SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

4 Mac 2010

04 March 2010
50 ringgit ke 50 juta kaa..Seandainya mereka bermasalah beginilah Jadinya...

Skendal Lompat RM50 juta : SPRM mesti siasat Najib dan Rosmah
Para Pemimpin PKR telah sepakat mendesak SPRM supaya menyiasat spekulasi panas bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah memberikan sepupunya kontrak Independent Power Plant sehingga mereka mampu membiayai pembelian pembelotan sekurang-kurangnya sepuluh wakil parlimen Pakatan Rakyat kepada UMNO -BN.

"Ini adalah tuduhan yang sangat serius yang melibatkan pimpinan tertinggi negara. Reputasi Malaysia telah begitu buruk digegarkan oleh perbicaraan sodomi Anwar dan kes Hock Beng Teoh, "kata Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Akin.

"Oleh kerana itu SPRM harus mengambil tindakan tidak hanya untuk memulihkan dirinya sendiri tapi untuk melindungi nama baik Malaysia yang tidak seberapa lagi adanya. Jangan biarkan Najib dan Rosmah jadikan negara kita sebagai bahan ketawa sekali lagi. Ingat apa yang terjadi pada penyiasat persendirian L Balasubramaniam dan pembunuhan Altantuya. Pihak berkuasa harus mempunyai keberanian untuk menyiasat secara bebas dan serta merta.”

Pendedahan RPK sekali lagi

Pada hari Rabu, sehari selepas parti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ,PKR digegar dengan siri pembelotan dari beberapa pemimpin PKR yang keras kepala, Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan bagaimana hal tersebut dilakukan.

" Adalah tepat sekali apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor adalah dalang disebalik gelombang terbaru pembelotan tersebut ," tulis Raja Petra dalam postingnya berjudul "Mengapa dua-pertiga sangat penting '.

"Orang di belakang yang mengeluarkan 'dana' untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang ialah Hamdan,sepupu Najib , yang diberi IPP Kudat sebagai 'wang lembu' untuk membiayai perbelanjaan tersebut

"Tentu saja, IPP Kudat datang dengan 'komisyen' RM50 juta. Dan RM50 juta ini akan digunakan sebagai umpan untuk memancing Anggota Parlimen pembangkang untuk menyeberang. "

Kisah rasuah tidak pernah berakhir

Sesungguhnya pendedahan Raja Petra ini adalah satu kejutan terbaru di Malaysia , dimana kisah rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak pernah berakhir. Di seluruh negera, rakyat terpegun betapa rasuah dan ketidakjujuran telah menjadi gaya hidup elit mereka yang berkuasa.

Lantaran rasa jijik dan kesal, seorang pemimpin veteran telah memaklumkan bahawa dia sendiri telah melihat bekas setiausaha agung PKR Salehuddin Hashim bertemu dengan Najib sebelum berlakunya siri pembelotan ini. Salehuddin secara terbuka dianggap sebagai ketua komplot pembelotan ini.

"Ini tidak boleh dibiarkan selamanya tanpa kawalan. Rakyat Malaysia harus ada pendirian dan menuntut perubahan serta merta bermula dengan SPRM. Mereka (SPRM) harus memenuhi kewajipan mereka untuk melindungi orang awam dan tidak pemimpin UMNO sahaja," kata pengarah strategik PKR Tian Chua’

Yang anda perlukan adalah wang

Setakat ini, dua ahli parlimen persekutuan - Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim dan Nibong Tebal, Tan Tee Beng - telah berjaya dipancing dengan umpan yang di campakan oleh Najib dan Rosmah. Dua lagi ahli parlimen yang bermasalah yang diramal akan mengikuti jejak setyerusnya - Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin dan Wangsa Maju Wee Choo Keong.

"Umpan ini sebenarnya adalah wang pembayar cukai yang membiayai semua pembelotan tersebut," kata Raja Petra. "Tan (Tee Beng) dari Pulau Pinang hanya dibayar RM2 juta. Jumlah ini adalah kecil, tetapi dia telah berhutang judi sampai ke biji matanaya dan penagih hutang dan along telah berkhemah di luar rumahnya membuatkan dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali menelan umpan tersebut.

”Masalah Wee Choo Keong adalah lebih rumit lagi. Ianya melibatkan dua perempuan simpanan dan satu yang baru saja melahirkan anak dan UMNO telah mengancam akan mendedahkan skandal ini. Beliau juga mempunyai masalah RM35 juta hutang dengan Ambank dan jika perkara ini boleh diselesaikan 'di luar mahkamah' maka Wee pasti akan menjadi seorang lagi Ahli Parlimen Bebas. "

BN perlukan 148 kerusi untuk mendapatkan dua pertiga majoriti. Dengan sokongan daripada tiga ahli bebas, ia akan sampai di sana dengan hanya lapan lagi pembelot. Dua pertiga majoriti bukan sekadar satu suntikan psikologi, tetapi juga diperlukan untuk memudahkan bagi rancangan untuk meluluskan perubahan kawasan pilihan raya yang akan bermula tahun depan.

"Apa yang diperlukan adalah wang dan Barisan Nasional akan mendapat semula kuasa dua pertiga majoriti di parlimen di mana perubahan kawasan sempadan pilihanraya akan dapat mereka lakukan mengikut selera mereka," Raja Petra memberikan amaran.

" Maka kalau begitu, tidak menjadi hal kalau pembangkang memenangi 60 peratus undian yang popular dalam pilihan raya nanti, kerana dengan dua pertiga majoriti , Barisan Nasional akan tetap berkuasa . / end

* http://alhusseyn51.blogspot.com