Anak Dunia
Nov 30th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, utama
Oleh: MSK
dsc01604
Hari ini bermula satu lagi program yang sudah aku rancangkan sejak sekian lama. Setiap tahun, aku buat program International Workcamp bersama dengan Service Civil International.
Pertama kali, bila anak-anak dibangku sekolah berinteraksi dengan pelajar dan sukarelawan dari negara luar. Ada yang malu-malu. ada yang ghairah bila tengok perempuan Mat Saleh. Biasa la…budak-budak tengah membesar.
Tapi itu permulaan…selepas dua tiga hari, masing-masing akan memahami adat dan budaya masing-masing. Masing-masing akan memahami bahawa semua bangsa didunia ini sama…yang membezakan hanyalah individu.
Sebelum berjumpa, kami buat kajiselidik tentang apakah persepsi mereka terhadap sukarelawan yang datang dari luar.
Bila ditanya tentang Alice dari Russia, ramai yang teringin melihat bagaimana rupa komunis Russia…tetapi apabila berjumpa dengan gadis manis bertindik dihidung…Ahhhh..macam Sharmala a/p Subramanim. Cuma kulitnya macam orang putih.
Bila ditanya tentang Zuzanna Zenkova dari Slovakia, masing-masing tak tahu bagaimana hendak dibayangkan.
Bila ditanya tentang Tariq dari Bangladesh…biasalah. Tak ada sorang pun yang menyangka bahawa dia adalah pakar mata.
Persepsi…persepsi. Kadangkala jauh meleset. Kadangkala kita terlalu emosional menegakkan hujah kita berdasarkan persepsi. Kadangkala kita terlalu angkuh, yakin dengan hujah kita…sedangkan kebenaran jauh dari apa yang kita sangkakan.
Tidak susah untuk membetulkan persepsi. Apa yang penting ialah berjumpa..berkenalan…bertukar pandangan dan memahami antara satu sama lain.
Jikalau anak-anak Melayu, Cina, India, Slovakian, Russian, Bangladeshi, Taiwanese, Japanese dan Thai boleh duduk semeja…berdiskusi dan cuba memahami latar belakang dan budaya, mengapa begitu susah ahli politik ataupun blogger politik duduk semeja berdiskusi, memahami antara satu sama lain….dan akhirnya mewujudkan harmoni diantara satu sama lain?
Setiap tahun, aku menganjurkan khemah kerja antarabangsa ini. Setiap kali, aku cuba membawa anak-anak dari pelbagai latarbelakang untuk belajar memahami tentang orang lain. Bahasa tidak menjadi halangan. Ugama tidak menjadi halangan. Bangsa tidak menjadi halangan. Malah tidak ada halangan apa-apa, selagi matlamatnya sama…iaitu mewujudkan suasana aman dan harmoni sesama manusia.
Kalau tahun lepas, ramai daripada peserta tidak boleh berbahasa Inggeris…tetapi akhirnya mereka semua berbahasa Inggeris. Ramai anak-anak Melayu takut berbahasa Inggeris kerana merasakan bahawa penguasaan mereka lemah. Tetapi apabila melihat orang-orang Perancis, Jepun atau Sepanyol lebih teruk bahasa Inggeris mereka..tiba-tiba saja mereka yakin untuk bertutur. Tiba-tiba saja mereka merasakan bahawa mereka setaraf dengan bangsa-bangsa lain didunia.
Dan khemah kerja kali ini membawa beberapa kejutan. Ramai dari peserta berbangsa Cina dari Malaysia tidak boleh berbahasa Mandarin. Sebaliknya keempat-empat peserta Melayu boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Mandarin! Dua peserta Taiwan tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, dan mereka menggunakan peserta Melayu untuk menterjemahkan kepada mereka dalam Bahasa Mandarin!
Apa yang aku belajar dari mereka?
Dalam dunia blog, keharmonian itu sudah mula luntur. Masing-masing sudah memikirkan tentang diri sendiri..tanpa cuba memahami orang lain.
Come on la. Tak kan bila orang politik bersengketa…blogger-blogger juga perlu bersengketa? Apakah kita juga mahu menjadi seperti orang politik…yang tak putus-putus bersengketa?
Setiap kali aku masuk hutan, aman damai…tidak seperti digelanggang politik. Tidak juga seperti di dunia blog…yang sudah mula hiruk pikuk.
Mungkin blogger-blogger juga memerlukan khemah kerja seperti ini. Mungkin selepas bertemu perempuan Mat Saleh, jejaka Bangla, Minah Jepun, Gadis Kremlin…mungkin hati akan sejuk.
Kecelaruan didalam Pakatan Rakyat menyebabkan blogger-blogger yang menyokong Pakatan juga bercelaru. Jangan biarkan kecelaruan ini berpanjangan. Dan aku tak pikir, blogger-blogger perlu bertemu dengan perepmpuan-perempuan Mat Saleh untuk mula berfikir secara rasional. Apa yang perlu…mungkin secangkir kopi O atau pun segelas teh tarik. Dan selepas itu mungkin kita boleh duduk semeja…berbincang secara pro.
Kita debat secara pro..kita selesai secara gentleman. Aku boleh kutuk Misbah..tapi bila jumpa…hulur tangan tanda persahabatan. Aku boleh kutuk Alhuseyn, tapi bila jumpa masih boleh berdakapan macam Tok Arab. Relax bro.
Kita semua anak dunia. Kita semua cucu Adam. Matlamat utama dalam hidup ialah kebahagiaan dan penghalang utama kepada keamanan sejagat adalah politik perkauman seperti yang dicanangkan oleh budaya Umno. Biarlah budaya Umno jadi sasaran utama. Baik budaya Umno dalam Pas. Budaya Umno dalam PKR atau pun budaya Umno dalam Umno itu sendiri.
Yang membezakan kita semua dikalangan blogger pro-Pakatan bukan lah Hasan Ali atau UG. Bukan Kickdefella atau Ariffahmi. Bukan Osman atau Jamaludin atau Radzi….tetapi budaya Umno yang sudah meresap dalam semua parti.
Semua parti sudah diresapi budaya Umno. Pemimpin-pemimpin dalam Pakatan juga sudah ramai yang berperangai Umno.
Tetapi ada blogger-blogger pro-Pakatan juga sudah jadi macam Umno. Apakah kita juga mahu menjadi macam Umno?
Kita mahu jadi apa?