SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

22 Mac 2011

Keluar parti untuk jadi ketua kampung – Azan Ismail

PAHANG: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan seorang daripada pimpinan cabang yang keluar parti, baru-baru ini, ditawar jawatan ketua kampung jika keluar parti.
Malah, beliau berkata, pemimpin cabang itu ada memaklumkannya sebelum keluar parti kerana berminat dengan jawatan berkenaan.
“Dia ada berjumpa dengan saya sendiri untuk memberitahu tawaran itu sebelum pilihan raya kecil (PRK) di DUN Kerdau baru-baru ini. Saya menasihati beliau, takut nanti ditipu semata-mata muslihat memenangi PRK.
“Apapun, saya simpati terhadap BN kerana sanggup menawarkan jawatan untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Azan turut menafikan laporan media arus perdana, kononnya 600 ahli KEADILAN keluar parti.
“Laporan itu tidak benar sama sekali kerana hanya tiga orang sahaja yang keluar, tetapi selebihnya golongan remaja yang sengaja diada-adakan cerita.
“Sebanyak enam bas digunakan untuk mengangkut kononnya ahli keluar parti tapi sebenarnya golongan remaja yang dibayar RM50 setiap orang,” katanya.
Beliau menganggap, semakin banyak perbuatan seumpama itu dilakukan Umno Barisan Nasional (BN), semakin mudah rakyat mengesan taktik kotor parti pemerintah berkenaan.
“Umno sendiri tidak ada teknik canggih untuk mengubah senario politik, sebaliknya memilih kaedah memalukan itu,” katanya, sinis.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9458

21 Mac 2011

1Malaysia dah Gila Cerita Pasai "KONGKEK" dari budak sekolah sampai ke pemimpin negara..!!

1Malaysia dah Gila Cerita Pasai "KONGKEK" dari budak sekolah sampai ke pemimpin negara..!!
Video Lucah dan Kelab Anti Demokrasi Malaysia

PAGI ini saya baru melancarkan kelab anti politik demokrasi Malaysia di Facebooks. Tujuannya untuk selidik sejauh mana rakan Fb saya bersetuju dengan saya mengenai politik demokrasi negara ini.

Pada saya politik kita sudah sampai ke peringkat di luar nilai ketamdunan sebenarnya. Tindak tanduk manusia dalam politik untuk mendapatkan kuasa akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.

Tidak kira apakah tindak itu bermoral atau tidak, tidak dipedulikan. Asalkan di situ ada keuntungan dan kepuasan. Dan penting dapat imbuhan dan upah. Nampak sangat sesetengah isu dilakukan untuk kepentingan perut. Pendedahan dan pembongkaran dibuat bukan untuk dijadikan iktibar lagi tetapi memburukkan seseorang secara melampau tanpa mendapat kebaikan darinya.

Apa dinamakan hikmah sudah pun hilang dari pertimbangan kemanusiaan mereka. Saya rasa politik haiwan lebih baik dari politik orang negara ini. Haiwan walaupun tidak ada peraturan tetapi masih patuh kepada peraturan dan tabiat semula jadi mereka. Haiwan masih menjaga batas-batas susila mereka sebagai haiwan.

Ambil saja kambing, seekor kambing jantan tidak akan mengoda kambing betina yang mengandung. Dia akan tinggalkan si betina bila ia sudah mengandung. Demikian juga dengan kucing, kalau sijantan sudah tahu betina mengandung ia akan tinggalkan.

Betapa banyak kucing jantan menunggu untuk mengawani seekor kucing betina , mereka tidak akan berebut. Mereka akan buat Q-up lepas satu-satu. Mereka sabar menanti dan tidak menggunakan kekerasan.

Berlainan dengan manusia politik, mereka hilang pertimbangan. Kawan akan dikhianati, janji akan dimungkiri. Segala kebusukan orang juga akan didedahkan semahu-mahaunya walaupun mungkin asalnya mereka bersahabat baik atau sama-sama melakukan kebejatan.

Jadi saya ingin menyelidik sejauh mana kawan Fb saya bersetuju dan melihat berapa kotornya politik yang diamalkan di negara ini.

Dan serentak dengan saya melancarkan kelab berkenaan tersibar satu berita yang tidak enak didengar yang didedahkan hari ini. Seorang manusia yang menamakan diri mereka sebagai datuk T telah panggil wartawan mendedahkan video lucah di Carcosa Seri Negara?

Dengan pendedahan ini ia boleh dijadikan satu lagi bahan untuk menilai jenis politik negara ini.

Menjadi persoalan saya kenapa ianya didedah di Carcosa Seri Negara, itu rumah kerajaan. Bila ia didedahkan disitu maka nampak siapa yang terlibat. Ia seperti direstui sendiri oleh pihak kerajaan. Sebuah rumah bersejarah seperti itu rasanya tidak layak untuk dijadikan tempat menayangkan video lucah.

Tidak tahu siapa watak dalam video berkenaan. Tetapi kini sudah tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Walaupun tidak jelas namun kecederongan untuk menyatakan watak dalam video lucah itu adalah Anwar.

Di sini saya tidak menolak kenyataan ke atas video itu kalau ia berlaku. Ia mungkin Anwar mungkin juga Najib atau mungkin juga Muhyiddin? Kita boleh beranggapan demikian selagi ianya tidak didedahkan secara jelas. Hari ini dunia IT sungguh canggih dan mengatasi pemikiran biasa manusia. Boleh jadi watak dalam video itu adalah super impose? Mana tahu?

Apakah selepas ini ada satu lagi pendakwaan yang hanya berdasarkan video berkenaan? Dan saksinya orang yang menyediakan video berkenaan? Di Malaysia segala-galanya boleh jadi.

Apa yang saya nampak video berkenaan adalah untuk dijadikan umpan pada pilihan raya Sarawak. Ia akan disebarkan seluasnya di sana. Mungkin pada masa ini cd video berkenaan sudah pun diproses jutaan keping untuk dihantar ke Sarawak. Maka selepas ini akan terbeliaklah orang Sarawak menyaksinya nanti.

Rakan Fb saya yang belum menyatakan sokongan mungkin boleh mengambil kes video ini sebagai bahan baru untuk dijadikan iktibar serta membenarkan apa yang kita lakukan, tolak keserabutan dan kebejatan politik. [ttdi. 4:20 pm 21/03/11]

Mohd Sayuti Omar,

8 Mac 2011

Racun tengkorak Zul Nordin

Racun tengkorak Zul Nordin
Utusan Meloya - Pas harus kaji balik kerjasama DAP

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 7 Mac - Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas.Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.

''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh.''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas.''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.
Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam memang sudah dapat dijangka.
Namun, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, apa yang menarik adalah BN dapat menambah undi yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

''Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.''Selain itu, penentangan orang Melayu terhadap Pas adalah kerana pengaruh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dilihat mempergunakan Pas untuk kepentingan politiknya," tegasnya.

Sharpshooter - Ini dinamakan cubaan menyuntik racun tengkorak kepada pemimpin PAS dan ahli PAS mudah-mudahan ada yang termakan dengan jarum pecah belah Pakatan Rakyat.

Memang ada segelintir pemimpin PAS dan ahli PAS yang sudah termakan dengan racun tengkorak malaun zul noordin ini.

PAS terus diasak punca kekalahan prk adalah kerana PAS bersekongkol dan cium mulut dengan DAP. DAP pula dikatakan parti komunis Cina kerana mungkin zul noordin menganggap mca dan gerakan itu keturunan jawa agaknya.

Sejarah wajib diambil iktibar, sewaktu PAS bersendirian, PAS hilang deposit di Melaka, Johor dan lain-lain tempat lagi. Tahun 1986, PAS hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiada negeri PAS perintah hinggalah berlaku krisis umno tahun 1987 antara mahathir dan tengku razaleigh hingga munculnya parti Semangat 46 dan kerana PAS bergabung dengan Semangat 46 lah akhirnya PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990.

umno memang mahu PAS kembali sendirian seperti tahun 1986 barulah hati mereka puas dan ketika itu percayalah isu Kerajaan Perpaduan sudah tiada lagi jika PAS kalah teruk kerana bersendirian.

Jangan gundah gulana bila tewas dalam prk Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. Inilah masa sepatutnya kita lebih kuatkan ukhuwah Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi pemimpin seperti Azmin Ali yang buat kenyataan yang boleh merosakkan ikatan Pakatan Rakyat. Kalau pemimpin lain buat kenyataan seperti Azmin, sah akan dicop sebagai 'Trojen Horse" dalam Keadilan tetapi tak mengapalah sebab Azmin....syyyy.. diam Azmin dah mai...
Ayuh....buang yang keruh...ambil yang jernih..kuatkan semangat ukhuwah dalam Pakatan Rakyat, kembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.


dari blog: sharpshooter

2 penarik kereta dipenjara 6 bulan

2 penarik kereta dipenjara 6 bulan
07/03/2011 3:16pm

ALOR SETAR - Dua orang penarik kereta masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah pada 2007.

Rusmadi Hamid, 39, dan Muhammad Zahir Jantan, 27, kedua-duanya dari Langkawi juga dikenakan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.

Hakim Mohd Sabri Ismail ketika membacakan keputusannya berkata, pegawai pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan pihak pembelaan yang mewakili Muhammad Zahir gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Rusmadi tidak diwakili peguam. - Bernama