SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

13 Okt 2010

LOMPAT LAGI...

Disebalik Lompat Katak 215 ahli PKR di Cabang Paya Besar

Bongkar: Laporan Insiden Ahli PKR Cabang Paya Besar Keluar Parti Ialah Satu Lagi Pembohongan UMNO Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!
KUANTAN, 12 Okt [6.00 pm] - Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini. Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 petang tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri.

Kami cuba mendapatkan maklumar lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan. Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporann berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat kepada mereka. "Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegas di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya.

Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) itu. "Beliau merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB ketika itu, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda. Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi. Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu hal ini", tambah beliau lagi.

[Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang. Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang.

Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang. "Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut. Kami difahamkan kini hubungannga dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat. Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya.

Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini].

* http://pahangdaily.blogspot.com/2010/10/terbongkar-laporan-215-ahli-pkr-cabang.html