2 penarik kereta dipenjara 6 bulan
07/03/2011 3:16pm
ALOR SETAR - Dua orang penarik kereta masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah pada 2007.
Rusmadi Hamid, 39, dan Muhammad Zahir Jantan, 27, kedua-duanya dari Langkawi juga dikenakan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.
Hakim Mohd Sabri Ismail ketika membacakan keputusannya berkata, pegawai pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan pihak pembelaan yang mewakili Muhammad Zahir gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Rusmadi tidak diwakili peguam. - Bernama