SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

8 Mac 2011

Racun tengkorak Zul Nordin

Racun tengkorak Zul Nordin
Utusan Meloya - Pas harus kaji balik kerjasama DAP

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 7 Mac - Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas.Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.

''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh.''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas.''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.
Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam memang sudah dapat dijangka.
Namun, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, apa yang menarik adalah BN dapat menambah undi yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

''Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.''Selain itu, penentangan orang Melayu terhadap Pas adalah kerana pengaruh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dilihat mempergunakan Pas untuk kepentingan politiknya," tegasnya.

Sharpshooter - Ini dinamakan cubaan menyuntik racun tengkorak kepada pemimpin PAS dan ahli PAS mudah-mudahan ada yang termakan dengan jarum pecah belah Pakatan Rakyat.

Memang ada segelintir pemimpin PAS dan ahli PAS yang sudah termakan dengan racun tengkorak malaun zul noordin ini.

PAS terus diasak punca kekalahan prk adalah kerana PAS bersekongkol dan cium mulut dengan DAP. DAP pula dikatakan parti komunis Cina kerana mungkin zul noordin menganggap mca dan gerakan itu keturunan jawa agaknya.

Sejarah wajib diambil iktibar, sewaktu PAS bersendirian, PAS hilang deposit di Melaka, Johor dan lain-lain tempat lagi. Tahun 1986, PAS hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiada negeri PAS perintah hinggalah berlaku krisis umno tahun 1987 antara mahathir dan tengku razaleigh hingga munculnya parti Semangat 46 dan kerana PAS bergabung dengan Semangat 46 lah akhirnya PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990.

umno memang mahu PAS kembali sendirian seperti tahun 1986 barulah hati mereka puas dan ketika itu percayalah isu Kerajaan Perpaduan sudah tiada lagi jika PAS kalah teruk kerana bersendirian.

Jangan gundah gulana bila tewas dalam prk Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. Inilah masa sepatutnya kita lebih kuatkan ukhuwah Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi pemimpin seperti Azmin Ali yang buat kenyataan yang boleh merosakkan ikatan Pakatan Rakyat. Kalau pemimpin lain buat kenyataan seperti Azmin, sah akan dicop sebagai 'Trojen Horse" dalam Keadilan tetapi tak mengapalah sebab Azmin....syyyy.. diam Azmin dah mai...
Ayuh....buang yang keruh...ambil yang jernih..kuatkan semangat ukhuwah dalam Pakatan Rakyat, kembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.


dari blog: sharpshooter