SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

31 Okt 2010

KEPTUSAN MPP

Keputusan tidak rasmi: Zaid terus mendahului, Azmin ekori rapat

Sun, Oct 31, 2010

Dalam Negeri

pemilihan 2010Oleh Fazy Sahir dan Rahmah Ghazali

PETALING JAYA: Persaingan jawatan timbalan presiden semakin hangat apabila Naib Presiden PKR Azmin Ali merapatkan jurang dengan pesaing terdekat yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dengan hanya perbezaan undi sebanyak 144 undi.

Zaid masih mendahului senarai calon timbalan presiden dengan memperoleh 1,454 undi manakala Azmin 1,310 undi.

Keputusan tidak rasmi ini diterima daripada Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, seorang lagi calon timbalan presiden Musataffa Kamil Ayub memperoleh 495 undi.

Sharifah berkata keputusan itu berdasarkan 27 daripada 32 cabang yang mengadakan pegundian semalam.

"Lima cabang lagi lewat menghantar keputusan mereka. Kami masih mengenalpasti cabang-cabang tersebut. Maka disebabkan kelewatan ini menyebabkan pihak kami lewat mengemaskini keputusan rasmi lebih awal seperti yang dilakukan semalam," katanya.

Sharifah berkata, keputusan rasmi akan disiarkan di laman web rasmi PKR selewat-lewatnya petang ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Pengelola Pemilihan Radin Shamsul Kamar berkata kelewatan keputusan beberapa cabang disebabkan faktor pengawas yang bertugas.

"Pengawas yang bertugas terpaksa mempersiapkan diri untuk bertugas di cabang lain. Maka keputusan di beberapa cabang semalam mengalami kelewatan. Sebagai contoh semalam bertugas di Padang Rengas, pagi ini perlu bergegas ke tempat lain pula. Pihak kami sedang mengira baki lima cabang yang lewat ini," katanya ketika dihubungi FMT.

Bagi jawatan naib presiden difahamkan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih mendahului Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman dan Pengarah Strategik PKR Tian Chua.

Manakala 13 calon lagi masih mempunyai peluang untuk mendapat empat tempat teratas kerusi naib presiden.

Mereka termasuk ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, penyandang R Sivarasa, R Suresh Kumar, Johnson Chong, Baru Bian, Xavier Jayakumar, Ansari Abdullah,Yusmadi Yusoff, Yahya Sahri, Dominique Ng, S Manikavasagam, Saiman Marjuki dan James Ghani.

Setakat ini 41 cabang sudah menjalankan pengundian. Hari ini 32 cabang mengadakan proses pengundian yang membabitkan lima negeri.

Di Pulau Pinang enam cabang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor,Bagan,Permatang Pauh,Batu Kawan dan Bukit Mertajam.

Melaka pula cabang Masjid Tanah, Alor Gajah,Tangga Batu dan Bukit Katil. Perak membabitkan Tambun,Ipoh Timor,Ipoh Barat,Batu Gajah,Kuala Kangsar,Beruas,Parit dan Kampar.

Manakala Pahang ialah Paya Besar,Maran,Kuala Krau, Temerloh,Bentong,Bera dan Rompin. Negeri Sembilan pula di Rembau dan Tampin.
ABA DI SANA SINI
dari blog ; http:/tukartiub

SENTIMEN ABA MULA MEREBAK

ABA – Asalkan Bukan Azmin - adalah sentimen yang kelihatan bergerak memberikan undi kepada Zaid Ibrahim.

Sentimen Aba ini cukup kuat di pelbagai cabang PKR.
Ini arus dibawah yang bergerak tanpa heboh dan bising.

Asas sentimen Aba ini kelihatan bukan satu asas politik
yang kukuh. Mereka bersatu dalam arus – tidak sukankan azmin ali.
Period.Khalas.Baas. Finito.Abis.Ini saja.

Kalau ditanya mereka yang tidak mengundi Azmin kenapa tidak
suka kepada Azmin - pasti jawapan bersimpang siur.

Ada yang mengatakan Azmin membawa budaya gerombolan. Berintrik,
berklik dan berpuak puak seperti budaya gerombolan.

Ada yang mengatakan Azmin ini sombong dan angkuh.

Ada yang mengatakan ketika Azmin jadi SU Anwar dahulu, Azmin
ini kaki pau dan jaga pintu siapa yang boleh jumpa Anwar
dan budaya ini sedang mula di bawa ke dalamn PKR.

Ada yang mengatakan Azmin ini tidak disukai oleh Presiden Parti.

Ada yang mengatakan Azmin ini sedia bersekongkol dengan
sesiapa sahaja untuk memastikan dia menjadi MB Selangor.

Ada yang mengatakan segala huru dan hara terhadap Khalid Ibrahim
di Selangor ini adalah kerja Azmin Ali.

Ada yang mengatakan bahawa Azmin memasang bakal ketua pemuda
yang amat lembik ( sekarang telah tarik diri ) agar ketua AMK ini
boleh dijadikan kuda tunggangan.

Ada yang mengatakan Samsul Iskandar menjadi Mat Turun Naik – kerana
putar alam Azmin Ali.

Semua hujah hujah ini bukan hujah dasar politik.
Ini semua hujah sembang kedai mamak.

Amat jelas bukan garis politk yang memisahkan
antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim.
Bukan perdebatan garis politik yang sedang bertarung.
Inilah yang memilukan lanskap politik tanah air kita.
Parti politik tidak bertempur kerana garis politik.
Pemimpin parti bertempur kerana entah apa apa.

Sayugia diingati juga - Azmin Ali ini juga bukan kecik anak.
Dengan memiliki ‘double degree – dua ijazah ’ ilmu hisab
dari Amerika. Cara dan gerak kerja Azmin Ali tersusun rapi.
Bak kata orang putih - very mathemitical.

Azmin Ali juga dikatakan memiliki kesetiaan yang maha kuat. Hujah
kesetiaan inilah yang sedang dijaja sebagai kekuatan Azmin Ali.
Kesetiaan Azmin Ali ini dibandingkan dengan kesetiaan Nala Kurap Pan ,
Mat Ezam, Zahrin dan beberapa bengolan yang lain.

Lalu persoalan timbul – setia kepada apa? Kepada perjuangan ?
Kepada garis untuk menghumbankan gerombolan? Setia
kepada perjuangan rakyat?

Kalau setia kepada Anwar Ibrahim ini bukan politik -
ini cari makan.

Justeru sentimen Aba ini merebak.

Dalam masa yang sama Zaid Ibrahim tidak seharusnya tersenyum puas
kerana telah mendapat undian terbanyak - setakat ini sahaja.

Jangan kita lupa Zaid Ibrahim juga terdidik
dan dibesarkan dalam budaya gerombolan.

Sokongan yang datang ke peti undi Zaid bukan sentiman pro-Zaid
tetapi sentimen Aba – asalkan bukan azmin.

Disini Zaid Ibrahim jangan salah perhitungan.
Azmin akan menyusun baris sekali lagi.
Kunci kemenangan ialah Selangor dan Sabah.
Kalau Azmin berjaya mendapat sokongan dari Selangor
dan dari Sabah maka tergelincir Zaid Ibrahim.

Untuk Azmin menang di Selangor pada ketika ini bukan mudah.
Sentimen Aba telah merebak. Justetu Azmin perlu merendah diri
untuk bertemu dan berbincang dengan pucuk pimpinan PKR Selangor.

Azmin Ali tidak dapat lari dari menerima hakikat dan mengakui
bahawa intrik yang telah dilakukan dahulu
terhadap Khalid Ibrahim tidak disukai
oleh ahli-ahli PKR di Selangor. Ini hakikat.
Inilah punca Aba merebak di Selangor.

Jalan kemenangan masih terbuka untuk Zaid Ibrahim dan Azmin Ali.
Setakat ini jelas Aba sedang merebak.

24 Okt 2010

MEMPERKUKUHKAN KEADILAN


Memperkukuhkan Keadilan


Keadilan perlu diacuankan untuk menjadi sebuah kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik. Pemilihan ini adalah penentu masa depan parti dan negara. Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara. Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti. Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita. Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang. Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili. Kita bukan sahaja sebuah parti “Reformasi”, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri. Saya menitikberatkan masa depan proses perubahan. Pemilihan kali ini bukan soal jawatan, kedudukan atau permainan kuasa. Ia bukan soal siapakah yang bakal memegang tampuk kuasa selepas ini. Ia adalah soal apakah yang hendak dan boleh dilakukan selepas ini.



Pemilihan 2010 merupakan julung kalinya untuk negara dan juga untuk parti kita. Setiap anggota mempunyai satu undi, dan setiap undi diambil kira. Untuk julung kalinya dalam sejarah, parti boleh memilih para pemimpin kerana prinsip yang dipegang dan diperjuangkannya dan bukan kerana kesetiaan membabi-buta. Parti bukan membuat keputusan mengenai seseorang calon hanya kerana sumbangan dan komitmen calon berkenaan.



Saya percaya anggota-anggota parti kita sudah cukup matang untuk menilai sendiri para pemimpin mereka yang sedia ada. Saya serahkan kepada kebijaksanaan anggota-anggota parti untuk memutuskan tentang cadangan dan wawasan yang saya ketengahkan kerana saya yakin bahawa inilah cara yang dapat membawa perubahan sebenar kepada Kerajaan kita.



Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kerana keyakinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota dan cabang-cabang parti menerusi pencalonan yang mereka berikan kepada saya. Lagipun, apa yang saya pertahankan dan suarakan adalah untuk mereka. Saya bertanding jawatan ini bukan untuk berseronok-seronok, bermegah-megah dan membangga diri. Saya bertanding jawatan ini kerana jawatan ini banyak cabarannya. Saya bertanding kerana banyak kerja berat yang masih perlu dilaksanakan. Dalam pada calon-calon lain tidak habis-habis bercakap tentang kemampuan mereka untuk melindungi Anwar, saya pula percaya bahawa beliau telah membariskan pasukan peguam yang terbaik untuk membelanya. Saya juga prihatin tentang beliau dan keluarganya, tetapi perjuangan dan kepentingan rakyatlah yang paling mustahak. Dan saya tahu anggota-anggota parti dapat membezakannya.



Kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa masa depan Malaysia adalah saling berkait dengan masa depan parti kita. Kita mesti terus bergerak pada landasan yang betul. Rakyat telah memilih untuk memberikan kepercayaan kepada kita. Jadi, dengan penuh takzim dan rendah hati saya meminta agar anda memberikan keyakinan dan kepercayaan untuk kita sama-sama berusaha mendapatkan kembali cita-cita dan idaman parti kita pada saat yang bersejarah ini.



Sembilan Perkara Bagaimana Hendak Menggiatkan Semula Parti dan Negara



1.

Kita perlu mencergaskan semula akar umbi kita. Ini kerana kejayaan sesebuah parti politik perlu diukur melalui aktiviti-aktiviti di peringkat akar umbi. Cabang-cabang kita terdiri daripada individu-individu yang bersemangat tinggi dan komited tetapi sedihnya tidak mempunyai tenaga dan dinamik yang cukup kerana ketiadaan pembiayaan. Saya mampu mencari penyelesaian bagi membolehkan jentera politik yang lebih cekap dan berkesan untuk memberikan sokongan kepada para pemimpin ini dan kerja-kerja murni mereka. Adalah penting agar cabang-cabang menjadi lebih bertenaga dan membabitkan diri dalam proses parti. Adalah penting bagi aktiviti parti mencerminkan keinginan yang tinggi dan dorongan pemimpin-pemimpin cabang. Saya akan galakkan pengambilan anggota-anggota baru sambil menitikberatkan pertambahan anggota yang bermutu dan komited, bukan hanya bilangan yang banyak tanpa mutu. Kita mesti buang mereka yang nama mereka yang masih di daftar keahlian sedangkan hati mereka telah sama-sekali meninggalkan parti. Kita akan secara aktif menggariskan perjuangan parti untuk mengekalkan tumpuan dan bukan cuma banyak memperkatakan isu-isu lama.


2.

Kita mesti memperkasa penyokong setia parti kita menerusi pendemokrasian selanjutnya, tidak kira jawatan dan kedudukan mereka. Kita perlu keluar dari politik feudal, kita perlu memberikan kebebasan kepada cabang-cabang parti daripada kongkongan pusat dan memperkasa jawatankuasa-jawatankuasa peringkat cabang dan negeri. Merekalah yang paling hampir dengan isu-isu berkaitan dan yang paling maklum dan mempunyai keupayaan untuk menanganinya. Kita tidak lagi boleh beranggapan bahawa kepimpinan pusat tahu tentang segala-galanya. Saya akan bekerjasama dengan anggota-anggota parti di setiap peringkat untuk membangunkan dasar-dasar yang adil dan yang mampu bertahan untuk pengurusan yang lebih baik.


3.

Kita perlu memperluaskan keanggotaan kita kepada mereka yang berupaya dan sanggup menyumbang, tanpa diskriminasi. Parti perlu lebih inklusif. Ramai bekas anggota yang telah dipinggirkan, atau yang hampa, atau yang hilang minat, perlu dialu-alukan kembali ke pangkuan parti. Kita perlu mengenal pasti anggota-anggota yang mempunyai kemampuan, memberikan mereka peluang memegang jawatan dan peranan lebih besar. Kerana kewibawaan kita adalah tergantung kepada kewibawaan pemimpin-pemimpin yang kita pilih. Mereka perlu dipilih menggunakan piawaian paling ketat. Mereka perlu mencerminkan masyarakat yang mereka wakili. Warga Sabah umpamanya sepatutnya dibenarkan memilih ketua-ketua mereka sendiri. Begitu juga halnya dengan warga Sarawak.


4.

Kita perlu berusaha menjadi pari pelbagai kaum dan agama yang diperlukan negara ini. Inilah yang akan menjadi kekuatan kita. Kita perlu menyatukan anggota-anggota daripada setiap kaum dan agama dalam negara ini. Inilah yang akan jauh membezakan kita dengan barisan parti pemerintah yang gagal untuk menyatukan bangsa Malaysia setelah 53 tahun berkuasa. Kita perlu merebut peluang ini, perlu membuktikan bahawa kita mampu untuk menyatukan rakyat di seluruh negara. Saya akan bekerja tanpa henti untuk memadamkan prasangka dan curiga kekelompokan, perkauman dan keagamaan.


5.

Kita perlu mengenepikan dasar pecah dan perintah yang dipakai selama ini oleh barisan parti pemerintah yang sedang berkuasa. Dasar ini memudaratkan dan memundurkan. Sebagai sebuah parti politik progresif, Keadilan mampu melangkah melampaui sempadan kaum, agama, dan kebudayaan dalam konteks Perlembagaan yang sedia ada. Kepelbagaian inilah kekuatan kita. Saya akan mengedepankan model untuk sebuah parti politik yang lebih telus dan demokratik. Kita tidak boleh menghabiskan tenaga kita bermain politik dalam kubu kelompok — Malaysia Timur lawan Malaysia Barat, reformis lawan Islamis, Anwaris dan Sosialis lawan setiap yang lain.


6.

Kita perlu konsisten dalam percakapan dan perbuatan. Pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat harus sentiasa meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan-kepentingan lain. Perlu ada kesepakatan tentang apa yang kita perjuangkan sebagai sebuah kumpulan. Sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, saya mampu melaksanakan agenda ini dengan baik.


7.

Pendirian kita dalam soal-soal hak dan kebebasan rakyat wajib jelas. Kita perlu memperjuangkan nasib semua warga Malaysia. Saya percaya parti ini harus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan keadilan untuk setiap kaum tanpa takut dituduh mengabaikan kaum kita sendiri.


8.

Saya akan memastikan aset kita paling berharga, iaitu Selangor, akan terus kuat dan bebas dari sengketa dalaman. Saya akan memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk menjamin kejayaan dalam pilhanraya dan memacu kegiatan pembangunan agar rakyat mengekalkan PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor.


9.

Kita wajib, sebagai pembangkang, memenuhi peranan utama kita menegur dan mengimbangi pemerintah yang ada. Peranan utama kita ialah untuk memastikan kerajaan yang ada ini menjalankan tugas secara yang dapat dipertanggungjawabkan. Kita hanya dapat menjalankan peranan ini jika kita dapat meyakinkan rakyat bahawa kita memiliki barisan pemimpin yang berkemampuan dalam parti. Untuk mencapai perkara tersebut, saya akan memilih hanya mereka yang terbaik untuk membantu kita dan Ahli-ahli Parlimen kita — mereka yang terdiri dari orang awam, para cendekiawan, teknokrat dan mereka yang ahli dalam bidang masing-masing. Saya akan membentuk saluran rasmi untuk berhubungan dengan orang ramai dan untuk mentadbir secara perundingan dengan orang ramai.

KEDAH RASUAH SIFAR..BETUL KE??

Umno gelisah apabila Kedah rasuah sifar

KUALA TERENGGANU, : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar.

“Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap,” ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi.
Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 biion adalah warisan kerajaan Umno BN yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat.

“Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” ujarnya lagi.

Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi.

“Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan,” katanya

komen: Tapi dalam peringkat Majlis Perbandaran masih banyak Projek yang dibayai oleh Jabatan-Jabatan Persekutuan tidak dilaksanakan dengan telus...terdapat Projek-projek
yang tidak dibuat sebutharga atau Tender tetapi terus diserah kepada Kontraktor Kroni...mana tidaknya kalau YDP, Setiausaha dan Pegawai Teknikal memang jenis
kaki rasuah...diharap pihak MB dan EXCO berkenaan dapat menjalankan siasatan
terhadap Majlis Pebandaran Langkawi.

Maklumat ini dari Sumber dalaman.

13 Okt 2010

Kemelut pemilihan PKR: Cabang hantar memo
Abdul Rahim Sabri
13Okt 2010

Beberapa cabang PKR di Selangor pada jam 2 petang ini akan menghantar memorandum bantahan kepada ibu pejabat parti itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan beberapa mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang.

Antara cabang yang akan berbuat demikian adalah dari Hulu Selangor, Kuala Langat, Kapar dan Subang .

Seorang wakil dari Hulu Selangor Nazar Yakin berkata kira-kira 30 ahli dari cabang tersebut akan hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan itu.

Kata Nazar, pihaknya juga tidak berpuas hati kerana pemilihan ketua cabang, timbalan ketua dan ketua wanita terpaksa diadakan semula susulan dakwaan kertas undi yang dikira melebihi daripada jumlah ahli yang hadir.

Dakwanya, mengikut tatacara PKR, sepatutnya pengawas pemilihan yang bertanggungjawab mengumumkannya pembatalan pemilihan peringkat cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak sebagai pemantau

LOMPAT LAGI...

Disebalik Lompat Katak 215 ahli PKR di Cabang Paya Besar

Bongkar: Laporan Insiden Ahli PKR Cabang Paya Besar Keluar Parti Ialah Satu Lagi Pembohongan UMNO Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!
KUANTAN, 12 Okt [6.00 pm] - Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 petang tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri.

Kami cuba mendapatkan maklumar lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporann berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat kepada mereka. "Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegas di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya.

Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) itu. "Beliau merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB ketika itu, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda. Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu hal ini", tambah beliau lagi.

[Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang.

Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang. "Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannga dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya.

Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini].

* http://pahangdaily.blogspot.com/2010/10/terbongkar-laporan-215-ahli-pkr-cabang.html

10 Okt 2010

INFO PARLIMEN BATU SAPI

Sedikit Info Parlimen Batu Sapi
Posted by Love Perak | Sunday, October 10, 2010

Datuk Edmund Chong (pbs-bn) – 9479
Chong Kwong Wing (Bebas) – 5771
Majoriti – 3708
Komposisi kaum 2008:
Cina: 37.2%, Muslim Bumiputra : 60.1%, Bukan Muslim Bumiputra: 2.3%, Lain2: 0.3%
Jumlah pengundi 26004
——————————————-
Komposisi kaum setakat Dis 2009
C: 9645 (37.4%), M: 5010 (19.4%), Bumiputra Sabah: 9663 (37.5%), Lain2: 1220 (4.7%)
Jumlah pengundi: 25794

APA DAH JADI...


KARAOKE DI LANGKAWI BERTAMBAH, AHLI MAJLIS PATUT LETAK JAWATAN


Rakyat Langkawi merasa amat bertuah berada di daerah yang di panggil Pulau Pelancongan. Arak murah, pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan dan barangkali pelacuran pun ada. Kalau ada pusat hiburan dan arak sudah pasti aktiviti pelacuran tidak ketinggalan.Tahniahlah kepada kerajaan negeri kerana mungkin barangkali mahu melihat rakyat Langkawi menceburi bidang seni dan sekaligus menjadi orang Islam yang serba boleh. Islam amar makruf dan amal munkar. Karaoke ini beroperasi bersebelahan dengan masjid Al Hana daerah Langkawi. Saya pernah memohon memasang layar LCD di kawasan ini namun permintaan saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Mungkin aktiviti yang LANDAS bakal buat tidak mendatangkan keuntungan kepada PBT lantas ia tidak diberi jawapan.

Kesal dan teramat kesal dengan apa yang berlaku. Pusat hiburan yang sebelumnya pun lebih dari mencukupi tiba-tiba di tambah pula bilangannya. Penduduk bukan Islam di Langkawi hanya sekitr 10% sahaja tetapi bilangan pusat hiburan seolah-olah orang Melayu Islam adalah penduduk minoriti. Pusat hiburan yang sedia ada beroperasi sehingga kepukul empat pagi. Mereka bebas melanggar undang-undang. Langkawi seolah-olah tidak memiliki Pihak Berkuasa Tempatan.Tiada aduan dari kami rakyat Langkawi yang mendapat perhatian dari kerajaan negeri. Saya telah berkali-kali memaklumkan kepada exco dan Ahli Majlis tentang perlanggaran waktu operasi pusat hiburan namun mereka sengaja memekakkan telinga. Mungkin mereka beranggapan bahawa setiap kemajuan mesti ada pengorbanan lantas mereka menjadikan rakyat Langkawi sebagai korban kemajuan.

AHLI MAJLIS PATUT LETAK JAWATAN
Dari pengamatan dan penilaian kami semenjak dari tertubuhnya kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS, kami dapati Ahli Majlis di Langkawi gagal menggalas tanggungjawabnya sebagai harapan masyarakat. Bukan setakat gagal bahkan mereka menambah segala kekusustan yang berlaku sebelum ini. Kami mengharapkan Ahli Majlis yang ada dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat Langkawi dengan mengurangkan gejala mabuk dan lain-lain hidonisme, namun sebaliknya apa yang berlaku. Mereka langsung tidak berusaha melakukan perubahan bahkan terus membiarkan maksiat dan mungkarat dari terus berleluasa menjadi amalan rakyat Langkawi. Apakah bentuk Islam yang mereka laungkan selama ini? Mereka gagal menjadi wakil rakyat yang membawa kepada kesejahteraan bahkan membawa rakyat kepada kehancuran dan mengundang bala Allah. Kami sudah tidak mampu bersabar lagi kerana apa yang berlaku mengancam amalan hidup yang LANDAS dan lain-lain NGO Islam perjuangkan selama ini. Berbagai aktiviti kami ketengahkan dalam usaha membawa masyrakat yang rosak kembali ke pangkal jalan namun ada segelintir manusia yang mengkhianati usaha murni kami. Ahli Majlis disarankan meletak jawatan jika tidak mampu menggalas harapan rakyat. Selagi mereka berada di situ maka selagi itu mereka akan menjadi punca fitnah kepada parti dan Islam. Mereka hanya mampu menyalahkan orang lain sedangkan mereka tidak langsung berusaha memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Ali Abdullah
Penyelaras UNGGAS & LANDAS Langkawi

BANYAK LAGI PRIMES JUDI DI LANGKAWI

10 October 2010
Langkawi - Polis serbu premis judi

Polis serbu premis judi komputer di Langkawi

LANGKAWI - Polis menyerbu sebuah premis perniagaan di pekan lama Padang Matsirat di sini dan merampas wang tunai RM3,255 daripada kegiatan permainan judi komputer dalam satu operasi malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Ishak Hasan berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Langkawi menyerbu premis perniagaan tiada bernombor itu kira-kira pukul 10.30 malam kerana disyaki menjalankan kegiatan permainan judi komputer tanpa lesen.

"Hasil pemeriksaan polis mendapati premis itu tiada mempunyai lesen perniagaan dan merampas beberapa peralatan judi," katanya hari ini.

Katanya, turut dirampas ialah 19 unit komputer pelbagai jenama.

Beliau berkata, terdapat 11 pelanggan dan seorang penjaga premis semasa serbuan itu. Bagaimanapun tiada penahanan dibuat.

Kes itu disiasat dibawah kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953, katanya

5 Okt 2010

HUTANG NEGERI KEDAH RM1.7 BILIIION...

Fuhh...Hutang Negeri Kedah RM1.7 Billion..

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.

Beliau mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.

"RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini, Isnin.

Azizan mengulas kenyataan Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.

Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.

Pada sidang akhbar pada Isnin, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.

"Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus," katanya.
Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.
JPP Perlu Bertindak Ke Atas Azmin

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa untuk mengambil tindakan ke atas Azmin Ali, calon Timbalan Presiden ekoran dari kelaku buruknya menyerang peribadi lawan seperti yang telah dilaporkan oleh media.

Azmin didakwa telah menganggap Zaid Ibrahim, calon lawannya sebagai seorang pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian.

Ahli Parlimen Kelana Jaya semalam melahirkan rasa sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.

"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-nyebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.

Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti.

"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau.

Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat.

“Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.

“Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata pemimpin ini pada satu majlis di sini.

Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.

“Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah,” kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan.

Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua.

Sementara itu pelbagai pihak kesal dengan tindakan Azmin berkenaan.

MB Selangor, tan Sri Khalid Ibrahim juga pernah menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya menjjaga kelakuan dan tatatertib sewaktu berkempen.

Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.

“Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti," tegas Khalid.

Seorang pengkomen yang menamakan dirinya anhipokrit telah menghantar komen di dalam blog Kelab GB yang diantara lain menulis:

kalau mendabik dada...akulah yg hebat...akulah yg paling lama.... akulah yg paling banyak berjasa...dan mcm2 lagi jasa nak dihebahkan, bermakna sudah tidak ada keikhlasan dalam perjuangan anda wahai si Azmin... apakah niat anda sebenarnya menceritakan kerjabuat anda selama ini?... bukankah ini namanya riya'...ujub.... dll.. Sepatutnya bukan anda yg menceritakan amalan diri sendiri, tetapi bila anda menceritakannya...maka terbuktilah selama ini anda tidak ikhlas... anda berkata anda tahan diuji...sebenarnya anda TEWAS... TEWAS kepada NAFSU anda sendiri! Anda mungkin MENANG di dunia...tetapi anda akan TEWAS diakhirat! Bukanlah jangkamasa itu sebagai pengukur untuk melayakkan anda menerima redha Allah... tetapi keikhlasan anda itulah penentu segala-galanya! Org yg pendek umurnya tetapi ikhlas amalannya akan akan diterima oleh Allah drp org yg panjang umurnya tetapi tidak ikhlas amalannya! Buangkanlah sifat2 munafik yg bersarang didalam hatimu sebelum terlambat! Bartaubatlah kpd Allah sementara umur masih ada. Sanggupkah anda memakan daging saudara2 anda sendiri? Bertandinglah secara berhikmah, bijaksana... bukannya mencela sahabat2 seperjuangan! kalau beginilah sikap anda... maka lebih baik anda berundur... atau anda akan kami undurkan!...atau lebih dahsyat lagi kalau anda dimalukan oleh Allah s.w.t. di hari yg tidak ada org yg yg akan menyokong anda di akhirat kelak!

Sementara itu, pelbagai pihak mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) supaya berlaku adil dan saksama di dalam bertindak. Kegagalan JPP untuk berlaku adil akan hanya menjadikan mereka sebagai "boneka" sepertimana kerajaan UMNO BN memperalatkan Polis, SPRM, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan sebagai alat mereka untuk menekan Pakatan Rakyat.

Media PKR seperti Suara Keadilan dan TVS turut dilihat tidak berlaku adil dimana ruang seluas-luasnya diberikan kepada Azmin tetapi hampir tiada ruang untuk Zaid.

"Jika kita marahkan orang lain tidak adil, mengapa di dalam parti sendiri berlaku ketidak-adilan itu?. Mengapa cakap tak serupa bikin?" tegur seorang ahli.

"Kita lihat semacam sudah ada agenda tertentu dari peringkat tertinggi parti menyebelahi Azmin. Menggunakan jentera parti untuk menetapkan calon-calon tertentu untuk jawatan-jawatan tertentu. Malah penggunaan nama-nama pemimpim-pemimpin parti untuk membuat kenyataan media terhadap sokongan terbuka beberapa kerat pemimpin parti terhadap Azmin jelas menunjukkan adanya agenda tertentu itu," tambahnya.

Di dalam hal Zaid Ibrahim yang dikecam hebat oleh pihak tertentu, ia dilihat hanya sebagai mainan Azmin yang takut dengan bayang-bayangnya.

“Individu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.

Azmin menambah, "adakah pemimpin ini yang hendak kita pilih menjadi pemimpin parti kita."

Serangan melulu Azmin itu dilihat sebagai kebudak-budakan kerana tiada siapa boleh menghalang ahli parti tanpa mengira usia keahliannya, untuk bertanding mana-mana jawatan di dalam parti.

"Jika demikian, parti kena buat syarat nak masuk PKR, jangan bertanding dulu, duduk jadi lembu selama dua tahun kemudian baru boleh bertanding," bentak seorang ahli yang memakai baju "Trojan Horse" sebagai sindiran kepada pihak tertentu di dalam parti.

"Tak ada parti dalam dunia buat syarat sedemikian. Malah dalam sejarah Islam pun tak ada. Tak der kita dengar kisah hatta para muallaf pun yang dihalang menjadi pemimpin umat Islam. " tegasnya.