Tindakan polis menahan 16 orang termasuk bekas tahanan ISA P.Uthayakumar sewaktu perarakan nyalaan lilin di ibu negara malam tadi dilihat sebagai mencemarkan imej polis itu sendiri.
Ketikdakadilan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa itu dapat dilihat dengan jelas apabila kumpulan yang membawa lilin ini terus ditahan malah turut dikasari sedangkan peristiwa mengheret kepada lembu di Seksyen 23, hanya dilihat dan dibiarkan begitu sahaja, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali.
" Menunjukkan mereka ini bertindak dengan cara yang tidak adil. Kita tahu sebelum daripada ini, bila ada perarakan dan kemudiannya meletakkan kepala lembu, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis. Mereka misalnya tidak bertindak kepada perarakan dan tidak bertindak kepada mereka yang membawa kepala lembu itu" katanya kepada TV Antara.
Pada kejadian menjelang kemerdekaan itu apatah lagi pada bulan Ramadhan, kira-kira 50 orang penduduk yang mendakwa diri mereka penduduk seksyen 23 shah Alam telah mengadakan satu tunjuk perasaan dengan menyeret kepala lembu yang masih berdarah di hadapan Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri selangor.
Bukan sahaja membawa kepala binatang yang dianggap suci dalam agama Hindu itu, malah mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat beserta sepanduk mengutuk pemimpin Selangor.
Walau bagaimanapun, polis yang berada di tempat kejadian langsung tidak melakukan sebarang tindakan apatah lagi menahan mereka.
Tindakan kumpulan itu seolah-olah "direstui" pihak polis walhal sentimen perkauman boleh wujud akibat dari menggunakan kepala lembu.
Manakala perarakan nyalaan lilin malam tadi yang berlangsung secara aman dengan membawa bunga mawar dan nyanyian lagu meminta masyarakat Malaysia saling hormat-menghormati, disuraikan polis dengan kekasaran dan tangkapan pula.
" Alasan yang diberikan oleh menteri, ialah kerana golongan mereka kecil, tidak nampak seperti mengancam, dan dia faham kenapa mereka berbuat demikian, itu alasan yang mula-mula diberikan oleh menteri, tapi misalnya mengambil tindakan menangkap golongan hindraf ini. Mereka pun tak ramai, mereka tidak berarak, mereka hanya memegang lilin, jadi mengapa lain cara tindakannya?" tambahnya lagi.
Lantaran itu kata Syed Hussin, jangan marah jika rakyat membuat kesimpulan sendiri terhadap organisasi yang sepatutnya menjaga keamanan negara itu.
" Itu sebabnya timbul tuduhan bahawa pihak polis misalnya berpihak atas dasar kaum. Dan misalnya bila ada tanggapan yang seperti ini, ada persepsi seperti ini, ini akan memburukkan imej polis itu sendiri. Nampaknya sekarang rakyat tidak percaya pada polis kerana mereka sendiri. Tindakan yang tidak adil, tindakan yang korup dan sebagainya