SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

23 Feb 2009


DISKUSI II - MENCUIT DENYUT FIKIR UMNO
cyberboron, Sunday, February 22, 2009


Sesekali terasa ada benarnya kenyataan Dr. Mahathir tentang budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’ orang Melayu. Kata Che’ Det "Melayu mudah lupa". Mungkin boleh ditambah "Melayu lambat faham" dan "Melayu mudah terpedaya". Tambah lagi "Melayu mudah digula-gula" dan "Melayu mudah ditipu". Kenyataan ini barangkali 'keterlaluan' dan 'sensitif' bagi pejuang bangsa Melayu, namun inilah realiti rumusan awal yang layak dibuat jika kita mengkaji budaya fikir orang Melayu secara objektif.

Tulisan ini masih berkisar pada isu politik yang didepani oleh bangsa Melayu dan warga Malaysia seluruhnya. Politik Perak dan politik Malaysia yang sarat krisis lagi bercelaru. Krisis dan kecelaruan ini boleh berakhir sebaik saja UMNO dan Barisan Nasional turun takhta dan diganti oleh entiti politik yang baru. Setakat hari ini, pengganti yang ada hanya Pakatan Rakyat. Walau pun ada beberapa isu yang belum selesai seratus peratus di antara tiga parti utama dalam pakatan itu, namun itulah satu-satunya pilihan yang ada sekarang. Lapan belas tahun di Kelantan dan sebelas bulan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor layak menjadi bukti keupayaan Pakatan Rakyat menggalas tanggungjawab memimpin negara dan negeri-negeri.
Masalahnya ialah majoriti orang Melayu (kecuali di Kelantan)masih tidak dapat memahami perbezaan budaya, gagasan dan halatuju antara BN dan PR, antara UMNO dan PAS/PKR, antara MCA/Gerakan dan DAP. Paling kurang mereka menganggap sama saja antara mana-mana dua pihak yang dibandingkan. Lebih malang lagi, sebahagian besar orang Melayu masih percaya bahawa UMNO lebih baik daripada PAS atau PKR manakala MCA dan Gerakan lebih baik daripada DAP. Kesimpulannya BN lebih baik daripada PR. Inilah realiti ‘ingat’ dan ‘fikir’ majoriti orang Melayu.

Melayu acuan UMNO telah terbentuk sebagai golongan yang malas mengkaji, malas menyiasat, malas membaca dan malas belajar. Semua kemalasan itu boleh dirangkumkan menjadi satu frasa sahaja iaitu “malas menggunakan akal fikiran’. Apabila akal tidak berfungsi maka tiadalah fikir. Apabila tiada fikir maka tindakan hanya berlandas emosi, rasa dan nafsu. Jika hidup akal dan fikir, nescaya hilanglah UMNO. Jika mati akal dan fikir bergantikan emosi, rasa dan nafsu semata-mata maka hiduplah UMNO.
Penggerak perobahan wajib realistik dalam hal ini. UMNO memiliki kelebihan besar dalam persaingan menguasai minda dan jiwa orang Melayu dengan ketersendirian budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’nya itu. Saluran TV dan radio serta akhbar harian utama yang mereka kuasai sepenuhnya, sudah cukup kuat untuk mengekalkan kesetiaan orang Melayu kepada UMNO. Langkah dan gerak politik Pakatan Rakyat yang semurni mana pun, dapat diolah dengan sempurna menjadi busuk dan celaka. UMNO miliki lebih 50 tahun pengalaman memanipulasi media.
Operasi Pakatan Rakyat wajib mantap di peringkat akar umbi. Penerangan mesti sistematik. Organisasi, bahan, kaedah, penetapan sasaran, rangka kerja, analisis maklum-balas, susulan dan dokumentasi rekod mesti ada, jelas dan terlaksana.

Setiap patah perkataan UMNO di TV, radio atau akhbar segera disusuli dengan jawab, tangkis dan terang yang penuh bermaklumat, berfakta dan berangka. Pendekatan penuh hikmah dengan nilai keakraban, kasih dan hormat insyaAllah mampu menggoncangkan akal yang tepu dan jiwa yang kontang dalam diri Melayu acuan UMNO itu
Calon PKR: 18 tawar diri di Bkt Selambau
Abdul Rahim Sabri Feb 23, 09 1:32pm-malaysiakini.com

Seramai 18 calon telah menawarkan diri untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Selambau di Kedah pada 7 April depan.Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kesemua mereka Sabtu lalu.Berikutan itu, katanya, empat nama telah disenarai pendek untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata peluang PKR untuk mengekalkan kerusi tersebut adalah amat cerah ekoran wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen BN.Sebelum ini, Umno bahagian Merbok dilaporkan meminta kerusi tersebut dipulang kepada parti itu kerana tidak yakin dengan kemampuan MIC untuk memenanginya.Ditanya mengenai empat nama tersebut, Ahmad bagaimanapun enggan menyatakan identiti dan keturunan calon-calon tersebut kerana ia "cukup sulit".

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau awal bulan ini. Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, . Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krisnan yang mendapat 10,863 undi.Saiful tidak bertandingBeliau menewaskan calon BN dari MIC, S Krishnan, sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli atas sebab-sebab teknikal.Kali ini, terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.Mereka terdiri daripada 35,125 pengundi biasa, manakala 15 lagi adalah pemilih pos.

Ahmad juga ditanya mengenai ura-ura bahawa Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, akan bertanding semula dalam pilihanraya kecil kali ini.Setahunya, kata beliau, Saiful Izham tidak boleh bertanding ekoran tidak menghantar penyataan kewangan sewaktu bertanding di DUN tersebut dalam pilihanraya umum ke-12, Mac tahun lalu.PKR pusat akan umum"Pilihanraya akan datang, bolehlah (bertanding)" kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah.

Ditanya mengenai ciri-ciri calon yang dititikberatkan, beliau berkata, pihaknya mengambil kira dari sudut keperibadian calon, latar belakang pendidikan serta penglibatan dalam perjuangan parti serta kalis ugutan dan sogokan."Kita mementingkan ketelusan (calon) dan kebolehpercayaan dalam parti serta jaminan bahawa dia tidak akan lompat parti," katanya.Menurut Ahmad lagi, pihaknya sudah bersedia bertemu dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila-bila masa untuk menyerahkan nama calon-calon tersebut.Katanya, pengumuman nama calon bagi kerusi tersebut akan dibuat oleh PKR pusat bila tiba masanya.

4 Feb 2009







YB TAN WEI SHU RENJIS AIR MAWAR PENGANTIN SEMPENA KENDURI RAKYAT
Oleh Abd Wahab bin OsmanLANGKAWI 24 Januari -


Hampir 10 ribu orang tetamu menghadiri majlis perkahwinan Wan Salmi Farahana Wan Salleh, 24, di Dewan Kompleks Sukan LADA Langkawi baru-baru ini.Wan Salmi Farahana Wan Salleh merupakan puteri kepada Ketua Bahagian PKR Langkawi, Wan Salleh Wan Isa, bekas calon Ahli Parlimen Langkawi.yang bertanding pada PRU 2008.Pengantin perempuan yang melangsungkan perkahwinannya dengan Juruteknik Silterra di Kulim, Nor Azrin Husin, 27, adalah puteri ketiga daripada tujuh beradik dalam keluaraga Wan Salleh Wan Isa dan Sharifah Radziah Ahmad.

Beliau juga seorang pelajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di USM Pulau Pinang turut mengadakan kenduri di rumah mereka di Lorong 7, Taman Sri Aman, Kuah, Langkawi serta di sebelah malamnya di Dewan Hotel City Bayview, Kuah, Langkawi.Menurut Wan Salleh Wan Isa, beliau mengadakan Kenduri Rakyat dengan menjemput penduduk-penduduk seluruh Langkawi melalui pengedaran kad-kad jemputan, pengumuman di corong-corong radio dan di masjid-masjid sebelum solat Jumaat.


Beliau berkata, “Kenduri Rakyat ini disembelih 5 ekor lembu, ayam 1 tan, ikan 300 kilogram, buah-buahan 15 bakul dan 500 sukarelawan PKR dan PAS yang membantu secara gotong-royong,“Hampir 50 orang kanak-kanak turut menyumbang tenaga menjaga kebersihan di sekeliling dewan Kompleks dan membantu penyediaan hidangan serawa pisang dan ubi keledek.”


kata Wan Salleh Wan IsaKenamaan-kenamaan yang hadir ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Daud, seluruh pimpinan-pimpinan PKR peringkat tertinggi Negeri Kedah dan tokoh-tokoh masyarakat tempatan.Kedua-dua pengantin diarak menaiki pentas dewan Kompleks Sukan LADA dengan iringan Kumpulan Keluarga Angkatan Budi Mahsuri, Kota Mahsuri.


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) yang juga Adun Bakar Arang, YB Tan Wei Shu serta Adun Sidam, YB Tan Chow Kang diberi penghormatan merenjis air mawar kedua-dua mempelai yang bersanding di atas pelamin