SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

18 Sep 2010

DEMOKRASI

Demokrasi atau Anwarkasi?

oLEH : msk

Pada pemilihan 2007 di Seremban, Abdul Rahman Osman mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Presiden mencabar Wan Azizah. Manakala Azmin pula bercadang untuk bertanding Timbalan Presiden apabila Syed Husin bercadang untuk berundur.

Sistem pengundian pada masa itu masih lagi mengikut perwakilan dimana hanya perwakilan yang dipilih yang akan mengundi.

Apabila sistem mengikut perwakilan digunakan, maka banyaklah politiking sebelum hari mengundi. Bukan saja cai-cai digunakan, malah banyak sepak terajang dilakukan.

Akhirnya, sebelum banyak pencalonan dibuat, Azmin mengambil keputusan untuk menarik diri dari bertanding menentang Syed Husin walaupun dia mendapat banyak pencalonan. Ada kah Azmin takut untuk menentang Syed Husin? Tidak. Kalau lawan…Azmin boleh menang.

Tetapi mengapa ARO mahu menentang Wan Azizah…sedangkan Wan Azizah cukup popular. Kalau diikutkan mood ahli, sudah pasti ARO lingkup hilang deposit tetapi ARO tetap dengan pendirian untuk bertanding Presiden walaupun dia tahu dia akan kalah. Dan dia hanya menarik diri dari bertanding disaat akhir, apabila Anwar bersetuju menjadi Ketua Umum…bukan menjadi Presiden.

Dan mengapa pula Syed Husin tidak jadi menarik diri, sebaliknya mempertahankan jawatan tersebut?

Tak ramai yang tahu kerana semua politiking dibuat dibelakang tabir. Kempen dan tawar menawar dibuat secara senyap. Jangan kata tak ada tikam belakang atau fitnah memfitnah..tapi tak ada yang mau buat bising masa tu.

Barisan kepimpinan yang “dipilih” sebenarnya dicatur oleh Anwar. Sehinggalah wujud jawatan “Ketua Umum” yang tidak ada dalam parti tetapi mempunyai kuasa yang lebih tinggi dari Presiden.

Sekarang, perlembagaan PKR telah dipinda untuk membolehkan setiap ahli mengundi..bukan perwakilan. Keadaan semasa juga berlainan dari dulu kerana web dan blog sudah menjadi lebih popular dan ini menyukarkan usaha-usaha untuk mencaturkan kepimpinan dibuat. Kalau dulu, rahsia percaturan cukup sukar untuk dibocorkan, tetapi sekarang sudah berlainan. Apa saja yang berlaku, akan diketahui dalam sekelip masa.

Sesiapa saja yang terlibat dalam pemilihan ini sudah mengetahui skrip yang cuba dilakukan oleh Anwar dan Azmin. Satu skrip yang tidak tertulis ialah…selepas Anwar..Azmin.

Bukan semua yang bersetuju dengan skrip tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, tidak ramai yang berani bersuara secara terbuka.

Azmin dan teamnya yang dikendalikan oleh Zuraidah, Johari abdul dan Kamarul Baharin melakukan apa yang terdapat dalam skrip. Zuraidah mendapatkan sokongan Wanita, Kamarul mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dan ADUN manakala Johari sebagai perancang strategi.

Langkah pertama ialah cuba meninjolkan bahawa Azmin mendapat sokongan padu dari setiap ahli Parlimen dan ADUN. Malangnya ramai pula AP dan ADUN yang menafikan mereka terlibat. Pecah rahsia bahawa Team
Azmin hanya mempergunakan mereka ini untuk mencipta persepsi bahawa Azmin mendapat sokongan padu.

Beberapa hari lalu, satu kumpulan lagi membuat kenyataan. Majlis Permuafakatan Selangor mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan dipegang oleh Anwar dan Wan Azizah. Itu yang tersurat tetapi yang tersirat boleh memberi pelbagai persepsi.

Cadangan tersebut boleh lah dianggap sebagai…’Azmin tak payah tanding timbalan la.”

Kalau cadangan itu datang dari Zaid…sapa pun tak peduli. tapi bila datang dari Selangor dimana Azmin adalah Pengerusi MPN selangor..ianya mendatangkan kemarahan kepada Anwar kerana Selangor tidak menyokong Azmin. Dan lebih teruk lagi, Khalid Ibrahim adalah salah seorang dari kumpulan tersebut.

Betul kata Khalid…Azmin perlu belajar banyak lagi.

Dalam posting yang lepas, aku ada tulis..tentang ada suami yang jadi Ketua Cabang, isteri jadi Ketua Wanita dan anak jadi Ketua Pemuda. Sekarang..MUAFAKAT mencadangkan suami jadi Presiden, isteri jadi Timbalan Presiden. Huh!!! Nasib baik Nurul Izzah tak tanding Ketua AMK. Kalau tidak, sudah pasti PKR akan dipanggil parti anak beranak.

Mengapa MUAFAKAT membuat cadangan begitu?

Aku tau, kalau Anwar bertanding Presiden, tak ada sapa nak lawan. Kalau ada yang nak lawan pun, gerenti kalah. Tapi bila dicadangkan supaya Wan Azizah jadi Timbalan…Anwar merasakan dirinya diperli. Itu sebabnya Anwar menyatakan tidak mahu menerima sebarang pencalonan.

Habis, sapa nak jadi Presiden?

Skrip yang dirancangkan tidak mengikut perancangan. Hasrat Anwar untuk mengangkat Azmin mendapat tentangan dan sokongan terhadap Azmin tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Azmin merasakan bahawa dia mampu mendapat sokongan padu di Semenanjung, lebih dari cukup untuk mengimbangkan sokongan Zaid di Sabah dan Sarawak.

Tetapi apabila mendapati sokongan di Semenanjung juga tidak cukup, ditambah pula penentangan secara terbuka terhadap Team Azmin, Anwar juga kelamkabut.

Semalam dan hari ini, Anwar terpaksa mengiringi Azmin ke Sabah untuk mendapatkan sokongan. Azmin terpaksa melutut untuk mendapatkan simpati dari pemimpin-pemimpin Sabah yang selama ini tidak dihiraukannya.

Esok atau lusa, Team Azmin akan mengadakan sidang media untuk membuat satu lagi “show of force” menyokong Azmin. Kalau dulu, taktik ini mungkin menarik sokongan, tapi sekarang..orang dah tak berapa peduli. Dr. Mansor juga sedang mengusahakan “Show of Force” ini di Pulau Pinang untuk menyokong Azmin, tetapi setakat ini…dia juga menghadapi masalah. Malah diperingkat Cabang pun dia ditentang oleh Pak Tam.

Setakat ini, tumpuan diberikan kepada Team Azmin kerana calon-calon lain semuanya tak ada team. Setakat ini hanya Azmin yang mewujudkan puak dalam PKR, manakala pemimpin lain berusaha secara solo. Bebas dan demokratik..manakala Team Azmin menjelajah negara seperti ‘warlord’.

Semalam, seorang lagi pemimpin peringkat Cabang mengadu kat aku, bagaimana dia dimarahi oleh Zuraida Kamarudin kerana menyokong Mustaffa Kamil Ayub.

Bertanding saja la. Tak payah nak marah orang lain. Ahli-ahli PKR adalah reformis…kebanyakannya tidak mahu dicucuk hidung.