SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

23 Mei 2009

JANGAN JANJI KOSONG LAGI????

Lanjutan daripada keluhan daripada penduduk Pulau Tuba tempoh hari yang disuarakan melalui pusat Khidmat Masyarakat Dun angkat Kuah tempoh hari. Maka hari ini telah mendapat perhatian dari Kementerian Luar bandar untuk mencadangankan projek pemasangan kabel dasar laut tersebut bagi menggantikan genarator yang sering rosak.

Adakah ini hanya janji kosong dari mereka lagi... dan berharap pihak penduduk disana dapat mendesak untuk kelancaran pembangunan di Pulau Tuba amnya.

lanjutan lapuran sinar harian 23/5/09

Tuba bakal nikmati kabel elektrik


KUAH - Kekusutan 3,000 masyarakat di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting yang sering berhadapan dengan masalah catuan elektrik berakhir apabila jalinan kabel elektrik bawah tanah akan dilakukan tidak lama lagi. Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, tiga pilihan kabel dasar laut dikenal pasti untuk dijalin bagi kegunaan masyarakat di kepulauan itu.

Menurutnya, pilihan pertama adalah kabel sepanjang 2.5 kilometer (km) dari Jeti Kuah ke Tasik Dayang Bunting, pilihan kedua adalah sepanjang empat kilometer dari Hotel The Westin Spa & Resort ke Pulau Tuba dan ketiga sepanjang 15 km dari Jeti Penarak ke Pulau Tuba. “Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneliti pilihan yang bersesuaian dari segi teknikal dan kesenangan operasi sebelum mendapatkan dana daripada Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar.

Projek ini menelan belanja tinggi, pengkhususan dan kepakaran turut menjadi aspek utama bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari,” katanya ketika ditemui selepas mengenal pasti jalan jalinan terbaik untuk pemasangan kabel tersebut. Ir Nawawi berkata, seramai tujuh jurutera berkaitan dari Bahagian Pembahagian TNB dari Kuala Lumpur didatangkan khas bagi meneliti projek tersebut. Menurutnya, penduduk di kepulauan digesa bersabar terhadap kerja pemasangan termasuk sepanjang projek perlaksanaan dilakukan. “Kami sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk penduduk di sini dan masalah mereka sebenarnya diambil berat sehingga ke peringkat kementerian,” katanya.


Beliau yang juga Setiausaha UMNO Badan Perhubungan Kedah yang baru dilantik berkata, projek tersebut akan dimulakan serta merta selepas mendapat pilihan yang tepat termasuk dari segi kewangan. “Kami terpaksa mengenal pasti geografi kawasan di dua pulau ini, jenis tenaga yang sesuai disalurkan malah kapasiti penggunaan seharian,” katanya. Ir Nawawi berharap dengan wujudnya kabel elektrik bawah tanah ini, masyarakat di sini dapat menikmati bekalan elektrik tanpa gangguan lagi. Sementara itu, jana kuasa elektrik yang rosak di Pulau Tuba beberapa bulan lalu diganti yang baru oleh TNB