SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

25 Mei 2008

25 May 2008

Nelayan Kedah Bakal Dilindungi Skim Insuran


SUNGAI PETANI, 25 Mei (Bernama) -- Seramai 8,000 nelayan di Kedah akan menjadi kumpulan nelayan pertama di negara ini yang dilindungi skim insuran bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.Kesemua mereka, yang merupakan anggota Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), akan mendapat manfaat perlindungan kecederaan dan kematian, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan NEKAD di sini Sabtu malam.

Butiran terperinci perlindungan insurans itu bagaimanapun masih dibincangkan, katanya.Terdahulu, Mustapa semasa berucap berkata berbagai usaha akan dilakukan kerajaan bagi membantu masyarakat nelayan meningkatkan pendapatan mereka termasuk menumpukan kepada usaha ternakan ikan air tawar secara besar-besaran."Pencerobohan nelayan luar di kawasan tangkapan nelayan tempatan juga satu ancaman kepada nelayan tempatan dan pendekataan baru seperti memperkenalkan ternakan ikan air tawar melalui ternakan ladang darat akan dipertingkatkan di kawasan yang sesuai", katanya.Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata masalah kekurangan beras di negara ini akan berakhir sebelum hujung bulan ini apabila bekalan beras dari Thailand tiba.-- BERNAMA
:: Ada Lagi ::