SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

24 Feb 2008

PARLIMEN & DUN LANGKAWI 1 LAWAN 1







Calun BA, sdr.Zubir Ahmad (PAS) Dun Ayer Hangat

gambar tengah, Wan Salleh Wan Isa , (PKR) Parlimen Langkawi

gambar kanan, Hasrul Muhaimin Hasbi, (PKR) Dun Kuah














Lapuran: ybmat

24hb.Feb. Kuah, Langkawi

Penamaan calun di Langkawi berjalan lancar, selesai diumumkan pada pukul 12.30 tengahari, Dengan pertandingan satu lawan satu di Parlimen Langkawi dimana Penyandang 2004 Datuk Abu Bakar Bin Taib dari BN dengan Wakil PKR Ketua Bahagian Wan Salleh Wan Isa. Dan DUN Kuah diwakili Oleh Hasrul Muhaimin Hasbi dari PKR dengan Datuk Nawawi Ahmad dari parti BN. Manakala di Dun Ayer Hangat diwkili Sdr.Zubir bin Ahmad dari PAS dan wakil dari BN Mohd. Rawi Bin Abd Hamid .


Dengan kemelut pergolakan dalam memilih calun dalam BN penyokong mereka yang hadir adalah terlalu sedikit lebihkurang 500 orang. Lebih memilukan tiada satu pun banner yang dibawa oleh penyokong BN. Bagi Penyokong BA satu kejutan telah berlaku dimana gabungan Keadilan dan Pas lebih 2,500 orang telah mengamatkan suasana hari penaman calun dengan teriakan Reformasi, reformasi....reformasi !!!












22 Feb 2008

CALUN BA DI PARLIMEN & DUN LANGKAWI !

KONVOI BERSAMA CALUN MENGELILINGI LANGKAWI
sambutan calun di jeti Kuah

CALUN BA DISAMBUT DI JETI POINT.









MENGUNDI BN MELETAKAN MALAYSIA DALAM BAHAYA!

Calon PRU 12 Pilihan Khairy?

Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, dipercayai mempengerusikan jawatankuasa penilai calon-calon Parlimen dan DUN bagi PRU12. Demikian menurut Datuk Kamal Amir dalam tulisan terbarunya di Malaysia Today 18 Februari 2008.Lain-lain anggota jawatankuasa tersebut, kata Kamal, adalah Datuk Panglima Anwar Zaini (Pengerusi Bernama), Datuk Shagul Hamid (Ketua Pengarah Biro Tata Negara), Datuk Kalimullah Hassan (Timbalan Pengerusi NST), Vincent Lim (Tingkat 4) dan Kamaluddin Abdullah (anak Perdana Menteri).Di bawah ini saya petik tulisan Kamal kerana kisah ini seolah-olah mengesahkan info rahsia yang dikirimkan kepada blog ini pada akhir 2006 yang kemudiannya saya terbitkan dalam siri The Toyol Code. Antara coretan Kamal yang amat menusuk jiwa adalah seperti berikut:Mana-mana (bakal) calon (dari kalangan penyandang dan muka baru) yang tidak mempunyai akses atau talian keakraban dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, lebih baik usah berangan menjadi calon (PRU12) meskipun musim pilihan raya ke-11 dahulu berjaya memperolehi kemenangan besar.Kayu PengukurPersoalan sama ada mereka telah berkhidmat dengan baik, kawasan yang diwakilinya pesat membangun, bakat kepimpinan mereka terserlah dan mereka disayangi oleh pengundi, bukan lagi menjadi kayu pengukur. Jauh sekali persoalan bersih atau kepimpinan berkualiti diutamakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Menurut seorang yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri, sejak jam 12.00 tengahari Isnin, 18 Februari 2008, sebaik sahaja senarai calon yang dibawa oleh Ketua Perhubungan Barisan Nasional negeri diserahkan kepada Datuk Tajuddin selaku Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, senarai itu telah dihantar kepada satu jawatankuasa penilai.Khabarnya, jawatankuasa penilai itu dipengerusikan oleh Khairy. Lain-lain anggotanya adalah Datuk Anwar Zaini, Datuk Shagul Hamid, Datuk Kalimullah Hassan, Vincent Lim dan Kamaluddin Abdullah.Meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya (BN Pusat), beliau dan setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa, tidak tersenarai untuk mengenal pasti serta meluluskan calon-calon yang bakal bertanding mewakili BN (dalam PRU12). Begitulah hebatnya menantu Perdana Menteri yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah menjelang tahun 2010.InsaflahUntuk itu, pimpinan peringkat Umno Bahagian di seluruh negara sedar dan insaflah bahawa persoalan bakat kepimpinan, kehebatan sebagai pemimpin ataupun (peribadi dan perilaku yang) bersih bukan lagi menjadi perkiraan. Apa yang penting, sejauh mana kesetiaan serta kesediaan anda merelakan Khairy menjadi Perdana Menteri di tahun 2010 sebagai kriteria terpenting. [Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3083/84/]Saya harap tulisan di atas tidak benar kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di era kepimpinan yang lalu. Mana mungkin Perdana Menteri atau Pengerusi BN menyerahkan tugas memuktamadkan senarai calon PRU kepada jawatankuasa yang majoriti anggotanya tidak mempunyai locus standi dalam kerajaan dan pengerusinya pula menantu beliau? Mana mungkin anak Perdana Menteri juga duduk sebagai seorang daripada ahli jawatankuasanya?Tetapi, bagaimana kalau tulisan Kamal seperti di atas adalah yang benar dan sebenar-benarnya? Tidakkah tindakan ini memberikan gambaran amat negatif kepada Abdullah? Adakah Abdullah menyedari hal ini? Atau, mungkinkah kewujudan jawatankuasa itu memang direstui oleh Abdullah?Dalam buku The Toyol Code [rujuk http://warung-buku.blogspot.com] saya paparkan maklumat bahawa sejak akhir 2006 wujud satu kelompok yang dikatakan diketuai oleh Khairy, bertanggungjawab menyediakan blueprint PRU12, termasuk menyenaraikan barisan calonnya.Konspirasi BesarKumpulan itu dikatakan dibantu oleh Patrick Lim dan pihak asing. Maklumat eksklusif itu dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang. Seluruh maklumat tersebut dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat (cd) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar. Konspirasi itu pula dijangka dilaksanakan menerusi PRU12.Konspirasi tersebut kononnya direstui oleh Abdullah dengan beberapa objektif termasuk memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12; memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12; serta merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi tersebut mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.Saya juga berharap apa yang diinfokan kepada blog ini adalah tidak benar. Tetapi, kata toyol terbabit, kalau ada pihak yang menafikannya, cd konspirasi itu akan diposkan ke internet. Dua salinan cd tersebut dipercayai telah dibocorkan (dijual oleh salah seorang anggota konspirasi yang tidak mahu mengkhianati negara) kepada dua orang besar di Malaysia.Oleh itu, kita tunggu dan lihat. Bagaimanapun saya terus berdoa ke hadrat Allah SWT semoga apa yang ditulis oleh Kamal dan apa yang dibocorkan oleh toyol kepada blog ini tidak akan jadi kenyataan! – Ruhanie Ahmad

UMNO KEDAH PULAK BERGOLAK

Ahli Umno berpiket bantah calon di Kedah
Azamin Amin Fri Feb 22, 08 10:58:44 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Umno Kedah mendapat kejutan besar semalam apabila dilaporkan ribuan ahli Umno berpiket di Sik, sebagai protes pada calon Parlimen Dato' Othman Desa.
-->
Bantahan juga ditujukan kepada calon Belantek, Tajuddin Abdullah kerana kedua-dua mereka didakwa bukan calonyang disetujui penyokong-penyokong Umno di sana.
Dari segi senarai calon Umno tidak berlaku berubahan besar kecuali memindahkan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin dari Merbok ke Sungai Petani manakala Dato' Mukriz Mahathir yang disebut-sebut akan ke Langkawi diletakkan di Jerlun.
Dengan itu, penyandang Ahli Parlimen pulau itu, Dato' Abu Bakar Taib akan bertahan lagi untuk kali keempat, menurut laman web Agendadaily.com.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom yang menjadi fokus umum tidak berapa lama dahulu kerana tohmahan kononnya beliau menerima RM5 juta untuk melepaskan beberapa orang tahanan, dikekalkan di Parlimennya, Kubang Pasu.
Menurut laman web terbabit kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pula, akan menjadi warisan keluarga kerana bekas Menteri Penerangan, Dato' Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan diganti oleh adiknya sendiri iaitu Dato' Aziz.
(Berita piket akan menyusul kemudian. Untuk maklumat lanjut tentang berita sensasi politik dan pilihan raya, dapatkan segera KEMPEN FOKUS KHAS yang dijual pada harga RM2.00 termasuk Kempen 1,2 dan 3 yang diedarkan percuma oleh pejabat PAS Kawasan.)

UMNO LANGKAWI PECAH DUA KEM

Gelora politik di Langkawi


Oleh Syed Azwan Syed Ali
Khamis, 21 Februari 2008
KL: Umno di Langkawi seolah-olah "bergelora" sejak seminggu lalu apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen di situ.
Persoalan siapa bakal menjadi calon tiba-tiba menjadi topik hangat apabila dua kumpulan kepimpinan pulau lagenda itu mengeluarkan kenyataan berbeza sama ada menyokong Mukhriz, 44, atau penyandang Datuk Paduka Abu Bakar Taib, 65. Satu pihak dilihat memihak kepada Mukhriz manakala satu lagi menolaknya dengan alasan beliau bukan anak tempatan seperti Abu Bakar yang telah berkhidmat di kawasan itu sejak 17 tahun lepas atau tiga penggal pilihan raya umum. Bagaimanapun, pemerhati politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat kemelut Umno Langkawi itu sebagai satu fenomena "politik personaliti" antara dua calon. "Saya lihat apa yang berlaku di Langkawi bukannya politik Umno tetapi politik personaliti. Ini terjadi berikutan konflik yang wujud rentetan daripada kritikan terbuka Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) suatu ketika dulu.
"Ia menjalar ke peringkat bawah dan diterjemahkan dalam penolakan Mukhriz tetapi dalam sudut lain, ia adalah perkembangan yang positif.
Dalam jangka panjang jika Mukhriz dicalonkan ia diharap dapat mewujudkan perdamaian antara Dr Mahathir dan Abdullah," kata Shamsul Amri yang juga Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik UKM kepada Bernama. Setiausaha Umno Bahagian Langkawi Mohd Saiful Mustafa, Isnin lepas, berkata Umno bahagian itu menolak Mukhriz kerana beliau bukan anak tempatan dan mendakwa 85 daripada 91 cawangan Umno mahu Abu Bakar dikekalkan. Bagaimanapun, Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat berkata 33 daripada 91 cawangan parti telah menandatangani kenyataan sokongan terhadap Mukhriz yang dilihat mampu membawa pembaharuan dan pembangunan kepada lebih 40,000 penduduk Langkawi. "Ini menunjukkan Mukhriz mendapat sambutan baik di Parlimen Langkawi," katanya pada sidang akhbar Rabu yang turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) antaranya pengerusi veteran Umno Langkawi Bakar Ahmad, Ketua MCA Langkawi Datuk Chew Liau Weng dan Ketua MIC Langkawi Manogaran Thopasamy. Ramai pemerhati politik tempatan berpendapat kedua-dua calon, Abu Bakar atau Mukhriz, mampu untuk memikul tanggungjawab menjadi wakil rakyat BN kerana keduaduanya mempunyai ciri-ciri kepimpinan mesra rakyat, rendah diri dan berwibawa dengan latar belakang yang berbeza.
Bakar dilihat sebagai pemimpin kelahiran tempatan yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang sebagai kakitangan kerajaan, manakala Mukhriz dikenali melalui peranan aktif beliau dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO), Aman Malaysia, selain merupakan ahli perniagaan berjaya. Terbaru, Muhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan NGO Pemuda Umno dan Penyelaras Aman Malaysia mengetuai pasukan misi kemanusiaan menghantar ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza pada minggu lepas. "Saya berpendapat kedua-dua pihak itu seharusnya mengutamakan sokongan kepada calon yang akan dipilih. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Ini bukan masanya nak bergaduh sesama sendiri atau mencari salah. "Kena fikir apa yang terbaik untuk Umno, BN dan pengundi. Namun yang pasti kata putus ada di tangan Pak Lah (Abdullah) selaku presiden parti. Apa yang penting sokong calon yang dipilih," kata Shamsul Amri. Abu Bakar yang menewaskan pencabarnya, Zubir Ahmad (PAs) dengan majoriti 10,772 undi dalam pilihan raya umum 2004 dilaporkan akhbar tempatan sebagai berkata beliau bersedia memberi laluan kepada Mukhriz.
"Kenyataan Abu Bakar yang akan akur kepada apa jua keputusan pucuk pimpinan itu sebenarnya satu "endorsement" yang kuat. Apa lagi yang nak dipersoalkan, kita tunggu dan lihat siapa yang dipilih," kata Shamsul Amri. Pemerhati politik menjangkakan Mukhriz tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memenangi kerusi parlimen itu jika dipilih berdasarkan legasi sumbangan bapanya yang merintis pembangunan di pulau legenda itu. Dr Mahathir yang pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor kira-kira 50 tahun lepas, bertekad untuk mengubah "Sumpah Mahsuri Tujuh Keturunan" menjadi pulau bebas cukai (status itu diperoleh pada 1987) dan pulau destinasi pelancongan bertaraf dunia. Dengan pekan Kuah sebagai pusat pentadbirannya, Langkawi yang terdiri daripada 104 gugusan pulau, mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayu dengan selebihnya adalah pengundi cina, India dan lain-lain.

Berita dipetik dari KLpos.com

15 Feb 2008

PROGRAM D.SERI ANWAR DILANGKAWI




14HB. FEB.2008
Lapuran : ybmat

Walaupun pelbagai halangan seperti poster-poster ceramah telah dikoyakan oleh Unit penguatkuasa Majlis Perbandaran Langkawi. Unit siaraya PKR Bahagian tetap tidak patah semangat untuk promosi Program ceramah Datuk seri Anwar Ibrahim. Dengan pembubaran Parlimen pada 13hb, adalah kebetulan dengan program yang diaturkan. Dengan isu-isu semasa dirasai oleh penduduk Langkawi seperti kenaikan kos hidup yang tinggi dan pendapatan yang tidak meningkat dan keperitan kehidupan seharian ini telah banyak perubahan berlaku terhadap sokongan kepada BA.

Lebih 10,000 hadiran yang hadir mendengar ceramah perdana dengan penceramah Sdr.Gobalakrisnan, Ustaz Nasaruddin Bin Mat Isa dan akhir sekali DatukSeri Anwar Ibrahim. Juga PKR Bahagian langkawi telah menerima kemasukan ahli baru berjumlah 1,357 orang semenjak 5 bulan terakhir ini. Borang keahlian tersebut telah disampaikan oleh ketua Bahagian Hj.Wan Salleh.

Sebelum itu sambutan di Airport Langkawi seramai lebih seribu penduduk langkawi hadir bagi menyambut Datuk Seri Anwar. Kemudian Konvoi motor besar dan kereta-kereta untuk ke lokasi ceramah kelompok di Kg.Kisap dengan penduduk kaum india. Sebelum DSAI tiba N.Gobalakrisnan telah menyampaikan ceramah dan DSAI tiba pukul 6.45 petang telah menerangkan tentang manifesto BA dan isu penindasan MIC terhadap kaum India.

Kemudian terus ke Pejabat PKR untuk perjumpaan dengan kaum cina, beliau tentang perkembangan ekonomi malaysia juga punca-punca kelembaban ekonomi semasa. Kemudian terus ke Kg.Ewa untuk ceramah kelompok dan merasmikan bilik Gerakan BA bagi daerah mengundi Kg.Ewa . Selepas itu ke ceramah Perdana Di Bilik Gerakan Pilihanraya BA Dun Air Hangat.












14 Feb 2008

LAWATAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KE LANGKAWI


14HB.FEB.2008
JADUAL LAWATAN
6.00PTG TIBA DI AIRPORT LANGKAWI
6.30 PTG. JUMPA KOMUNITI INDIA DIKISAP
7.20 TAZKIRAH DI MASJID BUKIT MALUT
9.00 MLM CERAMAH DI KG.EWA
10.00 CERAMAH PERDANA DI MARKAS PKR PDG.MATSIRAT