SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

31 Ogo 2011

MEMALUKAN:Malaysia tidak mempunyai obligasi perundangan untuk melindungi SUAKA POLITIK

Mahkamah Australia: Perjanjian hantar pencari suaka ke Malaysia tak sah

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Mahkamah Tinggi Australia hari ini memutuskan perjanjian berhubung urusan pertukaran pencari suaka antara Canberra dan Putrajaya sebagai tidak sah.
Akhbar Sydney Morning Herald memetik Australian Associated Press melaporkan, Ketua Hakim Robert French memutuskan “deklarasi yang telah dibuat... dibuat tanpa kuasa dan oleh itu tidak sah.”

Justeru, mahkamah memutuskan tiada pencari suaka politik boleh dihantar ke Malaysia oleh kerajaan Australia.

Mahkamah mengadakan sidang khas minggu lalu untuk mempertimbangkan hujahan oleh para peguam yang mewakili sekumpulan ‘orang hanyut’ yang mahu rancangan penghantaran 800 pencari suaka ke Malaysia dibatalkan.

Barisan peguam itu berpendapat Menteri Imigresen Chris Bowen tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pencari suaka ke Malaysia kerana negara itu tidak mempunyai obligasi perundangan untuk melindungi mereka.

Mereka juga berhujah bahawa penghantaran kanak-kanak tanpa ditemani orang dewasa ke Malaysia merupakan pengabaian tugas Bowen sebagai penjaga di sisi undang-undang untuk bertindak demi kepentingan mereka.

Mewakili seorang pencari suaka remaja yang tiba di Australia selepas perjanjian dengan Malaysia dimeterai bulan lepas, peguam remaja itu, Richard Niall, memberitahu mahkamah minggu lalu bahawa penghantaran ke Malaysia bukan merupakan kepentingan anak guamnya itu.

Mengikut perjanjian dengan Malaysia, Australia akan menghantar 800 pencari suaka yang tiba di negara itu dengan bot, ke Malaysia bagi diproses tuntutan mereka untuk diisytiharkan sebagai pelarian.

Australia pula akan menerima 4,800 pendatang dari Malaysia yang sudah diberi status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan yang diperoleh menyebut, “selepas pendengaran yang dipercepatkan di hadapan panel penuh, mahkamah dengan suaka majoriti mengekalkan injunksi yang dikeluarkan sebelum ini dan menghalang menteri daripada membawa keluar dua pencari suaka, yang tiba di Christmas Island ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada kumpulan besar, kurang empat minggu lalu.”

Mahkamah juga memutuskan bahawa pencari suaka bawah 18 tahun yang tidak ditemani oleh sesiapa tidak boleh dibawa keluar dari Australia tanpa kebenaran bertulis menteri.

Mahkamah memutuskan menteri tiada kuasa di bawah Akta Migrasi untuk memindahkan pencari suaka dari Australia, yang permintaan perlindungan mereka belum dipastikan lagi.

Pencari suaka hanya boleh dibawa ke sebuah negara yang secara sah telah diisytiharkan di bawah akta itu, yang boleh menyediakan akses dan perlindungan selain memenuhi standard-standard yang ditetapkan.

Laporan semalam menyebut kerajaan Australia menawarkan kepada pencari suaka yang bakal dihantar ke Malaysia, geran sehingga A$4000 (kira-kira RM12,725) untuk pulang ke negara asal mereka.

Kerajaan telah menyerahkan geran itu kepada 77 pencari suaka sejak program “bantuan integrasi semula” diperkenalkan pada November lalu.

Program itu menawarkan kepada pencari suaka yang gagal mendapatkan suaka, wang tunai dan pembayaran lain untuk pulang ke negara asal dan ratusan dijangka menerima pakej kewangan bagi tahun ini selepas kerajaan memperuntukkan bajet A$7 juta (kira-kira RM22.2 juta) bagi program itu.

Pada 25 Julai lalu, Malaysia dan Australia menandatangani perjanjian bersejarah bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua negara.

Perjanjian itu, yang pertama seumpamanya ditandatangani di dunia, dengan matlamat jangka panjang untuk mengekang aktiviti sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia serta jenayah rentas sempadan.

Perjanjian itu adalah bagi pertukaran 4,000 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh empat tahun. Kesemua pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Program pertukaran selama empat tahun itu dianggarkan menelan belanja A$296 juta dan akan dibiayai kerajaan Australia.

Perjanjian itu membenarkan pihak berkuasa Malaysia menyaring para pelarian bagi memastikan mereka bukan dalam senarai pengganas dikehendaki atau pendatang asing tanpa izin sebelum dihantar ke Malaysia.

Pelarian yang tersenarai dalam perjanjian pertukaran akan mempunyai kad pengenalan khas dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Australia.

Putrajaya berkata ketika berada di Malaysia, pelarian berkenaan akan ditempatkan di pusat persinggahan selama 45 hari sebelum ditempatkan dalam masyarakat.

Malaysia tidak menandatangani konvensyen PBB mengenai Pelarian kerana negara tidak mampu untuk memberi akses keperluan utama seperti peluang pendidikan, pekerjaan, rumah perlindungan kepada pelarian kerana masih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan daripada aspek ini.-tmi

27 Ogo 2011

3 Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai berjumpa 3 jam dengan YDP MPSPK Ahli majlis diminta henti boikot

Ahli majlis diminta henti boikot

SUNGAI PETANI – Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang memboikot

untuk tidak menghadiri kesemua mesyuarat sejak 29 Mei lalu diminta supaya tidak lagi berbuat demikian setelah perundingan dilakukan bersama Yang Dipertua (YDP) MPSPK, Rozaina Datuk Radzi kelmarin.

Keputusan itu diambil berkuat kuasa pada 25 Ogos setelah tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai melakukan perbincangan khas bersama YDP petang kelmarin di sini, sebelum mempersetujui supaya masalah yang berlaku boleh diselesaikan secara baik sekiranya kedua-dua pihak bertoleransi.

Tiga Ahli Parlimen berkenaan termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) membuat arahan berkenaan setelah kata putus dicapai menerusi perbincangan yang dilakukan selama dua jam.

Johari berkata, YDP bersedia berhadapan dengan permasalahan yang berlaku dan bersetuju akan memberikan perhatian terhadap apa yang diluahkan ahli majlis menerusi memorandum yang sudah diserahkan kepada beliau.

“YDP bersedia ingin memulihkan keadaan dan berharap ahli majlis juga bersedia untuk berbincang dan masuk semula mesyuarat supaya tugasan yang tergendala berjalan lancar.

“Kita juga tidak mahu ada rungutan daripada rakyat bahawa tiada tempat mahu mengadu masalah setelah 17 ahli majlis boikot untuk tidak mahu masuk mesyuarat,” katanya semasa sidang media diadakan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar tidak dapat bersama media kerana ada urusan lain di kawasannya.

Johari berkata, tindakan ahli majlis juga dijadikan alasan kepada kakitangan lain dengan menyatakan mereka tidak boleh buat kerja apabila ahli majlis tiada.

Katanya, mana-mana ahli majlis yang tidak dapat mengikut arahan berkenaan akan dikenakan tindakan.

“Kami akan memantau pergerakan mesyuarat bagi memastikan kelancaran yang baik selain mahu tugasan berjalan seperti biasa kerana tidak mahu hak rakyat yang menjelaskan cukai terabai,” katanya.

Selain itu, apabila ditanya beliau menafikan keputusan yang dibuat menyebabkan ketiga-tiga Ahli Parlimen itu berpihak kepada YDP tetapi lebih memikirkan kepentingan rakyat yang menanggung kesan akibat pergolakan itu.

Sinar Harian pada 30 Mei lalu menyiarkan laporan berhubung tindakan 17 ahli majlis yang memboikot dari menghadiri kesemua mesyuarat setelah tidak berpuas hati dengan pentadbiran YDP.

Sementara itu, usaha wartawan menghubungi Ketua Whip Ahli Majlis Ishak Man, enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Kita tunggu masa lain, saya sendiri akan panggil media berhubung perkara ini,” katanya.

25 Ogo 2011

PANAS BERAPI - Dacing bagi mee meggi, PR bagi beras hancur..!!


Awal Ramadhan gegak sekampung kerajaan dacing umum dana RM15 juta kepada rakyat. Wakil Parlimen dacing turut tersongeh-songeh bila si sembab juga umum peruntukan RM2 juta mesti dihabiskan sebelum habis tahun ini disetiap parlimen yg dikuasai dacing.

Tak cukup itu opah ijat juga dapat tempias. Jota-jota bro ! Okaylah..pasal aku nampak dia juga ada guna itu dana bantu orang gelandangan tepi jalan. Kasi makan, bikin iftar, bikin makan sahur..itu orait ! Aku puji dan bagus..!!

Walaupun kadang-kadang aku tengok jambul dia dah serupa maruku Buntong. Alhamdulillah. Minggu lalu, aku juga lihat ada orang dacing sibuk lalak-lalak tepi jalan agih bubur lambuk. itu pun aku puji. Satu tanda semangat pilihanraya umum makin dekat. Syiokk aku tengok minah-minah pink dengan van 'sayang' - Kami Prihatin besaq gedebaq bawa bubur lambuk bagi free pada rakyat. Lepas bagi bubur, kena sebut 1 Mesia sambil tunjuk jari telunjuk tegang-tegang tanda sokong. Yang nakal pi tunjuk jari 'hantu', Kah..kah..kah !! nasib hangpa laa..!!

RM2 juta untuk bubur lambuk jer?

Aku lihat kreatif sungguh bebudak dacing ni buat kerja-kerja amal di bulan puasa sekarang. Agih bubur lambuk dan macam bagai. Dah nama pun benda free, memang cepat habis. Tak cukup masak bubur lambuk, depa angkut van meggi 2 minit. Sapa yg rajin bazir duit di pasar ramadhan khususnya di daerah tertentu akan terlihat van-van warna kuning terparkir tepi pasar ramadhan.


Ingat apa laa..! Rupanya puak-puak dacing agih mee meggi kepada orang ramai pulak dah ! Memang ho-liaww..!! Ada kaa patut galak rakyat makan meggi. Tiap seorang akan diberikan 1 beg yg mengandungi 5-6 kampit mee meggi. Kah..kah..kah !!

Peruntukan sebanyak tu depa boleh pikir tahap tu jer..apa la punya bangang ! kalo bubur lambuk tu okay la jugak. tapi mee meggi macam tak kena langsung !! Kesian si sembab, bagi RM2 juta pada setiap bahagian dacing seluruh negara, tapi orang dacing di bahagian cuma boleh fikir bubur lambuk dan mee meggi untuk di beri kepada rakyat. Hoi..RM2 juta tu bro..bukan RM2 ratus !!

Aku nak tanya peruntukan RM2 juta yg diberikan itu adakah dari duit kerajaan(baca rakyat) atau duit Umno? kalau dari duit umno hangpa nak bagi chikedees atau twisties pun aku apa peduli. Tapi kalau peruntukan itu dari hasil kerajaan yg dikutip dari cukai rakyat, sedih bro..! Patut ker depa bagi rakyat makan meggi jer..!! Depa makan chicken chop, rakyat makan mee meggi !!

Kompang bukan main kuat. Bunyi dah macam serupa apek jual 'mapiaw' - jerit koat-koat tepi longkang., tapi semua kena tipu !!

Pakatan Rakyat, jaga hangpa esok. Esok aku nak bongkar pulak isu beras untuk orang miskin. Peruntukan puluh-puluh ribu dapat kutip tapi beli beras hancur bagi makan orang miskin dan fakir per ker jadah tu bro?

Apa salahnya bagi beras bergred terbaik untuk diberi pada mereka, setahun sekali depa nak merasa..tapi beras hancur hangpa bagi ! Nasib hangpa la orang miskin, tahap beras hancur ajer lahh...! Tapi undi mesti kena bagi pada Pakatan Rakyat. Dacing bagi mee meggi, PR bagi beras hancur..!!

http://albanjarionline.blogspot.com/2011/08/panas-berapi-dacing-bagi-mee-meggi-pr.html

23 Ogo 2011

isu Demontrasi MOKTAN yang buat UMNO terkehel sekali lagik..!! [Jawapan Kedah Agro]

isu Demontrasi MOKTAN yang buat UMNO terkehel sekali lagik..!! [Jawapan Kedah Agro]
Ni dia penjelasan Kedah Agro isu buah moktan

10,000 pemilik dusun buah rambutan di Padang Terap buat demonstrasi haram (gambar atas, kira betul2 memang ada 10,000 seperti dilaporkan Bernama. Jumlah tu lebih sikit dari himpunan Bersih 2.0 yang dilaporkan 6,000 kehadiran) kerana kununnya kerajaan negeri tak tunai janji nak ambil rambutan mereka yang berlambak tak terjual.

Berikut adalah penjelasan yang tersiar dalam akhbar Warta Darul Aman edisi internet (Wartakedah.net) berhubung isu tersebut. Kedah La siar berita tu siap dengan tajuk macam nak kata dekat puak2 demo haram tu.. awat hangpa ngok sangat!!!.. Sila baca:

Pemilik rambutan kena hubungi Kedah Agro, bukan tunggu kerajaan datang kait buah!!!

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Dakwaan kepada kerajaan negeri tidak menunaikan janji dengan tidak memungut buah

rambutan penduduk adalah tidak benar.

Ini kerana Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani memerlukan 600 kilogram hingga satu tan buah rambutan untuk ditinkan dan seterusnya dipasarkan.

Pengarah Urusan Pusat Pengetinan Buah, Ir. Zamri Yusof berkata, sejak kilang itu mula beroperasi pada 17 Julai 2011, masalah yang mereka alami adalah kekurangan buah untuk ditinkan.

“Kita ambil buah hari-hari, satu hari boleh proses 600 kilogram buah rambutan untuk ditinkan.

“Sejak mula operasi, jadi masalahnya buah tak cukup, masalah paling besar bagi orang kampung tak ada orang nak kait buah tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi bagi mengulas keluhan pemilik dusun daerah Padang Terap yang rugi dengan lambakan rambutan akibat daripada kerajaan negeri tidak memungut buah tersebut.

Tambah beliau, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah ataupun gading dengan harga RM0.70 sekilogram.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, penduduk tidak perlu menunggu kerajaan negeri untuk membeli buah mereka, jika ada peraih yang menawarkannya dengan harga yang lebih tinggi, mereka boleh jual.

Kerajaan negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi masalah lambakan yang dialami oleh penduduk.

“Penduduk di daerah Padang Terap juga kita telah beri tawaran untuk mereka jual buah rambutan kepada kita.

“Kita juga menawarkan buah rambutan jenis lain dengan harga RM0.50 sekilogram harga di ladang.

“Jika penduduk setuju, mereka boleh berurusan dengan pihak kilang, begitu juga dengan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, kita akan pergi kutip buah yang telah dikait.

“Maka, di sini tidak timbul kerajaan negeri tidak memungut buah penduduk, kita boleh kutip di detiap kampung bagi memenuhi keperluan pemprosesan,” jelas beliau.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan kerajaan negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi di talian 012-5990486 ataupun hantar pesanan ringkas di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

19 Ogo 2011

Peluang Sertai Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

Peluang Sertai Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mempelawa pelajar-pelajar Tahun Enam

2011 Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Islam untuk memohon ke Tingkatan Satu di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

PELAJAR-PELAJAR TAHUN ENAM 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN / SEKOLAH RENDAH ISLAM ADALAH DIPELAWA MEMOHON KE TINGKATAN SATU MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL AMAN LOT 1412 , JALAN PEGAWAI, 09000 KULIM, KEDAH

BAGI TAHUN PERSEKOLAHAN 2012.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1.1- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak-anak atau ibu bapa kelahiran negeri Kedah.

1.2- Lulus Ujian Tilawah , Hafazan dan Ujian Bertulis kelolaan Jabatan Hal Ehwal AgamaIslam Negeri Kedah Darul Aman.

1.3- Lulus Peperiksaan UPSR dengan mendapat keputusan 5 A.

2. SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN BORANG

2.1- Menggunakan keputusan Peperiksaan UPSR 2011

2.2- Lulus Peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A.

3. PENGAMBILAN BORANG

3.1- Borang permohonan akan dikeluarkan mulai 7 hb Ogos 2011

3.2- Setiap borang permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 tunai.

3.3- Borang permohonan boleh diperolehi dengan hadir sendiri ke Bahagian Pendidikan Jabatan

Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah atau dengan menghantar sampul saiz 9” x 12”

beralamat sendiri ( dilekatkan setem RM1) ke alamat

Bahagian Pendidikan Jabatan

Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Telefon : 04-7745454/ 04-7745443/ 04-7745447


3.4- Pemohon hendaklah membawa salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR (Percubaan) yang telah disahkan semasa mendapatkan borang.


4. PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN

4.1- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pendidikan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di alamat Bangunan Wan Mat Saman,

Jalan Raja, 05676 Alor Setar, Kedah selewatnya-lewatnya 03 September 2011.

4.2- Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan sijil lahir dan keputusan PeperiksaanUPSR yang disahkan.

4.3- Ujian kelayakan akan diadakan pada bulan Oktober 2011

5. PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2011

5.1- Salinan keputusan UPSR 2011 sebenar hendaklah diserahkan ke Bahagian Pendidikan,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di alamat Bangunan Wan Mat Saman,Jalan Raja, 05676 Alor Setar, Kedah pada hari keputusan UPSR diumumkan atauselewat- lewatnya 3 hari bekerja selepas keputusan diumumkan.

5.2- Keputusan sebenar UPSR akan menentukan kelayakan tawaran. Sekiranya calon gagal

menyerahkan keputusan UPSR sebenar pada tarikh yang ditetapkan, permohonan tersebut tidak akan diproses.

5.3- Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akandipertimbangkan.

6. KEPUTUSAN PERMOHONAN

6.1- Keputusan permohonan akan diumumkan selewat-lewatnya 11 Disember 2011

6.2- Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama ,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Muat Turun Iklan MTSD

14 Ogo 2011

Memahami Naluri Orang Muda

SELEPAS terawih malam tadi saya berkorban mata sedikit kerana melayani tiga anak muda yang minta untuk berjumpa dengan saya. Seorang pelajar di universiti Azhar Mesir dan dua lagi bakal guru yang kini sedang menuntut sebuah di maktab perguruan di Bangi.

Perjumpaan dengan mereka menyeronokkan. Saya selalu mengalu-alukan anak muda persis mereka untuk bertukar maklumat dan membincang isu kontemporari. Selain dapat kawan baru boleh mengenal hati budi dan warna politik anak muda yang tentunya jauh berbeza dengan orang tua. Dapat menyelami apa kehendak naluri mereka. Pada saya anak muda penting dicetak dengan wawasan dan idealisme yang mantap demi negara.

Saya suka kalau anak muda berminat dengan politik. Kerana politik adalah instrumen atau saluran untuk membentuk sistem pentadbiran negara ini. Jadi mereka perlu disuntik semangat dan diperbetulkan langkah masa depannya.

Semasa salah seorang mereka menhubungi saya mahu berjumpa saya gembira dan memberi masa untuk mereka. Dalam pada itu saya telah mengagak sedikit sebanyak apa-apa soalan dari mereka. Mungkin persoalan apa yang kabur mereka terhadap sesuatu yang saya catatkan dalam blog.

Saya rasa bangga dengan mereka. Jarang yang memberanikan diri untuk berjumpa dengan saya. Banyak yang saya temui atau disapa di tempat-tempat keramaian atau himpunan politik, tetapi tidak berkesempatan untuk berinteraksi. Masing-masing bila balik akan mencatat dalam komen atau FB memberi tahu mereka berharat bercakap dengan saya tetapi malu dan berbagai alasan lagi.

Memang tepat apa yang saya bayangkan tiga orang anak muda malam tadi meminta beberapa penjelasan dan juga bertanya mengenai sesuatu yang subjektif jawabannya. Mereka mahu memancing pandangan saya untuk dibandingkan dengan pandangan dan dapatan lain. Antaranya mereka tanya mengenai watak dan perangai seorang wakil rakyat yang berpaling tadah. Wakil rakyat berkenaan dulu adalah orang yang mereka kagumi.

Mereka hendak tahu apakah tindakan wakil rakyat itu kerana ada perundingan dan imbuhan atas apa yang mereka lakukan. Saya tidak menjelaskan berlebihan mengenai wakil rakyat berkenaan. Saya memang rapat dan mengenali, dari luar dan ke dalam dirinya. Nampaknya mereka dapat menerima dan mulai faham mengeninya.

Bila anak-anak muda yang dulu merupakan peminat kepadanya tetapi tiba-tiba di sekerat jalan membuat onar ia sesuatu yang mendukacitakan. Perangai dan sikap wakil rakyat itu menyebabkan mereka kecewa dan natijahnya menjadi mereka tidak mudah percaya kepada seseorang wakil rakyat. Dalam kata lain perangai wakil rakyat itu akan menjadi setitik nila yang merosakan sebaldi susu.

Tetapi saya menegaskan bukan semua wakil rakyat seperti itu. Hanya mereka yang berjuang untuk mengisi perut dan tembolok saja akan perlakukan begitu. Selepas ini kata saya wakil rakyat berkenaan akan jadi sampah yang akan hayut tanpa destinasi. Beliau saya tidak fikir akan diberi ruang oleh mana-mana parti untuk bertanding.

Sebenarnya perangai dan sikap begitulah perlu dijagai dan dielak oleh orang bernama politician. Kalau banyak yang berperangai begitu lama kelamaan orang tidak akan percaya lagi. Saya sendiri sudah hilang kepercayaan kepada manusia politik yang hipokrasi dan bersikap bermuka-muka. Kesannya menyebabkan parti politik itu sendiri akan hilang keyakinan dan kepecayaan umum. Lama kelamaan disebabkan itulah pemainnya politik bukan lagi satu wadah yang diterima sebaiknya matlamatnya.

Lain-lain persoalan yang ditimbulkan anak mudah berkenaan ialah mengenai bila pilihan raya umum dan sejauh mana peluang Pakatan Rakyat. Nampaknya mereka begitu obses untuk melihat perubahan kerajaan dalam negera ini. Sebagai anak muda yang ada wawasan dan dapat melihat sendiri kepincangan mereka sangat ingin merasai perubahan itu.

Saya rasa apa yang bergelodak di dalam jiwa anak muda bertiga ini itulah juga gelombang atau pun riak yang ada dalam sejuta hati anak-anak muda lain. Menyimpulkan ini tidak syak lagi golongan muda akan menjadi penjana kepada perubahan negara. Soalnya sejauh mana anak muda dilengkap ilmu dan bekalan ke arah itu?

Terus terang saya menjelaskan peluang PR dalam pemilu ke-13 bergantung beberapa faktor. Faktor besar ialah kepada pengundi Melayu. Sekiranya PR mendapat kurang 40 peratus undi Melayu peluang PR untuk membentuk kerajaan Malaysia tipis. PR memerlukan sekurang-kurangnya 42 hingga 45 peratus undi Melayu baru ada harapan bagi PR menggulingkan UBN.

Buat masa ini undi Melayu yang mampu diraih PR sekitar 38 hingga 42 peratus saja. Ini bermakna UBN masih menguasai undi Melayu sekitar antara 55 hingga 58 peratus. Hakikat ini diakui sendiri oleh PR mereka mengalami kemerostan untuk Melayu dalam beberapa pilihan raya terakhir di antara 3 hingga 5 peratus. Kedudukan ini memberi keadaan yang baik kepada UBN untuk terus memerintah, apa lagi kalau mereka berjaya meraih undi bukan Melayu tidak kurang 25 peratus.

Saya turut mengulas kenapa keadaan itu berlaku. Antranya ialah kerana beberapa isu yang berjaya dimanipulasikan oleh UBN. Isu Melayu yang dimainkan sedikit sebanyak memberi kesan. Orang Melayu yang berusia 60 tahun ke atas (generasi) lama termakan dengan isu itu menyebabkan mereka menilai balik untuk menyokong Pakatan Rakyat. Sehingga kini UBN belum berjaya menyakinkan Melayu lama dan otordoks ini.

Himpunan Bersih yang diadakan baru-baru ini tidak menjadi 'boom' untuk mengusik minda mereka. Tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih tidak sampai kepada minda mereka yang sudah berkarat. Dalam masa sama penafian oleh UBN terhadap tuntutan Bersih itu ditelan bulat-bulat. Himpunan Bersih hanya mengusik naluri anak muda dan sebahagian daripada mereka yang mendapat maklumat dari sumber selain radio, tv dan akhbar-akhbar penjilat buntut kerajaan.

Masalah media massa masih menjadi penyebab utama kenapa maklumat-maklumat yang menyanggah propaganda UBN tidak dapat didibalsi dengan baik. Inilah taktik dan strategi kerajaan yang mengawal dan menghadkan media massa Pakatan Rakyat.

Persoalan lain yang ditimbulkan anak muda berkenaan berhubung dengan jawatan PM sekiranya Pakatan menang. Tampaknya mereka juga ikut sama berfikir siapakah bakal menajdi PM kalau bukan Anwar Ibrahim. Sebenarnya perkara ini tidak perlu fikir. Memikirkan siapa bakal PM kalau Pakatan menang bukan perkara yang boleh menguatkan semangat untuk berjuang menumbangkan UBN.

Jelas saya soal itu tidak perlu difikirkan. Sesiapa pun boleh jadi PM asalkan Pakatan ada kuasa untuk melantiknya. Saya tidak percaya kalau Pakatan yang berjuang dari mulai hingga berjaya (takdirnya) akan berbalah soal untuk melantik Perdana Menteri.

Dalam tilikan saya kalau bukan Anwar masih ada beberapa tokoh lain yang mampu memikul tanggungjawab itu. Dengan mengenepikan elemen-elemen bersifat peribadi atau kalau berfikir secara profesional Lim Guan Eng adalah antara tokoh yang boleh menjadi PM. Itu dari DAP, daripada Pas pula orang seperti Husam Musa ada ketokohan untuk menjadi PM. Manakala dalam PKR pula Nurul Izzah boleh jadi PM.

Tetapi nama-nama ini bukan untuk buat masa ini, mungkin selepas dua atau tiga penggal Pakatan Rakyat memerintah baru jawatan itu akan bersaling kepada mereka.

Sebenarnya banyak dalam tempoh dua jam yang kami bincangkan. Memang ketidakcukupan. Kalau saya tidak memerlukan sedikit kerehatan malam tadi mungkin muqadimah perbualan itu akan sampai ke Subuh. Sayang saya terpaksa meminta diri untuk berrehat kerana tengah hari esok saya akan berangkat ke luar negara. -mso

8 Ogo 2011

Nombor Pendaftaran KDA Catat Tawaran Tender RM762,601

ALOR SETAR: Nombor pendaftaran kenderaan 'KDA' mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.

"Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.

KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.

Beliau berkata dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.

Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. BERNAMA

JAWAPAN BUKU `Sejahterakah Kedah'

Siri 2: Kerajaan BN Pusat tak bagi, Negeri pulak dipersalahkan
Oleh: PUTERI BULAN

Menyangkal dakwaan yang terdapat di dalam buku ‘Sejahterakah Kedah?’, antara yang dinyatakan termasuk mempertikaian cuti bersalin tiga bulan untuk wanita yang melahirkan anak. Cadangan tersebut satu langkah ke hadapan mendahului kerajaan pusat namun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ianya memerlukan penguatkuasaan di peringkat Persekutuan. Tertangguhnya perlaksanaan tersebut bukanlah atas kegagalan kerajaan negeri merealisasikan kandungan manifestonya tetapi tidak mendapat kelulusan dari di peringkat Persekutuan.

– (hampa yang tak lulus, lepas tu kelentong orang)

‘Sejahterakah Kedah’ mempertikaikan peranan kerajaan negeri dalam menangani masalah kebajikan rakyat. Sebenarnya, bantuan kafalah yang sedang dilaksanakan sekarang tidak dijanjikan di dalam manifesto malah bantuannya menyeluruh tidak hanya kepada warga emas tetapi merangkumi rakyat miskin tidak mengira umur, agama, bangsa dan fahaman politik.

– (orang UMNO mai ambik awai-awai lagi…)

Menurunkan cukai tanah sehingga 50 peratus juga merupakan kebajikan kepada rakyat yang tidak termaktub di dalam manifesto. Pertikaian yang diajukan oleh ‘Sejahterakah Kedah’ adalah tidak wajar dengan hanya memberi perangkaan selama tiga tahun sedangkan hal-hal kebajikan terutama untuk membasmi kemiskinan sepatutnya sudah bermula sejak dahulu lagi.

– (kalau ikut hampa bukan nak peturun, penaik lagi ada..janji hampa kaya…rakyat papa)


Umpamanya bantuan kepada mangsa banjir pada tahun 2010, kerenah birokrasi sebenarnya diujudkan oleh pihak kerajaan Pusat sendiri. Jabatan Kebajikan masyarakat adalah hak bersama Negeri dan Pusat. Bagi Negeri semua penyaluran bantuan adalah terurus, tersusun, licin dan paling sistematik. Penyaluran bantuan yang bermasalah ialah yang dilakukan dilakukan secara terus oleh Pusat dan bukan melalui kerajaan negeri. Sekiranya bantuan gagal disalurkan kepada yang berhak atau tercicir di tengah jalan ianya tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Istilah yang digunakan ‘pilih kasih’ mungkin benar ujud tetapi bukan atas kuasa kerajaan negeri kerana kerajaan persekutuan menyalurkan melalui UMNO APCO dan sekiranya ianya hilang entah kemana, Penulis upahan ‘Sejahterakah Kedah?’ kena tanya kepada yang berkenaan bukan kepada kerajaan negeri.

–(dah hampa sapu setengah, buat-buat tanya…yang rumah tak kena banjir pun hampa pi bagi pasai suku sakat hampa…yang benar-benar mangsa banjir..tak dapat pasai orang PAS)

Menyentuh bantuan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok, tidak masuk dek akal sekiranya usaha tersebut dikatakan membantu institusi pengajian yang ditarbiah untuk menjadi penyokong PAS. Penulis upahan ‘Sejahterakah Kedah’ terlupa kata-katanya itu sebenarnya menjerat diri mereka sendiri yang secara umumnya memberi jawapan kepada rakyat bahawa sekatan bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang mereka laksanakan dulu, sebenarnya ada unsur politik.

(Sebab hampa tau..bila orang pandai agama, orang tak sokong hampa dah.. tu hampa suka sekolah agama mati, biar tak ada orang pandai agama, janji ramai yang boleh putaq alam macam hampa…sedang hampa nak kelentong)


Sekiranya penulis ‘Sejahterakah Kedah’ mengatakan kerajaan negeri lebih dari menyambung apa yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, secara amnya memang begitu kerana perancangan dan perlaksanaan yang dibuat oleh sesebuah negeri mestilah mengikut peraturan yang telah termaktub. Bukan boleh dilakukan mengikut kepala sendiri dengan membelakangkan keperluan-keperluan terdahulu.

(lainlah Tok Bashah, yang tak tau peraturan….)

Apa pun bagi Puteri, buku ‘Sejahterakah Kedah’ tak ubah seperti gimik politik ketandusan isu. Berhujjah bukan atas dasar fakta tapi hanya berlandaskan iri hati yang meluap-meluap kepada Pakatan Rakyat. Sememangnya BN/UMNO APCO cukup resah bila negeri diperintah selain dari mereka…kerana mereka tahu..sekiranya Pakatan Rakyat mampu melaksanakan kebajikan rakyat, bebas rasuah, adil dan telus, sudah tentulah…..hasrat BN/UMNO APCO nak ambil balik akan menghadapi jalan buntu…kecualilah kalau hantu-hantu dan warga-warga asing dijadikan geng sekali gus boleh mengundi….maka jadilah BN/UMNO APCO ni wakil rakyat hantu dan PATI…

Kerajaan MISMAH atau Pilih tuntutan Bersih

Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.

"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.

'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap.

Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'.

"Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.

"Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad.

Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan.

"Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu.

"Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi.-HD

7 Ogo 2011

Rancangan Jahat UMNO-SPR: 17,000 Pengundi Bertindan Di Selangor

Semangat Bersih 2.0 tidak terhenti pada 9 Julai.


Ia akan terus disemarakkan sehingga lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum kepada Yang DiPertuan Agong dipenuhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini yang ditegaskan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan (gambar) yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor. Ikuti butiran lanjut mengenai perkara ini sebagaimana dinyatakan dalam wawancara Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan NYZA AYOB pada 28 Julai lalu.

Momentum Bersih 2.0 akan mati jika PAS tidak "memanaskannya" dalam bentuk pelbagai aktiviti di semua peringkat. Bagaimana PAS dapat mobilisasi perkara ini?

MOHD SANY HAMZAN: Mungkin saya boleh tekankan di peringkat Jabatan Pilihan Raya dan Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Di peringkat PAS Selangor, kita minta di semua Pusat Khidmat Masyarakat, Adun atau Penyelaras Dun, Ahli Majlis serta penjawat awam di Selangor sekiranya ingin mengedarkan kad ucapan Hari Raya, lapan tuntutan Bersih itu dimasukkan dalam kad ucapan tersebut.
Begitu juga sekiranya pihak berkenaan menyediakan sampul duit raya. Lapan tuntutan Bersih itu mesti dicetak di sampul duit raya tersebut. Selain itu kita juga berharap risalah berkenaan tuntutan tersebut diedarkan di masjid-masjid dan surau di Selangor. Ia boleh dimanfaatkan di bulan Ramadan ini kerana ramai mengunjungi masjid dan surau sepanjang bulan ini.

Tentang kempen "Kuningkan Sabtu". Kenapa tidak Pemuda PAS sahaja yang mempelopori kempen ini dengan memperkenalkan pelbagai program pada setiap Sabtu?

Memang kami ada mengeluarkan arahan kepada Pemuda PAS di setiap negeri dan kawasan. Sebenarnya Pemuda PAS di negeri dan kawasan cuba untuk melaksanakan program untuk menghidupkan Bersih ini. Cuma kita nampak sekarang ini Umno dan BN menggunakan polis untuk memerangi momentum Bersih ini. Apabila ada kalangan Pemuda PAS atau Pakatan Rakyat memakai baju Bersih, mereka akan dicekup. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang menyebabkan polis bertindak demikian.

Apakah yang menyebabkan mereka takut dengan baju kuning dan lapan tuntutan kita itu? Tuntutan kita adalah tuntutan munasabah. Kita bukan hendak merusuh atau melakukan revolusi atau ingin menumbangkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi di jalan raya. Lapan tuntutan seperti celup dakwat, tempoh berkempen 100 hari dan akses kepada media merupakan tuntutan yang kita kira munasabah.

Tetapi apabila kita hendak menghidupkan 'Kuningkan Sabtu', BN menggunakan polis untuk menghalang setiap program yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, kita tetap akan teruskan dengan pelbagai program pada setiap Sabtu tetapi dengan program-program seperti yang kita nyatakan di atas sempena Ramadan ini. Kita juga boleh menyatakan sokongan kita dengan menyemarakkan 'semangat kuning' ini dengan mengenakan tema kuning pada Aidilfitri nanti. Itu sebagai tanda sokongan yang penuh simbolik.

Apa langkah Pemuda PAS untuk menyedarkan masyarakat di luar bandar khususnya di kalangan orang Melayu yang tidak mendapat maklumat benar tentang Bersih 2.0 ini?

Kita juga meminta Pemuda PAS dan Jawatankuasa PAS kawasan mempergiatkan aktiviti memberi penerangan kepada masyarakat mengenai apa yang kita tuntut kepada SPR pada 9 Julai lalu supaya dapat dijelaskan kepada masyarakat luar bandar. Saya kira masyarakat luar bandar dan pinggir bandar yang mempunyai akses kepada media dan internet mungkin sudah mengetahui dan memahami tentang lapan tuntutan Bersih ini.

Mungkin masalah tentang memahami perkara ini timbul di kalangan masyarakat luar bandar. Kami akan menerbitkan poster dan kalendar 2012 yang menerangkan mengenai lapan tuntutan Bersih ini. Kami juga telah mengeluarkan arahan kepada PAS kawasan menjual kalendar Bersih ini dengan harga yang amat murah. Dan kita minta kalendar ini dibingkaikan dan ditampal di rumah masing-masing. Maknanya setiap rumah ahli atau penyokong PAS ini mesti mempunyai poster dan kalendar Bersih dan digantung di tempat yang menjadi tumpuan tetamu. Sekurang-kurangnya tetamu yang datang itu, jika dia belum memahami atau langsung tidak mengetahui apa itu tuntutan Bersih, akan bertanya kepada tuan rumah.

Ini cara untuk menterjemahkan Bersih?

Lapan tuntutan ini sebenarnya boleh diterjemahkan. Selain itu kita juga meminta kerjasama Lajnah Penerangan dan Lajnah Tarbiah supaya semua ustaz-ustaz menggunakan sedikit waktu apabila memberi tazkirah atau kuliah agama tentang mengapa perlunya untuk mengembalikan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama dalam sistem demokrasi di negara ini.

Di peringkat Pemuda PAS Pusat, Lajnah IT sedang menyiapkan cakera padat (CD) yang akan kita edarkan kepada 1.2 juta warga kota yang akan balik bercuti sempena hari raya nanti. Itu antara perancangan kita bagi mobilisasi kelangsungan aktiviti Bersih 2.0 ini. Kita tidak mahu ia mati pada 9 Julai.

Ramai yang beranggapan tuntutan Bersih 2.0 ini hanya untuk kepentingan politik. Bagaimana Pemuda PAS hendak menangkis dakwaan ini?

Ini bukan politik. Kami kira tuntutan Bersih 2.0 ini bukan hanya melibatkan golongan pembangkang. Sebagaimana yang kita lihat pada Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah turut menyokong tuntutan Bersih 2.0. Dalam ceramah-ceramah kita yang menyentuh mengenai Bersih 2.0 ini, kita sanggup kalah seribu tahun lagi selagi sistem pilihan raya kita tidak adil.

Selepas Debat 'Apa Selepas 9 Julai?', tidak nampak ada banyak diskusi dianjur tentang Bersih seperti forum dan seminar. Kenapa kesuraman ini berlaku?

Di peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat, melalui jabatan pilihan raya, kita telah mengumpul data-data dan bukti pertindihan seorang pengundi yang boleh mengundi dua kawasan parlimen. Ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Sebab itu saya tidak mahu menguarkannya dahulu. Baru-baru ini sewaktu kami membuat laporan polis mengenai perkara ini, kita cuma mendedahkan empat dan lima nama sahaja. Kami dapati kad pengenalan lama dia betul tapi my kad dia empat angka terakhir diubah. Sebagai contoh dalam kad pengenalan asal namanya Mohd tapi dalam mykad diubah kepada Muhd. Yang perempuan pula contohnya ejaan Binti ditukar kepada Bt. Jadi dia boleh mengundi di lokasi yang berbeza.

Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan pengerusi SPR mengatakan data ini sudah dibersihkan...

Insya-Allah perkara ini kami akan dedahkan secara besar-besaran. Di Selangor, kami dapat dedahkan hampir 17,000 pengundi yang bertindan yang dapat mengundi di kawasan parlimen yang berbeza dalam satu-satu pilihan raya. Jabatan Pilihan Raya di setiap PAS negeri juga tengah mengumpulkan bukti. Pada 4 Ogos nanti bertempat di Hotel De Palma, Ampang, kita akan mengadakan forum bagi menjawab semula jawapan diberikan SPR dalam Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru- baru ini. Kita akan menjawab semula segala jawapan yang diberikan SPR berdasarkan buku yang diedarkan badan tersebut. Kita juga akan menjawab segala persoalan kenapa relevan lapan tuntutan tersebut.

4 Ogo 2011

'Sejahterakah Kedah?' naskhah fitnah terbaru di pasaran

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Isu fitnah risalah 'Kedah Tertipu' agaknya belum diambil tindakan apa-apa oleh polis, kini

muncul pula buku 'Sejahterakah Kedah?'. Begitulah pendedahan yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh dan Pengarah Penerangan Negeri Haji Zulkifli Yahya dalam sidang media kelmarin.

Mengikut Dr. Ismail kandungannya banyak yang fitnah serta tidak menjawab bukan pencapaian Kedah Sejahtera yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Ada juga perkara yang dibangkitkan tu dah settle pun tapi oleh kerana UMNO Kedah tertinggal keretapi, tak ikuti perkembangan lalu depa bangkitkan semula isu lapok tu.

MK pun tak mau komen lebih-lebih sebab tak baca lagi buku tu, baru dapat info dari Sinar Harian di samping FB rakan-rakan maya. Kena baca dulu baru sedap nak tibai pun.

Ikut kata Hj Zul, buku tu masih ada kat pejabat Tok Mat Bashah belum edar lagi. Depa dapat naskah tu dari pencetak... maklumlah semua pencetak kat Malaysia ni kawan-kawan dia belaka.

Sebagai kerajaan negeri memang begitulah.. pembangkang dok teropong salah silap sepanjang masa. Takdak isu besaq tembak isu kecik, takdak isu kecil buat fitnah, ada-adakan cerita. Kerajaan sibuk bekerja untuk kesejahteraan rakyat depa pulak sibuk dok korek cari tang mana silap kerajaan. maklumlah pembangkangggg...

Tunggu lepas dapat buku tu nanti MK bagi komen.