SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

12 Nov 2011

MAMPUKAH UMNO KEDAH SELATAN MENYENGAT KEMBALI

MENYEJUKKAN TITIK PANAS DI KEDAH SELATAN


Kedah selatan yang meliputi PADANG SERAI, BALING, SIK, KULIM/BANDAR BARU, MERBOK DAN SUNGAI PETANI selama ini menjadi penymbang bagi kemenangan konsisten UMNO/BN.

Namun seperti melukut ditepi gantang, kawasan berkenaan seakan tidak dilihat cukup signifikan dalam arus perdana politik Kedah.Jika dilihat pada sejarah sekalipun, kesemua MB Kedah datangnya dari kawasan KEDAH UTARA, walhal kawasan di KEDAH UTARA lazimnya menyaksikan pertarungan getir antara PAS dan UMNO.

Namun PRU 2008 menyedarkan banyak pihak, kawasan KEDAH SELATAN yang dibiar dan kurang dipedulikan itu dengan mudah dan dilihat cukup fragile sehingga jatuh, rebah ketangan PR, biarpun calon-calon yang mereka tampilkan tidaklah sehebat mana.

Dan dari hari ke hari rupanya kudis, nanah, virus yang selama ini cuba ditutupi MULAI terbuka apabila melihat pergolakan dalam UMNO Bahagian dikawasan berkenaan, satu faktor yang menyebabkan PR khususnya PKR begitu mudah mendapat kemenangan di kawasan tersebut.

Lantas, kini bukan masa lagi menoleh kebelakang. Kita percaya kawasan di KEDAH SELATAN tidak kurang tokoh dinamik kepimpinan. Formula sudah ada. Yang penting gerakkan muafakat dan momentum kerja secara berterusan.

DI KULIM/BANDAR BHARU kebolehan AZIZ SHEIKH FADZIR dengan bantuan CIKGU HUSSIN kita yakin mampu mencerahkan kembali sinar, mereka ini punyai pengalaman, strategi, kebolehan, cumanya dokongan dan kerjasama serta kolobrasi dan yang penting jangan sesekali ada pengkhianatan dalaman.

Demikian juga di MERBOK, entahlah mungkin pengaruh TUN DAIM dan semangat MOKHZANI boleh digembleng selain TAJUL URUS dapat kendurkan sedikit rasa egonya. DI SUNGAI PETANI juga demikian, jika puak ALI YAHYA dan puak yang bertelagah atau lebih mudah puak ALI berlapang dada maka mudahlah kerja UMNO di sana.

DIBALING kita percaya, jika AZEEZ RAHIM kuat bekerja dan berjaya dengan misi kemanusiaan diluar negara kenapa beliau tidak boleh melaksanakan misi kemenangan untuk UMNO/BN di Baling.

DI PADANG SERAI, isunya berkisar pada pertelingkahan kepada pemegang jawatan utama, pengikut masih semangat, pengikut tidak berdosa, lupakanlah sengketa, fokus hanya satu, MENANG.. MENANG.. MENANG dengan cukup bergaya. Pemimpin yang diatas cuba korbankan sedikit rasa ego, angkuh dan sombong.. bukannya rugi apa-apa pun.

Kasihanilah rakyat PADANG SERAI, selagi DI BAWAH pakatan rakyat TIDAK BANYAK PERKARA yang boleh diusahakan. Sempena AIDILADHA ini marilah kita lupakan sengketa, jika UMNO KALAH SEMUA SUSAH, JIKA UMNO MENANG, tak semua pun, pasti ada yang boleh menumpang senang.

PERCAYALAH, PERGOLAKAN dalam PAS Kedah dan PKR lebih teruk dan kini koyak rabak menanti rebah dan pecah. PERGADUHAN SESAMA MEREKA sudah mencapai ibarat 'BOM JANGKA'. Mereka bakal
tenggelam ibarat tenggelamnya TITANIC, NAMUN mereka pandai menyimpan kekalutan yang menimpa rumahtangga mereka. Namun akhirnya pasti terbongkar diketahui umum juga.

SAMA LAH DI SIK, peluang menang tetap ada, UMNO/BN dengan pimpinan yang ada cuma perlu KUKUH DAN MANTAPKAN BARISAN, maka yang tidak elok tinggalkan, perkara yang baik untuk rakyat dan penyokong kita gandakan.


SUSAH SANGATKAH UMNO/BN di kawasan KEDAH SELATAN nak merampas kembali semua kerusi yang telah tewas dalam PRU 2008 lalu?

Jawapannya TIDAK SUSAH, pisau ditangan anda selaku pemimpin dan ahli di kawasan KEDAH SELATAN, gunakanlah pisau itu untuk manfaat semua, bukan menikam dan mencucuk sehingga luka, berdarah lalu rebah sahabat, kawan, handai dan taulan.

Justeru sempena HARI RAYA QURBAN ini marilah kita semua berkorban dengan satu tujuan.. MATLAMATNYA MENANGKAN UMNO/BN KEDAH DI KAWASAN KEDAH SELATAN, dengan penuh gaya, penuh semangat muafakat dan penuh dengan semangat gerakerja yang menyala-nyala.

SELAMAT BERJAYA, ANDA SEMUA HARAPAN KAMI.

sumber: http://syburi-times.blogspot.com