Kematian Firnado Berkait Dengan Isu Seludup Wanita Ke Negara ini |
Rakan NGO dari Malaysia dan Filipina berpendapat pembunuhan diplomat Filipina Finardo G. Cabilao 6 Ogos lalu, adalah berkait rapat dengan usahanya menyelamatkan wanita-wanita yang telah diseludup ke negara ini. AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago berkata kematian Firnado berkenaan telah menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa kerana beliau dipercayai dibunuh oleh sindiket penyeludupan. “Rakan beliau dari NGO Filipina dan juga dari Sabah Serawak yakin bahawa beliau dibunuh kerana hasrat baik beliau yang cuba untuk menghentikan aktiviti penyeludupan wanita Filipina ke negara ini. “Malaysia sudah menjadi negara yang terkenal dengan aktiviti penyeludupan ini kerana sudah terdapat banyak laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu ini terutamanya ketika kes penyeludupan manusia berleluasa di sempadan Thailand. “Malaysia juga dikatakan pusat utama seludup binatang liar di seluruh dunia. Ini seperti menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak ada undang-undang. Santiago menegaskan bahawa jika benar Firnado dibunuh oleh dalang penyeludupan, ia menunjukkan betapa serius dan beraninya tindakan mereka tersebut sehingga berani melibatkan diplomat asing di negara ini. “Menjadi masalahnya di sini adalah bukan kerana longgarnya garis panduan yang ditetapkan, tetapi punca dalang orang dalam kerajaan yang telah memanipulasi aktiviti penyeludupan ini. “Banyak bukti yang telah dikeluarkan termasuk satu kes di mana seorang warganegara Myanmar yang diseludup ke Malaysia membuat kenyataan bahawa pihak polis dan imigresen yang bertindak mengawal mangsa seludup ini. “Memang telah buat penangkapan terhadap seorang pegawai imigresen di Johor, tapi semua hanya satu wayang kulit kepada rakyat dan dunia kononnya kerajaan membuat kerja," tegas Charles. Menurut beliau jika kerajaan membiarkan isu ini berleluasa, kepercayaan diplomat dari luar negara terhadapat Malaysia akan kurang dan sekaligus menjejaskan nama baik negara. Aktiviti penyeludupan manusia yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang gagal memenuhi piawaian minimum bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia. Tahun ini sahaja negara dikatakan sudah menyeludup hampir 800 ribu manusia dan sekaligus melebelkan Malaysia negara ke tujuh tertinggi dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2009 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat bulan lalu. |
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA
13 Ogo 2009
INFO H1N1
PEMAKLUMAN : INFO H1N1
Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan berjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.
Apa yg perlu anda tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico.
Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
Siapa Yang Berisiko
1.Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3 .Orang yang ada astmatic
4 . Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas
Simptom2
Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubat demam)
Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - Sakit dada yang teruk....jumpa doktor dengan segera
Day 5 - And above lung collapse @ koma
Langkah-langkah Kawalan
1 – Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)
6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7 - Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 - Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!! jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.
11- Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia . Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.
Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia .
(Klik gambar untuk melihat lebih jelas)
12 Ogo 2009
SEKITAR BANTAHAH PENGUSAHA KERETA SEWA DI JPJ
Kuah- satu operasi JPJ terhadap kereta sewa pandu sendiri tanpa permit dan teksi sapu haram telah diadakan semenjak 8hb.Ogos sehingga semalam lebih 20 buah kenderaan telah disita dan disaman.
TAHNIAH PR SELANGOR!!!
Pakatan Rakyat di negeri Selangor menyerlahkan komitmen mendokong sistem demokrasi apabila mengusulkan pengasingan kuasa legislatif dari esekutif sepenuhnya.
Kuasa legislatif atau perundangan ialah majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasikan undang-undang.
Selain daripada menggubal undang-undang, badan legislafif biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran legislatif juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.
Kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengasingkan kedua- dua kuasa ini bakal memperlihatkan amalan demokrasi yang hakiki tanpa sebarang pertindihan kuasa.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah berpendapat keputusan kerajaan negeri mengusulkan cadangan itu jelas membezakan pegangan Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan mentaliti pimpinan UMNO Barisan Nasional yang mencampuradukkan kedua- dua kuasa berkenaan.
"Ini bermaksud keputusan- keputusan DUN itu bukan dibawah pentadbiran kerajaan negeri, tapi dialihkan kepada satu badan bebas, satu suruhanjaya yang akan diketuai oleh tuan Speaker dan semua keputusan daripada pengurusan akan dibuat disana. Bermakna kebebasan institusi DUN itu daripada pengurusan kerajaan negeri," kata Sivarasa. Corak pemerintahan parti pemerintah kini dilihat sering terbabas mencampuradukkan legislatif dan esekutif sehingga menimbulkan huru- hara yang parah.
7 Mei lalu Dewan Undangan Negeri Perak menyaksikan kecelaruan kuasa apabila polis dan pegawai-pegawai dewan dibawah telunjuk Ketua Setiausaha Negeri mencemarkan kemuliaan dewan dengan menceroboh masuk dan mengheret speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar.
Insiden yang memalukan ini jelas membuktikan kerapuhan pegangan UMNO Barisan Nasional mendokong demokrasi.
Sivarasa berkata, pengasingan kuasa yang diusulkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kritikal kepada pembentukan kerajaan demokratik dan perlu bagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.
"Ini amalan di semua parlimen di negara yang demokratik. Amalan yang kukuhkan pengasingan kuasa diantara pihak yang membuat undnag- undang dan pihak yang mentadbir dan memerintah dan ini akan mengukuhkan amalan demokrasi di negeri ini. Cadangan yang baik yang menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat Selangor mengukuhkan amalan demokrasi negara," tambah beliau.
KITA SENTIASA DALAM FITNAH!!!!
Ada pihak tertentu cuba menggunakan DSAI sebagai penganjur penyebaran agama Kristian.Ini adalah cara terbaru mereka yang berniat jahat terhadap DSAI.Mereka ini menggunakan nama DSAI sebagai penyokong kepada orang melayu yang ingin memeluk agama kristian.Mereka akan mencari mangsa terutama orang melayu yang menyokong Pakatan Rakyat.
Perkara ini berlaku pada diri aku sendiri,apabila aku didatangi seorang kenalan yang menamakan diri dengan gelaran "cahayanusantara"melalui chatroll,dia meminta aku menukar agamaku dengan alasan sudah ramai orang melayu memeluk agama kristian dan didokong oleh DSAI.Dia meminta alamatku untuk datang kerumah dan membawa ke gereja bagi mendengar ucapan Padri.Adakah ini cara terbaru untuk memburukkan nama DSAI?
Kalau perkara ini betul,aku berharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bertindak lebih awal bagi menghalang fitnah ini semakin besar.Ingat!! Dalam keadaan terdesak ini mereka akan lakukan apa saja untuk menjatuhkan pakatan rakyat.-Sebarkan berita ini kat blog korang- (sumber dari ijoks2009)
3 Ogo 2009
1 Ogo 2009
TUN PANAS DOK DINEGERI PEMBANGKANG!!!
Dr. Mahathir harap BN dapat rampas kembali Kedah
KUALA LUMPUR 31 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap, Kedah yang kini di bawah pimpinan pakatan pembangkang akan dapat dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mengharapkan anak-anak Kedah terutama bekas-bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid dapat membawa kembali Kedah ke pangkuan BN.
``Saya kini merasa sedih sudahlah duduk di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang, tetapi bila balik ke Kedah pun, ia dipimpin oleh pakatan pembangkang."
``Saya harapkan pada pilihan raya umum akan datang dapatlah dibuat sesuatu agar Kedah ni dapat dirampas kembali dan ditadbir oleh BN,’’ katanya.
Dr. Mahathir merupakan bekas pelajar kolej tersebut berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) yang turut dihadiri oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di sini malam ini.
Beliau juga menyentuh mengenai kekurangan anak-anak Kedah mengetuai jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan.
Ujarnya, keadaan ini berlainan sama sekali semasa awal-awal negara mencapai kemerdekaan dulu kerana kebanyakan ketua-ketua jabatan terdiri daripada mereka yang datang dari kedah.
``Keadaan ini berlaku mungkin pelajar-pelajar Kedah dulu mendapat pendidikan baik seperti belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid yang membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan sekali gus mempunyai kelulusan untuk mengetuai jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan,’’ katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, sesuatu akan dapat dilakukan bagi mengatasi perkara tersebut