Surat layang atau real?
Posted by Admin on 9/12/10 msk
Selepas aku menyiarkan surat Azmin terhadap Zaid, ada yang mengatakan ianya surat layang. Dua orang SETPOL Khalid ditanya dan masing-masing berkata surat itu tidak wujud. Tak mengapa. Kalau aku orang yang memegang jawatan dalam parti, aku pun akan berkata begitu untuk tidak mengeruhkan suasana. That’s politic…and they’re good politicians.
Tak perlu tanya pada Nik Nazmi atau Faekah. Penghantar dan penerima email tersebut cukup jelas.Tanya saja mereka berdua. Bagaimana kalau kedua-duanya menafikan surat tersebut?
Apabila aku menerima surat tersebut, perkara pertama yang perlu aku buat ialah mendapatkan bukti secukupnya. Aku pernah diminta untuk menulis tentang Zaid ditaja oleh Daim Zainudin dan aku bersetuju untuk menyiarkan dalam blog aku, dengan syarat aku mendapatkan bukti yang kukuh. Kalau benar, Zaid perlu disingkir dari PKR. Tetapi mereka gagal mengemukakan bukti.
Aku tau kesan apa yang aku tulis. It’s very serious and damaging. Silap-silap aku kena saman ratusan juta..naya.
Tapi dalam transaksi elektronik, semuanya meninggalkan forensik trail. Jangan ingat komen yang hangpa tulis dalam blog ini tak boleh dijejak. Hangpa tulis la nama apa pun, ianya masih boleh dijejaki. Hangpa nafi lah macam manapun…ianya boleh dijejak hingga kebilik tidur. Dan kalau ada sapa-sapa yang mengatakan surat tersebut ialah surat layang, apa yang perlu dibuat ialah menjejak siapakah tuanpunya Blackberry yang menghantarnya.
Mereka yang menulis menghina Sultan Perak pun boleh dijejak. Pembantu makmal yang mengatakan akan berlaku keganasan di Kuala Lumpur pun boleh dijejak. Malah penghantar SMS tentang anak melayu yang akan dikristiankan di Ipoh pun boleh dijejak.
Apakah apa yang aku buat itu sesuatu yang negatif?
Semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang, Calon Umno mendahului Nizar sehingga tinggal tiga hari terakhir. Ustaz Nasha sebagai Pengarah Pilihanraya Pas mengangkat bendera putih pada hari Jumaat. Hari Sabtu malam, aku dan team Bloggers Network dipanggil untuk membantu. Hari Ahad kami mencari maklumat dan awal pagi Isnin keluarlah gambar Calon Umno di Danok. Pada hari itu juga, Ismail Safian membuat laporan polis menafikan itu gambarnya. Hari Selasa mengundi, dan Nizar menang.
Dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir, Rohaizad juga mempunyai skandal tetapi berterusan membuat penafian. Akhirnya dia kalah dengan majoriti yang lebih tinggi.
Dalam pilihanraya 2008, Calon-calon PKR diambil selepas lulus saringan yang dibuat oleh Anwar dan Biro politik PKR. Seelpas menang, dua ADUN PKR diPerak melompat sehingga runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat. Selepas itu, satu persatu Ahli Parlimen PKR kepercayaan Anwar belot.
Dalam pilihanraya akan datang, apakah kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang itu untuk menjadi pemimpin? Dah banyak kali aku tulis.
Kali ini, sesiapa saja yang ingin menjadi wakil rakyat perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh rakyat. Sapa-sapa yang ada parut Danok atau Haadyai, jangan bertanding. Sapa-sapa yang ada hutang bank yang belum bayar, jangan bertanding. Kerana rakyat tidak akan lagi memangkah berdasarkan lambang parti, tetapi melihat kepada kredibilit seseorang calon tersebut. Kalau pernah melakukan perkara tersebut, lebih baik mengaku dan bertaubat. Mengakui kesalahan itu lebih mulia dari bersikap hipokrit.
Jangan cuba sorok…kerana pendedahan akan dibuat bukan saja oleh BN, malah dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat juga. Ini akan berlaku, kerana apa yang sudah berlaku akan sentiasa dingat oleh pengundi.
Pemilihan PKR 2010 menganjakkan satu tanda aras yang baru dimana pemimpin dipilih oleh setiap ahli. Kali ini, kalau ada calon-calon yang belot, Anwar tidak boleh dipersalahkan lagi tetapi kesalahan itu akan ditanggung oleh ahli-ahli PKR kerana mereka yang memilihnya.
Sekiranya ada diantara calon-calon yang mempunyai rekod hitam, tak perlu disorok kerana sebelum Umno mendedahkan pada pilihanraya akan datang, lebih baik kita dedahkan sekarang supaya tidak menjadi bebanan pada pilihanraya nanti. Aku percaya, pemilihan ini akan menghasilkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti. Walaupun pada mulanya akan berlaku sedikit pergeseran. Tetapi yang mana lebih penting? Kepentingan rakyat atau kepentingan segelintir pemimpin?
Siapa pemimpin PKR yang bersih? Itu persoalan yang aku pasti akan ditanyakan oleh semua orang.
Tak ada siapa yang bersih. Kemuliaan manusia itu bukan diukur dari apakah dia bersih dari kesalahan atau tidak. Yang penting itu bukan melakukan kesalahan atau tidak melakukannya. Tapi, bagaimana bereaksi terhadap kesalahan yang kita lakukan. Manusia itu pasti pernah melakukan kesilapan, Tuhan tahu itu.
Melakukan kesalahan itu manusiawi. Yang bukan manusiawi, tetapi iblisi, adalah orang yang sudah salah tapi tetap merasa benar dan sombong.
Semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, ada orang mengatakan Zaid tidak layak kerana pernah minum arak. PKR akan menghadapi masalah dengan Pas kerana imej Zaid. Ini bukan saja dimainkan oleh orang Umno, malah ada orang PKR juga cakap macam tu.
Bagaimanakah seorang yang pernah minum arak diterima oleh Nik Aziz? Malah Nik Aziz merestui pencalonan Zaid!
Sebab utama Nik Aziz menerima Zaid, walaupun dia pernah melawan Pas, kerana Nik Aziz tahu bahawa Zaid adalah manusiawi, yang mengakui kesalahan. Bukan iblisi yang sudah salah, tapi enggan mengakui kesalahan.
Anwar juga pernah melawan Pas, pernah dituduh melakukan rasuah hingga terpenjara. Tetapi kita menerima Anwar kerana Anwar mengakui kesalahan melawan PAS. Anwar bukan malaikat, tetapi manusia.
Kita menerima Anwar walaupun dia dijatuhi hukuman oleh mahkamah, kerana kita tahu bahawa Anwar tidak bersalah. Tetapi apakah kita perlu menghumban Zaid, walaupun dia hanya didakwa dan akhirnya didapati tidak bersalah?
Apakah kita cuba menyediakan satu set kriteria untuk Anwar, dan satu set lagi untuk Zaid? Anwar didapati bersalah oleh mahkamah, tapi kita mengatakan Anwar tidak bersalah. Zaid didapati tidak bersalah, tetapi apakah kita mahu mengatakan Zaid bersalah?
Jadilah manusia. Jangan jadi iblis.