SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

14 Mei 2013

KENYATAAN MEDIA : DATO' WAN SALLEH PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN PKR KEDAH

PENGERUSI PKR NEGERI KEDAH MASIH TERAJUI PARTI - SIDANG MEDIA

Ketika sidang media di Pejabat PKR Cabang Langkawi 

Sidang media 

4.00ptg 2/5/2013

Pengerusi PKR Kedah Dato' Wan Salleh Wan Isa hari ini menafikan sebarang tohmahan akan keluar parti atau meletakan sebarang jawatan diperingkat cabang dan negeri. Beliau juga menyangkal tentang khabar angin adanya pembubaran peringkat cabang di Kedah.

Serangan isu keluar parti telah dimainkan oleh parti lawan semenjak beliau tidak bertanding dimana-mana kerusi dalam pilihanraya 13 kali ini, beliau menjelaskan telah menolak untuk  dicalonkan atas faktor kesihatan beliau semenjak kebelakangan ini.

Bagi merealisasikan pakatan ke Putrajaya beliau sedia berkorban dan telah berusaha keras sepanjang 5 tahun kebelakangan ini bagi mengetuai PKR Kedah.

Beliau terus menyokong calon-calon yang dipilih untuk bertanding di Kedah malah sebelum ini beliau telah membantu berkempen di Jerlun, Padang terap, Alor Setar serta Langkawi.

Dalam sidang media yang sama calon Parlimen Langkawi Dato' Ahmad Abdullah turut hadir dan menyatakan beliau amat berhutang budi diatas kerjasama dari  Dato' Wan Salleh dan pihak jawatankuasa cabang PKR Langkawi dan  jentera-jentera parti baik PKR dan PAS.


KENYATAAN TERKINI 14HB. MEI 2013

* NAFIKAN KHABAR ANGIN BELIAU AKAN MEMBUBARKAN CABANG LANGKAWI JUGA CABANG-CABANG PKR KEDAH

* SEGALA URUSAN MASIH DIPEJABAT LAMA DI LANGKAWI MALL

* TERUS MENYOKONG DASAR KEADILAN DAN MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN PUSAT

Pengarah Media