SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

25 Dis 2010

Kerajaan BN lantik swasta rompak poket Rakyat dengan sehelai kertas!

Selagi BN mencengkam kuasa, mereka tidak akan berhenti mencipta pelbagai 'lubuk emas' yang membolehkan mereka mengaut kekayaan mudah sebanyak yang boleh. Setelah segala hasil mahsul perut bumi difaraidkan kepada para kroni, kini mereka mencipta kaedah 'merompak poket rakyat'. Ini memang betul-betul rompakan di siang hari kerana tiada perkhidmatan yang diberikan kepada Rakyat melainkan sehelai kertas yang perlu dibayar dengan harga ratusan ringgit sekeping!

Tugas penguatkuasaan yang selama ini dijalankan oleh pihak JPJ dan Polis Trafik kini hendak ditambah dengan melibatkan pihak swasta. Apabila melibatkan swasta, ia lebih menjurus kepada matlamat meraih kekayaan dan keuntungan dan tidak lagi berkonsep kepada mendidik masyarakat. (video di akhir artikel)


Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

NONE"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

NONE"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.

"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.

"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.