SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

15 Feb 2008

PROGRAM D.SERI ANWAR DILANGKAWI




14HB. FEB.2008
Lapuran : ybmat

Walaupun pelbagai halangan seperti poster-poster ceramah telah dikoyakan oleh Unit penguatkuasa Majlis Perbandaran Langkawi. Unit siaraya PKR Bahagian tetap tidak patah semangat untuk promosi Program ceramah Datuk seri Anwar Ibrahim. Dengan pembubaran Parlimen pada 13hb, adalah kebetulan dengan program yang diaturkan. Dengan isu-isu semasa dirasai oleh penduduk Langkawi seperti kenaikan kos hidup yang tinggi dan pendapatan yang tidak meningkat dan keperitan kehidupan seharian ini telah banyak perubahan berlaku terhadap sokongan kepada BA.

Lebih 10,000 hadiran yang hadir mendengar ceramah perdana dengan penceramah Sdr.Gobalakrisnan, Ustaz Nasaruddin Bin Mat Isa dan akhir sekali DatukSeri Anwar Ibrahim. Juga PKR Bahagian langkawi telah menerima kemasukan ahli baru berjumlah 1,357 orang semenjak 5 bulan terakhir ini. Borang keahlian tersebut telah disampaikan oleh ketua Bahagian Hj.Wan Salleh.

Sebelum itu sambutan di Airport Langkawi seramai lebih seribu penduduk langkawi hadir bagi menyambut Datuk Seri Anwar. Kemudian Konvoi motor besar dan kereta-kereta untuk ke lokasi ceramah kelompok di Kg.Kisap dengan penduduk kaum india. Sebelum DSAI tiba N.Gobalakrisnan telah menyampaikan ceramah dan DSAI tiba pukul 6.45 petang telah menerangkan tentang manifesto BA dan isu penindasan MIC terhadap kaum India.

Kemudian terus ke Pejabat PKR untuk perjumpaan dengan kaum cina, beliau tentang perkembangan ekonomi malaysia juga punca-punca kelembaban ekonomi semasa. Kemudian terus ke Kg.Ewa untuk ceramah kelompok dan merasmikan bilik Gerakan BA bagi daerah mengundi Kg.Ewa . Selepas itu ke ceramah Perdana Di Bilik Gerakan Pilihanraya BA Dun Air Hangat.