SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

7 Jan 2009

MB Kedah - PERCEPATKAN PROSES TANAH

Perhimpunan Bulanan (Januari 2009)
TINGKATKAN PRESTASI KERJA.
Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR,

5 Januari: Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru kakitangan kerajaan negeri ini supaya membuat perancangan yang sempurna dalam urusan pentadbiran agar setiap urusan diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan.

Beliau mengambil contoh, proses menyelesaikan masalah tanah di Thailand hanya mengambil masa selama dua hari sahaja.

Bagaimanapun, katanya, proses menyelesaikan tanah di negeri Kedah jauh lebih baik berbanding negeri lain kerana mengambil masa selama 30 hari sahaja, sedangkan di negeri lain ia mengambil masa selama 140 hari.“Dalam hal ini, kita perlulah mempunyai perancangan yang sempurna dan pentadbiran perlulah dipercepatkan agar setiap tugas yang diberikan itu berjalan dengan baik,” jelasnya.

berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Wisma Darul Aman di pekarangan Wisma Darul Aman, di sini.Sementara itu, dalam isu yang lain beliau turut mengingatkan agar keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaik mungkin agar kehidupan yang dilalui itu berada dalam keadaan selamat.

Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin atas kezaliman rejim Israel perlu dijadikan pengajaran dan iktibar kepada rakyat di negeri ini untuk terus memelihara keamanan dan kemakmuran agar ianya tidak disalahgunakan.Sebagai rakyat, katanya, kita perlu menginsafi atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin atas penindasan dan kekejaman rejim Israel.“Kita sebagai manusia perlu mempunyai dua sifat iaitu simpati kita kepada golongan yang lemah seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak di samping bersyukur kepada Allah S.W.T kerana negara kita