SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

3 Feb 2011

Takut apa dituduh derhaka?

Takut apa dituduh derhaka?
Labels: Pakatan Rakyat, Raja-Raja Melayu, Selangor, Umno

Saya adalah antara orang yang paling tidak berpuas hati terhadap tindak-tanduk politik Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, terutama ketika beliau menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi sejarah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lagi ahli politik yang mencipta kemenangan di tempat yang secara tradisinya menjadi lubuk Barisan Nasional (BN) walaupun dilabel sebagai penderhaka raja. Beliau bukan sahaja menang di lubuk BN, malah dalam pilihan raya kecil pula.

Saya tahu kawasan Bukit Gantang secara tradisinya adalah lubuk BN sebab di situlah kampung halaman saya. Dan, Nizar menang di situ dengan label penderhaka. Orang boleh kata Nizar menang dengan undi Cina. Tetapi kalau orang Cina sahaja yang mengundinya, dia tak akan menang.

Hari ini, Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "Anwar: Hentikan label 'penderhaka'". Wah! Semua orang takut dituduh penderhaka raja. Menderhaka kepada raja lebih ditakuti daripada menderhakai Allah s.w.t. Tu dia aih!

Saya melihat kesediaan kerajaan negeri Selangor menerima Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri juga mempunyai kaitan dengan rasa takut dituduh sebagai penderhaka. Pergi mampoih la majoriti suara rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 2008 lalu asalkan tidak dilihat sebagai penderhaka raja - barangkali itulah mentaliti kerajaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya dah tulis dalam posting bertajuk "Pakatan Rakyat Selangor buat kelakar" dan "Bersatulah Melayu dan melingkup cepatlah sikit dengan perpaduan itu!" tentang sekumpulan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat yang membuat kerja bodoh apabila mereka cuba mengampu sultan Selangor yang dilihat menyebelahi Umno dan BN. Saya harap mereka, terutama yang menyedia dan mengusung banner warna kuning itu, pakat-pakat membeli Sinar Harian hari ini yang tajuk muka depannya "MB terima Khusrin". Ayat itu adalah hadiah untuk mereka.

Berkaitan:
Pakatan Rakyat, stop playing feudal politics (Malaysia Today 26/1/11)
S'gor mungkin terima Khusrin jadi SUK (Malaysiakini 24/1/11)
K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh (Malaysiakini 24/1/11)
Sidang DUN gagal (Utusan Malaysia 25/1/11)