SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

4 Dis 2009

Agen Israel Kuasai Putrajaya? [2/3]
Dec 2nd, 2009 | By Admin | Category: Hasmi Hashim, Penulis Tamu, Rencana

OLEH Hasmi Hashim

AGEN ISRAEL DI PUTRAJAYA

Rakyat Malaysia sentiasa sensitif dengan nama “Yahudi”; meski kita juga diingatkan terutama kalangan muslim bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pernah memberi penghormatan kepada mayat seorang Yahudi yang diusung untuk dikebumikan, yang dibawa lalu di hadapan baginda. Namun itu bukan alasan sama sekali untuk membayar seorang yang jelas di dalam Amerika sendiri dicemoh sebagai tidak beretika dan tidak profesional; di samping dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan rangkaian Zionis-Israel.

Melalui rangkaian dalaman Amerika yang ada pada APCO, Najib antara lain segera dapat bercakap melalui telefon dengan presiden baru Amerika, Barack Obama. Kita masih ingat bagaimana berita kononnya Obama menyanjung hubungan dengan Najib dimainkan di muka hadapan akhbar perdana di sini.

Memang kita sukar menerima dengan gaya konfrantasi dan angkuh, bengis sepertimana di era Dr Mahathir. Dalam masa yang sama, kita juga tidak dapat menerima kaedah “jalan singkat” ala-Najib yang menggunakan sesiapa sahaja, termasuk syarikat Yahudi itu untuk membina hubungannya dengan Amerika Syarikat. PM Malaysia ini barangkali percaya, dengan duit dia boleh membeli dan memiliki segala-galanya…

Di dalam Amerika sendiri, sering ada debat apabila ada pihak yang tidak disenangi kerana condong kepada politik tertutup dan kuku besi. APCO antaranya. APCO, yang menciptakan “1Malaysia”, menerima kecaman hebat dan dianggap sebagai “penipu profesional” apabila turut terlibat dengan rejim diktator di Khazakhtan di bawah diktator Nursultan Nazarbayev yang melantik dirinya sendiri sebagai presiden seumur hidup. APCO juga mendapat bayaran daripada rejim kuku besi Stalinist Turkmenistan yang berjumlah sekitar RM1.8 juta. Nah! Bayaran yang dikurniakan Najib adalah 20 kali ganda daripada apa yang APCO perolehi di Turkmenistan.

Malah kecaman di kalangan aktivis, penulis, ahli politik dan intelektual Amerika terhadap APCO juga melewati nama-nama negara lain yang menjalinkan hubungan dengan syarikat Yahudi itu. Selain Malaysia, APCO juga menjadi penasihat seperti kepada kerajaan Singapura, Israel dan Poland. Kesemuanya mempunyai rekod demokrasi yang cemar.

Rekod APCO bertambah buruk apabila pada Disember tahun sudah, salah seorang pengarahnya, Niel M Cohan, dihadapkan dengan pertuduhan kelas ketiga dan keempat kerana memiliki, menerbitkan semula dan mengedar bahan lucah kanak-kanak.

Najib nampaknya tidak peduli semua itu. Dia bukan sekedar tidak peduli dengan sentimen dalam negara, malah lebih menggerunkan, secara tidak langsung Malaysia kini mula ‘menjalin’ hubungan terus dengan Israel ~ satu-satunya negara di dunia yang sesungguhnya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

TIDAK KEPADA ISRAEL

Kita sama sekali tidak dapat menerima bagaimana rejim Zionis-Yahudi-Israel merampas tanah dan wilayah Palestin. Kita tidak boleh menerima sama sekali bagaimana rejim itu secara terang-terangan dan terus-terusan melakukan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Bumi dan wilayah Palestin tidak pernah ditetapkan hanya untuk satu penganut agama. Bahagian sejarah tua di Palestin bagaimana tiga agama utama (Islam, Kristian dan Yahudi) pernah hidup bersama di sana, dengan keyakinan bahawa tanah itu sebagai “tanah suci tiga agama”.

Penubuhan negara Israel sesungguhnya gagal, untuk sebuah negara-bangsa Yahudi. Hari ini, populasi orang Islam dan Kristian juga semakin bertambah di dalam Israel itu sendiri.

Maknanya, Israel mahukan kuasa dan kuasa hanya boleh diperolehi andai mereka mempunyai “negara” mereka sendiri; dengan adanya negara, maka “Yahudi” itu ada.

Penentangan pecinta kedamaian dan keadilan di Malaysia, terhadap Zionis-Israel tak pernah luput. Selain suara mahasiswa, ulamak, ahli politik yang membantah dan mencemoh tanpa henti, pada pertengahan 1980-an dahulu, kita selalu ingat bagaimana perih-getir (allahyarham) Abdul Razak Ahmad pernah mahu menggadaikan nyawanya berbaring di landasan keretapi di Johor kalau kerajaan Malaysia membenarkan pasukan kriket Israel menjejakkan kaki di bumi Malaysia; masuk melalui Singapura.

bersambung…

Agen Israel Kuasai Putrajaya? [1/3]