SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

13 Okt 2010

Kemelut pemilihan PKR: Cabang hantar memo
Abdul Rahim Sabri
13Okt 2010

Beberapa cabang PKR di Selangor pada jam 2 petang ini akan menghantar memorandum bantahan kepada ibu pejabat parti itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan beberapa mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang.

Antara cabang yang akan berbuat demikian adalah dari Hulu Selangor, Kuala Langat, Kapar dan Subang .

Seorang wakil dari Hulu Selangor Nazar Yakin berkata kira-kira 30 ahli dari cabang tersebut akan hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan itu.

Kata Nazar, pihaknya juga tidak berpuas hati kerana pemilihan ketua cabang, timbalan ketua dan ketua wanita terpaksa diadakan semula susulan dakwaan kertas undi yang dikira melebihi daripada jumlah ahli yang hadir.

Dakwanya, mengikut tatacara PKR, sepatutnya pengawas pemilihan yang bertanggungjawab mengumumkannya pembatalan pemilihan peringkat cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak sebagai pemantau