengar dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Kalah terukKerana mereka tiada saluran untuk menyuarakan isi hati mereka kepada pucuk pimpinan, maka tegas Zaid, mereka beralih kepada pilihanraya untuk menyatakan suara hati mereka, dengan mengundi pembangkang.Akibatnya, Barisan Nasional (BN) dan Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum pad 8 Mac lalu. Walaupun BN masih memerintah tetapi ia kehilangan majoriti dua pertiga.Kerusi parlimen yang dimenangi BN telah merosot kepada 140 manakala kerusi parlimen pembangkang meningkatkan kepada 82 daripada 222. Umno sendiri kalah teruk apabila kehilangan 31 kerusi parlimen - daripada 109 pada tahun 2004 kepada 78 kerusi kali ini.Di samping itu, BN juga kehilangan empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah - kepada pembangkang.

Manakala PAS berjaya mempertahankan Kelantan.Sehubungan, Zaid menegaskan bahawa Umno perlu kembali kepada landasan yang betul dan mengkaji semua dasar perjuangannya selaras dengan keadaan semasa, terutama dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu.Dalam pilihanraya 2004, Zaid menewaskan calon PKR, Nik Mahmood Nik Hassan di kerusi parlimen Kota Bharu, dengan majoriti 1,723 undi.'Kepimpinan lemah'Bagaimanapun, Zaid tidak dipilih semula untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihanraya umum kali ini. Pada 8 Mac lalu, calon BN dari Umno, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh gagal mempertahankan kerusi tersebut. Beliau ditewaskan kepada calon PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menang dengan majoriti 11,288 undi."Saya anggap bernasib baik kerana tidak dipilih bertanding lagi. Jika tidak, saya pun kalah juga.

Cuma mungkin majoritinya tidaklah sebesar itu," katanya.Dalam temubual dengan Malaysiakini, Zaid berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan teruk BN ialah kelemahan pucuk pimpinan, sikap angkuh dan terlalu bergantung kepada slogan.Namun begitu, Zaid berpendapat, sebarang tindakan mendesak presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan, tidak akan menyelesaikan masalah.Tetapi katanya, Umno memerlukan pembaharuan termasuk bersikap terbuka dalam pertandingan memilih pucuk pimpinan parti, tanpa ahli-ahli disekat dengan keperluan mendapatkan kuota pencalonan seperti yang diamalkan sekarang.Katanya, memansuhkan kuota adalah satu daripada banyak lagi reformasi yang perlu dilakukan untuk memulihkan semula kekuatan Umno.

Buktikan integriti"Pak Lah bercakap mengenai integriti. Jadi, jika beliau benar-benar percayai mengenainya, beliau mesti membuka laluan supaya kedua-dua jawatan tertinggi dalam Umno, dipertandingkan," katanya."Walaupun tiada kuota pencalonan, bukan mudah untuk seseorang ahli itu hendak bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden," tambah Zaid.

Sejarah Umno sebelum ini pernah menyaksikan presidennya dicabar dalam pemilihan parti itu. Yang pertama berlaku pada tahun 1950-an apabila Tunku Abdul Rahman dicabar oleh CM Yusof, yang kemudiannya menjadi speaker parlimen.Kemudian presiden ketiga Umno, Tun Hussein Onn juga dicabar oleh seorang pemimpin akar umbi Umno, Sulaiman Palestin dan pada 1987.
Presiden keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar oleh naib presiden Umno ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.Dalam ketiga-tiga cabaran tersebut, Dr Mahathir berdepan dengan pertandingan paling sengit dalam sejarah Umno. Beliau menang tipis tetapi Umno kemudiannya diharamkan oleh mahkamah akibat penyelewengan sewaktu pemilihan parti itu pada 1987. Dr Mahathir kemudiannya menubuhkan Umno baru yang berkekalan hingga ke hari ini.
'Cacamarba' politik di Perlis

Oleh Agendadaily.com
Ahad, 16 Mac 2008

TEMPO krisis lantikan Menteri Besar Perlis berubah ubah dari masa ke semasa.Ada yang sudah menyifatkan keadaannya sebagai dah jadi cacamarba. Ini merujuk kepada kenyataan Datuk Dr Md Isa Sabu Sabtu mendakwa keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantiknya sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Angka yang beliau berikan ialah lapan ADUN.Nama yang beliau senaraikan ialah Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh). Tolak lapan ADUN campur Dr Isa (Bintong) sendiri maka 9.Barisan Nasional menang 14 dari 15 kerusi DUN di Perlis.Maka di pihak Shahidan ada 5 termasuk dirinya. Kalau mengikut hukum hakam amalan demokrasi betullah kata Dr Isa beliau yang layak. Sebaliknya sudah menjadi amalan Perdana Menteri yang menetapkan siapa Menteri Besar di sesebuah negeri. Moral politik yang agak sumbang di sini ialah pastinya ramai yang bertanya siapa sebenarnya yang berkuasa sekarang.

Ini bila Dr Isa berani bercakap secara terbuka kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya menghantar surat cadangan kepada Raja Perlis untuk melantik Menteri Besar dan bukannya watikah pelantikan seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan Jumaat. "Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Tuanku pagi semalam dan kami (sembilan ADUN) telah menemui Tuanku kemudiannya untuk menyatakan pendirian masing-masing sambil mengakui pendirian itu dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak," katanya. Kata Dr Isa lagi surat tauliah pelantikan telah disampaikan Raja Perlis kepada beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.

Sedangkan Abdullah sejelas-jelasnya dipetik oleh satu laporan Bernama Khamis berkata beliau telah menyerahkan surat watikah kepada Shahidan yang membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Perlis dan membentuk barisan Exco negeri itu. "Surat watikah itu adalah untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Mulia Raja Perlis supaya dia dilantik sebagai Menteri Besar dan tubuh kerajaan negeri Perlis," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Dr Isa berkata Perdana Menteri mempunyai hak untuk memberi cadangan kepada Tuanku Raja tetapi akhirnya Raja yang ada hak untuk membuat pilihan “Saya telah berjumpa Perdana Menteri Isnin lepas untuk memaklumkan perkara ini dan Perdana Menteri mendengar dan mengambil maklum tentang perkara ini," katanya. Katanya kesembilan daripada mereka mempunyai sebab kenapa tindakan itu dibuat. "Kami punyai sebab-sebab tersendiri kenapa sembilan daripada kami bersama-sama untuk melakukan perubahan pucuk pimpinan. Semasa kempen pilihan raya selama 13 hari, kami berkempen bukannya kerana berlawan dengan pembangkang tetapi dengan krisis dalaman pucuk pimpinan Umno Perlis sendiri," katanya. Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya memihak kepada mereka dan rakyat memberikan kemenangan yang tinggi kerana yakin terhadap keupayaan mereka. "Saya mendapat maklum balas bahawa rakyat gembira dengan perubahan baru ini. Jika tuan puan tidak percaya, datanglah ke Perlis hari ini dan melihat sendiri sepanduk yang dipasang rakyat untuk menyatakan sokongan," katanya. Kenyataan Dr Isa menidakkan kenyataan rasmi seorang

Perdana Menteri mengejutkan ramai pihak. ADUN Bintong itu mungkin berani merobek satu keputusan Perdana Menteri kerana merasakan ‘kekuatan’ kini menyebelahinya dengan 8 ADUN bersamanya ditambah pula dengan sokongan Istana Perlis. Dalam keadaan senario politik biasa beliau pastinya akan berdepan dengan tindakan disiplin parti. Namun dalam keadaan kemelut yang kronik di Perlis ini tindak tanduk Dr Isa mungkin masuk dalam kategori special case. Sumber-sumber UMNO Perlis sendiri mengakui berdasarkan perkembangan terbaru sehingga Sabtu malam ada kemungkinan Shahidan ‘terkangkang’. “Melihat keadaan semasa yang begini dengan 9 vs 5 ADUN dan dokongan Istana Perlis di sebelah Dr Isa saya sendiri tidak tahu bagaimana Pak Lah nak selamatkan Shahidan,”katanya.

Sumber-sumber itu menduga salah satu jalan keluar kepada situasi yang membingungkan ini ialah melantik Shahidan sebagai Senator dan diberikan jawatan menteri.

Seorang ADUN boleh dilantik sebagai senator. “Soalnya di sini apakah Shahidan sanggup berkompromi begitu?”katanya
Ulasan Anwar mengenai kempen ganas pro DEB

Oleh Anwar Ibrahim
Ahad, 16 Mac 2008
AGENDA Ekonomi Malaysia oleh KeADILan adalah komited untuk memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Kami sentiasa menegaskan bahawa di bawah kepimpinan kami, kepentingan orang Melayu akan dipelihara dan kami kekal komited untuk membina sebuah sistem baru yang lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira apa agama dan bangsa mereka.

Kami merancang untuk melaksanakan mekanisme-mekanisme baru untuk menyalurkan bantuan ekonomi kepada sejumlah besar peniaga-peniaga kecil dalam komuniti Melayu dan memastikan peluang pendidikan, skim kewangan mikro kredit, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan ekonomi terbuka untuk masyarakat Melayu.
Saya percaya bahawa semua rakyat Malaysia termasuklah golongan Melayu mengalu-alukan mandat yang diperolehi KeADILan pada 8 Mac lepas dan mereka memandang ke hadapan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih berakauntabiliti, memerangi rasuah dan melaksanakan janji-janji untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan membasmi kemiskinan di dalam pelbagai sektor masyarakat.

Justeru saya turut terkesan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengapi-apikan sentimen perkauman selepas Pilihanraya Umum 8 Mac yang lepas. Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kempen ganas ini dipeloporti segelintir Melayu korporat dan pimpinan Umno yang bersalah kerana menyalahguna dan menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memperkayakan kelompok dan kroni mereka menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

Hubaya-hubaya ini mempergunakan Umno dan media kawala kerajaan untuk menyemarakkan rasa takut di kalangan masyarakat Melayu dan mengalihkan tumpuan daripada kekalahan mereka dan kegagalan terbesar Umno dalan sejarah, kepada memberi tumpuan dan fokus kepada keperluan seluruh rakyat Malaysia termasuklah Melayu miskin dan tertindas.
Saya menyeru kepada seluruh rakan warga Malaysia untuk menolak usaha desperado tajaan pimpinan dan ahli Umno untuk menyelamatkan harapan rakyat daripada dimanipulasi sebuah parti yang rosak yang menyemarakkan ketakutan rakyat dan berusaha memecahbelahkan rakyat negara ini.

Kita mesti kekal bersatu untuk menjunjung Harapan Baru untuk Malaysia

15 Mac 2008

JANGAN ABAIKAN PERANAN BLOGER

15mac08
ditulis oleh : Ybmat

Dalam kekalutan Kerajaan BR membentuk kerajaan ada hikmahnya dimana mandat yang diberikan oleh rakyat telah menunjukan perlu satu pakatan yang dapat memenuhi kehendak politik dan kuasa rakyat semasa.
Mengapa kita perlu terikut dengan media utama yang kotor dan masih membangkitkan isu perkaum agar rakyat terperangkap bagi mencetuskan huruhara.

Disinikan kita harus mengakui peranan siber dan para bloger yang dapat memintas dengan cepat berita-berita karut dan menghasut. Juga kita dapat menghentam segala kesilapan percaturan politik sempit seperti Kesilapan Sdr. Lim Kit Siang dalam pemulauan terhadap istiadat pelantikan MB Perak tempoh hari.

Seperti komen DS Musa Hitam, kesilapan utama BN mengabaikan peranan Blog & Website yang bijak digunakan oleh BR dalam meyalurkan maklumat secara pantas kepada rakyat. Dan kita melihat pemimpin separuh masak seperti Khairy Jamaludin dan Zam mantan menteri penerangan yang menghina dan mengelar para bloger sebagai beruk perlu sedar dimana anda berada kini, anda akan sedar bila anda dikalahkan oleh kuasa rakyat seperti ZAM yang kemudian menyalahkan percaturan seseorang pemimpin pemuda untuk mengambil alih pimpinan BN.

Taniah kepada anda yang berperanan dalam mencetuskan kebangkitan kuasa rakyat dan perjuangan baru bermula. Dan biar para bloger berperanan sebagai ahli dewan senat yang boleh menghentam dan menjatuhkan pemimpin yang menyeleweng dari tugasnya. Seperti yang sedia maklum Dewan Negara kita tiada peranan yang hanya pendua kepada Keputusan Parlimen. Peranan kita juga sebagai pemantau Dewan Negara@ Senat yang tidak berfungsi seperti di negara luar lain. Untuk makluman Dewan Senat sepatutnya ianya boleh meluluskan undang-undang, melantik permerhati bebas, memecat menteri kabinet atau angota kanan kerajaan, peguam atau hakim yang didakwa terlibat dalam rasuah.

Disini saya ingin mengingatkan kepada pemimpin BR yang menang anda hanyalah wakil rakyat . Dan kita mencadangkan agar gaji wakil rakyat dinaikan sebanyak 100% bukan apa kita harus realistik bagi mengelakan wakil rakyat mengambil komesin untuk membayai kegiatan sosial dan parti. Kita tidak mahu berulangnya seperti kerajaan BN yang lalu telah mengabaikan peranan sebagai wakil rakyat bagi mengejar wang untuk menampung politik wang mereka. Biarkan wakil rakyat BR menumpukan kerja-kerja dalam kerajaan bagi membela rakyat terutama menaikan semula kegiatan ekonomi negara , menambah pendapatan rakyat bagi mengatasi inflasi yang menjadi punca kemarahan rakyat dalam pr12 lalu.

14 Mac 2008

ABDULLAH KIAN GOYANG!!

Friday, March 14, 2008

Abdullah Akan Berhenti Dengan Syarat Khairy Jadi Menteri?Beberapa parti komponen BN kini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.

Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang.Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang.Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang.

Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah.Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri?Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini.
Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta! – Ruhanie Ahmad

RAMALAN TARUHAN - JUDI 500 BAYAR 1000 PAK LAH AKAN TURUN 21/3



Free Hit Counter


Free Counter

13 Mac 2008

Eksklusif: 4:3:1 Formula baru exco Perak


Oleh Helme Hanafi
Khamis, 13 Mac 2008

DALAM satu perkembangan menarik, KLpos.com dimaklumkan bahawa formula baru sedang dicapai dalam memecah kebuntuan membabitkan perlantikan Menteri Besar Perak dan barisan exconya. Sumber memberitahu, formula sebelum ini iaitu lapan exco dari DAP, dan masing-masing satu untuk PAS dan PKR dirombak dengan komposisi, empat DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Menurut sumber terbabit, langkah itu dilaksanakan berikutan keprihatinan tinggi Istana terhadap permintaan DAP supaya lapan jawatan exco diberikan kepada parti terbabit selepas menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil PAS.

Perak mempunyai 10 exco kerajaan negeri dan berdasarkan formula baru terbabit, DAP akan diberikan empat kerusi exco termasuk satu Timbalan Menteri Besar, PKR diperuntukkan tiga jawatan exco termasuk satu Timbalan Menteri Besar manakala PAS satu exco disamping jawatan Menteri Besar.

Sementara itu, mengulas mengenai berita bahawa PKR memboikot majlis angkat sumpah hari ini, kata sumber terbabit, berita tersebut tidak benar. "Kita tidak boikot, cuma pihak Istana mahu semua wakil kerajaan campuran berunding semula dan mendapat persetujuan bersama sebelum majlis angkat sumpah diadakan," katanya

"Insyallah jika formula tersebut mendapat persetujuan semua parti, majlis angkat sumpah akan dilakukan esok (14 Mac)," kata sumber terbabit.
Sementara itu, mengulas mengenai berita bahawa PKR memboikot majlis angkat sumpah hari ini, kata sumber terbabit, berita tersebut tidak benar.
"Kita tidak boikot, cuma pihak Istana mahu semua wakil kerajaan campuran berunding semula dan mendapat persetujuan bersama sebelum majlis angkat sumpah diadakan," katanya.
DAP menguasai gabungan pembangkang di Perak setelah ia menang 18 kerusi berbanding PKR tujuh dan PAS enam menjadikannya 31 kerusi dari keseluruhan 59 kerusi. BN pula hanya mendapat 29 kerusi.
Antara jawatan lain yang turut menjadi bahan rundingan adalah Speaker Dewan Undangan Negeri dan Datuk Bandar Ipoh. Bagaimanapun sehingga kini tiada perkembangan mengenai kepada siapakah jawatan terbabit akan diserahkan.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kesemua 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Perak, hari ini diminta menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah demikian kepada wakil tiga parti berkenaan yang menghadap baginda di Istana Kinta di sini pada pukul 2.30 petang tadi.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, surat persetujuan berkenaan perlu dipersembahkan kepada baginda dengan menyatakan persetujuan bekerjasama dalam kerajaan campuran serta persetujuan sebulat suara menerima Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas penangguhan istiadat mengangkat sumpah Mohammad Nizar, 51, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, sebagai Menteri Besar Perak ke-10 yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang tadi.
Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman sebelum istiadat bermula di Istana Iskandariah.
Siapakah Lelaki Malaysia Terakhir?

Posted by Raja Petra
Thursday, 13 March 2008

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah
Dalam kemelut politik tanah air yang berjerebu, tsunami kuasa yang tidak terarah dan lencongan sokongan yang berputing beliung, Malaysia semakin ketandusan ‘Lelaki’ yang boleh digelar ‘negarawan’ dan pejuang tanah air.
Penulis kontroversi, Mutalib M.D telah melancar buku terbarunya, 007-Lelaki Malaysia Terakhir? bagi membongkar enigma siapakah yang layak menerima gelaran Lelaki Malaysia Terakhir? sambungan:
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4283/1
Tsunami kedua telah bermula!

Terbaru keluar di MyKMU, Bahagian Batu Wilayah Persekutuan telah menuntut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur secara terhormat.

Ini merupakan Bahagian UMNO yang pertama yang menuntut pengunduran Presiden UMNO dari jawatan Perdana Menteri.Petisyen dari Bahagian Batu tidak dapat di perolehi lagi, namun berdasarkan draf yang telah diterbitkan di MyKMU, petisyen itu mungkin berupa seperti di bawah ini:

Untuk berita selanjutnya :
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

JANGAN BESAR KEPALA !

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:52 am by Ketua Perusuh
13mac

Peringatan ini ditujukan kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP (atau lebih dimesra digelar Barisan Rakyat) disegenap peringkat.
Anda telah mendapat undi kepercayaan dari segenap lapisan masyarakat Bangsa Malaysia (tanpa mengira kaum) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini samaada dengan undi yang bertambah mahupun dengan kadar undi yang sama seperti pilihanraya yang sebelumnya. Oleh itu sebenarnya kemenangan yang anda perolehi adalah hasil usaha undi dari semua Bangsa Malaysia dan tidak sewajarnya anda melakukan perkara-perkara seperti yang disebutkan dibawah ini.

1. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana anda memang popular.
2. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana penyokong anda sahaja yang mengundi anda.
3. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana janji-janji kosong yang anda taburkan semasa berkempen.
4. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana prinsip yang anda dokongi.
5. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini kerana kaum anda menyokong penuh perjuangan anda.
6. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan anda mengubah sesuka hati segala undang-undang negeri @ negara dan membelakangi Paduka Sultan dan Raja-Raja Melayu.
7. Anda tidak sewajarnya berprasangka bahawa kemenangan yang anda dapat ini membolehkan semua tindakan anda mendapat sokongan Bangsa Malaysia tanpa “check and balance”.


Namun anda sewajarnya mengambilkira semua pandangan rakyat (Bangsa Malaysia) yang telah meletakkan anda ditempat anda sekarang ini. Oleh itu anda amat wajar berhati-hati mengeluarkan pandangan anda (walaupun parti anda memerlukan anda berbuat demikian) kerana jika tidak pastinya anda dan parti anda akan tersungkur pada PRU13 akan datang.
Bangsa Malaysia kini telah matang dan tidak membezakan kaum dan pegangan agama. Oleh yang demikian jika sekiranya anda masih lagi berpegang dengan cara pemikiran lama, anda dan parti yang anda dokongi wajar ditolak oleh semua Bangsa Malaysia. Anda perlu ingat bahawa dalam kemenangan anda ada undi dari kaum-kaum yang lain (Melayu, Cina, India dan lain-lain).
Ingat, anda cuma ada masa 4 tahun atau lebih sahaja untuk membuktikan bahawa anda masih relevan dalam politik Malaysia.
Akhir kata, kami (Bangsa Malaysia) boleh menaikkan anda ditempat anda berada sekarang dan kami (Bangsa Malaysia) juga boleh menurunkan anda dari tempat anda berada sekarang.

“WE CAN HIRE AND WE CAN FIRE”
Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat Pendirian KeADILan Mengenai Perak

Kenyataan Media keADILan
13 Mac08

Parti Keadilan Rakyat menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Sdr. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya.

Namun, kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain. Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama. Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat.

Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.
Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal.

Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
AHLI PARLIMEN DARI PKR


Keputusan yang diumumkan semalam menyaksikan Malaysia dilanda tsunami politik yang memperlihatkan rakyat mahukan harapan baru untuk Malaysia.
Pembangkang berjaya meraih 81 keseluruhan apabila KeADILan memenangi 31 Kerusi Parlimen, diikuti DAP dengan 28 dan PAS 22 kerusi.


Ini menyaksikan Parlimen Malaysia bakal digegarkan dengan barisan pembangkang paling kuat dalam sejarah pentadbiran negara sejak tahun 1957.

Di samping itu, lima buah negeri jatuh ke tangan pembangkang apabila PAS berjaya mengekalkan Kelantan, manakala DAP memimpin pembangkang di Pulau Pinang dan Perak. Ini termasuklah Kedah dan Selangor.
Berikut adalah merupakan kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi oleh KeADILan:

WPKL
Batu - Tian Chua
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bandar Tun Razak - Tan Sri Khalid Ibrahim
Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Selangor
Gombak - Mohamed Azmin Ali
Ampang -Zuraida Kamaruddin
Kelana Jaya -Loh Gwo Burne
Hulu Selangor -Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad
Kapar -S. Manickavasagam
Subang - R. Sivarasa
Selayang - William Leong Jee Keen
Petaling Jaya Selatan -Hee Loy SianKuala
Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid
Pahang
Kuantan - Fuziah SallehIndera
Mahkota - Azan Ismail
Kedah
Sungai Petani - Johari Abdul
Kuala Kedah - Ahmad Kassim
Padang Serai - N. Gobalakrishnan
Kulim-Bandar Bharu - Zulkifli Noordin
Merbok - Datuk Rashid Din
Kelantan
Tanah Merah - Amran Abdul Ghani
Machang - Saifuddin Nasution Ismail
Ketereh - Abd Aziz Abd Kadir

Perak
Sungai Siput - Dr M. Jeyakumar Devaraj
Bagan Serai - Mohsin Fadzli Samsuri
Gopeng - Dr Lee Boon Chye

Pulau Pinang
Permatang Pauh - Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Balik Pulau - Mohd Yusmadi Yusoff
Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Bayan Baru - Datuk Zahrain Mohd Hashim
Negeri Sembilan
Telok Kemang - Datuk Kamarul Bahrin Abbas

dari : http://pkrlangkawi.blogspot.com/
11 MAC
Agenda Ekonomi Malaysia akan memacu pertumbuhan


Agenda ekonomi KeADILan telah jelas terbukti menerima mandat rakyat pada 8 Mac yang lalu, apabila rakyat Malaysia telah mengundi dan menambah empat kali ganda bilangan kerusi Parlimen yang dipegang parti pembangkang, justeru memberikan kami 50% kerusi Parlimen di Malaysia Barat. Selepas sedekad tadbirurus ekonomi yang lemah, inflasi yang tidak terkawal dalam beberapa tahun yang lepas, dan daya saing yang semakin merosot berbanding negara-negara jiran kita, kami yakin bahawa di bawah kepimpinan kami, bersama-sama berganding bahu dengan pasangan-pasangan kami, kami akan dapat melaksanakan dasar-dasar baru untuk menjamin ekonomi Malaysia yang jauh lebih kuat dan bertenaga tinggi.


Pakatan kami, dengan kuasa yang telah diberi di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, akan melaksanakan dasar-dasar pasaran bebas yang mesra-perniagaan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan melahirkan ketelusan dan kepertanggungjawaban yang lebih tinggi dalam urusan perniagaan.
Salah satu prioriti kami dalam minggu-minggu yang akan datang ini adalah untuk mula berdialog dengan para pelabur asing yang sudah bertempat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini akan memastikan bahawa keyakinan para pelabur kekal kukuh dalam tempoh peralihan ini, di samping mengenalpasti masalah-masalah yang perlu ditangani kerajaan-kerajaan baru kami, dalam meningkatkan lagi prestasi operasi mereka di sini.
Dasar toleransi sifar kami terhadap rasuah akan dapat memberi kesan yang besar dari segi mengurangkan kos urus niaga dan membina keyakinan dalam perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga merancang untuk menyekat kakitangan kerajaan daripada berurusniaga dengan kerajaan, seterusnya mengurangkan insentif untuk kronisme dan perjanjian dalaman yang begitu membelenggu kerajaan sekarang.

Agenda Ekonomi Malaysia, yang merupakan salah-satu titik-tolak janji pilihanraya KeADILan, akan dapat dilaksanakan di peringkat negeri demi mengurangkan impak dasar bertunjangkan kaum, seterusnya memperkenalkan sistem berdasarkan merit yang akan lebih berdaya-saing. Ini akan serta-merta meningkatkan pelaburan asing, menambahkan hasil percukaian negeri, seterusnya mengurangkan jurang pendapatan dan sosio-ekonomi. Kami juga akan menunaikan janji kami untuk melindungi mereka yang tersisih dari semua komuniti etnik di Malaysia.

Tahap kemenangan kami yang tidak terjangka sememangnya agak mengejutkan negara dan rantau ini. Penyesuaian jangka pendek di BSKL dan ringgit yang lebih lemah telah dijangka. Namun begitu, situasi tersebut tidak akan melarat kecuali jika Barisan Nasional memilih untuk cuba menghukum rakyat dengan menyekat dana pembangunan yang sepatutnya pergi ke negeri-negeri yang kini telah tumbang kepada pembangkang. Akan tetapi, kami memberi amaran kepada Barisan Nasional: tindakan sebegitu akan hanya memburukkan lagi kedudukan mereka dalam pandangan rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
Dollah batal ke Senegal takut kerajaan BN digulingkan?
Posted on Thursday, March 13 @ 11:24:34 EST by reformis

Kenapa Dollah Badawi, Perdana Menteri yang baru dilantik itu membatalkan program pentingnya untuk menyerahkan jawatan pengerusi OIC di Senegal. Sekadar diwakili oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Mungkin PM takut digulingkan oleh Najib kot memandangkan kedudukan BN agak goncang dan keyakinan Umno terhadapnya kian terhakis. Atau bimbang wakil-wakil BN terutama di Sarawak dan Sabah akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PM in waiting? BA hanya perlukan 30 ahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajana baru!

DAKAR, 12 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh kini berada di ibu negara Senegal ini untuk secara rasminya menyerahkan jawatan pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kepada negara di barat Afrika itu, bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa, Duta Besar Malaysia ke Senegal Datuk Jamaiyah M. Yusuf dan para pegawai Malaysia yang lain.Malaysia akan menyerahkan jawatan pengerusi itu pada upacara perasmian Sidang Kemuncak OIC ke-11 bermula Khamis ini di Hotel Meridien President di sini selepas menjadi pengerusi pertubuhan 57 anggota itu sejak Oktober 2003.
Kerajaan Rakyat Dari Rakyat Untuk Rakyat
KedahLaNie - Laman M@RHAEN

Artikel saya tanggal 5 Januari 2007 bertajuk PRU ke-12: Kedah Milik Pas?, ternyata pada 8 Mac 2007 yang lalu menjadi realiti.
Ramai kawan rakan bertanya, apakah punca tsunami politik yang mengegarkan seluruh negara. Jawapan saya cukup simple dan mudah, BN bercakap bohong dan Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan dan keadilannya bagi menyanggah pembohongan tersebut.
Tsunami politik sehingga Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain Kelantan kekal di tangan kerajaan pilihan rakyat adalah manifestasi tiga perkara:

1) Kuasa rakyat mengatasi kuasa dan kecangihan pihak risikan yang bekerja untuk BN selama ini.
2) Kuasa Allah s.w.t menunjukkan keadilan dan kekuatannya untuk mengajar pemimpin yang angkuh dan sombong
3) Rakyat di negara ini mempraktikan hak demokrasi mereka secara yang wajar.
Ramai juga kawan rakan bertanya lama mana Kerajaan pilihan rakyat di Kedah akan bertahan, saya katakan sekurang-kurangnya tiga penggal, dan jika prestasi memuaskan Kedah bakal menjadi Kelantan ke-2.
Hakikatnya program Islamisasi anjuran PAS diterima baik. Hakikatnya juga rakyat inginkan pengisian rohani yang lebih mendalam sebagai mendepani cabran modenisasi yang indah di permukaan. Islam yang dibawa oleh PAS bukanlah Islam ciptaan PAS, akan tetapi Islam sebenar, PAS hanyalah platform untuk memperkembangkan syiar dan syariat tersebut.
Kegigihan petugas PAS, sikap kesukarelaan, kesabaran selama lebih 5 dekad akhirnya membuahkan hasil.

Apa yang penting PAS di Kedah harus akur kepada 7 perkara :
1) Sokongan dalam PRU ke-12 ini datangnya dari seluruh rakyat dan pengundi di Kedah yang inginkan kerajaan bermanah, telus, bersih dan adil.

2) Pengundi bukan Melayu juga lebih mempercayai amanah dan keikhlasan pimpinan PAS berbanding rekod rasuah dan penyelewengan UMNO.

3) Pengundi dari kalangan ahli UMNO muak dengan calon muka lama yang diketengahkan oleh UMNO sehingga hilang daya dinamisme kepimpinan untuk DUN atau kawasan Parlimen berkenaan.

4) Kakitangan kerajaan, masyarakat peniaga dan NGO berdiri padu di belakang pakatan BA

5) Harapan rakyat dan pengundi Kedah untuk halatuju yang lebih bermakna di bawah kerajaan rakyat ini cukup tinggi

6) Kerajaan rakyat pilihan pengundi di Kedah perlu bertenang, tidak terburu-buru, tidak membalas dendam, adanya pendekatan 'change and continuity dalam merencana polisi negeri. Merancang dasar paling baik demi memenuhi gagasan Manifesto Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua

7) Do the right things dan mengelakkan dari melakukan kesilapan dan menampakkan kelemahan utama dalam mentadbir negeri.
Jika ini berjaya difahami dan dilaksanakan, hakikatnya Kedah akan dinaungi Kerajaan rakyat pimpinan PAS untuk kini dan selamanya. Selamat tinggal BN dan Tahniah pakatan BA. Kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat.

Sheikh Al-Stari
Posted by KedahLaNie at 1:38 AM
"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"

http://kedahlanie.blogspot.com/2008/03/kerajaan-rakyat-dari-rakyat-untuk.html

11 Mac 2008

BUKTI JAWAPAN FITNAH ADUN KUAH

surat kelulusan kenikan tambang feri
KUAH, LANGKAWI 11hb.mac,
Dalam lapuran akhbar harian hari ini ADUN KUAH, Nawawi Ahmad berkata supaya kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak yang baru berusaha 3 hari bagi mengatasi masalah kenaikan harga tambang feri Kuala Kedah ke Langkawi. Dan beliau mengatakan harga RM15.00 adalah harga yang dipersetujui oleh Para Pengusaha feri bersama kerajaan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke 12.
Sebenarnya kenaikan ini adalah ditangguhkan sehingga sebelum PilihanRaya. Untuk makluman kenaikan tambang feri telah diluluskan pada 1 Disember 2007 oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia. Memang ini membebankan pengguna, dan pengusaha hanya mampu tidak menaikan harga tiket sekiranya diberi susidi disel.
Dan sebenarnya ini diluar bidang kuasa Kerajaan Barisan Rakyat yang hanya menguasai negeri. Dan sekiranya diberi mandat diperingkat Kerajaan Persekutuan tentu tidak menjadi masalah untuk mengawal segala kenaikan tambang pengangkutan di dalam negeri dengan terlaksana janji manifesto Barisan Rakyat.
Kekeliruan rakyat adalah amat ketara di peringkat Langkawi yang menuntut penurunan harga minyak sedangkan kerajaan negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk bertindak. Paling menyedihkan perkara dasar dan polisi juga had kuasa kerajaan negeri masih tidak difahami oleh rakyat bawahan. Dan selama 50 tahun merdeka adakah pencapaian pengetahuan rakyat dapat kita banggakan.

MENTERI PELAJARAN YANG DUNGU


Hisham: 'Misteri' pembangkang menang
Muda Mohd Noor Mar 10, 08 8:47pm

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kemenangan pembangkang merampas lima negeri Sabtu lalu sebagai satu 'misteri'Katanya, ia kerana Barisan Nasional (BN) "sangat kuat dan mantap di semua negeri".Oleh itu, katanya, tidak munasabah empat negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - boleh jatuh ke tangan pembangkang."Jadi saya keliru bagaimana pembangkang menang di negeri-negeri tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan BN di ibunegara hari ini.


Dalam pilihanraya umum kali ini, BN mendapat 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat.Barisan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS berjaya memenangi 82 kerusi parlimen.Barisan pembangkang juga berjaya merampas keempat-empat negeri tersebut manakala PAS mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.Mengulas lanjut mengenainya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, kemenangan pembangkang itu tidak akan menghalang kerajaan melaksana dan meneruskan agenda-agenda negara."Masih banyak lagi yang akan dibuat. Banyak isu perlu ditangani dan didengar," katanya sambil menambah, pemimpin utama Umno dan BN perlu tegas dan lebih mantap lagi.Mengenai mesyuarat MT Umno dan BN hari ini, Hishammuddin berkata, mereka menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

UNTUK MAKLUMAN HISAMUDIN KUASA RAKYAT YANG MENENTUKAN KERAJAAN BUKANYA MT UMNO! BUKAN KELIRU TETAPI SASAU@TAK PERCAYA......???

PROVOKASI @ FITNAH

Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah
Rasanya sudah 3 hari kerajaan Negeri Kedah dibentuk. Selama tiga hari ini sudah 2 isu yang dimainkan untuk menjatuhkan imej kerajaan Negeri. Ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan ini menyerang bertubi-tubi untuk meraih simpati rakyat kekalahan dibeberapa buah negeri.

Mulanya mereka menipu melalui media bahwa Kerajaan Negeri Kedah yang baru dibentuk telah mengarahkan supaya Tadika Kemas di tutup. Entah dari mana khabar angin sebegini diperolehi. Bagi saya sepatutnya berita khabar-khabar angin sebegini perlu diteliti dan dikaji dari mana sumbernya. Mungkin ianya sekadar provokasi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Sedangkah tiada arahan yang dikeluarkan sedemikian rupa.


Kes yang kedua adalah kenaikkan Harga Tambang Feri ke Pulau Langkawi.Daripada RM15 menjadi RM20.Alasannya kerana pengusaha tidak mampu menanggung kos minyak dan penyelenggaraan Feri yang kian naik. Saya sendiri merasakan, ini merupakan rancangan sesetengah pihak yang mahu memburukkan imej Kerajaan dimata penduduk Pulau Langkawi yang dimenangi oleh pembangkang.Nasihat saya, janganlah menunding jari kepada Kerajaan Baru yang dibentuk.Ini kerana apa yang ditanggung oleh pengusaha adalah warisan daripada Kerajaan yang memerintah dahulu. Sudahlah meninggalkan hutang sebanyak 1.8 billion kepada kerajaan sekarang. Betapa beratnya beban amanah yang perlu dipikul oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini.


Sekiranya harga minyak dikatakan punca, salah siapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah salah Kerajaan Pusat yang menaikkan harga minyak tersebut.Kenapa pula Kerajaan Negeri yang disalahkan. Dalam utusan Malaysia 11hb.Mac 08, kenyatan ADUN Kuah, Nawawi Ahmad mengesa Kerajaan negeri pimpinan BR mengatasi masalah tersebut.

Sebenarnya kenaikan tambang feri RM20.00 telahpun dipersetujui sebelum Pilihanraya dan mengikut sumber dari Pengusaha Feri kerajaan BN meminta agar kenaikan harga tiket tersebut selepas Pilhanraya 12, dan kerajaan tidak kisah berapa kenaikan yang akan ditetapkan oleh pengusaha feri. Dan kadar harga tiket bagi bukan penduduk Langkawi adalah RM23.00 bagi satu laluan Langkawi ke Kuala Kedah.

9 Mac 2008

PAK LAH PM YANG TIADA PERINSIP

Ahad 9 Mac 2008 1 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah
Abdullah patut undur - Mahathir

M Khaleel Kas Sun Mar 09, 08 5:20:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam. "Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno pada ketika itu.
"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Tun Mahathir Mohamad seperti dipetik Bernama dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.
"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.
Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.
"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas Perdana Menteri itu.
Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya). "Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Dato' Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.
"Dato' Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.
Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur. Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.
Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu. Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu. Mengenai kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri negara ini.
Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu. "Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.
Mengenai kemenangan anaknya Dato' Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar. - mks.