Kita dan mereka…apa bezanya?
Posted by matsamankati
January 7, 2009
Bila aku ke Kuala, aku selalu lepak kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Chandan.
Lebih kurang dua minggu dulu, ramai la orang kampung yang datang minta bantuan sekolah. Ada yang nak bayar yuran, baju sekolah anak belum beli, macam-macam.
Mau tak mau, Penyelia DUN kena cari sponsor untuk bagi bantuan ini. Kalau takat sorang berdua boleh tahan juga. Tapi kalau dah sampai berpuluh..mana nak cari duit? Dan bila bagi tau sepuluh orang akan dapat bantuan, lagi dua puluh datang mintak. Tak garu kepala dibuatnya?
Lepas tu, bila dibuka permohonan untuk mendapatkan bantuan…ada kontraktor yang pakai Mercedes pun datang mintak bantuan kesekolah yang bernilai RM100.00! Ada akai ka? Tu pun nasib baik kita kenai, boleh jugak kita potong nama dia…kalau tak kenai?
Cari punya cari, dapatlah sponsor. Nasib baik WIRDA Perak sedia bantu Selesai masaalah. Tapi tak jugak!
Semalam ada sorang lagi perempuan datang mintak bantuan. Laki dia dah lari dengan perempuan lain. Tinggal dia dengan lima anak yang masih bersekolah. yang tua nak masuk Politeknik, dua disekolah menengah, dua lagi disekolah rendah. Menangis merayu, barang kemas dah habis kena gadai.
Tapi macam mana nama dia tak termasuk dalam senarai penerima bantuan yang dah diberi? Bila tanya kenai ka Ketua Kampung? Dia kata kenai..tapi tak pernah bercakap dengan dia.Bila tanya Ketua Kampung lama, dia pun kata kenai..tapi sombong. Bila aku tanya, pernah tak tengok muka aku kat ceramah..dia kata dia tak pernah pergi tengok ceramah.
Apa moral of the story?
Masa Umno dulu, bila ada bantuan, ada projek, ada peruntukan…depa bagi kat kaum kerabat depa. Yang lain melopong. Bila kita memerintah..kita pun macam tu..bila ada bantuan…kita pilih mana yang kenai dengan kita saja. Yang kita tak kenai…lantak la.
Tu pasai dari dulu aku suruh Ketua Kampung dapatkan maklumat penduduk kampung. kenali semua penduduk kampung..tak kira apa fahaman politik depa, supaya bila ada bantuan yang kita boleh bagi…kita boleh bagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Bukan takat tengok keliling kita saja.