Setiap pemimpin politik mempunyai strategi masing-masing bagaimana untuk membunuh karier politik mereka yang dianggap boleh mencabar mereka.
Kalau bagi kat Saddam Hussein…tembak saja. Ini musuh negara.
Kalau bagi kat Mahathir….ISA. Ini ancaman negara.
Kalau bagi kat Anwar…Trojan Horse. Ini pengkhianat perjuangan.
Kalau ikut Anwar, Zaid Ibrahim adalah Bapak Trojan Horse. Sebabnya, kerana dia bagi interview kat Utusan Malaysia.
Bagi Chua Jui Meng, Raja Petra adalah pengkhianat.
Sapa yang bagi interview kat Utusan atau TV3 adalah pengkhianat.
Zaid dah keluar. Raja Petra dah lama keluar. Tapi, apakah PKR sudah bersih dari Trojan Horse?
Minggu lepas, kisah Chegu Bard naik ketangga teratas dalam isu semasa. Sampai masuk Utusan dan TV3. Hangpa tak baca Utusan dan tengok TV3? Jangan hipokrit la. Setiap hari aku dok tengok, semua orang dok cakap pasai Utusan. Utusan bohong, Utusan tipu. Macam mana hangpa tau dia bohong kalau hangpa tak baca?
Aku baca Utusan Online dua hari sudah, pasai ada orang suruh aku baca. Dia suruh aku tolong dia siasat siapa dia Trojan Horse dalam PKR yang bagi maklumat kat Utusan Malaysia. Biasa la…bila nak minta tolong, sahabat.
Aku gagal, sebab Utusan tak mau bagi tau sapa yang bercakap. Hangpa tolong aku sat. Pi la baca kat sini.
Sumber PKR negeri memberitahu, Chegubard yang juga Ketua Cabang PKR Rembau itu kini tidak lagi menghormati kepimpinan parti, malahan dilihat bersikap keterlaluan menghentam dasar parti.
“Ketika ini dia (Chegubard) dilihat semakin jauh dengan perjuangan parti, apatah lagi sebagai Ketua Cabang PKR Rembau, dia sudah hilang hormat kepada pemimpin parti negeri ini,” kata pemimpin itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sapa pemimpin PKR Negeri Sembilan yang membuat kenyataan dalam Utusan Malaysia? Bukan ka Utusan ni penipu, pembohong? Hangpa percaya tak? Aku tak percaya. Malah aku akan terkejut kalau betul-betul ada pemimpin PKR yang bercakap kepada Utusan.
Tapi bila aku baca The Star, berita tu pun ada juga. Baca kat sini.
“Negri Sembilan PKR leaders said Badrul Hisham, who is the Rembau division chief, had become too arrogant and no longer respected other state leaders. “He has drifted quite a distance away. He has not shown any respect to party leaders in the state,” said one party official.”
Apa yang dilaporkan oleh Utusan, sebiji macam apa yang dilaporkan oleh Star. Utusan copy-paste ka?
Adakah aku hendak mempercayaai The star atau tidak? Setakat ni, belum ada fatwa dari Ketua Umum bahawa The Star tidak boleh dipercayaai. Walaupun ianya dimiliki oleh MCA yang dipimpin oleh Chua Soi Lek. Whoa!!! hangpa percaya kat Soi Lek no?
Aku pun respect kat Soi Lek, sebab bila video dia keluar, dia mengaku orang yang dalam video tu adalah dia. Gentleman.
Tapi the Star jugak tak mau bagi tau sapa yang ditemubual. Sapa pemimpin PKR Negeri Sembilan yang cakap kat the Star, tapi tak mau bagi nama?
“The official, who declined to be named, said Badrul Hisham had lately failed to attend many state PKR meetings.”
Cerita Chegu Bard nak keluar PKR dan masuk DAP mula-mula dispin oleh Malaysian Insider. Wartawan Malaysian Insider baca blog Chegu Bard, dan buat kesimpulan Chegu Bard berminat dengan DAP. Sedangkan artikel dalam Blog Chegu Bard itu bukan dia tulis, tapi ditulis oleh Aspan Alias.
Malaysian Insider kemudian membetulkan artikel tersebut, tapi berapa ramai yang baca pembetulan tersebut? Baca kat sini.
The blogger also said if DAP wished to show it is a multi-racial party, it should field some Malay candidates in elections.
“If DAP does this, then the party will receive support from a proportion of the Malays in the coming election,” Aspan wrote.
Badrul Hisham, who is PKR Rembau chief, had contested against Khairy Jamaluddin for the Rembau parliamentary seat in Election 2008 but lost to the Umno Youth chief.
* This article has been corrected to reflect that Badrul Hisham Shaharin was quoting another person in his blog post.”
Pembetulan ini hanya dibuat untuk versi Bahasa Inggeris, manakala versi Bahasa Melayu tidak berubah. So, Malaysian Insider pun kaki spin jugak. Tapi tak pa la. MI pun Khairy dengan Kalimullah yang punya.
Semua hu-ha pasai Chegu Bard keluar PKR nak masuk DAP ini bermula dengan kesilapan Malaysian Insider. The Star dan Utusan pi tanya kat pemimpin PKR Negeri Sembilan. Pemimpin PKR NS pun bukan main syok hentam Chegu Bard.
Aku terkejut la…kalau Chegu Bard nak keluar PKR. Kalau tengok dia buat kerja kat Sarawak, langsung tak nampak dia akan keluar. Lain la macam pemimpin lain…dok ikut pungkok Anwar saja.
Cuma sorang saja yang tak terkejut kalau Chegu Bard keluar PKR. Datuk Kamarul Baharin.
“I have nothing against him, but I must admit that I would not be surprised (if he leaves the party),” he said.
Setakat ni, aku masih lagi gagal mengesan siapa Trojan Horse yang buat interview dengan The Star dan Utusan. Tapi klu yang jelas…depa ada dalam kepimpinan PKR Negeri Sembilan. Sapa dia? Sapa tau..bagi tau kat Chegu Bard. Dia boleh belanja Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah.
-MSK