Pada tahun 1987, berlaku perselisihan diantara Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Tengku Razaleigh merasa dianiaya kerana beliau sepatutnya menang dalam pertandingan merebut Presiden Umno menentang Mahathir. Pada kiraan awal, Tengku Razaleigh mendahului Mahathir..tetapi tiba-tiba bekalan elektrik di PWTC terputus. Dan apabila kiraan disambung semula selepas bekalan elektrik kembali pulih, Mahathir menang dengan majority 43 undi.
Pada masa itu..Anwar berada dalam team Mahathir dan apabila Tengku Razaleigh menuduh Mahahthir menipu, maka Tengku Razaleigh juga menuduh Anwar bersubahat. Maka berlakulah pertembungan diantara team Tengku Razaleigh dengan Team Mahathir. Rais Yatim menjadi orang kanan Ku Li dan Anwar menjadi orang kanan Mahathir.
Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 dan mendapat banyak sokongan…termasuk dari Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Ku Li juga mendapat sokongan Pas dan DAP.
Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan kemudiannya menubuhkan barisan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Rakyat. Kedudukan Semangat 46 sama macam Keadilan diawal penubuhan Barisan Alternatif. Pas dan DAP tak boleh bersemuka, lantas Ku Li menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dengan Pas dan Barisan Rakyat dengan DAP dan kemudian disertai oleh PBS di Sabah.
Empat parti bergabung untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional tetapi Barisan Rakyat hanya mampu menawan Kelantan dan Sabah dalam PRU 1990. DAP hanya berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang. Lim Chong Eu tewas ditangan Kit Siang, dan Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.
Umno sepatutnya berhak melantik Ketua Menteri dari Umno sebab Umno memenangi jumlah kerusi yang lebih dari Gerakan tapi Melayu Umno masa tu memberikan kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Tak timbul soal Melayu jual maruah…tak timbul soal hak Melayu tergadai…tak timbul soal Melayu tunduk kepada Cina…tak timbul soal Umno diperkudakan oleh Gerakan. Masa ada kuasa tak tahu macam mana nak guna…bila dah hilang kuasa, baru nak salahkan orang lain.
Selepas 1990, Barisan Nasional kembali menyusun strategi manakala Barisan Pembangkang bergolak. Masing-masing berebut kuasa dan akhirnya Sabah jatuh ketangan Umno dan hanya Kelantan yang dapat dipertahankan. Gerakan kembali berkuasa di Pulau Pinang. Semangat 46 semakin lemah dan tewas dihampir semua kawasan. Sama macam Keadilan pada PRU 2004.
Tengku Razaleigh gagal menumbangkan Umno kerana perjuangan Semangat 46 hanyalah untuk mendapatkan kuasa untuk golongan bangsawan. Tengku Razaleigh gagal kerana perjuangannya tidak mendapat sokongan rakyat.
Sekitar tahun 1998, Tengku Razaleigh kembali menyertai Umno dan Semangat 46 terkubur. Dan dalam tahun yang sama…Anwar pula tersingkir dari Umno. Kalau tahun 1987 Anwar dan Mahathir berganding tangan menentang Tengku Razaleigh, tetapi pada tahun 1999, Tengku Razaleigh pula berganding tangan dengan Mahathir menentang Anwar.
Anwar berjaya menubuhkan Barisan Alternatif dengan gandingan Keadilan, Pas dan DAP. Tiga parti bersatu dalam Barisan Alternatif menentang Umno dan Barisan Nasional.
Walaupun gandingan tiga parti ini disokong oleh Gerakan Reformasi yang digerakkan oleh rakyat, tetapi hanya berjaya mendapatkan Kelantan dan Terengganu. Kerana reformasi pada masa itu hanyalah berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk Anwar.
Selepas mendapat sedikit kejayaan pada PRU 1999, Barisan Alternatif mula goyang dan akhirnya hampir hancur apabila DAP bergaduh dengan Pas. Dalam PRU 2004, Keadilan hanya tinggal satu kerusi, manakala Terengganu tumbang dan hanya Kelantan dapat dipertahankan, itupun dengan kelebihan dua kerusi.
Barisan Alternatif gagal kerana tidak tahu mengurus kepelbagaian. Masing-masing angkuh dengan pendirian masing-masing. Masing-masing hanya tahu hak masing-masing.
Anwar bebas dari hukuman penjara selepas PRU 2004…dan kembali menyusun Barisan Alternatif. Barisan Alternatif hanya dianggotai oleh Pas dan PKR manakala DAP hanya mahu berurusan dengan PKR. Gabungan pembangkang dikenali sebagai Barisan Alternatif 2+1.
Isu-isu nasional yang menghimpit rakyat menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat dan akhirnya, gabungan 2+1 berjaya mendapatkan lima negeri, tetapi masih belum mampu menumbangkan Barisan Nasional.
Selepas PRU 2008, Pakatan Rakyat ditubuhkan menggantikan Barisan Alternatif dan dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP. Dan sejak penubuhan Pakatan Rakyat…pelbagai isu timbul yang menampakkan bahawa Pakatan Rakyat begitu rapuh.
Bagaimanakah keadaan PRU 2012 nanti? Apakah PKR akan menjadi Semangat 46 pada tahun 1995…ataupun Keadilan tahun 2004?
Kalau Barisan Rakyat yang dianggotai oleh empat parti gagal menumbangkan Barisan nasional pada tahun 1990…
Kalau Barisan Alternatif yang disokong oleh tiga parti gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999…walaupun dibantu oleh Gerakan reformasi…
Kalau Barisan Alternatif 2+1 yang disokong oleh Pas, PKR dan DAP gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008… walaupun disokong oleh BERSIH 1.0 dan HINDRAF…
Bagaimanakah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh tiga parti mampu menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2012 nanti?
Kita perlu berfikir diluar garis-garis kebiasaan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara diluar dugaan.
Siapa pernah meramalkan sebelum tahun 1987, bahawa Tengku Razaleigh akan disingkir oleh Mahathir dari Umno…sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Mahathir masuk Umno selepas Mahathir disingkir oleh Tengku Abdul Rahman.
Siapa sangka bahawa Anwar akan disingkir oleh Mahathir..sedangkan Anwar bersedia untuk mendakap Mahathir dan meninggalkan rakan-rakannya dalam PAS..malah menjadi musuh Pas. Dan pada tahun 1999, Anwar kembali mendakap Pas selepas disingkir oleh Mahathir.
Siapa sangka pada tahun 1999, Tengku Razaleigh yang bermusuhan dengan Mahathir kembali berdakap menentang Anwar yang sebelum itu berdakap dengan Mahathir menentang Tengku Razaleigh?
Siapa sangka..Mahathir kembali pada tahun 2008 dan menyerang Abdullah Badawi…Perdana Menteri yang dipilih olehnya sendiri.
Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Muhyiddin tahun depan?
Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Khairy Jamaludin tahun depan?
Apakah tidak mungkin Mahathir kembali menentang Najib tahun depan?
Apakah tidak mungkin Anwar akan dipenjarakan tahun depan?
Semuanya berkemungkinan. Dan kita semua akan gila sekiranya politik kita hanya berpaksikan individu yang bertelagah kerana impikan jawatan Perdana Menteri.
Barisan Nasional hanya mampu ditumbangkan dengan Gerakan Rakyat. Dari rakyat..untuk rakyat.
Barisan Rakyat gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1990 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Mahathir dan menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.
Barisan Alternatif gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Mahathir dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Barisan Alternatif 2+1 gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Pak Lah dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Pakatan Rakyat akan gagal dalam PRU 13, sekiranya matlamat Pakatan Rakyat hanya mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Pakatan Rakyat hanya akan mampu menewaskan Barisan Nasional sekiranya kuasa itu dikembalikan kepada rakyat.
Hey!! Bukankah mengembalikan kuasa rakyat itu menjadi slogan Barisan Alternatif 2+1 dalam PRU 2008 lalu? Mengapa kuasa rakyat sudah hilang bunyinya…dan yang bising kedengaran ialah kuasa Pas diKedah, kuasa PKR diSelangor..kuasa DAP di Pulau Pinang? Dimana kuasa rakyat?
Politik PRU13 perlukan pendekatan diluar kebiasaan. Politk PRU 13 memerlukan anjakan pemikiran.
Barisan Nasional tidak mungkin dapat ditumbangkan sekiranya Pakatan Rakyat mengamalkan politik kebencian. Politik PRU 13 memerlukan kasih sayang, kerjasama, persahabatan, persefahaman dan perkongsian.
Kita tak boleh menang sekiranya kita hanya berminat mencari lawan. Kita tak boleh menang sekiranya kita hanya berminat mencari musuh.
Kita tak boleh menang sekiranya kita tidak bersatu…memahami satu sama lain…dan berkongsi sesama sendiri.
Bersedia?
Tak salah kalau politik seseorang itu berkiblatkan PKR…atau bermazhab Pas…atau berfahaman DAP…. politheist ataupun tidak percaya kepada faham politik kepartian…tetapi mempunyai satu matlamat bahawa kita mahukan kehidupan yang lebih baik. Dari rakyat untuk rakyat.
BERSIH telah pun menggerakkannya. BERSIH bukan dimiliki oleh Pas, PKR ataupun DAP. Ia adalah gerakan rakyat. Tetapi apa selepas BERSIH?
Kita mempunyai perbezaan. Kalau mahu difikirkan tentang perbezaan..sampai bila pun kita tidak akan dapat hidup bersama…sedangkan kita berkongsi matlamat yang hampir sama.
Kehidupan yang lebih baik..persekitaran yang selamat..kerajaan yang prihatin… aman dan harmoni…banyak lagi!!!
Mengapa tidak kita fokuskan kepada matlamat yang positif ini? Dan kita cari jalan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut…bukan dengan bertengkar apa hak aku dan apa hak kamu.
Siapa yang hendak memulakan proses menjadikan manusia yang bertamaddun ini…bukan hanya memikirkan tentang kuasa.
“Berikan aku sepuluh pemuda…akan ku goncangkan dunia.” Presiden Sukarno.
Itu kata-kata hikmat yang diucapkan oleh Sukarno kira-kira 65 tahun dulu. Tapi sekarang sudah berbeza.
“Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia” . Mungkin ini kata-kata hikmat yang mungkin sesuai sekarang ini. Macam mana kalau ada 20…30 atau 50 blogger yang disatukan? Mungkin kita mampu menumbangkan Barisan Nasional.
Semua orang adalah pemimpin. Semua orang perlu memimpin. Dan blogger adalah kalangan pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Tapi ia hanya akan berlaku sekiranya blogger bersatu… dan menggerakkan perubahan.
Aku mungkin mampu memulakan sesuatu…tetapi kita perlukan lebih dari itu. Aku pernah menulis tentang Blogger’s Power. Dan aku tau…kita boleh buat lebih dari apa yang kita buat sekarang. Tak perlu menyorok…tak perlu melakukan secara sembunyi. Kita buat secara terang-terangan.
Awal bulan Jun, aku cuba untuk menganjurkan satu perjumpaan Bloggers. Tetapi oleh kerana kesibukan BERSIH, maka ianya ditunda. Sebagai permulaan, aku cuba membawa Mat Sabu dari Pas dan Haris Ibrahim dari MCLM untuk duduk bersama kita.
Dewan sudah ditempah…tiba-tiba Mat Sabu cedera dilanggar polis. Aku cuba dapatkan Nizar Jamaludin…tetapi Nizar pula dah ada program lain.
Aku terpaksa meneruskan program ini walaupun tanpa pemimpin Pakatan Rakyat. Masa yang terbuang adalah satu pembaziran. Perjumpaan ini adalah satu permulaan. Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perjumpaan, mungkin disetiap negeri.
Dan apa yang diharapkan ialah…kita akan dapat mencipta satu jaringan Bloggers Rakyat tanpa mengira parti atau mazhab politik untuk mengembalikan kuasa rakyat. -MSK