Langkawi bakal keluar kereta ringan
LANGKAWI: The Island Car Company Sdn Bhd, syarikat pelaburan asing dari British, bercadang untuk mengeluarkan kenderaan ringan bagi tujuan pelancongan di Langkawi tidak lama lagi. Kenderaan ringan yang dinamakan "Helang" itu adalah kereta empat tempat duduk dan boleh digunakan untuk berekreasi dan bersiar-siar membawa pelancong mengelilingi Langkawi. Pengarah operasinya, Richard Boggon, berkata kereta ringan itu akan menggunakan beberapa komponen Perodua Kancil termasuk enjin kuasa kuda 660cc manakala badannya menggunakan gentian kaca.