SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

14 Mac 2008

ABDULLAH KIAN GOYANG!!

Friday, March 14, 2008

Abdullah Akan Berhenti Dengan Syarat Khairy Jadi Menteri?Beberapa parti komponen BN kini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.

Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang.Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang.Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang.

Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah.Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri?Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini.
Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta! – Ruhanie Ahmad

RAMALAN TARUHAN - JUDI 500 BAYAR 1000 PAK LAH AKAN TURUN 21/3