SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

31 Okt 2010

ABA DI SANA SINI
dari blog ; http:/tukartiub

SENTIMEN ABA MULA MEREBAK

ABA – Asalkan Bukan Azmin - adalah sentimen yang kelihatan bergerak memberikan undi kepada Zaid Ibrahim.

Sentimen Aba ini cukup kuat di pelbagai cabang PKR.
Ini arus dibawah yang bergerak tanpa heboh dan bising.

Asas sentimen Aba ini kelihatan bukan satu asas politik
yang kukuh. Mereka bersatu dalam arus – tidak sukankan azmin ali.
Period.Khalas.Baas. Finito.Abis.Ini saja.

Kalau ditanya mereka yang tidak mengundi Azmin kenapa tidak
suka kepada Azmin - pasti jawapan bersimpang siur.

Ada yang mengatakan Azmin membawa budaya gerombolan. Berintrik,
berklik dan berpuak puak seperti budaya gerombolan.

Ada yang mengatakan Azmin ini sombong dan angkuh.

Ada yang mengatakan ketika Azmin jadi SU Anwar dahulu, Azmin
ini kaki pau dan jaga pintu siapa yang boleh jumpa Anwar
dan budaya ini sedang mula di bawa ke dalamn PKR.

Ada yang mengatakan Azmin ini tidak disukai oleh Presiden Parti.

Ada yang mengatakan Azmin ini sedia bersekongkol dengan
sesiapa sahaja untuk memastikan dia menjadi MB Selangor.

Ada yang mengatakan segala huru dan hara terhadap Khalid Ibrahim
di Selangor ini adalah kerja Azmin Ali.

Ada yang mengatakan bahawa Azmin memasang bakal ketua pemuda
yang amat lembik ( sekarang telah tarik diri ) agar ketua AMK ini
boleh dijadikan kuda tunggangan.

Ada yang mengatakan Samsul Iskandar menjadi Mat Turun Naik – kerana
putar alam Azmin Ali.

Semua hujah hujah ini bukan hujah dasar politik.
Ini semua hujah sembang kedai mamak.

Amat jelas bukan garis politk yang memisahkan
antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim.
Bukan perdebatan garis politik yang sedang bertarung.
Inilah yang memilukan lanskap politik tanah air kita.
Parti politik tidak bertempur kerana garis politik.
Pemimpin parti bertempur kerana entah apa apa.

Sayugia diingati juga - Azmin Ali ini juga bukan kecik anak.
Dengan memiliki ‘double degree – dua ijazah ’ ilmu hisab
dari Amerika. Cara dan gerak kerja Azmin Ali tersusun rapi.
Bak kata orang putih - very mathemitical.

Azmin Ali juga dikatakan memiliki kesetiaan yang maha kuat. Hujah
kesetiaan inilah yang sedang dijaja sebagai kekuatan Azmin Ali.
Kesetiaan Azmin Ali ini dibandingkan dengan kesetiaan Nala Kurap Pan ,
Mat Ezam, Zahrin dan beberapa bengolan yang lain.

Lalu persoalan timbul – setia kepada apa? Kepada perjuangan ?
Kepada garis untuk menghumbankan gerombolan? Setia
kepada perjuangan rakyat?

Kalau setia kepada Anwar Ibrahim ini bukan politik -
ini cari makan.

Justeru sentimen Aba ini merebak.

Dalam masa yang sama Zaid Ibrahim tidak seharusnya tersenyum puas
kerana telah mendapat undian terbanyak - setakat ini sahaja.

Jangan kita lupa Zaid Ibrahim juga terdidik
dan dibesarkan dalam budaya gerombolan.

Sokongan yang datang ke peti undi Zaid bukan sentiman pro-Zaid
tetapi sentimen Aba – asalkan bukan azmin.

Disini Zaid Ibrahim jangan salah perhitungan.
Azmin akan menyusun baris sekali lagi.
Kunci kemenangan ialah Selangor dan Sabah.
Kalau Azmin berjaya mendapat sokongan dari Selangor
dan dari Sabah maka tergelincir Zaid Ibrahim.

Untuk Azmin menang di Selangor pada ketika ini bukan mudah.
Sentimen Aba telah merebak. Justetu Azmin perlu merendah diri
untuk bertemu dan berbincang dengan pucuk pimpinan PKR Selangor.

Azmin Ali tidak dapat lari dari menerima hakikat dan mengakui
bahawa intrik yang telah dilakukan dahulu
terhadap Khalid Ibrahim tidak disukai
oleh ahli-ahli PKR di Selangor. Ini hakikat.
Inilah punca Aba merebak di Selangor.

Jalan kemenangan masih terbuka untuk Zaid Ibrahim dan Azmin Ali.
Setakat ini jelas Aba sedang merebak.