SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT -505 KELANA JAYA

7 Mac 2008

TIP PENGUNDI-PENGUNDI BARU

Tips Untuk Pengundi BaruDalam tempoh kurang 48 jam anda akan membuang undi untuk membuat keputusan muktamad siapakah yang akan berkuasa di Malaysia selepas PRU12.Lantaran itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit tips kepada para pengundi baru [first-timers]. Ini kerana saya bimbang kali ini mereka mungkin akan dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sehingga tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang dituntut oleh demokrasi.

Berikut adalah antara perkara yang wajar anda lakukan dengan seberapa segera:Semak status diri anda sebagai pemilih dengan mengakses http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudiannya anda akan mendapat tahu di mana anda perlu mengundi.Langkah ini perlu dilakukan kerana lazimnya terdapat pengundi baru yang tidak akan keluar mengundi jika tidak menerima “handbill” atau “kad jemputan” daripada mana-mana parti untuk pergi mengundi.Jadi, jangan bergantung kepada soal sama ada anda menerima “handbill” atau tidak. Pergantungan penuh kepada “handbill” agak merbahaya kerana ia mungkin boleh dimanipulasikan jika pihak tertentu mendapati sikap pengundi baru tidak memihak kepada BN.Oleh itu, para pengundi baru jangan sekali-kali menunggu “handbill” diberikan kepada mereka untuk pergi mengundi. Ini tidak penting dan tidak dikehendaki oleh undang-undang.Apa yang perlu dibuat adalah seperti yang terhurai di atas. Semak nama menerusi website SPR atau menerusi tempat anda mendaftar sebagai pengundi. Sesudah itu, terus pergi ke pusat pembuangan undi pada 8 Mac 2008.

Setibanya di pusat mengundi, tidak payah anda singgah di mana-mana “pondok panas” kelolaan parti-parti yang bertanding. Ini juga tidak perlu. Sebaliknya terus tuju ke meja SPR yang terdapat di pusat tersebut.Di meja berkenaan, anda semak nama anda sekali lagi. Sesudah itu anda akan dibantu untuk menuju ke saluran yang dikhaskan untuk anda.Seterusnya, [untuk pengundi di Malaysia Semenanjung dan Sabah sahaja] anda akan diberikan dua set kertas undi – satu untuk kerusi Parlimen, satu lagi untuk kerusi DUN. Pengundi di Sarawak hanya menerima kertas untuk kerusi Parlimen sahaja. Dalam kertas itu hanya terdapat nama calon dan simbol parti. Pangkahlah di ruang kosong di kanan nama dan simbol berkenaan.Sesudah itu, [didahului dengan membaca Bismillah-Hirrahman-Nirrahim bagi pengundi Islam], gunakanlah kebijaksanaan anda untuk memuktamadkan pilihan anda demi agama, bangsa dan tanah air. – Ruhanie Ahmad