Kemelut PKR Padang Rengas
May 16, 2011
Ramai kawan-kawan minta aku tulis tentang apa yang berlaku di Padang Rengas. Kalau diikutkan hati, aku tak mau tulis apa-apa, walaupun kadang-kadang aku rasakan, apa yang ditulis dalam blog Yob Tualang Sekah indah khabar dari rupa. Yob Tualang sekah bukan orang Padang Rengas, dan hanya menulis berdasarkan pandangan Ketua Cabang dan Ketua Wanita. Semuanya bagus bila bercakap tentang Ketua Cabang dan Ketua Wanita. Tapi bagi aku, kedua-duanya hampas.
begitu juga bila kumpulan 13 AJK yang meletak jawatan dan keluar parti baru-baru ini. Banyak kali depa jumpa aku sebelum depa keluar parti, tapi aku tak pernah tulis. Tapi bila aku dengar ramai yang kutuk depa, termasuk orang macam Roziah Ismail dan Zuraidah, yang mengutuk mereka yang keluar parti ini, aku paksa diri aku untuk menulis tentang apa yang berlaku.
Semasa persempadanan semula Parlimen Chenderoh tahun 2003, Chenderoh dibahagi dua kepada Padang Rengas dan Lenggong. Parti Keadilan juga dipecahkan menjadi dua bahagian. Aku menjadi Setiausaha pertama Padang Rengas dari 2003 hingga 2007. Dalam PRU2004, aku juga jadi Pengarah Pilihanraya PKR Padang Rengas dan Setiausaha BA.
Dalam Pemilihan PKR 2007, aku dipilih jadi Naib Ketua Cabang dan Pengarah Pilihanraya PKR Padang Rengas. Tapi meletak jawatan seminggu sebelum Penamaan calon dalam PRU 2008. Dari Pengarah Pilihanraya PKR, aku jadi tukang sebar risalah di sungai Siput, membantu Dr. Kumar dari PSM. Bila Ustaz Zul bertanding di Bukit Chandan, Ustaz Zul minta tolong dan tinggalkan Dr. Kumar dan pergi ke Bukit Chandan untuk membantu Ustaz Zul.
Aku tinggalkan Padang Rengas sebab politik yang dimainkan oleh Chegu Alias, Ketua Cabang PKR Padang Rengas lebih teruk dari politik Umno. Kalau menang, aku yang teruk.
Pada masa itu, AJK PKR Padang Rengas marah kat aku. Macam-macam depa kata kat aku. Masa tu aku semua salah, tapi sekaranag semua yang aku katakan dulu semua betul.
Ramai yang kata, mereka yang keluar parti ini kerana dibeli oleh Umno. Tambahan pula, bila Jamal berada di sidang media tersebut. Itu salah.
Jamal mengambil kesempatan. Mereka yang keluar parti ini pun, masih aku jumpa dalam karnival Pas di Kati malam tadi. Orang yang keluar dari KPR tak semestinya menyokong Umno. Ini yang aku katakan kuasa ketiga yang sudah tidak percaya kepada Umno….ataupun PKR.
Masalah dalam PKR berpunca dari Ketua Cabang sendiri. Disokong pula oleh Mat Nor Manuty.
Pemimpin atasan pula berdiam diri, tidak peduli rungutan ahli.
Sekarang siapa yangmenerajui PKR Pdang Rengas?
Ketua Cabang: Alias Zenon.
Timbalan: Hisham (Dilantik oleh Ketua Cabang)
Ketua wanita: Jaliah.
Ketua Pemuda: Dr. Meor.
Naib Ketua Cabang: Zainal Abidin Alias. (dilantik oleh Ketua Cabang)
Setiausaha: Zain Alias. (dilantik oleh Ketua Cabang)
Apa kaitan mereka?
Timbalan Ketua Cabang ialah suami kepada Ketua Wanita.
Ketua Pemuda ialah anak saudara kepada Ketua Wanita.
Naib Ketua Cabang ialah anak Ketua Cabang yang bukan duduk di Padang Rengas pun!!
Setiausaha ialah anak Ketua Cabang.
PKR Padang Rengas sudah menjadi parti dua beranak. Macam mana nak menang?
Ketua Cabang ada tiga “cawangan”, bukan 3 ranting. Nak jumpa kat Padang Rengas memang susah. Lantik Timbalan yang duduk di KL. Ketua Wanita dan Ketua AMK duduk Kl. Naib Ketua duduk kat Ipoh. Macam mana nak urus parti kat Padang Rengas?
Kepada kepimpinan PKR, buat la sesuatu. jangan la hanya mendengar pandangan dari sebelah pihak, dan buat tuduhan kepada pihak lain. Aku bukan ahli PKR Padang Rengas lagi, tapi aku duduk dalam Parlimen Padang Rengas. Kalau nak tau cerita pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dalam parti, aku boleh bantu apa yang aku mampu. Itu pun kalau nak menyelesaikan masalah.
Tapi aku heran…mengapa kepimpinan PKR membiarkan PKR Padang Rengas hancur? Mungkinkah ada Trojan Horse dalam PKR yang mahu menghancurkan PKR dari dalam?
Aku semakin skeptikal dengan perlantikan Mat Nor Manuty. Seolah-olah, PKR Pusat sengaja mahu menghancurkan PKR Perak.
Pas perlu mengambil sikap yang lebih aktif untuk memimpin Pakatan Rakyat Perak…kalau nak memerintah balik. Kalau nak harapkan PKR, lingkup.-MSK