SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

4 Feb 2009







YB TAN WEI SHU RENJIS AIR MAWAR PENGANTIN SEMPENA KENDURI RAKYAT
Oleh Abd Wahab bin OsmanLANGKAWI 24 Januari -


Hampir 10 ribu orang tetamu menghadiri majlis perkahwinan Wan Salmi Farahana Wan Salleh, 24, di Dewan Kompleks Sukan LADA Langkawi baru-baru ini.Wan Salmi Farahana Wan Salleh merupakan puteri kepada Ketua Bahagian PKR Langkawi, Wan Salleh Wan Isa, bekas calon Ahli Parlimen Langkawi.yang bertanding pada PRU 2008.Pengantin perempuan yang melangsungkan perkahwinannya dengan Juruteknik Silterra di Kulim, Nor Azrin Husin, 27, adalah puteri ketiga daripada tujuh beradik dalam keluaraga Wan Salleh Wan Isa dan Sharifah Radziah Ahmad.

Beliau juga seorang pelajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di USM Pulau Pinang turut mengadakan kenduri di rumah mereka di Lorong 7, Taman Sri Aman, Kuah, Langkawi serta di sebelah malamnya di Dewan Hotel City Bayview, Kuah, Langkawi.Menurut Wan Salleh Wan Isa, beliau mengadakan Kenduri Rakyat dengan menjemput penduduk-penduduk seluruh Langkawi melalui pengedaran kad-kad jemputan, pengumuman di corong-corong radio dan di masjid-masjid sebelum solat Jumaat.


Beliau berkata, “Kenduri Rakyat ini disembelih 5 ekor lembu, ayam 1 tan, ikan 300 kilogram, buah-buahan 15 bakul dan 500 sukarelawan PKR dan PAS yang membantu secara gotong-royong,“Hampir 50 orang kanak-kanak turut menyumbang tenaga menjaga kebersihan di sekeliling dewan Kompleks dan membantu penyediaan hidangan serawa pisang dan ubi keledek.”


kata Wan Salleh Wan IsaKenamaan-kenamaan yang hadir ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Daud, seluruh pimpinan-pimpinan PKR peringkat tertinggi Negeri Kedah dan tokoh-tokoh masyarakat tempatan.Kedua-dua pengantin diarak menaiki pentas dewan Kompleks Sukan LADA dengan iringan Kumpulan Keluarga Angkatan Budi Mahsuri, Kota Mahsuri.


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) yang juga Adun Bakar Arang, YB Tan Wei Shu serta Adun Sidam, YB Tan Chow Kang diberi penghormatan merenjis air mawar kedua-dua mempelai yang bersanding di atas pelamin