Anwar Ibrahim: Ucapan Penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN Ke-9 (2013)
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA
28 Mei 2013
23 Mei 2013
KENYATAAN AKHBAR - RAMPASAN AKHBAR SUARA KEADILAN OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI
SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT
RAMPASAN AKHBAR SUARA KEADILAN OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Belum pun 10 hari Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, tindakan keras dan tidak demokratik kerajaan UMNO/ Barisan Nasional telah berterusan dan keangkuhan beliau juga kini terserlah semula apabila ribuan naskah akhbar lidah rasmi Parti KEADILAN Rakyat, Suara KEADILAN telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.
Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak untuk merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara KEADILAN di beberapa tempat. Di Ipoh malam tadi, tujuh orang pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara KEADILAN dan merampas 214 naskah akhbar tersebut. Pegawai-pegawai tersebut bagaimana pun enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan. Di Melaka pula, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara KEADILAN telah dirampas dari seorang pengedar yang menurut beliau, pegawai-pegawai KDN hanya memberi alasan bahawa ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan. KEADILAN menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan, seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti sdr Nik Nazmi Nik Ahmad, sdr Adam Adli, sdr Tian Chua, sdr Haris Ibrahim dan sdr Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada sdr Adam Adli.
KEADILAN mengecam tindakan rampasan akhbar Suara KEADILAN ini dan jelas melihat ia sebagai satu lagi pembuktian bahawa kerajaan UMNO/ Barisan Nasional terus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif dari rakyat yang sebenarnya mampu menilai dengan bebas tentang perkembangan politik negara. KEADILAN juga melihat bahawa rampasan akhbar Suara KEADILAN ini bermotifkan politik dendam serta cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan pilihanraya.
KEADILAN juga merasa kesal kerana kerajaan UMNO/ Barisan Nasional masih dengan kesombongan mereka kerana gagal untuk mengubah sikap terhadap berita dan pandangan alternatif walaupun mereka telah menguasai sepenuhnya media di negara ini dan tanpa henti meneruskan kerja jahat melaporkan dengan sangat negatif dan penuh berunsur fitnah tentang parti-parti pembangkang dan pimpinannya.
Tindakan ini juga jelas membayangkan ketakutan kerajaan UMNO/ Barisan Nasional sendiri kerana mereka memperolehi kuasa hanya berdasarkan mandat minoriti dan kerana itu terpaksa mengunakan kaedah tidak demokratik untuk mengekalkan kekuasaan.
Parti KEADILAN Rakyat ingin menegaskan bahawa kami tidak gentar dengan tindakan terbaru ini kerana yakin dengan kebijaksaan rakyat yang akan mengadili dan menghukum UMNO/ Barisan Nasional dalam tempoh waktu yang pasti.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
19 Mei 2013
PESTA AIR NASIONAL LANGKAWI 2013 CEROI
Pesta Air Nasional Langkawi berakhir hari ini, dengar kata hambar tiada perancangan yang kemas...admin pun tak p dok cari dalam FB takdak pun berita. Jadi hangpa layan wartawan Aziz Desa komen macam banyak yang tak kena......
DARI FB : Aziz Desa
Pesta air nasional langkawi. Elok digelar pesta air pantai chenang di langkawi. Tahniah dan berjaya pada umumnya. Nama nasional tak sesuai juga tidak sampai taraf langkawi. Sekadar taraf pantai chenang.
Pesta air nasional langkawi. Elok digelar pesta air pantai chenang di langkawi. Tahniah dan berjaya pada umumnya. Nama nasional tak sesuai juga tidak sampai taraf langkawi. Sekadar taraf pantai chenang.
Bukan salah kementerian tidak juga tempat tetaoi pasukan atau pegawai yg ditugaskan. Hari ini tengahari backdrop di pentas utama telah dibuka walhal acara tamat jam 6 ptg. Hari ini suku hari dah habis acara seolah-olah tiada perancangan.
Sistem siaraya yg lemah. Artis amy search ella stacy nasir wahab dikatakan enggan buat sound check. Kesannya persembahan mcm menyanyi di rumah kenduri atau balairaya. Berapa kem bayar depa sampai kem tak boleh menguasai artis sebagai tuan rumah. Artis tunjuklagak. Org langkawi atau penonton disajikan persembahan bertaraf 'hampas'.
Penjaja dan agensi kerajaan bagai anak ayam kehilangan ibu. Kehadiran kraftangan mada dan jabatan pertanian (ganti ejen tm dan celcom) sekadar tangkap muat. Tiada kesungguhan hebahan walaupun pamer produk bagus. Acara sukan air sekadar lepas batuk di tangga. Urusetia lebih ghairah jaga pentas jaga speaker jaga hiasan pentas jaga majlis perasmian jaga ahli yg berhormat drpd jaga roh pesta air.
Matlamat pesta air kabur. Pesta air sudah mendatar. Pengisian dan impak laih. Hari ini saja orang itu beraerobik orang itu berkaraoke orang itu lawan cuci pantai dan semua orang itu dlm segala macam itu yg tidak menentu. Buat pesta kerana ada duit ada bajet ada dlm kalendar. Bila rakyat kata pembaziran kita marah. Kita melenting.
Harap kem pelancongan buat post mortem. Pecat aja team yg sudah tidak kreatif dan inovatif ini. Otak dah beku kudrat dah lesu. Pesta air nasional perlu berubah sejajar menteri yg sudah turut berubah. Silakan datuk nazri aziz. Sentuhan menteri baharu.
~ Admin
14 Mei 2013
KENYATAAN MEDIA : DATO' WAN SALLEH PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN PKR KEDAH
Ketika sidang media di Pejabat PKR Cabang Langkawi
Sidang media
4.00ptg 2/5/2013
Pengerusi PKR Kedah Dato' Wan Salleh Wan Isa hari ini menafikan sebarang tohmahan akan keluar parti atau meletakan sebarang jawatan diperingkat cabang dan negeri. Beliau juga menyangkal tentang khabar angin adanya pembubaran peringkat cabang di Kedah.
Pengerusi PKR Kedah Dato' Wan Salleh Wan Isa hari ini menafikan sebarang tohmahan akan keluar parti atau meletakan sebarang jawatan diperingkat cabang dan negeri. Beliau juga menyangkal tentang khabar angin adanya pembubaran peringkat cabang di Kedah.
Serangan isu keluar parti telah dimainkan oleh parti lawan semenjak beliau tidak bertanding dimana-mana kerusi dalam pilihanraya 13 kali ini, beliau menjelaskan telah menolak untuk dicalonkan atas faktor kesihatan beliau semenjak kebelakangan ini.
Bagi merealisasikan pakatan ke Putrajaya beliau sedia berkorban dan telah berusaha keras sepanjang 5 tahun kebelakangan ini bagi mengetuai PKR Kedah.
Beliau terus menyokong calon-calon yang dipilih untuk bertanding di Kedah malah sebelum ini beliau telah membantu berkempen di Jerlun, Padang terap, Alor Setar serta Langkawi.
Dalam sidang media yang sama calon Parlimen Langkawi Dato' Ahmad Abdullah turut hadir dan menyatakan beliau amat berhutang budi diatas kerjasama dari Dato' Wan Salleh dan pihak jawatankuasa cabang PKR Langkawi dan jentera-jentera parti baik PKR dan PAS.
Dalam sidang media yang sama calon Parlimen Langkawi Dato' Ahmad Abdullah turut hadir dan menyatakan beliau amat berhutang budi diatas kerjasama dari Dato' Wan Salleh dan pihak jawatankuasa cabang PKR Langkawi dan jentera-jentera parti baik PKR dan PAS.
KENYATAAN TERKINI 14HB. MEI 2013
* NAFIKAN KHABAR ANGIN BELIAU AKAN MEMBUBARKAN CABANG LANGKAWI JUGA CABANG-CABANG PKR KEDAH
* SEGALA URUSAN MASIH DIPEJABAT LAMA DI LANGKAWI MALL
* TERUS MENYOKONG DASAR KEADILAN DAN MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN PUSAT
Pengarah Media
Langgan:
Catatan (Atom)