Oleh: MSK
Salah satu slogan yang selalu aku dendangkan semasa berkempen tahun 2008 ialah “Menegakkan Kebenaran”. Malah slogan inilah yang digunakan sejak 1999.
Itu masa kempen, untuk menarik undi. Tapi bila aku mula menulis dalam blog, aku cuba juga menulis perkara-perkara yang benar. Masa tu mula timbul masalah.
Bila aku tulis perkara yang benar, orang tak percaya..depa kata aku fitnah, tipu. Bila aku tipu tentang keburukan BN, semua orang percaya bahawa itulah kebenaran. Bila aku tulis tentang keburukan Pakatan..itu semua fitnah. Macam-macam label yang orang bagi. Ada yang kata “frustrated”, malah ramai juga yang suruh aku masuk Umno!!
Masa kempen…kita punya janji kat rakyat bukan main lagi. “Kita menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Kita akan selesaikan masalah rakyat.” Tapi bila dah menang, kita tanya ada ka peluang nak berniaga….jawapan yang depa bagi cukup senang. ” Hoi..kalau berjuang untuk dapatkan pembalasan…pi masuk Umno la!!”
Aku jarang menulis menghentam Umno. Nak sebut nama depa pun geli. Jauh sekali nak masuk Umno. Tapi bila aku berundur dari PKR, ramai pulak yang suruh masuk Umno. Seolah-olah, kalau nak selesai masalah…masuk Umno. Ini bukan fitnah, tapi orang Pakatan sendiri yang sebut.
Tak percaya baca kat sini.
——————————————————————
“Pak Oncu, Sabtu, Mac 26, 2011 10:50:00 AM
suruh dia masuk UMNGOK lah,,, pasti sakit yg di hidapi nya akan hilang hahahahahahha”
——————————————
Kita sakit bukan depa nak tolong, tapi depa suruh masuk Umno!
Aku tak pernah kata aku masuk Umno, tapi penyokong Pakatan suruh aku masuk Umno. Kita kata orang Umno suka buat fitnah, tapi orang Pakatan lagi teruk. Sebabnya orang Umno buat fitnah kat musuh depa, tapi orang Pakatan buat fitnah kat kawan depa. Tak percaya baca kat sini.
———————————————————————-
STANZA ALAM said…
patah tumbuh hilang berganti… biarlah mereka pergi… di saat mereka berundur… mereka bukan hardcore lagi…. kalau mereka ada dalam PKR pun kekuatan PKR macam tu juga… kalau mereka keluar.. adakah PKR semakin lemah??? Keluarlah segala cucu apa pun…. keluarnya mereka ada hikmahnya…lebih-lebih lagi bila keluar masuk UMNO….dah tau brand jenis apa…
Anonymous said…
SERPIHAN UMNO….BIASA LA BRO. NAK CARI INCOME LEBIH MASUK UMNO…. POLITIK CARI MAKAN…..BIASALAH.
———————————————————————-
Kadang-kadang susah nak faham. Seolah-olah kebenaran itu hanya benar kalau ia berlabelkan Pakatan. Yang baik itu dari Pakatan, yang lain semua buruk.
Sekarang ini, orang-orang PKR dah tak mau tegur aku. Tengok muka aku pun depa berpaling. Nasib baik la ada member-member dari Pas yang masih bersimpati dengan aku.
Orang mula kenai nama aku bukan pasai aku ahli PKR, tapi pasai kuat kutuk Pas. Tahun 2005-2006, dimana ada Matsamankati, disitu ada GAP (Gerakan Anti Pas). Sekarang GAP dah masuk Umno dan jadi Gerakan anti PKR, tapi aku masih tang tu jugak.
Aku kutuk Pas masa tu sebab aku nak BA menang. Tahun 2004, Pas kehilangan Terengganu, dan Kelantan cuma tinggal majoriti 2 kerusi saja. Tengah hangpa teruk, aku kutuk supaya berubah, tapi bila dah menang, itu hangpa punya pasai la. Bukan aku nak mintak balak. Yang tu pun tak boleh ka?
Apa yang aku nampak, Pakatan dah mula nak jadi macam Barisan Alternatif selepas 1999.
Selepas 1999 dimana Pas menang di Kelantan dan Terengganu, Haji Hadi jadi Ketua BA dan juga Menteri Besar Terengganu. Haji Hadi buat apa yang dia suka, mungkin kerana merasakan Pas dah kuat sangat. Apa yang dia buat, tak perlu perbincangan dengan Keadilan atau DAP. Apa kata Hadi, Keadilan dan DAP kena ikut.
Haji Hadi tak boleh ditegur. Sapa yang mengkritik dianggap menentang perintah Tuahan dan Sunah Rasul. Sapa yang mengkritik Pas dianggap menentang Islam.
Akhirnya DAP keluar dari BA.
Sebelum PRU 2004, Haji Hadi melancarkan Konsep Negara Islam. Keadilan bantah, tapi Haji Hadi tak peduli. Dan konsep Negara Islam tu pulak bukan diperbincangkan dengan para ulama…cuma ambik sana sikit, sini sikit, terutama mengikut fahaman Haron Din, maka jadilah Konsep Negara Islam. Akhirnya Keadilan tak setuju. PRU 2004, lingkup. PKR cuma tinggal satu kerusi Parlimen, Pas kehilangan Terengganu, manakala Kelantan cuma berbekalkan majoriti 2 kerusi.
Dari situ kita bina balik. Dan akhirnya kita mampu mendapatkan 5 negeri.
Tapi sekarang ni, Anwar pulak mengambil tempat Haji Hadi. Anwar pun dah mula ubah perangai. Tak boleh dikritik. Maklumlah Utusan Tuhan untuk rakyat Malaysia. Apa yang Anwar cakap mesti ikut. Sapa yang tak suka boleh keluar parti!!
Kalau dulu, Haji Hadi melancarkan Konsep Negara Islam, sekarang Anwar melancarkan Buku Jingga. Sapa yang buat buku Jingga? Adakah dipanggil pakar-pakar ekonomi dari ketiga-tiga parti untuk berbincang?
Bila aku baca buku Jingga, aku tidak terkesima. Macam manifesto pilihanraya. Dan aku tak silap, sebab yang buat tu bukan pakar-pakar ekonomi dari Pakatan Rakyat, tapi cuma empat orang pegawai-pegawai Anwar yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Dan dibuat secara-tergesa-gesa.
Buku ini kemudian dikatakan hasil Pakatan Rakyat, sedangkan Pas dan DAP tidak turut serta semasa membincangkannya. Tapi pasai tak ada sapa yang berani menentang cakap Anwar, Pas dan DAP juga ikut bersetuju.
Yang terbaru, soal kabinet bayangan Sarawak.
Pas, PKR dan DAP Sarawak dah setuju.(disini) Depa pun buat pengumuman. Tup-tup, Anwar tak setuju, dan dia kata kabinet bayangan itu hanyalah cadangan dari DAP. ( disini). DAP pulak balas balik dan menjelaskan kedudukan sebenarnya. (disini)Sapa yang tipu?
PKR menjadi semakin lemah kerana semuanya kena ikut cakap Anwar. Barisan Alternatif menjadi lemah sebab semuanya kena ikut cakap Haji Hadi. Apakah Pakatan juga tidak boleh jadi lemah kalau semuanya kena ikut cakap Anwar?
Aku bukan bercakap tentang kebenaran. Aku cuma menulis berdasarkan persepsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan