SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

22 Feb 2008

MENGUNDI BN MELETAKAN MALAYSIA DALAM BAHAYA!

Calon PRU 12 Pilihan Khairy?

Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, dipercayai mempengerusikan jawatankuasa penilai calon-calon Parlimen dan DUN bagi PRU12. Demikian menurut Datuk Kamal Amir dalam tulisan terbarunya di Malaysia Today 18 Februari 2008.Lain-lain anggota jawatankuasa tersebut, kata Kamal, adalah Datuk Panglima Anwar Zaini (Pengerusi Bernama), Datuk Shagul Hamid (Ketua Pengarah Biro Tata Negara), Datuk Kalimullah Hassan (Timbalan Pengerusi NST), Vincent Lim (Tingkat 4) dan Kamaluddin Abdullah (anak Perdana Menteri).Di bawah ini saya petik tulisan Kamal kerana kisah ini seolah-olah mengesahkan info rahsia yang dikirimkan kepada blog ini pada akhir 2006 yang kemudiannya saya terbitkan dalam siri The Toyol Code. Antara coretan Kamal yang amat menusuk jiwa adalah seperti berikut:Mana-mana (bakal) calon (dari kalangan penyandang dan muka baru) yang tidak mempunyai akses atau talian keakraban dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, lebih baik usah berangan menjadi calon (PRU12) meskipun musim pilihan raya ke-11 dahulu berjaya memperolehi kemenangan besar.Kayu PengukurPersoalan sama ada mereka telah berkhidmat dengan baik, kawasan yang diwakilinya pesat membangun, bakat kepimpinan mereka terserlah dan mereka disayangi oleh pengundi, bukan lagi menjadi kayu pengukur. Jauh sekali persoalan bersih atau kepimpinan berkualiti diutamakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Menurut seorang yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri, sejak jam 12.00 tengahari Isnin, 18 Februari 2008, sebaik sahaja senarai calon yang dibawa oleh Ketua Perhubungan Barisan Nasional negeri diserahkan kepada Datuk Tajuddin selaku Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, senarai itu telah dihantar kepada satu jawatankuasa penilai.Khabarnya, jawatankuasa penilai itu dipengerusikan oleh Khairy. Lain-lain anggotanya adalah Datuk Anwar Zaini, Datuk Shagul Hamid, Datuk Kalimullah Hassan, Vincent Lim dan Kamaluddin Abdullah.Meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya (BN Pusat), beliau dan setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa, tidak tersenarai untuk mengenal pasti serta meluluskan calon-calon yang bakal bertanding mewakili BN (dalam PRU12). Begitulah hebatnya menantu Perdana Menteri yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah menjelang tahun 2010.InsaflahUntuk itu, pimpinan peringkat Umno Bahagian di seluruh negara sedar dan insaflah bahawa persoalan bakat kepimpinan, kehebatan sebagai pemimpin ataupun (peribadi dan perilaku yang) bersih bukan lagi menjadi perkiraan. Apa yang penting, sejauh mana kesetiaan serta kesediaan anda merelakan Khairy menjadi Perdana Menteri di tahun 2010 sebagai kriteria terpenting. [Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3083/84/]Saya harap tulisan di atas tidak benar kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di era kepimpinan yang lalu. Mana mungkin Perdana Menteri atau Pengerusi BN menyerahkan tugas memuktamadkan senarai calon PRU kepada jawatankuasa yang majoriti anggotanya tidak mempunyai locus standi dalam kerajaan dan pengerusinya pula menantu beliau? Mana mungkin anak Perdana Menteri juga duduk sebagai seorang daripada ahli jawatankuasanya?Tetapi, bagaimana kalau tulisan Kamal seperti di atas adalah yang benar dan sebenar-benarnya? Tidakkah tindakan ini memberikan gambaran amat negatif kepada Abdullah? Adakah Abdullah menyedari hal ini? Atau, mungkinkah kewujudan jawatankuasa itu memang direstui oleh Abdullah?Dalam buku The Toyol Code [rujuk http://warung-buku.blogspot.com] saya paparkan maklumat bahawa sejak akhir 2006 wujud satu kelompok yang dikatakan diketuai oleh Khairy, bertanggungjawab menyediakan blueprint PRU12, termasuk menyenaraikan barisan calonnya.Konspirasi BesarKumpulan itu dikatakan dibantu oleh Patrick Lim dan pihak asing. Maklumat eksklusif itu dikirimkan oleh seorang toyol kepada blog kudakepang. Seluruh maklumat tersebut dipetik oleh toyol terbabit daripada satu cakera padat (cd) yang mengandungi blueprint satu konspirasi besar. Konspirasi itu pula dijangka dilaksanakan menerusi PRU12.Konspirasi tersebut kononnya direstui oleh Abdullah dengan beberapa objektif termasuk memastikan pucuk pimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini berjaya meneruskan kepimpinannya sesudah PRU12; memastikan seluruh agenda kuasa asing di Malaysia berjaya dicapai selepas PRU12; serta merintis dan mempercepatkan peluang seorang individu tertentu yang mengetuai konspirasi tersebut mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia menjelang usianya 40 tahun.Saya juga berharap apa yang diinfokan kepada blog ini adalah tidak benar. Tetapi, kata toyol terbabit, kalau ada pihak yang menafikannya, cd konspirasi itu akan diposkan ke internet. Dua salinan cd tersebut dipercayai telah dibocorkan (dijual oleh salah seorang anggota konspirasi yang tidak mahu mengkhianati negara) kepada dua orang besar di Malaysia.Oleh itu, kita tunggu dan lihat. Bagaimanapun saya terus berdoa ke hadrat Allah SWT semoga apa yang ditulis oleh Kamal dan apa yang dibocorkan oleh toyol kepada blog ini tidak akan jadi kenyataan! – Ruhanie Ahmad