SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

6 Mei 2011

Tak masuk akal Che'gu Bard akan keluar parti

Tak masuk akal Che'gu Bard akan keluar parti

SAYA telah menulis sebelum ini tentang betapa perlunya PKR serius di dalam mengatasi rungutan beberapa pihak terhadap kontroversi pemilihan di dalam pimpinan PKR yang lalu. Paling lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ada dikalangan penyokong Chegu Bard yang tewas tipis di tangan penyandang jawatan Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar di dalam pemilihan tersebut.

Sebenarnya bukan Chegu Bard sahaja yang tidak berpuashati dengan peranan JPP di bawah SUA PKR, YB Saifuddin Nasution malahan ada yang terus meninggalkan parti kerana kecewa.

Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati tetapi masih komited dengan PKR cuma berdiam diri mungkin masih kuat untuk menghadapi dugaan yang menimpa atau memikirkan betapa pentingnya meletakkan parti di depan.

Chegu Bard memang mempunyai semangat yang kental dan tidak pernah berputus asa untuk menegakkan ketelusan di dalam parti. Meskipun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat Pusat, namun beliau lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan Ketua AMK yang ada.

Beliau bukan sahaja bergerak di dalam parti bahkan aktif di dalam gerakan SAMM yang diterajuinya yang kadangkala aktiviti SAMM lebih menonjol dari aktiviti AMK sendiri.

Siapa yang dedahkan cerita bahawa Chegu Bard mungkin keluar dari PKR? Saya mendapat tahu dari rakan-rakan yang menyebut Cucu Mat Kilau (CMK) yang memulakan cerita ini di dalam blog beliau selepas CMK bertemu dengan Chegu Bard di Kuantan baru-baru ini.

CMK adalah bekas ahli PKR yang pernah tercalon di dalam pilihanraya mewakili PKR. Beliau telah keluar dari PKR dan ingin menjadi pejuang bebas katanya. Adakah Chegu Bard akan menjejaki CMK untuk berjuang tanpa jemaah?

Baca artikel selengkapnya di sini.

-MARHAEN