DISKUSI II - MENCUIT DENYUT FIKIR UMNO
cyberboron, Sunday, February 22, 2009
Sesekali terasa ada benarnya kenyataan Dr. Mahathir tentang budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’ orang Melayu. Kata Che’ Det "Melayu mudah lupa". Mungkin boleh ditambah "Melayu lambat faham" dan "Melayu mudah terpedaya". Tambah lagi "Melayu mudah digula-gula" dan "Melayu mudah ditipu". Kenyataan ini barangkali 'keterlaluan' dan 'sensitif' bagi pejuang bangsa Melayu, namun inilah realiti rumusan awal yang layak dibuat jika kita mengkaji budaya fikir orang Melayu secara objektif.

Tulisan ini masih berkisar pada isu politik yang didepani oleh bangsa Melayu dan warga Malaysia seluruhnya. Politik Perak dan politik Malaysia yang sarat krisis lagi bercelaru. Krisis dan kecelaruan ini boleh berakhir sebaik saja UMNO dan Barisan Nasional turun takhta dan diganti oleh entiti politik yang baru. Setakat hari ini, pengganti yang ada hanya Pakatan Rakyat. Walau pun ada beberapa isu yang belum selesai seratus peratus di antara tiga parti utama dalam pakatan itu, namun itulah satu-satunya pilihan yang ada sekarang. Lapan belas tahun di Kelantan dan sebelas bulan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor layak menjadi bukti keupayaan Pakatan Rakyat menggalas tanggungjawab memimpin negara dan negeri-negeri.
Masalahnya ialah majoriti orang Melayu (kecuali di Kelantan)masih tidak dapat memahami perbezaan budaya, gagasan dan halatuju antara BN dan PR, antara UMNO dan PAS/PKR, antara MCA/Gerakan dan DAP. Paling kurang mereka menganggap sama saja antara mana-mana dua pihak yang dibandingkan. Lebih malang lagi, sebahagian besar orang Melayu masih percaya bahawa UMNO lebih baik daripada PAS atau PKR manakala MCA dan Gerakan lebih baik daripada DAP. Kesimpulannya BN lebih baik daripada PR. Inilah realiti ‘ingat’ dan ‘fikir’ majoriti orang Melayu.

Melayu acuan UMNO telah terbentuk sebagai golongan yang malas mengkaji, malas menyiasat, malas membaca dan malas belajar. Semua kemalasan itu boleh dirangkumkan menjadi satu frasa sahaja iaitu “malas menggunakan akal fikiran’. Apabila akal tidak berfungsi maka tiadalah fikir. Apabila tiada fikir maka tindakan hanya berlandas emosi, rasa dan nafsu. Jika hidup akal dan fikir, nescaya hilanglah UMNO. Jika mati akal dan fikir bergantikan emosi, rasa dan nafsu semata-mata maka hiduplah UMNO.
Penggerak perobahan wajib realistik dalam hal ini. UMNO memiliki kelebihan besar dalam persaingan menguasai minda dan jiwa orang Melayu dengan ketersendirian budaya ‘ingat’ dan ‘fikir’nya itu. Saluran TV dan radio serta akhbar harian utama yang mereka kuasai sepenuhnya, sudah cukup kuat untuk mengekalkan kesetiaan orang Melayu kepada UMNO. Langkah dan gerak politik Pakatan Rakyat yang semurni mana pun, dapat diolah dengan sempurna menjadi busuk dan celaka. UMNO miliki lebih 50 tahun pengalaman memanipulasi media.
Operasi Pakatan Rakyat wajib mantap di peringkat akar umbi. Penerangan mesti sistematik. Organisasi, bahan, kaedah, penetapan sasaran, rangka kerja, analisis maklum-balas, susulan dan dokumentasi rekod mesti ada, jelas dan terlaksana.

Setiap patah perkataan UMNO di TV, radio atau akhbar segera disusuli dengan jawab, tangkis dan terang yang penuh bermaklumat, berfakta dan berangka. Pendekatan penuh hikmah dengan nilai keakraban, kasih dan hormat insyaAllah mampu menggoncangkan akal yang tepu dan jiwa yang kontang dalam diri Melayu acuan UMNO itu